Friday, December 6, 2013

PERHUBUNGAN JARAK JAUH: DUGAAN SUAMI ISTERI



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Zaman sekarang ni kebanyakan semua suami isteri duduk jauh. PJJ. Kadang-kadang tengok kawan-kawan yang terpaksa hadap benda ni aku rasa kesian dan aku tahu aku pon akan lalui benda yang sama nanti.

Macam-macam aku fikir, bila dah ada anak nanti macam mana, aku kat KL, Encik Suami kat Perlis, kena plak aku ni tak ada kereta lagi dok naik motor ja, terfikir la juga macam mana keadaan aku nanti bila tengah pregnant. Kalau sakit sapa nak tolong tengok, sapa yang nak teman p klinik? **bergenang dah ayaq mata ni**

Aku salute la kawan-kawan aku yang PJJ ni. Memang kuat semangat betul walapun aku tahu bukan mudah bila duduk berjauhan dengan suami ni... Pada dasarnya aku ni nampak jer kuat tapi sebenarnya cengeng juga..Huhuhu...



Baru-baru ni lepak makan dengan opismate yang dua-dua orang ni pernah PJJ dengan suami, yang sorang tu lagi la 7 tahun PJJ dengan suami baru dapat tukar ke KL ni sebab suami dia kerja sini. Anak 2 orang, dah start sekolah pon, baru boleh tukar. Bila jumpa situasi macam ni aku pon tanya macam mana dia hadapi semua ni.

Nasihat dia mudah jer, 

"Jangan fikir sangat. Sebab bila fikir ni la yang akan timbul macam-macam masalah. 7 tahun saya uruskan semua sendiri, kadang-kadang suami datang pon tak tentu sebab dia kerja shift. Paham-paham la askar ni. Semuanya atas kita, macam mana kita nak hadapi semua ni. Mula-mula saya tukar ke KL ni, saya jadi kekok sebab ye la 7 tahun saya uruskan semua sendiri tiba-tiba ada suami. Mula-mula tu asyik gaduh juga mungkin sebab saya tak biasa, bila dah dapat sesuaikan diri alhamdulillah semua dah ok."

Ini yang dia kongsikan. Aku rasa kagum gila. Bukan semua orang boleh PJJ selama ini tapi dah tuntutan tugas nak ke tak nak terpaksa hadap juga. Dia ada gak cerita dulu housemate dia PJJ gak dengan suami tapi hari-hari gaduh sebab cemburu dan fikir bukan-bukan pada suami. Itu yang bahayanya kan?

Sorang lagi kawan aku berkongsi. 

"Saya rasa malu kadang-kadang bila saya pergi Supermarket semua orang pandang saya sebab saya sorang-sorang jer dengan anak kecik. Mesti orang fikir bukan-bukan. Lepas dari tu kalau nak pergi mana-mana mesti saya ajak housemate saya."




Ini yang kawan-kawan aku kongsikan dengan aku. Ramai dah orang sekeliling aku yang PJJ ni, sedara aku sendiri Sabah-Kelantan. Umi dengan walid aku sendiri pon PJJ gak sampai anak ketiga baru umi aku dapat keja kat Alor Star. 

Tapi dulu dengan sekarang beza. Sekarang ni semua barang mahal. Kerja nak naik jer harga-harga semua benda. Tambang bas saja pergi balik RM100. tu belum masuk yang lain-lain lagi tu. Stresss plak aku. Harap-harap aku dapat atasi semua ni dengan pasangan aku. Insyaallah...



5 comments:

  1. Assalamualaikum Awak,
    Selama ni saya jadi silent reader. Skrg tergerak hati nak komen tentang PJJ nih. Saya sendiri sedang laluinya. Sejak bercinta sampai sekarang (dah berkahwin). Apa yang penting persiapkan diri untuk berhadapan dengan hubungan jarak jauh ni. Kalau kita pandang positif tentang hubungan jarak jauh ni, InsyaAllah kita akan senang laluinya. Yang penting iman kita dan pasangan kita kena kuat. Pedulikan apa kata orang. Be strong. Ingat sabar itu indah!

    ReplyDelete
  2. gk ...

    PJJ nie bukan saja utk pasangan yg jauh2 ada jugak pasangan yg dekat tp berPJJ jugak. jarak bukan satu alasan utk kita jd lemah. selagi mana niat kita baik & semangat kita kuat insyaAllah Allah akn prmudahkn segalanya utk kita. tiap apa yg Allah tetapkn utk kita tu pasati ada kebaikan yg tersembunyi. jgn d korek d cari lubang2 sedih mencari mana kurang lemahnya hubungan tu nnti. yakin & tawakal pd Allah. DIA membagi pd hamba yg termampu hamba terima. ini yg mampu kita jd redhakanlah segala ujian yg d bagi. kami senantiasa mendoakan ampa bahagia d dunia & akhirat walaupun brPJJ

    ReplyDelete
  3. hopefully kita sama-sama dapat bertabah dengan hubungan pjj ni..Amin..

    prnah jugak terpikir jugak macamni..kita sekapal..wuwuwu

    ReplyDelete
  4. NO WORRIES LA,,,BEST TAU PJJ NI SBB SEKALI JUMPA RASA BERDEBARRRRRRRR JE. BYK JGK HIKMAHNYA

    ReplyDelete
  5. insyaAllah mesti boleh. PJJ nie sebenarnya sedikit sebanyak jadikan kita hebat, matang, tabah sebab tak semua orang dapat lalui apa yg kita dah lalui. memang besar dugaannya tapi semua tue pengalaman yang berharga sangat. rasa bangga dengan diri sendiri sebab boleh uruskan semuanya sndiri, daripada sorang anak manja yang selalu bergantung harap, alhamdulilah ;)

    mcm kami sesekali jumpa tue memang nadh manjakan habis, byk benda yg dia buat. anak dia yg uruskan. kami bg susu dgn mandi je. dedua kena give and take. ;)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi