Wednesday, January 16, 2013

REVIEW: MAMEE CHEF

Assalamualaikum…

Untuk mereka terutamanya yang tinggal di asrama pasti di dalam setiap loker masing-masing mesti ada mi segera yang pelbagai perisa. Ada yang menggemari mi segera perisa kari, asam pedas dan tomyam. 

Bagi aku yang sangat sukakan pedas pastinya mi segera yang berperisa tomyam yang menjadi pilihan. Boleh kata semua aku dah try, dan semalam aku cuba try mi segera Mamee Chef. Memang sedap. Rasa tomyam dia memang terasa. Sampai sekarang teringat lagi rasa tomyam tu..fuhh meleleh beb. 


Duta produk Mamee Chef {sumber}


Walaupun sedap, aku tak berapa suka sangat rasa udang kering yang disertakan sekali. Ni aku, ampa aku tak tau la sebab pendapat setiap orang berbeza. 

Untuk  mereka yang kering poket terutamanya bila tiba hujung bulan macam aku ni, sila jangan lepaskan peluang untuk merasa mi segera perisa tomyam pilihan chef… Hihihi…Promote plak kan…. 

 Entry ini tidak berbayar Cuma ingin berkongsi apa yang aku makan. Lepas ni akan banyak lagi perkara yang aku akan review selain dari novel-novel yang selalu aku review. ;)


NOTACIKGADIS: Pendapat setiap kita adalah tidak sama dan ini pendapat Cik GKSB



3 comments:

  1. k.el pun t nak torai mamee ni..tgk iklan dia pun teruja dah haha

    ReplyDelete
  2. nadh kemain bebel mlut dia masa mkn mee nie. katanya tak sedap la apa la. salah satu sebabnya kami terbanyak buh air hahahahaha :p

    tp kami pun sama xbpe suka yg nie. lagi suka megi tomyam yg besa tue sama mcm ampa udang kering tue buat kami nk muntah huuuu

    ReplyDelete
  3. google nama mee segera ni... uish...sedap la~~~ xtau la klau masa makan tu mmg lapar pun

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi