Friday, June 7, 2013

PENGALAMAN TEMUDUGA JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27



Assalamualaikum...

Aku nak kongsikan sikit la pengalaman aku interview untuk jawatan N27 penolong Pegawai Tadbir.. Mana tau lepas ni ampa plak nak interview kan? Aku interview pukul 2.00 petang dekat pusat temuduga SPA di Wisma Persekutuan Alor Star.

So untuk makluman ampa supaya ampa tak kalut kan sila aturkan fail ampa ikut susunan yang betul. Kena plak yang jaga SPA kedah tu Nana Hashim kalau ampa penah kena dengan dia la, dia akan marah ampa kalau ampa tersalah susunan ka ataupun ampa tak bawa sijil ka depan-depan orang ramai hahaha... Aku pernah kena... Tapi yang bagusnya dia, bila dia buat macam tu lain kali kita takut nak buat silap dan prepare semua siap-siap.

So pastikan ikut susunan perkara-perkara berikut:

  1. Resume bergambar
  2. Surat beranak & Kad pengenalan (original dan salinan)
  3. Sijil SPM /STPM /Diploma /Ijazah (original dan salinan)
  4. Yang lain-lain seperti dalam surat tawaran
Untuk susunan dalam fail plak pastikan muka pertama ada surat beranak dan kad pengenalan yang original. Untuk muka surat seterusnya result exam start daripada yang terendah hingga ke tertinggi.. cthnya dari UPSR ke Ijazah.. Lepas tu baru sijil-sijil berhenti sekolah hingga ke sijil-sijil lain.

Susunan ni adalah dari SPA sendiri yer... So kalau ampa tak mau kelam kabut sila persiapkan semua ni. Sebab masa time aku tu ada sorang budak ni nombor dia dah panggil dia tak habis susun sijil lagi. 

Macam biasa yang temuduga aku tu adalah seorang lelaki dan seorang perempuan berbangsa cina. Soalan pertama yang aku dapat adalah Introduce yourself in English. So pong pang pong pang la aku speaking. Lepas tu dia tanya pasal Intergriti. Bidang tugas mengenai jawatan N27. Yang ni wajib ampa tau. 

Aku dapat soalan cepu emas. "Awak ni dari gred "S" sekarang ni awak nak mohon gred "N" nanti banyak masalah akan timbul, macam mana ni??" Aku pon balas balik... "Saya fleksibel... dalam kerja saya sekarang pon saya dah mempersiapkan diri untuk menjadi seorang yang fleksibel dalam melakukan setiap tugasan yang diberikan. Jadi saya rasa tak akan timbul masalah kerana kerja saya sekarang juga berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan fail". Tudia aku punya goreng hahaha......

Tapi aku kantoi dekat soalan pasal menteri... Hahaha... Dia tanya menteri dalam negeri, aku p jawab Datuk Hishamuddin.. Padahal jawatan tu dah bertukar... Penemuduga tu tanya balik.. Bukan dah tukar ker? Dia tukar suka sama suka. Rupa-rupanya Datuk Hishamuddin dan bertukar dengan Datuk Zahid Hamidi. Kantoi-kantoi. Padahal baru lepas tengok jer pasal menteri ni. Boleh plak terlupa. Hohoho

Dan paling best aku dapat soalan "berikan 3 orang selebriti yang dapat anugerah dari Yang Dipertuan Agong sempena hari Keputeraan Baginda". Memang aku ngaku aku tak tau langsung pasal ni. Tapi aku tembak juga Dato' Micheal Yeoh...Nasib betul keh3....Yang selebihnya aku jawab "Lagi 2 maaf saya kurang pasti.".tu je aku mampu jawab. 

Itu je la pengalaman temuduga yang aku nak kongsikan dengan ampa. Sebelum keluar tu penemuduga ada kata tunggu surat dari SPA. Aku pon tak pasti dapat ke tak cuma aku doa sangat moga aku dapat kerja ni sebab kerja aku sekarang ni status kontrak. Insyaallah andai kata ditakdirkan rezeki aku, aku bersyukur sangat. Mana tau rezeki orang nak mendirikan masjid hehehe...

Doakan supaya Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada GKSB.. Aminnnn...



11 comments:

  1. moga berjaya... insha Allah jkka ada rezeki x kemana... hopefully dh lpas la zmn akk kna interview ni... huhu

    ReplyDelete
  2. akak,goog entry..berguna snagat2 utk mira..mira pun akn p tmuduga kt wisma aloq staq gak 17 hb ni..
    soalan cepumas tu memang ayat tu sempoi dan matang..
    rasanya akak dapat sbb dia kta tgggu surat dari SPA kan..
    maknyanya..InsyaAllah la kan..hehehe
    tentang ketua spa nana yang garang tu mmg takot..sepupu mira pun pnah kena jwatan ,tempat yg sama cuma date 5hb lepas ,hahaha...grang gila..

    ReplyDelete
  3. jawatan phat sekarang N27 tapi masa interview sempoi je..x byk tanya fakta tapi tanya soalan yg buat kita berfikir dan smpaikan hujah bernas berdasarkan tajuk

    ReplyDelete
  4. Integriti selalu nak cerita pasal apa ye GSB?

    ReplyDelete
  5. semoga berjaya GK...bestnye dapat interbiu spa...tapi soalan macam tu memang xjangka kot..mihihihi

    ReplyDelete
  6. amin2 insyaAllah ada la rezeki nanti tue ;)

    kami pun baru tau pasal susunan sijil tue sebab sebelum nie kami mane pernah dapat intebiu spa huuu

    ReplyDelete
  7. InshaAllah.. tawakal ja pada Allah GK.. usaha dah.. tinggal tawakal ja.. rezeki Allah tu luas.. hehe.. :)

    ReplyDelete
  8. dia patot tnya apakah nama penuh bakal ibu martua GKSB hahahaha

    ReplyDelete
  9. wah! hat tang soalan tuh takut sangat aih , hat tu lemah sikit hukhuk

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi