Tuesday, February 12, 2013

POSITIF DIRI



Pernah tak kita membayangkan kita punya segala-galanya tapi jiwa kita kosong? Pada dasarnya kita kelihatan gembira...punyai ramai kawan tapi sebenarnya kita kesunyian? Kita dahagakan kasih sayang dari seseorang yang tidak pernah kita dapat rasai, biarpun dia merupakan orang terdekat kita? 

 Aku pernah terfikir wujudkah orang macam ni. Dan jawapannya ya. Sebagai contoh, seseorang yang punyai harta yang banyak, terkenal, punyai rupa yang menarik tapi sebenarnya dia tidak dapat menjadi dirinya yang sebenar kerana faktor-faktor tersebut. 

 Ada orang pula beruntung kerana memiliki segala-galanya. Punyai suami dan isteri yang saling menyayangi, punyai keluarga yang bahagia dan itulah nikmat Tuhan yang dapat dirasai mereka. 

 Ada pula biarpun tiada ibu atau bapa, hidup mereka tetap bahagia. Walaupun kata mereka, "untung mereka yang masih ada ibu bapa untuk mereka berbakti dari mereka yang tidak sempat untuk membahagiakan ibu bapa mereka." 

 Dan lebih sedih lagi punyai ibu bapa tapi tidak dapat berbuat apa-apa untuk membahagiakan mereka. Lagi menambahkan sedih bila ibu mereka menganggap anak mereka langsung tidak boleh diharap. Andai kita jadi ibu bapa sanggupkah kita berkata begitu pada anak kita? 

 Semua ini ada dalam setiap kehidupan kita. Yang mana mungkin kehidupan kita adalah terdiri dari salah satu situasi tersebut. Bersyukurlah seandainya kehidupan kita penuh bahagia. 

Tapi bagi mereka yang mungkin tidak pernah merasai apaitu bahagia, mungkin Tuhan ada percaturan lain untuk mereka. Apa yang penting jangan lupa untuk berdoa kepada-Nya. 

 Jangan sedih-sedih lagi yer kawan. Ingat Tuhan, positifkan diri anda. Insyaallah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

3 comments:

  1. Thumbs up ! Nice entry.
    Dah semakin matang. :)

    ReplyDelete
  2. betul tu.. ada masa rasa sunyi sgt2..

    ReplyDelete
  3. yang kaya tetap rasa kekurangan dalam hidup dia. yang miskin walau punya banyak kekurangan tetap rasa manisnya hidup.

    kat situ la takdir Allah untuk kita saling melengkapi tak gitu ;)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi