Thursday, July 18, 2013

NUKILAN NOOR DIYANA ISTERI ASYRAF MUSLIM BUAT SUAMINYA


Aku nak kongsikan nukilan yang dikatakan milik Noor Diyana isteri Asyraf Muslim. Sejauhmana kebenarannya aku tak pasti tapi mari kita renungkan nukilan isteri yang telah dimadukan... 


Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu

Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan..



Sedih dan sayu bila membaca nukilan ini.... Inilah perasaannya bila seorang isteri dimadukan tanpa kerelaannya.... Lelaki...fikirkan lah hati dan perasaan isteri... tergamakkan anda melukakan hati seorang isteri.

Update 19/7/13: Nukilan ini telah disahkan bahawa ia bukanlah hasil nukilan Dayana.. Tapi milik seseorang yang mungkin cuba menyelami isi hati Dayana lalu menulis puisi tersebut...




11 comments:

  1. xsangka asyraf muslim lelaki macam nie..kesian dayana..tabahlah duhai dayana..

    ReplyDelete
  2. Sedihnya. . Memahami perasaan dayana. :(

    ReplyDelete
  3. Sedih sangat baca nukilan Dayana. Tak terbayang bagaimana dia menanggung semua itu. Susah nak cakap bab poligami ni. Sebab rasanya saya sendiri pun rasanya tak tertanggung kalau nak bermadu. Allah juga Maha Mengetahui akan segalanya.

    ReplyDelete
  4. cian dayana..wuwu

    http://handonfeet.blogspot.com/2013/07/topi-bayi-rm-27.html

    ReplyDelete
  5. ye la..kesian bini..
    muka kacak tapi tak berapa cerdik pulak si Ashraf ni..

    ReplyDelete
  6. I don't think I boleh setabah Dayana kalau diuji sebegini. Ya Allah! Kau berikanlah kekuatan dan tinggikanlah tahap kesabaran wanita2 yang diuji dengan ujian yang sama. Semoga mereka semua tabah dan semakin kuat keimanannya terhadap-Mu.

    Please follow : -

    1) FB Page : https://www.facebook.com/aweenrazakblogspotcom?ref=hl

    2) Blog : http://aweenrazak.blogspot.com/

    Thanks! =)

    ReplyDelete
  7. hurm susah jugak nak cakap kekadang. sebab bagi kami, kami lebih suka dengar dari semua pihak kenapa benda tue terjadi.

    tapi sungguh, susah nak cari perempuan yang sanggup dirinya dimadukan. kami pun tak sanggup, mintak dijauhkan lah. amin

    ReplyDelete
  8. part makkah n thailang tu plg tak menahan....turut sama simpati

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi