Sunday, October 20, 2013

PROSEDUR PERMOHONAN BORANG NIKAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Kali ni aku nak share plak prosedur borang pernikahan bagi negeri Perlis dan Kedah. Perlis tu dari pihak En Tunang... Lagi 3 bulan nak di ijab qabul kan jadi ni la masa terbaik untuk settle kan borang nikah ni lagi pula sorang dok Perlis, sorang dok Kedah tapi keja KL, mau tak mau kena settle awal juga. Apa-apa pon amik borang dulu.


PERKARA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDAPAT KEBENARAN BERKAHWIN (LELAKI)

  1. Sijil Kursus Pra Perkahwinan Lelaki/Perempuan (ASAL)
  2. Salinan Kad pengenalan pemohon, saksi dan perlu disahkan salinan sebenar.
  3. Borang pemeriksaan Kesihatan (HIV) yang disahkan oleh Klinik Kesihatan/Hospital Kerajaan
  4. Surat Kebenaran Berkahwin dari Pendaftar NCR bagi lelaki/Perempuan dari luar negeri Perlis.


Ok yang ni baru dari pihak lelaki... Borang yang dapat tu perlu diisi kedua-dua belah pihak. So ada bahagian yang perlukan tandatangan wali dan juga saksi. En T bagi aku borang dia tu aku pon isi bahagian aku dan tandatangan bapak aku sebagai wali kemudian aku serahkan kat dia balik. 


PERKARA YG DIPERLUKAN UTK MENDAPAT KEBENARAN BERKAHWIN (PEREMPUAN)

  1. Salinan Kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Salinan kad pengenalan wali
  3. Sijil kursus pra-perkahwinan (ASAL & SALINAN)
  4. Kebenaran berkahwin lelaki (jika lelaki luar daerah)
  5. Keputusan Saringan HIV/AIDS (Klinik Kerajaan sahaja)
  6. Salinan surat nikah ibu bapa (bagi anak sulung)
  7. Borang 2 Dilengkapkan dan disahkan oleh Tuan Imam Kariah (contoh dlm gambar)
***Borang diserahkan 1 bulan sebelum tarikh berkahwin.




Borang Nikah sebelah perempuan



Bagi negeri Kedah borang bertulisan jawi. Tapi kalau tak pandai tulisan jawi tu nak tulis rumi pon boleh...Bila dah settle semua bawa duit RM 52 untuk kad kahwin pasangan dan harga borang sekali... cmtu la....

Bila dah amik borang ni baru la aku tahu prosedurnya dan apa yang diperlukan. Kalau buat tak tau ja lagi sebulan majlis baru nak amik memang kelam kabut la jadinya. Buat masa ni sijil kahwin aku kena minta balik dekat pegawai yang uruskan kursus kahwin sebab dah hilang. Mungkin salah letak masa pindah rumah hari tu sekali dengan sijil lain. Tapi masalahnya pegawai tu pergi buat haji, so kena la tunggu dia balik haji dulu...

Sijil nikah mak bapak aku ada depa simpan. Nasib tak hilang. Kalau hilang kena buat lain, amik masa lagi.. Ujian HIV mungkin dalam masa terdekat aku buat. Ikutkan hati nak buat medical checkup sekali. Tapi kena tengok keadaan gak sama ada dapat buat ke tak. 

Bila dah amik borang dan tahu prosedurnya senang kita nak rancang benda-benda lain plak. Bila dah siap semua, 1 bulan sebelum tarikh nikah dah boleh serah... =) Harap entry ni dapat membantu bakal pasangan pengantin di luar sana. 






18 comments:

  1. ehh??? cik gk da nk kawen???? alhamdulillah!! tahniah...al maklumlah first time jengah blog ni..smoga kekal hgga hjg nyawa n ke syurga aminnnn...

    ReplyDelete
  2. ehh??? cik gk da nk kawen???? alhamdulillah!! tahniah...al maklumlah first time jengah blog ni..smoga kekal hgga hjg nyawa n ke syurga aminnnn...

    ReplyDelete
  3. ehh??? cik gk da nk kawen???? alhamdulillah!! tahniah...al maklumlah first time jengah blog ni..smoga kekal hgga hjg nyawa n ke syurga aminnnn...

    ReplyDelete
  4. Kalau dok buat lega je nanti kalang kabut bila dah dekat harinya,

    ReplyDelete
  5. salam awak hai salam perkenalan :) diba pun b2b 2014 :)

    ReplyDelete
  6. ha..dah tau dah..thanx for sharing :)

    ReplyDelete
  7. sijil nikah mak ayah pun kena serah. kalau perak depa tak mintak.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, terimakasih telah membimbing prosedur permohonan borang nikah,
    sangat membantu saya

    ReplyDelete
  9. Terima kasih cik byk membantu memudahkan prosedur nikah.Hanya Allah yg mampu membalasnya

    ReplyDelete
  10. Salam...tumpang tanya...borang kuning tu kan kena isi saksi...saksi tu saksi borang ke saksi nikah? Cmne plak ngan borabg jawi tu? Dia nak kita isi saksi mna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saksi nikah..isi ja...tp slalunya kadi dh ada saksi dia sndri..apa2 pon isi ja sedara kita yg akan jd saksi

      Delete
    2. Salam, untuk borang nikah bahagian saksi tu, perlu bagi skali dak salinan ic saksi? Sebab xdak nyatakan pun perlu fotostat ic saksi tp musykil kalau2 perlu

      Delete
    3. Salam, untuk borang nikah bahagian saksi tu, perlu dak salinan ic saksi? Sebab xmntak pun tp musykil

      Delete
    4. Salam, untuk borang nikah bahagian saksi tu, perlu bagi skali dak salinan ic saksi? Sebab xdak nyatakan pun perlu fotostat ic saksi tp musykil kalau2 perlu

      Delete
  11. Nk tnya..pej agama ada bg borang nk kna sahkn x dh amik test hiv? Klo xda bwk borang yg klinik bg jelah ea t? TIA

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi