Friday, July 12, 2013

RAKAMAN PRIMADONA @ ASTRO / LEMAH KAWALAN KENCING (LUL)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru-baru ini aku telah mengikuti rakaman Live Primadona di Astro Bukit Jalil atas jemputan kak Sumi Jelly....Rupa-rupanya kak Sumi Jelly menjadi tetamu jemputan dalam program ini yang membicarakan tentang Lemah Kawalan Kencing (LUL) yang sering terjadi kepada mereka yang mengandung.

Menurut Dr Seri Suniza Sufian iaitu tetamu jemputan, masalah ini juga boleh terjadi bila kita bersin, ketawa, bersenam dan mengangkat barang. LUL ni sebenarnya bukanlah penyakit tetapi adalah masalah kesihatan. Jadi mereka yang mengalami masalah ini tak perlu malu sebaiknya pergi berjumpa dengan doktor dan membincangkan perkara ini dengan doktor. 

Nanti doktor akan suggest macam mana nak buat senaman ni... Senaman kegel atau bahasa biasanya senaman kemutan. Ha Gelak plak ampa nowh...Tapi ni betul la... Nak tahu caranya?

CARA SENAMAN KEGEL

Caranya adalah pertama sekali selesakan diri anda. Kemudian, kemutkan otot pelvik anda seakan cuba untuk menahan kencing. Tahan otot itu selama 10 saat ketika bernafas normal kemudian relaks dan ulang sebanyak 10 kali, tiga kali sehari. Boleh buat bila-bila masa, tengah drive pon boleh bukan orang tahu pon hehe...


Situasi ketika proses rakaman

Salah seorang tetamu jemputan adalah pelakon Lydiawati.. Cantik dia.. Umur dah 47 baya ummi aku tapi perghhh maintain weh... segak gila... 




Bila berakhirnya sesi rakaman ini dihiburkan oleh Kak Ros (Kilauan Emas) yang memang kelakar habis bila tengok keletah dia ehehe....



 Che Ta memang cun habis la... Macam mana pon aku tetap suka Raja Azura sebab cara dia mengacara boleh kata tu makanan dia la... Pandai menceriakan suasana.. 


Tetamu jemputan


Aku dan Kak Sumi Jelly







Sempat lagi bergambar dengan Lydiawati. Sporting gila melayan kita hehe...




Ni adalah pengalaman baru aku untuk lihat rakaman secara Live. Terima kasih kak Sumi jemput untuk ke program ni...

;)



7 comments:

  1. wah..best2..nape x posing skali dgn pengacara2 yg cantik jelita tu? hihi

    ReplyDelete
  2. Hahahaha..Sy Tgok Primadona Nie Mggu Lepas..Lawak Betoi Teknik Dia..Raja Azura Lawak Btoi..



    Kak GK Ada Dlm Tu Ka?..Hahaha

    ReplyDelete
  3. bila depa nak jemput hang lak....?? hehe

    ReplyDelete
  4. yang gambar last tue ke lydiawati?

    ReplyDelete
  5. patutlah kak sumy jelly ada suruh tengok rancangan tu

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi