Saturday, October 12, 2013

BILA WAWA ZAINAL DAN AERIL ZAFRIL MENGAKU TELAH BERNIKAH





Akhirnya setelah berdolak-dalik pasangan ni mengaku juga telah bernikah.... #APTB. Pada pendapat aku la depa mungkin ada sebab tersendiri merahsiakan pernikahan tapi macam semua orang tahu pernikahan seeloknya dihebohkan bagi mengelakkan fitnah macam yang berlaku pada depa sekarang. Tak pasal jer dituduh ada anak luar nikah.

Tu baru cerita artis... Kita yang bukan artis ni pon kadang-kadang turut terpedaya. Especially lelaki yang cukup suka menipu status sebagai suami orang. Tapi adakalanya terkantoi juga. Sebagai contoh disebabkan nak ngorat member aku yang lawa tu sanggup ngaku bujang, tapi dengan aku siap ngaku dh ada anak sorang. Pastu bila aku dok sembang dengan kawan aku, eh rupanya dah kawen dia... Kantoi...

Lagi 1 kes, ngaku kata isteri tak boleh beranak...Nak kawen lagi sorang. Tapi dengan aku pernah cerita ada anak sorang. Yang mana satu betul ni? Kami plak yang kompius kadang-kadang bergaduh mulut nak tegakkan yg mana satu benar hahaha.....

Pernah juga pengalaman aku dulu hampir-hampir nk terjatuh hati pada mamat ni...Mati-mati ingat bujang sekali dah kawen rupanya. Pastu dapat tau rupanya ramai dah dia dok "try". Jadi keja dok ngaku bujang nowh...

Orang dulu-dulu cakap pertunangan seeloknya dirahsiakan tapi bagi aku zaman sekarang macam dah tak sesuai kena juga hebah kalo tak jadi la situasi macam kat atas ni.... Suami org pon ngaku bujang apatah lagi yang baru bertunang???

Dan bila aku ngaku yang aku dah bertunang atau ada yang dah tahu aku dah bertunang ia sebagai perisai supaya orang lelaki akan hati-hati untuk bergaul dengan kita. Kita pon akan lebih beringat dan jaga tingkah laku kita. Itu la yang sebaiknya ;)

Pada sang lelaki, beringat la status diri tu jangan dok ngaku bujang sangat.... @_@



4 comments:

  1. sensasi sangat kan berita..apa2 pon semoga mereka bahagia :)

    ReplyDelete
  2. akhirnya dorang mengaku jugak dah kahwin....Blogwalking..jom kita bertukar2 link…and follow each other
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. hak diorg samada nk hebahkn or rahsiakan...mesti ada sbb depa senirik kan....apapn selamat pengantin baru la kt depaq noihhh walaupon dh lambat setahun hahahahah

    ReplyDelete
  4. kami sokong pendapat ampa. senyapkan pertunangan tak berapa nak relevan dah sekarang. tapi terpulang pada individu masing2. semua ada hak untuk heboh atau diamkan.

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi