TULANG BELAKANGKU

Monday, January 7, 2013

PENGALAMAN MENAIKI BAS MARA LINER, TRANSNASIONAL, DAN ETIKA


Sejak keja kat KL ni kenderaan rasmi untuk balik kampung adalah bas. Kebanyakan bas yang aku penah naik adalah Mara Liner, Etika, Transnasional. Ok 3 ni yang penah naik sebab ini antara yang kononnya terkenal la. 

Banyak pengalaman aku dengan bas ni. Tapi apa yang aku nak kongsikan adalah dari pengalaman aku sendiri dan bukan nak buruk-buruk kan syarikat bas ni. Ini juga sebagai panduan ampa kalau nak pilih bas.

TRANSNASIONAL

Kadang-kadang ok kadang-kadang tak ok sebab selalunya depa akan guna bas lama yang mana kusyen dia sangat sempit. Boleh berlaga bahu kalau duduk sebelah-sebelah. Sepatutnya depa kena naik taraf bas bukannya still guna kusyen yang zaman tok nadok dulu.  Memang tak selesa. Tapi adakalanya bila bas baru ok la..Not Bad.

Pengalaman aku naik transnasional yang paling aku tak boleh lupa bila bas langsung tak berhenti rehat untuk makan. Bas berhenti untuk isi minyak ja. Masa tu aku bawa mak sedara aku dengan sepupu ke KL. Tarikh 9/12/12 dan masa bas adalah jam 5.30 petang. 

Kami bertolak jam 5.30 petang dan sampai pukul 12.00 am di pudu. Bas la tak berhenti di R&R untuk makan, dengan perut kosong. Sepupu aku sampai muntah-muntah bila sampai kat Pudu sebab tak makan apa. Bila aku tanya driver masa berhenti kat stesen minyak "tak berhenti makan ka?" Dia boleh jawab dak, berhenti untuk isi minyak.

Setakat beli roti alas perut apa la sangat?? Sepatutnya driver bas lebih prihatin dengan kondisi penumpang. Cuma dengan transnasional ni satu ja aku boleh puji. Dia akan bertolak tepat pada masa.

Aku siap buat kad lagi untuk dapatkan diskaun tapi bila nak beli tunjuk kad, alasannya time cuti sekolah tak dapat diskaun padahal dah terpampang dapat diskaun time cuti sekolah. Apakah??? Sia-sia ja buat kad transnasional ni.


MARA LINER

Dalam ni cantik kemain...tapi...tak secantik yang sebenarnya

Pengalaman paling teruk aku dapat. Dah la bas lambat.. Naik atas bas tempat duduk aku tak ada. Kusyen untuk duduk tu tercabut. Gila ka apa bas macam ni?? Dah la bas buruk. Bunyi ngok ngek ngok ngek. Kami hanya mampu doa selamat sampai ja sebab tak yakin bas ni boleh sampai ke tak. 

Kali kedua terpaksa naik sebab tu ja pilihan yang ada. Bas lain semua dh penuh. Duduk depan sekali. Kusyen sempit. Berlaga bahu dengan orang sebelah. Sangat la tak selesa. Terpaksa tegak dan keraskan diri, kalau bergerak sikit mesti kena orang sebelah. 

Memang tobat dah tak naik bas mara.. kalau tak ada sangat memang naik kapal terbang pon aku sanggup. Memang bukan pilihan aku.

ETIKA



Setakat ni, bas ni paling selesa. Kalau beli tiket call je untuk booked. Cuma bas ni laris macam pisang goreng. Lambat booked ja tiket habis. Kusyen memang selesa. Aku tidur lena sangat bila naik bas ni. Cuma kadang-kadang bas ni lambat sikit.

Dan pengalaman yang buat aku naik angin bila pernah aku dah booked dh tiket bila adik aku pergi nak amik tiket dia kata nama aku tak ada. Tiba-tiba malam tu dia call jadi ke tak nak ambil tiket. Apa lagi kena sembur la dengan aku. "Siang tadi dah pergi beli kenapa kata nama tak ada? Ni malam call tanya jadi ke nak amik tiket. Macam mana buat keja??"

Lepas peristiwa tu la aku "merajuk" kejap la tak nak naik bas etika. Tapi sekarang dh ok dh hehe....

Bas-bas lain aku tak berani naik sebagai contoh bas Shamisha Sebab bas tu jenis tinggalkan penumpang rata tempat. Jumpa dekat perhentian ja dia tukar-tukar bas. Suruh penumpang naik bas lain. Member aku pernah terkena bila terpaksa tunggu lebih 6 jam bila bas tak datang. Dia bagi bas tambahan plak. 

Sepatutnya syarikat bas perlu pentingkan keselesaan penumpang bukannya nak kaut keuntungan jer. Tiket dah la mahal tapi apa yang penumpang dapat, tak sepadan dengan harga bas. Kalau ampa alami situasi macam ni terus jer buat laporan dan email dekat syarikat bas tersebut.

Ok inilah serba sedikit pengalaman aku menaiki bas dari AS-KL-AS. Ampa nak kongsikan pengalaman ampa naik bas juga tak?? Sila tinggalkan komen dan kongsikan.



10 PESANAN PENAJA:

Ai_MaN said...

setuju sangat, bas etika termasuk la dlm senarai bas yg sy suka naik blk kl.

far_red said...

Salam.

Bas yang menjadi pilihan pertama saya adalah Transnasional kerana akan bertolak mengikut masa yang ditetapkan. Saya biasa akan pilih "single seat" untuk lebih keselesaan.

Bas Maraliner dan Plusliner juga saya pernah naik. Masa bertolak adalah tepat setakat ini, cuma kerusi sempit walaupun duduk di barisan "single seat".

Saya pernah mencuba bas syarikat lain seperti Konsortium Bas Ekspres (KBS) dan Eagle Ekspres. Walaupun kerusinya lebih besar dan selesa, tetapi masa bertolak tidak mengikut masa yang ditulis dalam tiket. Pernah saya terkena bas Syarikat KBS dalam tiket tulis jam 3.30 petang, pukul 5.00 petang baru bertolak.. huhu..

Setakat itu pengalaman saya untuk dikongsikan.

Nota : Kadang-kadang saya naik KTMB, seronok juga..

aDisH.sHidA said...

zaman study bas transnasional sebab ada pukul 5.30ptg dan akan balik semula ke kl bas kul 12 tgh malam...

zaman dok p detim kat kl bas etika...last naik bas etika beberapa tahun lepas time nak kursus rosak...tak nak dah pastu...

skrg naik mara liner or cosmic sebab ada direct dr pendang-kl..maraliner best sebab pemandu nya akan baca doa perjalanan...

kiera'sakura said...

kami klu naik bas selalu trans dengan mara tue je. sbb bus lain suka benti kt SP klu dari ipoh. bas dua tue tak. keselesaan mcm yg ampa dah senaraikan kat atas tue la. hihihi

maria firdz said...

pernah naik bas Tranasional je.. sbb spnjg bljr dulu, naik bus super nice dan KKKL je. sbb bus nk ke utara-selatan ni tak byk pilihan... tiket pun agak mahal..

salam jejak n follow dari:
http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/

~atieput3~ said...

bas yg menjadi firt choice kalo g stesen bas is bas trans. kalo xde trans mara liner.. kalo xde jugak, akan adjust masa.. tp mmg jrg sgt2 naik bas lain. ade pon sekali je 2 je kot.hehe

Z@i Z@mR33 said...

penah naik bas mcm2...slalunya cari bas yg ada single seat.
Penah nek Eagle...btolak 12.30 mlm smpai Pudu 4.30 pagi...Apakah?Bajet smpai dkt2 subuh so trus leh nek LRT tp dh awal so kena col n nyusahkn org la jwbnya...Apa2 pon suka nek yg single seat ja...lmbt ckit xpa jnji selesa :)

Iffah Afeefah said...

kalo nek bas lame kene pkirkan jugak slesa

sakit kot bdn

Khai Artzfar said...

dulu selalu ulang alik naik transnasional. tapi ada satu kes nak balik raya haji, tangan tersepit dekat pintu bas sampai patah. bayangkan 8 jam tahan sakit dalam bas sampai ke alor star. syarikat berkenaan langsung tak ambil peduli. sekarang memang serik naik bas tu melainkan terpaksa. suggestion bas intercity memang terbaik ! lengkap wi-fi,astro,plug,vip seat,air mineral

etas etassa said...

ai..gadis separa kampung..hehe...comey sgt ....follow blog sy plz...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...