Thursday, November 28, 2013

DUGAAN BERTUNANG



Assalamualaikum...dan salam sejahtera...

Orang kata ketika bertunang mungkin kita akan diduga, bezanya sama ada kita kuat nak harunginya atau tak, kuat untuk pertahankan hubungan atau tak, andai tersilap langkah mungkin memberi kesan pada diri atau seluruh ahli keluarga.

Lagi malang andainya segala persiapan dan dibuat tapi putus di pertengahan. Semua tu bukan mudah orang nak harunginya mungkin yang betul-betul kuat mampu hadapinya, dan kena ingat, "Allah tak kan menduga seseorang itu di luar kemampuannya."

Alhamdulillah dah genap 6 bulan "diikat" orang, sehabis baik aku dan pasangan jaga hubungan kami. Bersyukur sebab dikurniakan seseorang yang sangat penyabar menjadi peneman aku. Sabar menghadapi kerenah-kerenah aku dan sabar melayan aku. Terima kasih banyak-banyak En Tunang... **lapayaqmata*

Dari seseorang yang dikenali hanya di Facebook tiba-tiba menjadi tunang dan sekarang tengah mengira detik-detik untuk diijab qabulkan insyaallah.... =) Jodohku di muka buku.... "kita berkenalan hanya dalam laman muka buku..." #ehh?? (Najwa Latif-cinta muka buku)

Bila sembang pasal nikah dengan En Tunang, mesti la terkeluar cerita dia nebes nak jabat tangan tok kadi hihihi... Sampaikan video nikah lawak aku share kat FB dia pon dia tak berani tengok takut dok gelak kat orang nanti dia pon macam tu hahaha... Tak pa la bang oii... Janji bila hari nikah nanti, semua berjalan dengan lancar. =P

Orang kata dugaan bertunang ni ada dua jer sama ada mengeratkan lagi hubungan kita ataupun memutuskan hubungan. Semoga kita semua dijauhkan dengan bisikan iblis dan syaitan. Serah pada Allah untuk ketentuan-Nya... 

Insyaallah amin..... 




10 comments:

  1. Jodoh itu janji Allah...insyaallah sisi usaha yang terbaik.

    ReplyDelete
  2. moga semuanya berjalan lancar. Insyaallah :)

    ReplyDelete
  3. Betul.. InsyaAllah.. Shakira dengan En. Hamdan boleh dikatakan bercinta lepas nikah(tunang).. Masa tunang ni dugaan hubungan kitorang ok je, alhamdulillah gaduh sikit2 tu adalah.. Esok lusa elok balik.. Cuma dugaan masalah kesihatan Shakira je.. Tapi sampai hari ni Shakira masih mampu tahan, betul statement tu Allah takkan duga dengan dugaan yang di luar kemampuan kita semua.. InsyaAllah amin..

    ReplyDelete
  4. Insyaallah smuanya dpermudahkn...Amin

    ReplyDelete
  5. insyaAllah.....dugaan Allah tu sebenarnya utk DIA tahu setakat mana kita yakin pd DIA & utk mencuci segala dosa2 lama kita......

    doa doa & doa supaya d jauhkn dr sebarang masalah.....semoga Allah permudahkn segala urusan ampa !!!

    ReplyDelete
  6. xpe asal msg2 ada komitmen inshaallah bjln lncr. all d bezt!

    ReplyDelete
  7. samalah kita pun dah masuk 6 bln jgk..moga-moga kekal ke Jannah..Amin..
    btw, kita baru jengah-jengah dekat sini..
    selamat membuat persiapan..=)

    ReplyDelete
  8. Nasib baik tak lama dah nak kenduri...
    Kena sabar hadapi dugaan tue...

    ReplyDelete
  9. insyaAllah berkekalan sampai syurga amin

    ReplyDelete
  10. sebelum nie kita ingat dugaan tunang ex-bf muncul balik hanya rekaan..
    tapi bila kena kat batang idung sendiri..pergh..mmg sangat berhati2 lah lepas ne.

    btw sweett kenal kat FB

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi