Friday, September 20, 2013

FOOD REVIEW: RESTORAN ASLI KAMPUNG SIAM INDAH KHABAR DARI RUPA?



Apa yang aku tulis ni dan apa yang akan ampa baca bukan tujuan nak mengaibkan siapa-siapa tapi ini adalah berdasarkan pengalaman aku dan kawan-kawan sendiri alami pada bulan puasa yang lalu.

Restoran ni terletak di Shah Alam. Pada 3 Ogos 2013 aku dengan geng-geng Kami Blogger Utagha p untuk berbuka puasa kat sana termasuk la blogger femes ni Mek Onie. Dipendekkan cerita onie ada tanya nak tambah apa-apa menu lagi tak. So aku minta phone akak kedai tu untuk confirm balik menu yang kami order. 

Masa call tu adalah aku tanya harga berapa? Dia boleh tanya aku balik ada duit tak nak makan kat sini? Time tu aku dah menyirap dahhh..... Tak kan nak tanya harga yang kami order tu pon tak boleh??? So sabarkan diri jer la tapi nada suara aku dah tegang la aku jawab "Ada la...cuma nak tau harga ja..." Baru dia cakap akak tengah kalut ni...

Haihhh hanginnn ja aku.... Ingat kita ni sengkek sangat ka apa????



Ni la rupa restoran tu 



Masa tu memang ramai orang. Yela nak berbuka puasa kan... Ada sekali tu sampai kami dah habis makan ada yang nasi pon tak dapat lagi. Yang aku heran tu lauk dah sampai, nasi lambat. Sama la nasib kami cuma kami ni awal sket la dari yang lain. Pastu kalau kita nak minta apa-apa pelayan tu kita panggil jer dia buat-buat tak dengar, ada yang dengar tapi sampai kesudahh tak sampai apa yang kami minta... Servis totally out!!

Satu lagi bab surau, sekangkang kera ja aku rasa saiznya untuk surau wanita, eh nak kata surau macam tak sesuai plak, bilik sembahyang lagi sesuai rasanya. Bilik sembahyang tu boleh sembahyang 3 orang tu pon memang terpaksa berhimpit-himpit la... Kedai besar tak kan bilik sembahyang sekangkang kera jer saiz dia??

Ni aku nak cerita bab makan plak. Kami order Ikan siakap 3 rasa tapi tak sedap langsung. Ikan tu dia boleh goreng tepung pastu buat 3 rasa. Agak-agak ampa bleh bayangkan tak ikan tu macam mana?? Tak sedap.. Serius tak sedap... Tapi tomyam dia aku puji sebab sedap... Yang lain hmmmmm.......Tak berbaloi dengan harga....

Telur camtu pon RM8. Telur import ka macam mana ni???? Daging Masak Merah RM25??? Tapi rasa dia?? Hmmmmmm




So total semua sekali



Paling aku tak puas hati Wet Tissue tu. Eh?? Ampa bagi tissue ampa cas?? Untung bisnes nowh?? Jual tisu pon boleh kaya... Untung laaaa......

Sebelum tu aku ada berbuka puasa dekat Restoran Tepi Sungai kat Alor Star lebih kurang 14 orang makan menu yang sama semua sekali tak sampai pon RM200. Ni baru 5 orang makan dah cecah RM200???

Aku tak suggest ampa makan kat sini. Kalau harga mahal pon servis tiptop dan sedap tak la ralat sangat... Tapi kalau ampa nak try makan kat sini... Dipersilakan.... Mana tau nasib ampa lagi baik dari kami... Dan teringin nak rasa restoran yang sediakan tisu berbayar sila la makan kat sini keh3....

Tapi dekorasi dia cantik la...Sebab dalam tu siling dia dari bekas telur.. Tapi kalo dekorasi cantik tapi servis kureng pastu mahal plak tak jadi apa juga kan?

Sekian saja review restoran untuk kali ni. Kalau sedap aku kata sedap, kalau tak sedap aku kata tak sedap... Kalau bagus aku kata bagus, tak ada nak bodek mana-mana kedai....Bukan dapat makan free pon kan? Hihihi....Boleh baca untuk Food Review yang lain DISINI


Muka senyum hati terbakor kah3

(Pakcu, wawa, cik GKSB & Onie)

NOTACIKGADIS: Aku harap lepas ni lagi banyak restoran yang akan menyediakan servis yang tiptop dan makanan yang sedap... Dan kalau boleh harga tu jangan la nak cekik darah sangat biar padan dengan rasa makanan. Kalau la owner restoran ni terbaca entry aku ni, anggap saja sebagai kritikan membina untuk menyediakan servis yang lagi bagus atau upgrade balik teguran-teguran yang aku beri tu. Sekian. 



15 comments:

  1. pelawok gila,benci ah kalau ingat balik.....

    ReplyDelete
  2. eeei, teruknya servis dia. haish. tak ikhlas betul

    ReplyDelete
  3. akak makan kat restoran muara pun kena gak bayar wet tissue tapi harga taklah mahai cam restoran ni

    ReplyDelete
  4. singgah dari blog mek onie..hheehe..pape pon ini restoren syok sendiri..

    ReplyDelete
  5. ni memang cekik habis..melampau sangat..telur tu secoet jer pon..

    ReplyDelete
  6. Baik le pergi makan gerai tomyam biasa tu lagi puas hati. Agaknya bayar sekali dengan suasana best dan hiasan kat situ kot...kehkehkehhh...

    Siyes org zaman sekarang tak kisah makan bayo mahal kalau sedap!

    ReplyDelete
  7. Huh , Kalau la Ty ikut ritu memang nak kena maki dah kedai ni. Teruk la, memang banned la , nanti kita gather lain la cari port lagi baik.

    ReplyDelete
  8. bapak mahal weh. Ni mesti tokei nak pergi haji cepat nih..fuh~

    ReplyDelete
  9. ohmai...kami mkn dgn bos 7 org dgn 7 jenis hidangan br RM120 kot kt Penang ni

    ReplyDelete
  10. macam terlampau mahal je ni....harga cekik darah..huhu

    ReplyDelete
  11. amboi kemain mahal. anggap je lah nasib korang x baik hari tu.hihi

    ReplyDelete
  12. Salam singgah...
    Memang takkan pergilah jawabnya..mahal melampau...tisu kena bayar, pastu telur dadar sampai RM8 (telur emas kot)..
    Pastu tak sedap kan..so memang tak sanggup....

    ReplyDelete
  13. Dia cas lbh sbb siling lain dri lain kot kan? Ape la pnye org niaga cm nie. Bak kata arwah tok kami. Klu niaga x jujur memang kejap jela niaganya

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi