Thursday, August 22, 2013

KERISAUAN BERGANDA



Kadang-kadang hati kita ni selalu risau tak bertempat.. Risau itu ini, fikir itu ini... Takut jadi macam ni macam tu... Tu semua adalah mainan perasaan saja... Selagi kita tak laluinya kita tak akan tahu apa kesudahannya betul tak??

Macam tu la aku dengan En Tunang. Selalunya kalau nak dekat kenduri kahwin ni macam-macam dugaan akan muncul. Time tu la nak bergaduh ka apa ka...Semua ada. Tapi alhamdulillah la... Nak kata gaduh tu tak ada la sangat cuma feeling hati berbunga-bunga tu jer lebih hahaha..... 



Kalau ada masalah sembang-sembang bincang-bincang settle malam tu juga. Tak nak bawa sampai ke hari esok atau lama-lama sangat masalah tu. Tu la untungnya ada pasangan yang lebih berusia dari kita sebab kematangannya dia tu akan mengajar kita menjadi lebih matang juga.

Kalau dah kenal lama tak kan kita still tak boleh tahu perangai dia macam mana? Pe'el dia macam mana? Sebagai contoh En T akan jadi seorang yang moody bila dia balik keja atau bangun tidur. Masa aku still tak berapa paham sangat pe'el dia yang satu tu, petang time dia balik kerja aku call cerita itu ini agak-agak macam mana reaksi dia?? Marah? Tak...dia jarang marah cuma dia layan nak tak nak la...Lepas tu mula la nak rasa kecik hati la apa la...Padahal dia tengah penat-penat balik kerja... Pastu mula la nk merajuk ahaha...

Bila dah banyak kali jadi macam tu En T pon terangkan dia akan moody bila bangun tidur dan balik keja. Masa tu aku terfikir juga apsal aku tak ada macam tu pon? Tapi bila lama-lama kita fikir balik, jangan la sama kan orang lain dengan diri kita. Ada sesetengah orang ni lain caranya... Ye tak? So nilah proses untuk kita mengenali pasangan kita dengan lebih dekat =)




Aku bukannya pandai sangat bab-bab ni dan aku pon tak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan. Tapi kita cubalah belajar semua tu. Belajar untuk jadi yang terbaik untuk pasangan walaupun kita rasa pasangan tu banyak sangat kekurangan yang tak boleh blah hahaha....Tapi kena tanya diri balik diri kita ni elok sangat ka?? Boleh blah sangat ka?? Ha hamikkk hang... Tahu pon diri tu banyak kekurangan... So jangan la judge orang...

Aku pon tak perfect banyak sangat kelemahan tambah bab-bab kerja rumah lemah sangat... Tapi bab masak boleh la tahan hihihi... Tak apa la, nanti tugas mengemas kita bagi suami aku buat hahaha... =P Apa-apa pon kita berusaha untuk berubah orait???

Paling penting sekali adalah perbincangan dan kena saling memahami. 2-2 pihak kena ada dua tu kalau tak lagi susah...Banyak masalah akan timbul... Sama-sama kita berubah yer =)







3 comments:

  1. adat org brtunang mesti ada pasang & surutnya...yg penting jgn mudah melath & bg ruang peluang pd bnda2 len masuk jarum....sekali dh mula jd punca mula la yg sangkut yg len2....

    ReplyDelete
  2. dulu k.el kawin keje2 kahwin ni semua serah pd ahli keluarga..k.el ngan en. hb dulu just handle psl hantaran ngan baju kahwin je

    jgn risau sgt k..insyallah semuanya akan berjalan dengan baik

    lau tarikh kenduri tu k.el cuti..n en. hb k.el izinkan..nak gak pergi nti hehe

    ReplyDelete
  3. klu brtunang ni mmg gitu, ada je dugaannya.. cm fiqa nih lg dekat nk kawen blh lak hari tu trlanggr hanjeng.. hbes rm600 melayang.. huhu

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi