Tuesday, February 19, 2013

NOVEL REVIEW: CATATAN PENGEMBARAAN SEORANG FLOWERMAN


Hari ni aku nak review sebuah Novel Grafik yang pasti lain daripada yang lain. Sebelum aku ulas lebih lanjut aku nak ucapkan terima kasih kepada Dr Shah Ibrahim kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk mengulas Novel Grafik hasil karya dan terbitan beliau. ;)


MUKADIMAH

Setelah mendapat email dari Dr Shah Ibrahim pada 12 Februari untuk review novel beliau aku terus memberi persetujuan sebab bukan senang mendapat peluang dan diberi kepercayaan untuk ulas hasil karya sulungnya. Lagi pula novel grafik ni adalah lain daripada yang lain. Dan yang menariknya ia berdasarkan kisah benar beliau semasa menuntut di Luar Negara.

MUKA DEPAN


Semasa aku buka balutan jer mata aku tertarik kepada ayat ini:

"ANDAI TAKDIR MENYEBELAHIKU, BUKU INI PASTI SAMPAI KE TANGANMU..."

Tersenyum aku membacanya.... ;)


Terus tak sabar nak membacanya dan menyelak halaman seterusnya...


ULASAN CIK GKSB:

Novel grafik ini mengisahkan tentang pengalaman penulis semasa melanjutkan pelajarannya ke luar negara dan berperang dengan perasaan sendiri dimana hatinya yang dulu kuat mempertahankan prinsip untuk tidak jatuh cinta tiba-tiba tercuit dengan kehadiran seseorang. (Hati kiut kan? hehehe..) 

Persoalannya adakah penulis akan mengorbankan prinsip yang dipegangnya semata-mata kehadiran seorang gadis itu?? Adakah hubungan mereka berjaya?

Penulis juga berkongsi cabaran-cabaran yang dihadapi semasa menyiapkan thesis untuk mendapatkan PHD. Konflik berlaku bila setiap eksperimen yang dijalankan gagal dan tidak membuahkan hasil sedangkan tempoh masa sudah hampir tamat dan semasa penulis berperang dengan diri sendiri semasa VIVA. 

Kat sini memang aku teringat habis pengalaman aku kat Universiti dulu. Macam mana aku berhadapan dengan Pensyarah semasa VIVA. Pheww rindunya..dan perasaan gementar itu kembali lagi. 

Bagi yang dah bekerja dan habis belajar pastinya anda rindu saat-saat itu kan? Jadi kalau anda ingin mengimbas kembali pengalaman-pengalaman lalu sebagai seorang pelajar pasti anda tak kan lepaskan peluang untuk memiliki novel grafik ini.

Dari segi gaya penceritaan adalah santai dan slumber dan paling best sebab ia menarik nama pun Novel Grafik kan? Hehe....Adakala bila membaca membuat aku tergelak kecil dan senyum sorang-sorang. Sebagai contoh aku amik sedikit sedutan dalam novel ini.


siap tengok buku cara nak pikat perempuan =P

Dan yang lagi menarik penulis turut berkongsi gambar-gambar yang real dan digabungkan skali dalam novel ini. Kalau aku terang takut ampa tak paham plak kn? Tengok sendiri la... =P


siap ada penerangan yang jelas lagi tu... 



Dan yang paling aku suka ada autograf lagi tu....(kantoi nama sebenar huhu..)


Nampak macam pen betul jer kan? Padahal gambar jer....Unik kan?


KOMEN/CADANGAN




Nampak tak perkataan yang aku gariskan tu?? Kadang-kadang aku terkeliru sebab aku selalu tersalah baca "LI" padahal "U" Jadi mungkin tulisan yang digunakan perlu ditukar supaya tak ada yang terkeliru macam aku hehehe....

Setelah habis baca apa yang aku dapat simpulkan Novel Grafik ni sangat menarik sebab penulis menulis secara santai berdasarkan pengalaman-pengalamannya dan aku mencadangkan supaya penulis mengeluarkan novel grafik ini secara episod-episod macam komik kartun tu ala-ala detective conan gituu.... =P


CARA NK ORDER

Boleh ke terjah SINI atau Like page FB MR.FLOWERMAN


Sekian saja Review Novel Grafik kali ini. Dengan penuh panjang lebar aku ulas. Orang bagi kepercayaan dekat kita, kita kena hargainya dan buat yang terbaik. Terima kasih sekali lagi kepada Saudara Shah Ibrahim kerana beri kepercayaan kepada saya untuk ulas karya saudara. Mana tau lepas ni ada penulis lain yang nak aku review novel dia plak boleh la email i yer...Yang penting berani menerima kritikan dan pendapat orang lain...

Senyum Mau Maneh =)




4 comments:

  1. macam best, post ke akak pulak lah...hahaha

    ReplyDelete
  2. mcm menarik je. ade potensi nak kena baca ni

    ReplyDelete
  3. nampak best. grafik senang je selak2 baca habis dah wahhh mcm komik

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi