Monday, April 22, 2013

PERSEDIAAN MAJLIS #3: BORDER LACE




Kalau sebelum ni aku ada tulis dekat ENTRY INI pasal warna tema dan juga aku ada bertanyakan macam mana nak dapatkan Lace yang murah-murah. Alhamdulillah ramai yang tolong aku bagitau kat mana boleh dapatkan lace. Terima kasih yer...

Tapi bila aku usha balik lace yang dijual online, harganya agak mahal dan aku plak jenis cerewet, so better aku p cari sendiri. Ramai yang cakap kalau nak cari border lace, carilah kat kedai yang jual barang-barang hantaran, kebetulan kawan aku ada bagitau ada satu kedai tu dekat jalan Tar, nama kedai tu Bunga Reben. Mula-mula aku ingat kedai tu nama Bunga Raya hahahaha. Nasib la tak tanya orang tau tak kedai bunga raya kat mana kalau tak memang malu la =P

Masa aku p kedai tu, penuh orang dekat kawasan Lace tu, sampai berhimpit-himpit nak cari border lace. Sampai aku dengar pekerja dia cakap dekat kawan dia, aku tak nak jaga dekat sini, ramai orang. Sesak juga la masa tu. Belek punya belek jumpa yang aku berkenan, matching plak dengan warna baju memang cantik dan puas hati...

Harga dia plak perghh murah kot. Lace yang aku beli tu harga dia semeter RM35.90 pastu dia bagi diskaun lagi. Harga lace ikut jenis bunga, kalau bunga besar mahal la sikit kalo bunga kecik macam aku beli kat kawan aku RM26 semeter. 

Nak tengok ker gambar dia? 

Ini border lace yang harga RM35.90 tu..~google

Tapi aku tak beli warna ni la.. Rahsia la warna apa. Tak surprise la nanti hehehe.... Cuma corak bunga jer sama.... ;) 

Kalau ampa nak cari Border Lace dengan harga murah, ampa p la dekat kedai Bunga Reben tu berhadapan dengan EURO MODA dan KFC dekat area jalan Tar tu. Aku harap ini dapat membantu bagi bakal-bakal pengantin yang ingin cari border lace dengan harga yang murah dan paling penting jangan lupa bawa kain supaya senang ampa nak matching nanti.




19 comments:

  1. kak ada dapat kat fb murah jugak harga nya

    ReplyDelete
  2. AWAT LA LACE MAHAL DARI KAINNNNN,GERAMNYAAAA RASAAAAA T_T

    ReplyDelete
  3. a'ah la kami pun baru tingat kalau lace nie nak cari yg byk corak and murah kat kedai barang hantaran.

    * ok baby nanti kita cari lace dkt kedai ummi selalu cari brang hantaran dlu :p

    ReplyDelete
  4. wah bila tu? interesting dan menarik jer ni... ^_^

    ReplyDelete
  5. hehe.. kite pon beli lace kat situ.. ushhh, kalo bermeter2 boleh jadi mahaiii gak... ;)

    tapi org yg jual on9 mmg mahal.. dia markup harga kan main tggi lagi nohh...

    ReplyDelete
  6. cntik tu =)
    tgk kat bandung airut lg murah sgt..giler tgk..hihi

    ReplyDelete
  7. amboi kemain dia~
    sure melet0p baju depa nanti..hahaha cpt la p tempah,dh siap upload msuk nk tgk..

    ReplyDelete
  8. nk tau gak wrna tema...nk tau gak :p

    ReplyDelete
  9. Nak tumpang promote: http://www.facebook.com/LaceBeadsRhinestonesAndSuch. Akak jual border lace, beads, pearl, prada lace dgn harga sgt berpatutan

    ReplyDelete
  10. https://www.facebook.com/houseborderlace

    Jemput view n like page sy.. :)

    ReplyDelete
  11. Kt a.staq, kdai mn ad jual lace...tlg share blh

    ReplyDelete
  12. hidayah:
    kat alor star tak sure plak... ni beli kat jalan tar kl...

    ReplyDelete
  13. sila ke kedai my collection trading di plaza gm dan gmklang. sila ada jual lace yang murah dengan harga borong. tel: 0122803334.

    ReplyDelete
  14. Kalau nak kain lace pakej sekali dengan kain baju melayu lelaki...visit tomoktommy.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum, tolong visit blog saya k, http://banjarich.blogspot.com/. terima kasih

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi