Tuesday, March 19, 2013

BIDANG KERJA: MENCABAR ATAU DICABAR?


Bidang kerja.

Hari ni aku nak berkongsi sikit bidang kerja yang aku ceburi sekarang.

Aku bekerja sebagai case manager di pusat khidmat under Agensi Antidadah Kebangsaan. Kalau ada yang bertanya skop kerja aku apa yang boleh aku ringkaskan adalah pusat khidmat ini khas untuk mereka yang terlibat dengan dadah nak mendapatkan rawatan terutamanya bimbingan dan kaunseling, rujukan dan advokasi serta untuk terapi gentian Methadone dan ada banyak lg pakej yang ditawarkan.

Pusat khidmat ni ada asrama yang disediakan untuk bekas penagih yang ingin mendapatkan rawatan. Kami juga adakan banyak program-program dan sesi khas untuk pemulihan bagi pengguna dadah ini. 

Sebagai seorang case manager sudah semestinya aku yang mengendalikan fail-fail kes dan dalam fail kes sudah semestinya aku perlu tahu latar belakang klien dan segala aktiviti yang dijalankan akan dimasukkan ke dalam fail kes, pendek kata segalanya berkaitan dengan klien kena cari aku.

Aku juga bertanggungjawab untuk menilai dan membuat laporan mengenai prestasi seseorang klien tersebut serta pelbagai tugas lain lagi. Tugas ni bukan lah senang sebab kita akan berhadapan dengan klien yang sudah semestinya dari pelbagai latar belakang, mempunyai rekod jenayah dan mempunyai pelbagai penyakit berjangkit. 

Jadi untuk berhadapan dengan mereka semua perlukan satu semangat yang luar biasa. Aku mengaku adakalanya aku hampir kalah dengan tekanan sebab tak mampu lagi nak menghadapi semua itu tapi berkat nasihat dan semangat oleh orang yang rapat dengan aku, aku anggap semua ini adalah salah satu cabaran yang perlu aku hadapi. 


Aku dengan klien semasa mengendalikan LDK untuk mereka


Biarpun aku ada latar belakang pendidikan dan pengalaman masa praktikal dulu yang berkaitan dengan bidang kerja aku sekarang, ia bukanlah bermakna kita mampu berhadapan dengan semua ini. Apa yang penting sekali adalah kecekalan dan kesabaran untuk menghadapi tekanan dan juga apa jua cabaran yang mendatang. 

Semua pengalaman yang aku dapat sekarang menjadikan aku lebih kuat dan mengajar aku untuk lebih bersabar. Sebab kita akan jumpa pelbagai ragam manusia. Aku dah try untuk jadi seorang case manager yang lembut, tapi adakalanya mereka mengambil kesempatan pula. Jadi aku bataskan diri aku dan menjadi seorang pegawai yang tegas tapi masih boleh dibawa bergurau kalau kena masanya. 

Di sini kita akan mempunyai pelbagai watak mengikut situasi tertentu biarpun adakalanya watak-watak yang kita mainkan itu turut juga mempengaruhi diri kita. Pendek kata apa pon bidang kerja yang kita ceburi pasti akan menjadikan diri kita seorang yang bagaimana kita sekarang. Kalau bidang kerja itu mencabar maknanya insyaallah kita adalah seorang yang kuat semangat dan boleh menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang.



9 comments:

  1. woah!
    tapi orang kata alam pekerjaan memang tak sama langsung dengan zaman belajar. Very demanding..

    Good luck la kak!
    Noble kerja akak. semoga Allah bantu. amin~

    ReplyDelete
  2. @razil

    memang tak sama... so enjoy la zaman study awok yer... ;)

    ReplyDelete
  3. wow...boleh dikatakan sangat mencabar jugak dan menakutkan ya lah berjumpa dengan bekas penagih dadah..papepun ini kerja mulia dan kita dapat membantu serta membimbimg mereka ke jalan yg benar sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  4. setuju..mmg noble sgt keja nih~tp bila kita pulun wt keja..pulun bg depa sedaq betapa bahayanya dadah..betapa pentingnya kepulihan depa..tp tup2 bila depa wt xreti n xamek pot apa kita ckp jd saket ati lak..mula la nk ckp 'lantak hang la nk idop ke x'..adeii cabaran gila..

    ReplyDelete
  5. mencabar sgt2~smpai kdg2 pikir smpai bila aku nk wat keja nih..sbb keja la nih kna cover mcm2..xda nk menjurus sgt dah ke arah kepulihan depa..0psss~

    ReplyDelete
  6. @bahrain

    wlpn kita rasakan menakutkan tapi mereka manusia mcm kita juga bezanya diorang tersilap langkah itulah peranan kita untuk membantu mereka ;)

    ReplyDelete
  7. tahniah untuk MummyGk sebab berjaya atasi semua cabaran dan ujian nie.

    sebenarnya bekerja dengan mereka yang amat memerlukan kita memang banyak pahalanya kan.dalam ampa tak sedar ampa dah membantu dorang untuk berubah balik ke pangkal jalan, Alhamdulilah :)

    semoga ampa terus sukses sukses dan sukses untuk akan datang dan selamanya amin :D

    ReplyDelete
  8. mesti masa bekerja lebih belajar.. sebab apa yang kita belajar tak semesti itu yang kita akan dapat kerja tu ... so be strong :)

    ReplyDelete
  9. kita mencabar utk dicabar..... baru enjoy utk berkerja...... statik sangat pun tak boleh kan...

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi