Tuesday, April 16, 2013

FOOD REVIEW: MEE UDANG MAK JAH


Hari ni aku nak review makanan yang kini menjadi pilihan hati iaitu Mee Udang Mak Jah. Lokasi restoran ini adalah area Wangsa Walk. Kalo ampa dari LRT Sri Rampai tu... depan sikit ada traffic light yang menghala ke Wangsa Walk, amik kanan kemudian akan jumpa bulatan kecil, ampa ambil pukul 3. Memang akan nampak restoran ni terpampang besar.




Setakat ni aku dah pergi sana 2 kali. So aku gabungkan sekali makanan yang aku order dalam entry ini. Menu pertama adalah

Mee Udang Special

Gambar menggiurkan tak?? Harga RM12

Rasanya perghhhhh macam mana gambar tu, macam tu la rasanya. Sedap. Udang memang besar nama pon special kan. Aku sebenarnya bukan la penggemar mee sangat, tapi kalau dapat mee udang macam ni memang tak lepas la. Cuma tak best nya mee sikit sangat. Udang lagi banyak dari mee. Dari segi rasa semua sedap. 

Kali kedua pulak aku p sana aku bawa tetamu jauh.. Dari Penang. Walaupun dekat penang dah ada Mee Udang terkenal kat sana, tapi kali ni aku bawa tetamu aku ni merasa mee udang kat KL plak. Tetamu yang aku maksudkan tu adalah:


 

Sha kebetulan datang untuk EVENT INI so memang aku jemput dia tidur umah aku la. Tak kan habis event terus nak balik plak kan? Sebelum hantar dia kat Pudu, singgah sini makan dulu. Menu pilihan Sha adalah:


Bihun Sup Udang

Tak ingat plak harga berapa, RM 8 kot..


Dari segi rasa, Sha kata sedap. Memang rasa manis udang tu. Pekat..... Aku pun ada rasa sikit, sedap juga. Phewww terliur plak dah bila ingat balik. Menu pilihan aku plak adalah:


Charkuetiau Special

Tak ingat harga berapa... tapi antara RM12-RM14



Rasa charkuetiau ni boleh tahan, mula-mula tu rasa macam tawar sikit, tapi bila dah 2,3 suap macam tu baru rasa manis udang. Udang dia memang manis sebab udang yang depa gunakan semua segar-segar. Selalu kalau udang dah tak segar, kita tak akan dapat rasa manis udang tu....

Ayaq pula aku order ayaq tembikai. 




Rasa ayaq adalah rasa tembikai, nama pun ayaq tembikai kan.. Tak kan tetiba rasa durian pula huhuhu...

Suasana tempat ni pula selesa. Siap ada Free Wifi lagi.... 



KELEMAHAN YANG PERLU DIPERBAIKI

~1st aku mai sini, pekerjanya suka bising. Tetiba menjerit sambil bergurau dengan rakan lain. Amboi ampa, macam tak ada kerja dah nowh dok boleh melawak sambil jerit-jerit dengan kawan ampa. So situasi tu sangat mengganggu aku sebagai customer, sebab dok menjerit secara tiba-tiba boleh melemahkan jantung aku yang sihat ni. Bukan sekali, tapi banyak kali.

~2nd aku mai sini, ramai orang. Pekerja depa pon ramai. Tapi servis lembab. Boleh plak, sudu habis. So dia hantar makanan saja. Pastu lama pulak tu nak tunggu dia mai hantar sudu balik. Pastu dari segi nak angkat pinggan lepas customer makan pon lambat juga. 

Pekerja ramai tapi tak sistematik dari segi pengurusannya. Dari segi makanan semua tiptop cuma dari segi servis perlu diperbaiki. Itu saja food review dari aku.

Kalau ampa ada cadangan atau tempat lain lagi yang menarik atau pun nak belanja aku makan kat tempat yang best, boleh la email kat aku~ anyss273@gmail.com



8 comments:

  1. mencik MummyGk!! mencik mencik nguuuuuuuuuu

    mee ketam yang ritu pun kami xdpat lagi. dah pi dah ritu tapi abisssss makan jela mee goreng sobssssss

    eh mee ketam nie kat bukit mertajam tue bukan yg ampa makan ritu

    ReplyDelete
  2. mencik MummyGk!! mencik mencik nguuuuuuuuuu

    mee ketam yang ritu pun kami xdpat lagi. dah pi dah ritu tapi abisssss makan jela mee goreng sobssssss

    eh mee ketam nie kat bukit mertajam tue bukan yg ampa makan ritu

    ReplyDelete
  3. salam kenal...

    dah lama teringin nak pekena mee mak jah ni..ingat kat utara je ade..

    ReplyDelete
  4. dya seblum mengandung..x suke mkn udang n tembikai..but now sejak preggy ni tue lah jadi fav no 1..hihi..pantang..walupun bau je tau..

    ReplyDelete
  5. memang sedappppppppppppppppppp..hehe..^_^

    ReplyDelete
  6. eh kt kl pun ada mee udang mak jah..kerlass mak jah skun hehe

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi