Wednesday, April 10, 2013

PERSEDIAAN MAJLIS #2: WARNA TEMA?



Sekarang ni tengah kompius sama ada nak guna warna Purple atau Biru. Kalau tanya dekat En TTM, dia mesti jawab "mana-mana pon tak apa..." so ada beza ka kalau bertanya tengan tak tanya??? -_-" Lelaki.... Hmmmm........


Blue or Purple? Both?

So semalam dengan semangatnya aku p cari kain dengan Jakel area Jalan Tar kalau tak silap, ke jalan lain eyh?? Jakel tu belakang Haneefa yang banyak jual cokelat. Ala senang cerita dekat-dekat situ juga la... 

Aku bawa kawan aku, sebab aku tau dia ni jenis pandai nak tawar harga. Kalau aku, orang bagi harga banyak tu, dapat banyak tu jer la... Memang tak pandai nak tawar harga ni. So dah jumpa warna pilihan aku, aku tanya pendapat kawan aku, dia pon kata cantik. Memang nak amik, tapi gatal nak p survey tempat lain dulu.

Pergi Gulatis dekat jalan Tar tu, harga dia mak ai..... Kalau aku ni kawen dengan anak Datuk, boleh la kot nak rembat kain senang-senang. So patah balik pergi Jakel, walaupun hajat nak singgah Nagoya tapi  Nagoya tutup awal, . Aku keluar pergi sana pon lepas balik kerja. Maybe Nagoya memang tutup awal kot.




Harga kain yang aku beli semeter RM25, kalau 4 meter dah RM100, tapi kawan aku memang pandai tawar dapat juga harga semeter RM23. Kalau aku p sorang, kalau depa bagi harga tu, harga tu la aku bayar. Serius tak pandai langsung nak tawar harga. Kalau aku minta tawar pon memang tak dapat huhuhu... 

Yang syoknya masa mula-mula kami tengok kain, kami dilayan oleh kak sorang tu, tengok cara boleh kautim  jer, lepas tu kan kami semua nak p survey tempat lain, lepas datang ke situ untuk kali kedua, tetiba ada orang lain yang datang layan, kami tak mau dia layan, kawan aku siap p cari kakak yang mula-mula tadi. Berubah muka orang tu bila kami cakap kami nak kakak tadi. Hehehe... Kesian plak aku rasa.

Cuma bila soal layanan yang baik pada customer ni aku rasa biasa jer kalau ada situasi macam tu. Kau pandai layan mestilah orang akan cari kau balik. Aku pon pernah kerja sebagai jurujual so aku tahu sangat pelanggan ni macam mana. 

Jadi, aku dah dapat warna tema yang aku nak. Cuma nak kena cari Lace plak. Lace dekat Jakel mahal sangat. Kakak jurujual tu sporting gila, siap bagitau tempat mana lagi yang boleh cari Lace. Kalau orang lain memang tak la nak beritahu customer depa tempat lain yang ada jual lace selain tempat depa. Semoga kakak tu dimurahkan rezeki aminnn.....

Kalau ada sapa-sapa yang tau kat mana aku boleh dapat Lace dengan harga yang murah atau pun tukang jahit yang berpatutan harga, boleh maklumkan yer....


SUMBER GAMBAR: GOOGLE



20 comments:

  1. tema hijau-kuning~ hoyeahhhh rock!

    ReplyDelete
  2. biru purple. wut a nice color! ohoooo.. mmg cantik kak klu combine dedua color ni. sesuit gitu haa.. :) nak kad! keh3

    ReplyDelete
  3. Nak full lace ke, border lace je??
    lace ade banyak jenis..
    Kalau nak border lace AJ cadangkan cari kat fb pagi si chantek border lace...
    AJ selalu beli kat situ...

    ReplyDelete
  4. kira nya dah dapat la wana yang nak

    ReplyDelete
  5. kaler tue ke? cantik cantik. haishhh kmi pn kena cari dress ngandung ala2 kaler tue la ek? :p

    ReplyDelete
  6. pepel biru cntik!! tak rmai yg buat...slalu org amik pink biru kan...cntik biru pepel...nampak exclusive, tenang, hehehe

    ReplyDelete
  7. hihi,ada kata lace murah di bndung GK..hihi..

    tp jauhler..

    ReplyDelete
  8. @juicy

    hijau kuning? memang tak la haha... xska warna tu

    ReplyDelete
  9. hahha..v0te pepel l0rh~
    mmg ngah cri bju kaler pepel nk pkai p kenduri kawan nih..

    ReplyDelete
  10. combination biru purple pon cantik sangat dah!

    ReplyDelete
  11. canteknyer warnaaaaa
    cam ni k.el pun nak kawin sekali lagi lah hahaha

    ReplyDelete
  12. sorang lagi,ni turn MAK KBU plak ni,hikhik..tak sabaq nak jumpak gk ^__^

    ReplyDelete
  13. biru + purple = cantik....... =)

    ReplyDelete
  14. ehem3.. biru + purple is my wedding theme.. harap2 la tak sama.. hahahaha :D

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi