Thursday, June 13, 2013

PERASAAN



Assalamualaikum...

Amboi sejak baru lepas ehem ehem ni jarang aih aku update blog kan? Hehehe... Sory la nowh tak dan nak update.. Dah la hutang entry kat ampa pasal nk review pelamin tu.. Nanti-nanti la eyh? Nak update pasal tu semua mood kena elok dan tak boleh kelam kabut. Kalau ampa perasan la ada entry aku sebelum ni bila baca rasa tak puas tu sebab time tu aku tak bersedia nk menulis tapi gagah tulis sebab tu rasa tak puas plak nak baca..gitewww.......

Sejak 2 menjak ni memang badan cepat letih. Tidur pon awal ja.... Sibuk sangat nowh padahal banyak fail klien tak complete lagi. Harini pon aku rasa tak sihat sangat, seram sejuk ja badan. Ni semua mesti gara-gara ke Port Dickson semalam program dengan klien kat teluk kemang sana tu. Burn abeh weh muka... Bila ngadu kat Encik Tunang (ngada kan nak ngadu pasal burn jer) dia suh tempek krim banyak-banyak sikit hahaha..Amboi dia....

Ramai yang tanya bila kenduri aku? So jawapannya Insyaallah tahun depan. Bila orang tanya plak macam mana preparation, aku tak buat apa-apa lagi pun. Tak tau nak mula dari mana sebenarnya... Kalau ampa ada tips nak bagi boleh la kongsi-kongsikan dengan aku. Bila tanya En Tunang dia kata nanti la dulu. Dok pening nk cari duit ni bagi cukup hohoho... Ok tang situ aku tak boleh push lebih-lebih, kang meletup plak pakcik yang cool tu...

Perasaan sebelum dengan selepas bertunang? Tak ada perasaan bak kata kawan aku sorang ni si bakal ayah Nadzri. Sama ja rasa cuma tanggungjawab tu lebih sikit. Buat apa pon kena fikir dulu, tak boleh main hentam  keromo jer macam dulu. Bukannya dia suruh pon tapi atas rasa kebertanggungjawaban diri aku sendiri. Hamik hang panjang plak nk eja kebertanggungjawaban ni -_-"

Bagi dia plak dia kata lepas bertunang ja ramai plak cewek-cewek cun cun ramping-mamping yang datang menjengah... Amboi dia..... Nak kata aku cemburu, tak cemburu tapi tercuit sket tu ada la. Sebab senang cerita adalah disini pentingnya kepercayaan. Kita dah kenal lama dah dia, dah tahu dia tu macam mana, lagipun bukan senang lelaki ni nak memilih untuk menjadi seorang yang komited. Bila dia dah pilih kita, percayalah dengan pilihannya.

Aku tak mau banding dengan orang lain, tapi inilah realiti yang aku hadapi. Duduk plak jauh jadi apa yang paling diperlukan adalah saling percaya dan jujur antara satu sama lain. Kalau tak ada semua tu tak mustahil hari-hari berbalah pasal soal ni. Tapi kat sini la kematangan tu diperlukan. Dia pon umur dah nk menjengah 30-an, itulah kelebihannya berpasangan dengan orang yang dah matang. Aku jer yang tak berapa nak matang lagi... Baru 18 tahun #ehhh??? =P

Apa-apa pon aku just dapat berdoa supaya apa yang kami rancang dipermudahkan dan jodoh kami berkekalan. Takut juga andai kata, hmmm tak mau andai andai la... Doakan yang terbaik untuk kami sudah yer... ;)




9 comments:

  1. insyaAllah..semuanya yang baik-baik je..jgn nak pikiaq yg bukan2..kami puk hampa satgi..haha..

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan mendirikan masjid tu.. hehe.. orang kata, masa bertunang ni macam2 mende nak jadi.. hadapi dengan tenang ye :)

    ReplyDelete
  3. maknanya boleh mai umah kami tlg2 la kn time kenuri nnti sbb masih bujang trang tang tang hahahaha

    ReplyDelete
  4. shahada:
    baiklah...ehehe ;)

    siti safiyyah:
    insyaallah....yakin boleh =P

    azwa:
    jangan jeless keh3.....

    mrs makmum:
    nak jadi pengapit hahaha

    ReplyDelete
  5. insyaAllah takde pape tue. besa la ujian masa bertunang nie. jgn pk yg bukan2 ok. kami doakan yg terbaik tuk ampa berdua amin :)

    ReplyDelete
  6. eheh~bpasangan ngn org matang nih always kita nmpak muda..kalo pasangan sebaya nih..huhuu asben lak nmpak muda~haishhh

    ReplyDelete
  7. insyallah think positive bersangka baik jujur memahami dan percaya satu sm lain..lau ada apa2 jgn simpan bincang leklok

    k.el hanya dpt doakan semuanya berjalan ngan lancar dan hubungan uols smpi ke jinjang pelamin smpi ke jannah aminn :)

    ReplyDelete
  8. Masa tunang ni darah manis, banyak2 sabar ye. Persiapan kawen memang agak memeningkan, perancangan rapi tu perlu.

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi