Tuesday, July 9, 2013

SESUAIKAH AKU DENGAN DIA??


Assalamualaikum

Berhenti sekejap dari tugasan...Jadi aku nak tulis sikit pasal perhubungan. Biasanya dalam proses nak mengenali diri pasangan masing-masing kita akan berusaha untuk saling menyesuaikan diri antara satu sama lain.

Bezanya pasangan pada zaman sekarang ni, berkenan dulu kemudian couple baru nak menyesuaikan diri antara satu sama lain. Itu yang tak sepatutnya berlaku. Sepatutnya kita kena berkawan dulu baru kita decide sama ada dia sesuai untuk kita atau tak. Aku belajar dari pengalaman ok bukan saja-saja aku tulis macam ni.

Kadang-kadang bila kita dah melalui satu fasa iaitu kau-pakwe/makwe-aku bila timbul masalah kau akan paksa terima diri kau untuk menerima dia sebab kau dah terlajak sayangkan dia. Walaupun ada yang kau kurang berkenan kau terpaksa menerimanya juga sebab kau dah beri komitmen pada sesuatu perhubungan tu. Itulah yang pernah aku alami dan akhirnya hubungan tu tak kemana pon. Menyesal lagi adala...

Kalau dulu, kita bercinta menggunakan emosi, maksudnya terlalu emosi sebagai contoh dia ada kawan perempuan/lelaki kau suspect dia ada skandal, keluar ke sana sinun tak boleh.. Nak enjoy dengan kawan-kawan kena minta izin dulu, pendek kata itu tak boleh itu tak boleh, cemburu sana sini. Tension kan kalau ada dalam situasi macam ni?

Hubungan kita dengan kawan-kawan pon mungkin terjejas. Yela kalau dulu sebelum bercinta kau bebas tapi bila bercinta rasa macam dalam sangkar plak, kalau sangkar emas tak apa la ni sangkar pon besi karat achaneee???

Aku nak berkongsi sikit pengalaman aku dengan En Tunang aku sekarang. Kami berdua jenis rileks ja. Tak suka nak pening-pening kepala itu tak boleh ini tak boleh. Dia ada kesukaan dia sendiri aku ada kesukaan aku sendiri. Dia paham aku dan aku paham dia. Dan paling penting dia dah kenal aku macam mana, jadi untuk dia risau aku ada lelaki lain ke apa ker bukan cara dia la sebab dia pernah cakap sekali dia hilang kepercayaan memang susah la dia nak percaya lagi.

Jadi aku amik perkara itu sebagai ingatan untuk aku. Kalau nak buat apa pon aku fikir dulu sebab tambah sekarang ni aku bawa nama sebagai tunangan orang, tanggungjawab tu lebih la sikit.. Macam tu juga dengan dia. Tambah duduk berjauhan macam ni macam-macam perkara boleh berlaku tapi disebabkan kami dah saling berjanji untuk jaga hubungan ni elok-elok untuk bina masjid, kejujuran, kesetiaan dan kepercayaan jer tunggak hubungan kami. Itu jer yang kami boleh jamin. Insyaallah kalau dah jodoh kami Allah akan bantu untuk permudahkannya.


Gambar Hiasan
Lagipun dalam perhubungan ni jangan terlalu banyak perkataan JANGAN. Kalau banyak jangan tu la lagi nak buat. Kalau dia betul-betul dengan kita, betul-betul jodoh kita jangan risau sebab dia akan tetap akan jadi milik kita. Dan paling merimaskan adalah kalau ampa over protective atau bahasa kampungnya kuat mengongkong. 

Rileks-rileks sudah. Sampai masa tup tup dia ajak kawen. Tak payah nak bercinta teruk-teruk nak berair mata bagai.. (Aku la dulu tu). Tapi apa yang aku lalui dulu aku belajar dari pengalaman. Dulu pon aku ada juga perangai-perangai tak semenggah aku. Bila satu tahap kita rasa kita dah malas nak mencari cinta, cinta tu akan datang dengan sendirinya dan lagi sweet bila cinta tu terus ajak kahwin hahaha.... Senang cerita tak payah couple pon. Aku kenal En Tunang dalam FB, berkawan, kemudian jumpa dan kenal. 

Rasa serasi bersama sebab dia jenis tak memeningkan kepala aku, jenis rileks ja tak suka nak marah-marah apatah lagi mengongkong. Kalau ada tak kena dia tegur cara elok. Kalau bergaduh pon kejap jer... Lepas dia buat lawak aku dah ok balik. Tu la kelebihan dia... Cuma manusia ni mesti la ada kelemahannya juga. Jadi pandai-pandai la kau jaga semua tu yer...

Kehidupan selepas berumah tangga lagilah mencabar. Kalau sebelum ni kita menyesuaikan diri dalam perhubungan sebelum berumahtangga selepas ni nak sesuaikan diri dalam hidup berumahtangga. Segala topeng-topeng semua akan keluar. Macam aku, aku dah bagitau siap-siap aku tak pandai ni, tak pandai itu. So dia akan lebih bersedia la. Tapi bab kerja rumah ni boleh belajar kan?? Hihihi...

Sebagai kesimpulannya pasangan macam mana ampa nak jadi?? Sesuaikah ampa dengan pasangan ampa? Semua tu ampa ja boleh jawab.. Good Luck wahai jejaka dan gadis-gadis dalam mencari cinta... ;)





6 comments:

  1. sesuai ka erk kita hahaha boleh cm tu

    ReplyDelete
  2. kadang2 rasa serasi kadang2 tak cemane tu? hahaha. pape pon kite same. tak suke merajuk lelame. buang mase kan. hikhik

    ReplyDelete
  3. bila sebut bab cinta ni, onie jadi terkelu,sebabnya kan...okay sebelum panjang cerita lahkan (malu nak cerita sebenarnya,tapi nak kongsi gak,kot la ada yg sudi menasihati,hik)onie ni seorang yang pelik sebenarnya,pelik sebab bila dah couple dengan orang tu akan rasa diri ni mesti menyesal,menyesal sebab couple,huhuhu...


    pastu kalau orang tu mula sayang kitakan, kita rasa macam nak berjauhan dari dia, tatau la...pelik apa manusia sorang ni,bhahaha....


    tapi onie sokong cik gk kata, tak boleh ada emosi dimana ada kawan pmpn/lelaki kita suspek dia ada skandal... onie pun selalu ada rasa macam tu, tapi memang ada pun... tensi tahuuuuuu ! masalahnya memang ada skandal sampai terkantoi depan mata, see..emosi dah tu...


    tu dulu-dulu punya cerita la,rasa nak meleleh pun ada,tapi bila belajar dan belajar dalam peringkat bercinta ni,rupanya kita akan ada pengalaman untuk kemudian hari...rasa, okay..aku lebih matang KOT lepas ni,lol... cumanya belajar bab cinta ni tak sampai peringkat MASTER lagilah,hehe...


    inshaAllah,lepas ni kita-kita tetambah org tu tak lama lagi nak menikah terus matang dalam hubungan bercinta ni..aminnnnnn


    haihhh,ampun buk...terpanjang pulak luahan hati seorang yg dilema ni,bhahahahaha

    ReplyDelete
  4. Mrs makmum:
    boleh sangat.... hehehe

    J. syazwana:
    A'ah....serabut kalo macam tu...

    onie:
    GK pon penah rasa macam tu.. tapi bila sampai satu tahap kita akan jumpa cinta sebenar kita... ewahhh =P

    ReplyDelete
  5. bab emosi tue kami akui itu kami yang dlu. ngehngehngeh. tapi mcm ampa kata buat releks sudah. kalau betol dia jodoh kita kawen la kita dgn dia. buat terok2 pun bkn blh jadi ape klu dia bukan jodoh kita.

    betol bila dah kawen semua topeng keluar atau bahasa sweetnya smpi bila nak berlakon. sbb tue kita kena jadi diri sendiri sebelum kawen lagi. supaya dia x rasa yang dia berkawen dengan 'orang lain'

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi