Tuesday, January 29, 2013

WARNA TEMA & KURSUS KAHWIN


Idea! Idea! Idea! Dimana kau idea?? Hari berlangsungnya lambat lagi tapi idea mesti didahulukan pencapaian diutamakan tak gitu?? Sekarang ni kerja aku adalah survey apa-apa yang patut dan mencari warna tema. 

Pertama sekali kena check dulu cik abe tu ada baju melayu warna apa. Keputusannya biru tua. So tengah mencari warna yang sama juga. Dah la warna itu susah nak jumpa sikit baju yang elok-elok. Aku tengah berusaha la mencari. Cuma kalau kat KL ni aku suka pergi Carefour Wangsa Maju yang depan Wangsa Walk tu. Kat situ macam-macam baju kurung yang pelbagai potongan kita dapat jumpa. Lepas ni bleh la p usha kat sana dulu.

Cuma yang jadi masalah sekarang adalah sijil kursus kahwin dah hilang. Sengaja ja ajak En TTM p kursus sekali lagi walaupun dia dah amik. Tapi senang jer dia jawab "sapa suruh bagi hilang" sambil dok gelak-gelak. 

Aku ayat dia macam-macam siap kata "jadi la macam Yusri tu sanggup teman Lisa Surihani amik kursus kahwin." Tak jalan juga. Lepas tu aku ugut nak p amik kursus dengan orang lain lagi tapi dia boleh jawab "Tak apa p la amik dengan orang lain, nanti nak kahwin dengan abang juga" sambil gelakkan aku, hampeh betoi.


Gambar Hiasan


Kalau ikutkan hati malas nak amik kursus kahwin sekali lagi.Agak-agak sijil tu boleh ambil lagi tak kalo hilang?? Ada sapa-sapa tau? Tolong maklumkan yer...

Cuma buat masa ni aku bersyukur sangat biarpun hubungan jarak jauh tapi segalanya dipermudahkan. Setakat gaduh manja-manja dan merajuk sikit-sikit tu ada la. Dan lagi bersyukur sebab dia sangat matang. Umur pon 29 dah. Dah tua kan dia?? Hahaha... 

Dan apa yang lagi menyebabkan kami serasi bila perangai berlainan sebagai contoh aku ni banyak cakap, dia  pendiam..Aku ni kadang-kadang jenis berangin tapi dia cool jer... Cuma dia selalu cakap aku ni angin kus-kus. Sekejap ok, sekejap tak ok.. Kalau mai angin aku kena pandai pujuk kalo tak lama la berangin tu. Dia plak macam ribut, susah nak mai..sekali ribut habis la....umpama macam tu la.

Setakat ni belum pernah rasa la ribut dia tu. Tak mau la rasa.. Takuit orang perlis kata hahaha... Apa-apa pon harap-harap apa yang kami rancang nanti dipermudahkan.




13 comments:

  1. ehem moga dipermudahkan

    esaited la puleks ehh

    ReplyDelete
  2. eh, sama eks umur 'mereka'...hihi..moga dipermudahkan untuk anis dan akak juga...

    ReplyDelete
  3. kalau ambil dgn hasani dorg boleh re-print balaik tapi kene charge la.

    kalau kursus tempat lain tak sure macam mana :)

    ReplyDelete
  4. hahahah. untunglah nak kawin dah!!! i je tak tau bila lagi ni..:(

    ReplyDelete
  5. insyaAllah..semoga dipermudahkan..

    ReplyDelete
  6. Hehe. Semoga dipermudahkan seala urusan. gudluck!

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. biru tekoih dengan putih pun mcm cantik jugak ;)

    semoga dipermudahkan lah urusan korang berdua dan akak sunah jugak amin

    ReplyDelete
  9. waaaaaaa semoga dipermudahkan.... ngada cik gksb nak kenalan ngn kita plak... mcm la tak kenal... kat fb dh add, tak pasan ye... hahahaha

    ReplyDelete
  10. waaaaaaa semoga dipermudahkan.... ngada cik gksb nak kenalan ngn kita plak... mcm la tak kenal... kat fb dh add, tak pasan ye... hahahaha

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi