Tuesday, April 30, 2013

REVIEW: NOVEL FIXI ~ASRAMA


Sebelum aku mula review buku ini, untuk pengetahuan semua ini adalah kali pertama aku membeli novel FIXI. Saja nak ubah haluan plak, asyik dok baca novel cinta ja kan? 4 buah semuanya aku beli tapi aku akan review Buku yang bertajuk ASRAMA.




Secara umumnya, novel ni berkisah mengenai seorang pelajar yang bernama Dahlia yang ingin menukar sekolah dari sekolah Elit kepada sekolah berasrama biasa. Semasa dia bertukar di sekolah baru tersebut, banyak kejadian-kejadian aneh yang berlaku. Tanpa dia sedari semua yang berlaku ada kaitan dengan dirinya. Persoalannya apa kaitan dan kisah yang berlaku di sebalik kejadian misteri itu?

Pada permulaan aku baca tu, mula-mula aku rasa buku ni lebih sesuai untuk budak-budak. Ni first impression aku la. Sebab jalan cerita berlatarkan kisah budak sekolah dan asrama tapi ia berjaya membawa aku terkenang zaman sekolah dulu.

Lepas tu jalan cerita mula suspen. Banyak watak-watak yang membuatkan kita tertanya-tanya siapa dia yang sebenarnya? Kita akan jadi tak sabar nak menghabiskan buku ini.

Bila masuk klimaks, semasa membaca buku ini, tiba-tiba bulu roma aku meremang. Serius aku tak tipu. Sampai teringat-ingat kisah pasal tu. Ni pertama kali aku baca novel seram sampai meremang bulu roma. Tapi jangan takut plak, semua ni maknanya penulis memang berjaya bermain dengan emosi pembaca. Bukan senang tau nak jadi penulis macam tu.

Ending dia plak, adalah paling ampa langsung tak sangka... Ending dia tu yang buat aku teringat sampai sekarang.. Langsung tak dapat dijangka

Secara keseluruhannya, buku ni sangat menarik untuk dimiliki. Macam mana nak beli?? Ampa boleh ke blog penulis KLIK SINI atau ke pesta buku di PWTC sampai 5 Mei 2013.






6 comments:

  1. buku FIXI nie lagi best dr novel2 biasa bena nya...kami dlm proses dok kumpul semua novel FIXi plak nie huhuhu

    ReplyDelete
  2. ONIE SUKA NOVEL FIXI,KALAU CECINTA TU TAK BERAPA,HIK..

    ReplyDelete
  3. bila ampa nak listkan novel nie jadi secondhand? meh kami nk beli. bosan sebenarnya baca novel cinta nie huuu

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih sudi beli ASRAMA dan sudi buat review lagi. :)

    Muhammad Fatrim. :)

    ReplyDelete
  5. Terima Kasih kerana sudi baca novel ASRAMA. Anda memang ohsem!

    Sincerely,
    Muhammad Fatrim

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi