Tuesday, September 17, 2013

TIPS NAK BUAT CHECKLIST PERKAHWINAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Selalunya kita asyik dengar nak buat persediaan perlukan checklist tapi kita tak tahu nak mula dari mana. So kat sini aku nak kongsikan checklist cara aku.

1. SEDIAKAN FAIL

Pertamanya ampa kena sediakan satu fail poket yang boleh dilabel. Aku bahagikan kepada 4 bahagian iaitu Checklist persiapan, Bajet dan Tarikh dan Lain-lain. Disebabkan aku ni bukan jenis yang tersusun punya orang fail ni sangat penting untuk aku bagi memastikan kertas tu tak bertaburan rata hehehe....Tapi ada juga yang buat buku nota. Tapi bagi aku better ada fail sebab adakalanya kita mungkin ada hardcopy untuk disimpan so xkan nak pelekat dekat buku nota kot? Jadi kita simpan di bahagian Lain-Lain.

Contoh file yang boleh dilabel



2. DAHULUKAN ITEM YANG PERLU BOOKING

Tentukan apa yang perlu di tempah dulu. Sebagai contoh make up, photographer, baju sanding kalau nak sewa, khemah, dewan, katering... Ni semua penting dan perlu awal yer. Biarlah ada yang berbunyi "Awalnya", "kalut apa" yang ni ayat-ayat yang selalu aku dapat la, selalu aku jawab "tak kalut aih...buat last minute lagi kalut" So ignore jer suma ni yer.. Sebab nak buat tu kita bukan orang lain.... 

Untuk pengetahuan ampa juga, kalau tarikh ampa tu "hot" untuk musim kenduri contohnya time cuti sekolah, public holiday atau musim perayaan, baik ampa tempah awal sebab takut nanti ada photoG atau mak andam yang tak free time tu nangisss ampa last minute baru nak cari. Macam aku, walid aku dah gtau bab kenduri tak payah fikir sebab dia akan settle suma tu. So aku just fikir persiapan aku jer la...

Untuk memudahkan ampa, ampa boleh download Checklist Perkahwinan ampa kat SINI. Lengkap dah checklist tu. Untuk Bajet pula boleh KLIK SINI. Yang penting photostat banyak-banyak sikit hehehe...


3. GOODIES / DOORGIFT

Rancang siap-siap apa nak bagi masa hari kenduri tu nanti dan berapa bajet yang ampa peruntukan. Tentukan juga sama ada nak bagi doorgift yang special sket ker untuk jemputan VIP. Tapi bagi aku la, kita dahulukan ahli keluarga dan kawan-kawan. Sebab dari pengalaman aku pergi kenduri sedara yang "ada nama" la juga, tetamu VIP diletakkan dalam bilik aircond, sedara mara kat luar jer...So nampak macam sedara ni tak penting sangat... Tak mau la ada sedara mara yang terasa hati dengan kita pula kan?

Ampa kena tanya juga mak bapa ampa berapa orang kawan yang nak bagi doorgift yang special ni. So senang ampa nak buat bajet. Selalunya untuk doorgift ni guna modal banyak sket. So buat peruntukan siap-siap dan asingkan khas untuk doorgift saja.

Macam aku, aku cadang nak bagi Mini tasbih ja.... 



Nak order? Boleh KLIK SINI yang pasti harga jauh lagi murah dari tempat-tempat lain. Kalau tak caya ampa p survey dulu. Ada harga promosi sampai 31 Oktober ni jer... Cepat-cepat la order yer...


4. LAIN-LAIN

Untuk bahagian lain-lain dalam fail tu ampa boleh letakkan pamplet yang ampa dapat semasa pergi karnival kahwin atau senarai butik-butik pengantin yang ampa dah kumpulkan. So apa-apa hal boleh rujuk jer kat sini. 


Setakat ini sajalah perkongsian tips cara nak buat checklist dari aku. Lepas ni mungkin aku akan berkongsi perkara-perkara penting lain contohnya macam prosedur untuk akad nikah dan HIV. Setakat ni aku belum melalui fasa tu so tak dapat la nak kongsikan hehehe.... ;)




4 comments:

  1. utk bakal pengantin yg lmbt lg nk kwen patut buat checklist dr awai...mcm k.zai hr tu sbb btunang 2 bln stgh ja so main belasah ja...tu yg rs ada kurang tu...tlupa kt doorgift special kt sedara-mara & kwn2 tdekat...dh abes majlis br teringat

    ReplyDelete
  2. Ramai orang yang buat tempahan saat2 terakhir... Nak order kanopi pun lambat. Bila tiba masa, dah tak ada, semua dah penuh kena tempah. So buat checklist dan sediakan awal2 supaya semyanya berjalan lancar.

    Saidina Excel Canopy

    ReplyDelete
  3. sesiapa ingin melangsungkan perkahwinan sila kunjungi amani bridal di lagenda heights sungai petani

    ReplyDelete
  4. Betul. Buat awal x rugi ape. Buat lambat yh byk rugi. Mcm kwn kami buay last minit. Mmg byk duit terbazir ncm tue je. Tp klu duit tu bertingkat2terpulang lah ye x. Hihi

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi