Tuesday, November 26, 2013

REZEKI JANGAN DITOLAK TAPI.......



Assalamualaikum....

Wiwit lama tak jumpa kat blog kan? Kat FB pon dah jarang-jarang... Sibuk bebenor prepare untuk audit. Alhamdulillah job untuk mini tasbih pon masuk banyak. Tapi sayang adakalanya aku terpaksa tolak sebab tak kena dengan masa sebab sama dengan tarikh majlis aku. 

Tak berani nak amik. Takut nanti amik tiba-tiba tak dapat siapkan pada tarikh yang sepatutnya....Kesian kat ampa plak. Orang kata rezeki jangan ditolak tapi kalau tak mampu jangan berani amik. Jangan sebab tamak kita nak kaut semua pastu terkejar-kejar nak siapkan tempahan. Tak elok gitewww yer.....

Al-maklum la time ni dah mula sibuk. Nasib la kenduri aku bukan 23.11.2013 haritu kalau tak, tak tahu la macam mana keadaan sebab hari tu aku kena keja gara-gara akan ada audit dalaman. Phewww letih. Sekarang ni tengah tunggu kad kahwin siap. Nasib baik la p tempah awal sebab tempoh masa nak siap sebulan. So dalam bulan 12 insyaallah dah boleh amik.

Tapi kan tiba-tiba walid aku suruh tambah kad lagi, gayat la juga aku sebab jemputan mungkin ramai tapi insyaallah la kita cuba lebihkan untuk makanan. Risau kalau tak cukup untuk makanan nanti... Doakan lah semoga dipermudahkan. Aku tak mau majlis aku jadi buah mulut orang plak nanti huhuhu...

Kalau ada sapa-sapa nak order mini tasbih boleh email aku anyss273@gmail.com tapi buat masa ni tempahan hanya di ambil untuk majlis bulan Mac ke depan. Sebab aku akad nikah bulan 1 dan kenduri bulan 2. Takut time tu dah mula sibuk =)

Salah satu order dari customer,  mini tasbih baru tak sempat ambil gambar cantik-cantik lagi ;)



9 comments:

  1. pcl doakan semoga semuanya dlm perancangan dan dipermudahan olehNya. emmm..sempat lg dalam dok bz nk nikah tu.

    ReplyDelete
  2. Lawanya yg ni...
    Xpa..jgn tamak..Insyaallah nti ada rezeki lain yg dtg

    ReplyDelete
  3. Wahhh cantiknya kaler dia... Tasbih hari tu mak akak suka sangat akak lagiii la suka nanti nak oder lagi utk majlis khatan anak akak pulaklah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe lega akak suka... ok nanti boleh order lagi =)

      Delete
  4. clap clap clap**

    tahniah sebab tak jadi tamak yang akan memakan diri satu hari nanti. semoga dipermudahkan majlis ampa. kami x sabaq nak pegi sbb kenduri sepupu nadh minggu depannya. sepupu dia nikah sama dgn ampa, tp mama dia tak benarkan kami semua pergi. rezekiiiii hewhewhew

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay..... insyaallah boleh jumpa kat kenduri.... berdebar hati dah ni hihi

      Delete
  5. nk order jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi