Tuesday, April 30, 2013

LAUK IKAN MASIN JER???



Assalamualaikum....

Aku nak tulis pasal satu perkara. Iaitu lebih kepada kisah manusia yang tak pernah nak puas hati dan ada saja benda tak kena dekat diri dia. Sebenarnya dah lama aku terbaca satu blog ni. Dan isi blog dia tu buat aku teringat sampai sekarang. Nak tahu apa?

Dia dapat jemputan untuk pergi kenduri kahwin, tapi bila balik kenduri boleh plak dia komplain pasal lauk kenduri dalam blog dia kononnya tuan rumah hidang lauk ikan masin ja... Konon lauk tu tak highclass.. Tetamu datang jauh-jauh tapi dapat makan ikan masin dari lauk ayam.


sumber gambar: SINI

Masa tu aku terfikir, dah orang jemput hang mai makan kenduri, tapi boleh plak hang dok complain pasal makanan tu. Itulah orang-orang kita. Tak tahu nak bersyukur langsung. Tak ada ayam, alahai...macam budak-budak plak, tak pernah makan ayam ker??

Kita kena ingat, kemampuan setiap orang tu berbeza. Dan ada sesetengah orang, dia mampu tapi dia nak buat kelainan dengan majlis dia sebab dia tahu kebanyakan tetamu dia mungkin orang bandar jadi dia jamu lauk pauk kampung. Alahai kecur plak bila teringat gulai talang ikan masin dan sambal belacan.

Cuma aku macam tak boleh terima cara dia komplain, orang dah jemput itu kira bagus la, pastu hang makan hang p komplain dalam blog itu memang tak bagus. Masa hang kawen dulu jamu kambing golek kot tu yang syoknya sangat komplain tu.

Sama la juga, kita p kenduri pastu kita tengok pengantin lawa kemain tapi suami dia tak padan dengan isteri dia yang lawa tu, kita kutuk. Dapat dosa kat kita dapat pahala dekat pengantin. 

Tujuan aku tulis semua ni sebagai peringatan untuk diri aku juga, manusia memang takkan pernah berpuas hati dengan sesuatu perkara tapi jangan sampai apa yang kita lakukan boleh menyakiti orang lain dan menambah dosa pula pada diri kita.


p/s: talang ikan masin mahal kot harga dia...



8 comments:

  1. bila hanis cakap dia dulu kawen, maksudnya blogger tu da kawen la ek...aishh sapa la tu kan...

    ReplyDelete
  2. KALAU G KENDURI ADA LAUK IKAN MASIN DAN SAMBAL BELACAN..SEDAAAAAAAAAAAAP NYA...LEBIH PANDANG ITU LAGI BANDING LAUK LAIN..HEHEH

    ReplyDelete
  3. betul. setengah tue memang dia buat lauk kampung sebab orang dah sangat jemu makan ayam dengan daging yang dah jadi menu wajib masa kenduri. tue la susah nak puaskan hati semua org kan

    ReplyDelete
  4. kuat komplen sgt nieee. hihi.

    ehh. ikan masin lg sedappp la. terliur. heee. kan ? ikan talang mahal kot. >.<

    ReplyDelete
  5. mcm kwn kami kwen..knduri blh naka...depa msk lauk gulai nangka daging,ikan masin..ulam2 sambal belacan...kwn2 dr dr tmpt keja p tp x ckp apa ms knduri...ms blk tu pakat bising sbb knduri xdak ayam...

    standard la tu xdak ayam....knduri umah suami k.zai hr tu pon wt gulai nangka daging...ayaq asam...sup..daging rebus dan ada ikan masin goreng :)

    ReplyDelete
  6. ikan masin goreng garing2 plus dengan sambal belacan...memang terbaik...he he he...

    ReplyDelete
  7. hellooo! tu menu i tym pantang tau. ingt murah ke??? mahai kotttt! #libasbulukaki

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi