Wednesday, March 27, 2013

PANTANG LARANG ORANG TUA BERKENAAN TARIKH PERTUNANGAN / PERKAHWINAN




Pernah dengar tak nak tetapkan tarikh untuk pertunangan atau perkahwinan kena tengok time bulan jatuh atau tidak?? First time aku dengar bila En TTM bagitau aku. Kebetulan plak masa tu bila kawan-kawan En TTM dapat tahu yang kami akan tunang tarikh sekian sekian depa plak pakat bagitau tak boleh sebab time tu hari bulan jatuh. Siap tunjuk kalendar Islam lagi dan cara depa tengok.

Aku pon tak paham sangat apa yang depa maksudkan. Yela... budak-budak muda kan.. (muda la sangattt) mana nak amik tahu pasal ni. Bagi aku, selagi aku free dengan tarikh tersebut dan sanak saudara senang nak cuti, itu dah cukup. 

Mungkin kawan TTM yang bagi tau tu dah berumur ataupun depa dapat tau dari orang tua depa. En TTM aku rasa pon tak tau pasal ni. Masa dia cerita kat aku pun macam tension jer. Kalau ikut kita memang la merepek. Kalau percaya plak satgi jatuh syirik. Tapi bila kita fikir balik mungkin orang tua yang terlebih makan garam dari kita yang muda ni ada hari-hari yang depa rasa hari yang baik.

Aku pun tak tau tarikh yang kami rancang tu jadi ke tak. Sekarang plak nak PRU13. Kerja plak dengan gomen, banyak plak programnya. Paling tak best, cuti dibekukan. Tapi yang penting semua persiapan aku dah buat. Cuma ada la sikit-sikit hal lagi. Bila duduk jauh ni terpaksa la buat macam tu. 

Terpaksa tunggu kalau orang tua TTM kata ON, maka ON je la hehehe....Semoga semuanya dipermudahkan. Aminnn....

Cuma adakalanya kita ni senang cakap ja, buat macam tu pedulikan apa yang orang nak cakap, kalau ikut hati memang nak buat macam tu. Tapi bila benda ni berkait dengan orang lebih makan garam dengan kita, nak ke tak nak, kita kena ikut cakap depa. Kita kena hormat sebab depa lebih tau dari kita. Cuma kalau benda tu kita rasa negatif, kita amik benda tu jadi positif supaya benda tu tak jatuh kepada syirik.

Berbalik pasal tarikh yang bulan jatuh tak jatuh tu ampa tau tak pasal ni?? Kalau tau sila kongsikan. Terutama kakak-kakak dan abang-abang yang ada pengalaman macam ni




11 comments:

  1. AJ tak penah tau pun..
    Dalam family AJ, cukup je syarat, terus ON.. =D

    ReplyDelete
  2. MAkbed org Kedah.. jadi masa nak menikah dulu, aku pun melalui situasi gini.

    Katanya, kalau kita pilih tarikh yg depa 'tak bagi' tu, jodoh kita panas. asik gado ..ade je yg tak kena.

    tapi,ikut pengalaman MAkbed dulu, Makbed kawin time 'tak berapa nak elok'. Plak tu, bukan time cuti skolah. Dan bukan juga musim kawin. MAkbed nak nikah pada tarikh lahir Makbed jugak-jugak.

    TAk kira la apa pun org kata, akhirnya, aku kawin juge pada tarikh tu. Dan masih kekal bahagia sehingga le skang. BAru 5 tahun usia kawin Makbed.

    Selamat berjaya yerrr....

    ReplyDelete
  3. ah sudah..jenuh la gini.caye ke tak?
    hahah

    ReplyDelete
  4. x penah dgaq...kalo dgaq pon mmg xkan ikut =p

    ReplyDelete
  5. semuanya dah kami katakan dalam kbu ritu :D

    mcm ampa la kata org yg x duduk tempat kita memang tatau situasi ape yg kita tgh lalui tue.

    apa yang kami pegang dulu. dalam nak menegakkan syariat kita kena jugak jaga hati org tua jgn smpi jatuh dosa sbb kita lukakan hati depa. umpama tarik benang dalam tepung, tepung tak berselerak benang tak putus :)

    ini ujian dan cabaran untuk ampa yang nak melangkah ke satu perjalanan lain, jadi kami doa moga ampa berdua tabah dan sabar dalam menghadapi cabaran nie dan akan datang amin.

    ReplyDelete
  6. tak penah dengaq la plak. yg tau klu duit hantaran x leh genap2. huhu.

    ReplyDelete
  7. serah kan pd org2 tua kita~sbb apa yg depa dh pilih tuh dh elok sgt..bdoa beserah moga suma nih bejalan lancar

    ReplyDelete
  8. dlu masa nk kawen ada org tua kate jgn kawen bulan Muharram.mklumlah org tua lg byk mkn garam.Sy pun refer ustaz n buku2 agama,search tenet.
    itu sume salah, menyerupai amalan kaum india pun ada.tak bleh pcaya. better google hukumnya.sy nk cte lebih2 x pandai.

    ReplyDelete
  9. insyaAllah..semoga dipermudahkan.......remy doakan yg terbaik..... agar berjalan lancar

    ReplyDelete
  10. yang aku baca, depa kata kawen ni benda baik so kalau nak buat benda baik mana ada hari2 yang tak boleh..... berlandaskan pemahaman itu maka aku kawen ikut suka bila kami ready la....

    ReplyDelete
  11. ho.. ada mcm 2 eh?

    done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee..

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi