Friday, April 26, 2013

PERSIAPAN MAJLIS #4 : CHECKLIST MY ENGAGEMENT DAY


Sebelum ampa baca dengan lebih lanjut, aku nak tegaskan dekat sini, apa yang aku tulis dalam blog mengenai Entry persiapan majlis bukanlah tujuan untuk menunjuk-nunjuk jauh sekali untuk membanggakan diri. 

Niat aku hanya satu, untuk membantu mereka yang turut sedang membuat persiapan untuk majlis pertunangan, akad nikah atau perkahwinan. Jadi jangan plak timbul isu kata aku ni macam ni, macam tu, sekeh kepala satgi baru tau.

Sebab aku faham keadaan dan situasi ampa mesti pening macam mana nak cari barang-barang untuk persiapan. Dan semestinya mesti ampa terpaksa google dan tanya orang merata tempat kalau-kalau nak cari sesuatu yang kita ingin dapatkan.

Dan banyak juga la blog yang aku baca sampai dah tak ingat dah blog mana yang menunjukkan cara untuk DIY gubahan, pelamin dan macam-macam lagi la dan semua tu banyak membantu aku. So aku buat keputusan untuk berkongsi juga kepada pembaca blog Gadis Kampung Separa Bandar ini persiapan cara aku plak.

Pertama sekali dalam apa pon kita nak buat, kita perlu ada senarai perbelanjaan, termasuklah keperluan kita untuk majlis tersebut. Dan disebabkan aku ni jenis suka merancang dan apa yang aku tahu, apa yang aku rancang tu mesti aku akan usaha bagi jadi juga dengan izin Allah Insyaallah. Disebabkan itu juga, kalau benda tak jadi, aku akan kecewa teruk hahaha tu kelemahan aku la. 

Jadi aku dah buat satu senarai checklist termasuklah segala perbelanjaan untuk majlis pertunangan aku ni. Kalau la ampa rasa aku tertinggal something, ampa boleh la bagitau aku. Mungkin ada yang aku terlepas pandang.





Ni setakat hari ni la aku buat. Guna Excel ja pon. So boleh simpan dan update. Nanti bila dah nak dekat hari berkenaan baru aku print supaya senang nak bawa ke sana ke mari.

Bab baju tu, aku bajet tak lebih dari RM300. Setakat ni baru habis RM 145  lepas disponsor oleh En TTM hehe... Bunga hantaran plak aku buat sendiri jer la. DIY guna paper Crepe. Jimat kot... Cuma nak buat tu la renyah sikit, kadang-kadang sampai hampir nak putus asa hahaha... Tapi sebab nak jimat punya pasal kan. Ada orang hutang tak mau bayar plak kan?? Terpaksa la berjimat.

Photographer plak memang aku tak jumpa. Semua full booked gara-gara tarikh aku tu hot date kekononnya... So masih mencari... Kalau tak ada juga, tak tau la macam mana =(

Sampin plak, saja nak bagi kat En TTM suruh pakai, sebab lawa hahaha.... Macam tu pon boleh nowh??  Ala saja la nak bagi dia nampak lagi ensem Hehehe.... Mini Pelamin plak, malas nak fikir lagi. Tak ada idea lagi. Nanti-nanti la...

Pasal hantaran kan, alhamdulillah la ada orang sponsor dua dulang. Bestkan ada kawan-kawan macam ni?? I loike.... hehehe.... Ok la itu saja dari aku. Kalau ampa pon nak sponsor juga sangat dialu-alukan. Ewahhh... senang keja hang nowh, dok minta orang sponsor kalah retissss.... Hehehe

Ok la jumpa di next Entry, Jangan lupa like Fanpage aku kat SINI 




16 comments:

  1. ok la tu..mini pelamin boleh je buat simple..letak bunga kipas belakang tabir...

    ReplyDelete
  2. selamat bertunang dear... :) selamat buat preps utk bertunang.. hehe.

    ReplyDelete
  3. waaa.....ada org sponser...syok arrr...

    ReplyDelete
  4. selamat menempuh alam pertunangan nanti..haha nasihat kami nikmatilah hari2 anda mengingle nie..lain wooo rasanya nnti ~

    ReplyDelete
  5. elok juga share macam ni,boleh beri panduan kat orang lain...bila semua tersusun dan terancang dengan baik,pasti majlis akan berjalan sempurna kan...

    ReplyDelete
  6. Congrats dear..dah nak tunang. Jemput singgah blog aina ye..ade contest. Hadiah menarik. =)

    ReplyDelete
  7. shida: ok gak idea tu..tapi GK xberkenan sangat dgn bunga kipas macam tu


    sarah: hehe terima kasih ;)

    ReplyDelete
  8. zai: hehehe alhamdulillah... ;)


    mrs makmum: hehe... tengah enjoy la ni..tapi berdua lebih baik ewahh =P


    UMMIARISSA: Insyaallah.. harap2 dipermudahkan....


    aina: thanks aina =)


    el: xterasa lagi


    mentadak hijau: lebih kepada simbolik kepada asam garam rumah tangga kot hehe..

    ReplyDelete
  9. masa sy tunang tahun lepas, xde pun buat list2 camni..hehehe.. nak kawin ni pun sama..

    ReplyDelete
  10. bila tarikhnya niiiiiiiiiiiiiiii hanissss...boleh la sponsor sekali..ehhh..hahaha...pelamin tu kan, kalo de kengkawan yang leh tolong buatkan, best tu..macam kawan akak ri tu, kawan dia buatkan bunga2 kertas bulat2 tu je...dia beli kain langsir je jadi background pelamin..nanti akak bagi tunjuk gambar..

    ReplyDelete
  11. bila tarikhnya niiiiiiiiiiiiiiii hanissss...boleh la sponsor sekali..ehhh..hahaha...pelamin tu kan, kalo de kengkawan yang leh tolong buatkan, best tu..macam kawan akak ri tu, kawan dia buatkan bunga2 kertas bulat2 tu je...dia beli kain langsir je jadi background pelamin..nanti akak bagi tunjuk gambar..

    ReplyDelete
  12. mimie:
    GK buat list sebab senang nak bajet semua tu..takut satgi terlupa hehe..


    sunah: nk sponsor kek ker? ahaha... boleh2 nanti akak tunjuk eyh...

    ReplyDelete
  13. jgn lpe ingatkan kami pasal sport light tue tau. insyaAllah minggu nie kami balik

    ReplyDelete
  14. salam,,,
    awak.. mcner awak wat checklist utk majlis kawen?? blur sbb xtau nak mua mcner?? sbb i xtunang nnti kawen twerus

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi