Friday, December 6, 2013

LAWAK KE DER 3 BERSAMA ESCAPE: TAK TENGOK RUGI!


ESCAPE mencuit anda dengan Lawak Ke Der 3


Sekarang ni di Istana Budaya sedang berlangsung pementasan Lawak Ke Derr 3. Memang rugi kalau sapa-sapa yang belum tonton Lawak Ke Derr 3 di Istina Budaya. Persembahan kali ni diserikan dengan kehadiran muka-muka baru seperti kumpulan Jambu dan Douglas Lim selain kehadiran Nabil dan Harith Iskandar. Apa yang pasti telah berjaya membuatkan perut kita senak dengan gelak ketawa kerana lawak kental mereka.

Selalunya bila Lawak Ke Derr 3 dipersembahkan, pastinya akan ada yang kata Lawak Ke Derr 2 lagi kelakar dan ada yang kata Lawak Ke Derr 3lagi best. Kalau nak tau yang mana satu paling kelakar dan best kenalah tengok. Boleh beli tiket di ticket2u.biz

Tapi kena la cepat sebab kehebatan Lawak Ke Der 3 ni dah terbukti apabila tiket-tiket habis yang dijual. Ramai yang frust sebab tak dapat dan sempat nak tengok. Untungnya Cik GKSB sebab dapat tengok. Hihihi...Terima kasih ESCAPE kerana memberi peluang untuk kami para bloggers menyaksikan pementasan Lawak Ke Der 3. 



Blogger yang hadir



Kini ada berita baik untuk peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan Escape. Kini anda boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif di Escape  mulai 31.12.2013 selama 6 bulan. Lama tu!

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 di Escape. Bila bercakap mengenai peluang, ini ada satu lagi peluang yang mesti direbut oleh pelanggan Celcom yang menawarkan hadiah RM5000. Banyak tu siap boleh buat belanja kahwin hihihi


Suasana di dalam Istana Budaya 


Caranya mudah jer... Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel - cuit-cuit Escape atau klik: KLIK SINI setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.

Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan. Kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah melayari laman web Escape caranya klik ESCAPE Tak rugi kan mencuba?? =)

ESCAPE? Apa tu?  ESCAPE sebenarnya merupakan dunia hiburan peribadi anda yang boleh anda bawa ke mana sahaja. Anda boleh nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak  lagi, semuanya setempat.

Pilih jer nak yang mana. Sama ada pilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had. Murah jer hanya RM25 sebulan! Dengan RM25 tu anda dapat lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk dipilih merangkumi pelbagai genre (Aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta). Termasuk konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyak lagi.




Bagi yang dah anggap telefon bimbit tu sebagai sahabat baik, ampa juga boleh tonton menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows). 

Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau perlu menunggu lama. Anda juga bebas untuk berhenti dan sambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua. 

Selalunya bila kita sibuk jer mesti terlepas peluang nak tengok drama kegemaran tapi kini anda takkan terlepas menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda. sebab kelebihan ESCAPE:

-     Henti & sambung tayangan  •  Pelbagai peranti  •  Bila-bila masa, di mana-mana jua

-     Untuk maklumat lanjut, layari www.ESCnow.com sekarang.

Blogger aka retisss hihihi

Nak baca lagi pasal Lawak Ke Der 3??? KLIK SINI 



3 comments:

  1. Apa mamat yang pakai kot tue tengah buat ek?

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  2. Tu dia... tak bawak kita... merajuk lagi la cemni..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi