Thursday, July 11, 2013

SHOPPING RAYA BERSAMA ANAK YATIM



Seperti tahun yang lalu, insya’ Allah pada tahun ini Projek Iqra’ akan menganjurkan program tahunan yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menaja wang atau menyumbangkan masa, tenaga dan minyak kereta untuk meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal dalam program Shopping Raya 2013. 





Pada tahun ni 4 buah anak yatim telah terlibat iaitu: 

Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana,  Puchong (Selangor) 



Rumah Anak Yatim, Semarak, Nilai



Rumah Gemilang, Sik Kedah



Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi (Kuala Lumpur)


Kesemua penghuni rumah akan dibawa merasai kemeriahan membeli-belah sempena menyambut Aidilfitri pada tahun ini di Pasaraya Besar Tesco Ampang, Tesco Nilai dan Tesco Alor Setar manakala Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana akan membeli-belah di Mydin USJ.
Terdapat 3 cara bagaimana tuan dan puan boleh menjayakan projek ini:
1. Menaja seorang anak dengan nilai tajaan RM188 seorang
2. Menawarkan diri dan pasangan/kawan untuk menyertai konvoi Shopping Raya di 4 lokasi tersebut pada tarikh yang akan dimaklumkam dibawah.
3. Menyebarkan informasi projek ini supaya lebih ramai orang mengetahuinya.
Tuan/puan yang berhajat untuk menaja sudah boleh menyatakan bilangan anak yang hendak ditaja dengan reply dibawah ini atau email ke info@projekiqra.com
Untuk menaja, sila isikan borang dibawah ini dengan lengkap untuk membolehkan kami menghantar resit rasmi kepada anda. Resit ini bukan untuk tujuan pemotongan cukai, sebaliknya ia resit rasmi tanda menerima sumbangan tuan/puan. Resit dan booklet program akan di pos pada pertengahan Julai 2013.
Untuk menaja, sila buatkan bayaran tajaan anda ke:
AKAUN: MAYBANK
NAMA AKAUN:  PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA (jika isu cheque, jangan lupa tanda ‘ pada perkataan Iqra’)
NO AKAUN: 5648-1050-4003
EMAIL: info@projekiqra.com
NO TEL: 019-2175597 (SUHAIMI – Bendahari) / 017-274 8904 (Sharifah Sharina – Timbalan Pengerusi)
PERINGATAN: Adalah mustahak untuk anda memberikan bukti transaksi melalui mana-mana cara yang telah diterangkan diatas dan dibawah supaya kami dapat trace setiap transaksi yang masuk bagi mengelakkan kesilapan.

Dan pada 20 Julai 2013 ini, lokasinya adalah di Rumah Anak Yatim Gemilang, Sik..Kemudian kita akan ke Tesco Alor Star untuk shopping. Pada mereka yang ingin menyertainya boleh mendaftar sebagai sukarelawan di SINI 


TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi : Berkumpul di dewan rumah anak yatim yang terlibat.
8.30 pagi : Ucapan aluan. Taklimat kepada para sukarelawan. Sessi Fotografi.

10.00 pagi : Bertolak ke tempat membeli-belah

10.30 pagi : Tiba di tempat membeli belah

11.00 pagi : Taklimat dari pihak pengurusan pusat membeli-belah.
11.30 pagi : Shopping Raya 2013
1.00 Petang : Berkumpul semula/solat zohor
2.00 petang : Bertolak balik ke rumah anak yatim
3.00 petang : Dijangka tiba dan sesi pemulangan anak-anak yatim.


Ada yang berminat? Boleh ke Blog Shopping Raya atau FB Projek Iqra'



7 comments:

  1. masa attached dengan utilities company dulu ada activity ni during ramadhan... oh how I miss that...

    ReplyDelete
  2. tesco ampang? rasa mcm nak join. tapi mcm kurang paham ttg kite nak menaja. cara join tu kene buat tiga2 negeri ke atau salah satu je cik gk?

    ReplyDelete
  3. farah:
    same goes to me...

    greenfara:
    join la....

    ezmaliza:
    nanti GK PM

    ReplyDelete
  4. wah.. menarik juga program ni..hehehe

    ReplyDelete
  5. meriah betul...
    anyss pun sopin gak ke hehe

    ReplyDelete
  6. sayunya rasa x blh nk join. tp apakan daya family priority utama kami. nt tkut takde masa nk blk dh kot huuuu

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi