Monday, March 25, 2013

TIPS MENENTUKAN HALA TUJU SELEPAS SPM DAN STPM



Tahniah untuk mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Juga tahniah untuk adik aku yang dapat 5A dalam SPM dia. A adalah Matematik, Sains, Akaun, Quran dan Sunah, dan Syariah. Sekarang ni dia tengah sambung untuk amik STAM di Maktab Mahmud Alor Star. Tapi aku tak sure plak sama ada dia akan continue untuk amik STAM atau terima tawaran dari IPT.

Dan pada yang tidak berjaya jangan patah semangat. Ni nak cerita sikit, kakak ampa ni pon dulu result SPM tak la cemerlang mana tapi semua tu tak menghalang aku untuk menjadikan siapa aku sekarang ni. Sekarang ni dah jadi pegawai kot. Bukan nak angkat diri, tapi nak bagitau ampa, keputusan SPM tu bukannya penentu segala-galanya.

OK mai kakak ampa nak cerita sikit sedikit sebanyak latar belakang kakak ampa ni. Apa yang kakak ampa ni buat lepas dapat keputusan SPM. 


MINAT DAN KELAYAKAN

Saya minat membaca anda pula bagaimana?


Orang cakap kalau nak mohon kos di IPT mestilah amik kos yang kita minat. Itu betul tapi tak semestinya. Kita kena tengok juga dengan kelayakan kita sama ada kita berkelayakan atau tidak. Sebagai contoh, ampa minat bidang kejuruteraan tapi math gagal, boleh ka kita mohon? Mestilah tak boleh sebab bidang kejuruteraan ni guna banyak pengiraan,

Lagi untung kalau kita punyai minat dan juga ada kelayakan untuk memohon kos yang kita suka. Apa yang penting sekali kena tengok sama ada kita layak atau tidak untuk memohon lepas tu baru kita tengok apa yang kita minat. Sebab minat ni kita boleh pupuk. 

Bila kita dah ada ilmu, nak ke tak nak kita tetap kena buat jadi dari situ minat akan timbul minat setelah kita ada ilmu dan kita tahu apa yang perlu kita buat.


PELUANG PEKERJAAN

Nak jadi doktor?? 


Sesetengah orang akan tengok kos apa yang mempunyai peluang pekerjaan yang banyak. Bagi aku, aku kurang bersetuju mengenai ini. Sebab kita tidak tahu sama ada lepas kita habis study, adakah kos yang kita amik tu yang kekononnya akan ada peluang pekerjaan yang banyak tapi time kita dah habis study masih banyak peluang pekerjaan.

Semua itu bergantung kepada kemahiran kita, kebolehan kita, result exam final year dan juga communication skills masa kita pergi interview dan paling penting sekali adalah rezeki yang Allah telah tetapkan.

Sebagai contoh yer, masa aku dapat tawaran dari USM dengan kos social science, masa tu mak bapak aku beritahu ada kawan-kawan depa cakap nanti susah dapat kerja kalau amik kos tu. Tapi masa tu aku percaya pada rezeki. 

Aku dapat interview lepas dua bulan aku habis belajar tapi masa tu belum grad lagi. Dan apa yang mengejutkan aku adalah mereka hanya mencari yang berkelulusan social science dan kelebihan pada aku adalah aku major dalam social work. Alhamdulillah aku dapat kerja tu untuk jawatan case manager.

So pada yang cakap cost aku ni susah dapat kerja la dan macam-macam lagi yang aku dengar masa aku baru dapat tawaran adalah tidak benar sama sekali. Sebab kita tidak tahu peluang pekerjaan yang akan kita dapat di masa hadapan. Yang penting ada knowledge.


KEPUTUSAN SPM KURANG MEMUASKAN?



Keputusan SPM aku bukan la best sangat pun. Cukup-cukup makan ja. Tapi aku apply jer semua mana tau ada rezeki kot mana-mana. Dalam dok tunggu panggilan masuk ke IPT aku dapat tawaran untuk sambung ke tingkatan 6. Masa tu walid aku suruh pergi jer dari dok melangut kat rumah kan. 

Lagipun masa tu aku dah puas merantau sampai ke Melaka untuk kerja sementara menunggu keputusan SPM keluar. Jadi aku pon p je la masuk Tingkatan 6. Pada mulanya memang aku tak suka langsung apatah lagi sekolah tingkatan 6 aku tu sekolah yang paling aku nak elak untuk masuk. Tapi percaturan Tuhan lebih hebat, yang kita tak mau tu la dapat kat kita,

Lepas beberapa bulan belajar di tingkatan 6, aku dapat tawaran untuk sambung Diploma dalam bidang IT. Masa tu memang aku nak p sangat-sangat. Cuma tunggu p daftar ja. Tapi ada konflik plak berlaku. Walid aku suruh aku sambung jer tingkatan 6, tapi masa tu aku memang tak mau. Sampai walid aku cakap kalau nak p juga, p la tapi alid tak mau amik tau dah pasal ni. Beberapa hari aku tak cakap dengan alid aku.

So sebagai anak, kita kena mengalah. Aku terus juga belajar di tingkatan 6. Sorang demi sorang kawan-kawan aku berhenti tingkatan 6 untuk sambung diploma dan ada juga yang amik sijil jer... Time tu la aku berazam untuk memastikan yang aku berjaya dalam STPM.

Biarla orang nak cakap masuk tingkatan 6, nak kena pakai baju sekolah, masuk politeknik atau kolej-kolej lain dan UITM boleh pakai baju cantik-cantik tak payah pakai baju sekolah dah. Tapi semua tu aku letak ketepi. 

kalo cun macam ni, pakai apa pon nampak cun.


Bila fikir balik, STPM 2 tahun jer lepas tu terus ke Degree. Diploma 3 tahun, lepas tu kena amik degree lagi 2 tahun kan dah rugi masa. Dan rasa keputusan yang paling tak patut kawan-kawan aku buat adalah depa dapat tawaran sijil jer dari Politeknik tapi sanggup berhenti sebab tak mau pakai baju sekolah. Tu la keputusan paling bodoh aku rasa.

Sebab tak mau pakai baju sekolah sanggup plak terima tawaran tu. Dari sijil, nak kena amik diploma, lepas tu nak sambung degree, dah berapa tahun kita rugi? Sebab tu time aku dah keja ni masih ada yang tak habis study lagi. Bukan la niat aku nak merendahkan depa cuma aku nak tunjukkan betapa ruginya depa buat keputusan yang langsung tak munasabah masa tu. Semua tu sebab malu nak pakai baju sekolah.


PELUANG UNTUK PELAJAR STPM

Aku bangga sebab aku adalah pelajar STPM. Bukan semua orang sanggup amik STPM. Semua orang kata susah. Memang susah. Tapi dari situ la kita akan bekerja lebih keras untuk berjaya. Dan paling aku tak sangka, bila kita dapat keputusan STPM peluang kita untuk ke IPT lagi luas sebenarnya.

Banyak sangat peluang dan paling best kita boleh pilih hala tuju kita. Macam aku, aku jenis suka bekerja dalam masyarakat, aku suka berinteraksi dengan masyarakat dan tolong masyarakat sebab tu aku amik social science atau nama melayunya Sains Kemasyarakatan. 

Aku syorkan ampa yang mempunyai minat sama dengan aku supaya apply Sains Kemasyarakatan di USM. Sepanjang aku bergelar student di sana, banyak program telah aku join contohnya program dengan orang asli, orang tua, masyarakat, dan juga pengalaman untuk praktikal di asrama akhlak. 

Pengalaman yang aku dapat tu la yang menjadikan siapa aku sekarang. Biarpun begitu, aku perlu lebih banyak belajar. Bila kita bekerja, terutamanya bekerja dengan mereka yang mempunyai masalah dadah macam aku, kita akan belajar banyak perkara baru setiap hari.

Gambaq kakak ampa grad kat USM



SAYA SUDAH BERPUTUS ASA



Putus asa? Jangan sesekali rasa macam tu. Keputusan peperikasaan kita tak kan menentukan siapa kita pada masa hadapan. Yang paling penting sekali perlu berusaha untuk mengubahnya. Kalau rasa keputusan kita tak bagus atau kita ni jenis tak mampu nak belajar, pilih kos yang memerlukan kemahiran.

Contohnya dalam bidang aircond, elektrik, automotif dan macam-macam lagi. Kalau ada kemahiran, senang kita nak dapat kerja ataupun kalau ada target yang lagi besar, nak buka perniagaan sendiri. 

Dalam semua perkara yang paling penting adalah usaha kita untuk mengubahnya. Pokok pangkalnya diri kita sendiri. Harap semua yang kak ampa ni tulis akan dapat membantu ampa sedikit sebanyak.



  
Nak rasa pengalaman macam ni?? Belajaq rajin-rajin




19 comments:

  1. wawawawa ,,teringat pulak gambar convo gua atas stage.. semua tutup mata.. arrrrgh benci benci benci..

    ReplyDelete
  2. kata2 semangat yg amat berguna buat lepasan spm.. kekadang tu receive prmohonan nk amik jurutera mekanikal.. math skadar lulus mmg kami xtrima.. skurg2nya kredit dlm math..
    lepasan spm tgk la course trsbut pd minat anda.. kesesuaian dgn result serta pluang krjaya yg ada..

    promote ckit..
    utk masuk KOLEJ PTPL
    blh refer : http://puterahelmei.blogspot.com/2010/10/kolej-ptpl.html

    utk masuk MSU pulak
    blh refer : http://puterahelmei.blogspot.com/2011/06/management-science-university-msu.html

    ReplyDelete
  3. @mawardi

    itu baru gambar lu...lu tak tengok lagi gambar gua amik sijil sebelah tangan... ciskek betol photographer.. xreti nk amik gambar...

    ReplyDelete
  4. @putera helmei

    disebabkan ramai yang kurang peka pasal kelayakan untuk mohon kos la kita kena buat entry yg macam ni

    good job to u too

    ReplyDelete
  5. nak grad jugak..hehe..saya sekarang amek dip..ramai kate rugi..asal tak matrik atau asasi.. saya rasa saya xsesuai belajar laju2 ni...memang degree nanti belajar akan lebih teruk..tapi diploma ni saya jadikan tempat nak dapatkan asas yang cukup sebelum pegi degree..

    ReplyDelete
  6. @selipar putih

    bagus la sebab awak tahu kemampuan diri awak dan paling penting sekali awak tahu nk buat keputusan sendiri

    ;)

    ReplyDelete
  7. betul betul betul..

    dulu aku yg paling worst sekali dlm kelas tp skang...PPS KPM ;-)

    ReplyDelete
  8. lagi teruk kalau belajar semata2 nak sama kos dengan sama dewan kuliah dgn kawan. sedangkan belum tentu lagi dedua akan sama tahap level nak terima pelajaran tue

    ReplyDelete
  9. betul tu...spm cuma permulaan..... diluar sana nanti terbendang seribu kehidupan yg kita tak tahu lagi..... gud luck to everybody yg baru lepas spm tu....

    ReplyDelete
  10. sains kemsyarakatan???
    mcm best je...=)

    ReplyDelete
  11. salam kak. entry ni memang membantu saya yg tga ada konflik dgn mak ayah sama ada nak terima diploma 2nd intake uitm atau teruskan f6. situasi saya dgn akk sama sgt. Saya baru ambil kata putus utk dgr cakap ayah supaya teruskan f6. InshaAllah berkat dgr ckp ayah, saya dpt peluang yg lebih besar pd masa hadapan dan berjaya mcm akk :) doakan kejayaan saya! :D apa2 pun alhamdulillah dan tahniah akak dah berjaya skrg :')

    ReplyDelete
  12. salam kak, apa yg akk lalui dulu sama mcm apa yg saya lalui sekarang. situasinya sama. saya dpt tawaran dip uitm 2nd intake tp ayah suruh teruskan f6. apa yg ayah akk ckp dulu sama mcm apa yg ayah saya ckp skrg. hara suatu hari nnt saya boleh berjaya mcm akk ! doakan kejayaan saya! mungkin ada hikmah dgr ckp mak ayah. InshaAllah kejayaan yg lebih besar menanti saya sama mcm apa yg akk ada skrg :') tahniah utk akk :)

    ReplyDelete
  13. Result sa tak laa ok sangat. Cukup2 mkan jet. Bleh kaa msuk u ni?

    ReplyDelete
  14. Result sa tak laa ok sangat. Cukup2 mkan jet. Bleh kaa msuk u ni?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum kak . Akak wktu form6 ambik subjek apa? Boleh tk bg tip cara belajar kt form6 ni .. harap dpt membantu saya . Terina kasih ^_^

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum..sye bljr di stpm but sye still x dpt nk catch up .. bole x nk tips utk atsi msalah ini....

    ReplyDelete
  17. Sy baca blog akak ni dpt memulihkan semangat sy yg hmpir luntur utk mmilih ting 6 sbg plihan

    ReplyDelete
  18. Akaq, ade fb x? Sye nak tnye lebih lanjut pasal kos sain kemasyarakatan ni... fb sye nabilah nazri

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi