Saturday, April 27, 2013

BAHAGIA?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca blog GKSB,

Kalau dulu kan, dulu la sebab ni cerita dulu-dulu.... Aku pon tak sure aku boleh merasa bahagia atau tidak. Hidup aku dari kecil memang banyak pancaroba. Banyak pengalaman yang ampa tak jangka aku akan alami aku dah alami. Bila ingatkan balik memang sedih. **ayaq mata dah bergenang ni**

Aku selalu tertanya-tanya macam mana bahagia tu? Bagaimana perasaan orang yang bahagia? Sebab aku tak pernah merasa bahagia. Hidup aku penuh dugaan. Untuk aku membuka kembali kisah-kisah lalu memang aku tak sanggup. Biarlah aku pendam semua tu. Cukuplah aku seorang saja yang rasa. Dan semua itu menjadikan aku lebih kuat dan berani. Apa yang aku rasa nak buat, aku akan buat. Aku tak peduli apa kesannya.

Pernah cikgu aku masa di sekolah rendah, dia pernah cakap pasal aku di dalam kelas depan kawan-kawan aku semua, cuba tengok bla bla bla (merujuk pada aku) orang kata apa-apa pon kat dia (merujuk kepada ejekan), dia jenis tak kisah dan amik hati. 

Nak amik hati?? Walaupun benda tu kadang-kadang menyakitkan hati tapi apa aku boleh buat? Nak mengadu dekat siapa? Buat tak tahu jer la. Sampai satu tahap aku pernah hilang sabar dengan sorang budak laki ni aku tumbuk dia... Sampai bergaduh naik kaki semua. Sampai cikgu masuk campur. 

Tapi itu dulu. Sebelum aku kenal erti bahagia. Alhamdulillah, hidup aku kini lebih baik dari dulu. Bertemu dengan seseorang yang sangat memahami, menyayangi aku dan yang paling penting menerima aku seadanya itulah saat yang paling membahagiakan aku. =)

Dia, yang sentiasa bersabar dengan kerenah aku. Yang sabar melayan rajukku, yang menerima amarah ku tanpa banyak soal dan paling penting boleh menukarkan aku dari menjadi singa betina menjadi hamster. Hehehe... Sifat cool dan penyabar dia yang menyebabkan aku terpikat. Ewahhh jiwang plak dah kan hahaha...

Memang aku bersyukur sangat-sangat sebab aku sentiasa berdoa supaya Allah berikan kebahagiaan di dunia dan akhirat kepada aku. Dan aku harap kelebihannya dapat menutupi kelemahanku dan kelebihanku dapat menutupi kelemahannya. Sesungguhnya manusia itu diciptakan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. 

Mohon kawan-kawan doakan kebahagiaan kami sampai ke syurga,,,

;)



5 comments:

  1. setiap orang ada sejarah mereka masing2...

    'Being happy doesn't mean that everything is perfect. It means you've decided to look beyond the imperfections'

    ReplyDelete
  2. In Sha Allah....smua org pasti bahagia tp bgantung bgaimana kita corakkn kehidupan kita utk bahagia...

    ReplyDelete
  3. garangnya dia.. sampai gadoh ngn kawan lelaki..hehehe..

    alhmdulillah..kadang2 kesusahan yang dulu la yang mengajar kita untuk jadi kuat kan.. =)

    semoga bhgia juga bersama si'dia' ye.. =)

    ReplyDelete
  4. sebab itu orang kata, dalam perhubungan kena saling melengkapi...kekadang kita pun tak menjangka Allah temukan kita dengan orang yang boleh melengkapi kekurangan kita...

    ReplyDelete
  5. ALhamdulilah, insyaAllah sampai ke taman2 syurga. dan menjadi bidadari yang terbaik untuk dia :)

    terima pasangan seadanya. kekurangannya diredhai, kelebihannya disyukuri. kami sentiasa ingat kata2 Ustaz Hazrizal tue

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi