Thursday, May 9, 2013

ZAMAN KANAK-KANAK




Siapa rindu zaman kanak-kanak dia sila angkat keyboard?? Ampa mesti rindukan zaman kanak-kanak yang tiada masalah tapi dipenuhi dengan gelak tawa kita, Hari-hari bangun tidur, mandi, makan dan main. Itu jer yang kita tau. Nama pon kanak-kanak mana la nak fikirkan masalah negara, masalah rumah tangga dan masalah kerja kan?

Aku rindu zaman kanak-kanak. Rindu nak terjun sungai. Rindu nak membonceng motosikal dengan tokwan aku, rindu bau tok wan aku lepas balik dari bendang..Rindu arwah tok dan tok wan. **kesat air mata**

Zaman berubah, diri kita juga berubah seiring dengan zaman. Kalau dulu hati kita suci dan bersih kini banyak tompok-tompok hitam yang mempengaruhi sikap kita. Kalau dulu bila kanak-kanak, kita gaduh, esok kita berkawan dan bermain macam tidak ada apa-apa yang terjadi.

Tapi kini, bila bergaduh putus sahabat, bermasam muka dan paling tak boleh blah bergaduh hanya kerana berbeza parti dan fahaman.. Apakah ini??? 

Aku rindu zaman kanak-kanak aku, aku rindu zaman hati aku yang suci tanpa dicemari dengan masalah.. Aku rindu semua itu..... 


Zaman kanak-kanak 3 beradik...



Perbezaan umur hanya selang setahun

Kalau dulu 3 beradik ini rapat tapi bila dah besar, masing-masing lebih selesa buat hal masing-masing. Aku rindu zaman kanak-kanak...

=,)



8 comments:

  1. rindu jugak...mandi dlm kok.ramai2 dengan sepupu sepapat...main dangau...huhuhu.

    eh yg tengah tu gk ke..muka sejibik mcm puteri

    ReplyDelete
  2. k.el rindu ms kapel..time tu kurus slim je..hahahaha

    ReplyDelete
  3. Mmg sntisa rindu zmn knk2... Cuma xde gmbr je.. Huhu

    ReplyDelete
  4. zaman kanak2 memang comel. secomel org yg ada zaman kanak kanak.erk

    ReplyDelete
  5. serius muka puteri sebijik muka GK masa kecik.. heheh

    ReplyDelete
  6. olololoh.. cumeynya dia zaman kanak2

    ReplyDelete
  7. kami pun rindu nak mandi sungai dengan sepupu2 dulu. lepas tue sauk anak udang dalam sungai, naik umah tok bakar udang tue makan sesama. terasa pulak kesedapan udang sungai tue ihihihi

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi