Thursday, December 26, 2013

PERIHAL JODOH



Kalau dulu mesti terfikir siapa la jodoh aku nanti? Macam mana rupa dia? Kenapa aku bercinta mesti tak kekal? Umur makin meningkat, steady boyfriend pon tak ada lagi..Kawan-kawan semua dah ada, aku sorang-sorang lagi..Dan semestinya ampa semua pon mesti fikir macam ni.

Bila cakap pasal jodoh, masing-masing ada pendapat yang tersendiri mengapa kita belum mendirikan rumah tangga. Adakalanya kita rasa kita dah bersedia tapi betul ker kita dah bersedia? Cuba kita tanya diri kita sendiri betul ker dah bersedia?

Ada orang jodohnya awal, ada orang jodohnya cepat. Adakala jodoh tak panjang. Pendek kata, jodoh tu rahsia Allah. Dulu aku tak percaya langsung kalau orang kata jangan cari jodoh, tunggu jer jodoh tu datang. Sebab aku rasa orang yang bercakap macam tu dia dah berputus asa nak mencari jodohnya. 

Tapi bila aku sendiri yang merasainya baru aku percaya. Cuma bezanya aku tak mencari, dia datang sendiri. Bila hubungan yang dibina asyik terputus di tengah jalan sampai satu masa aku rasa, cukuplah. Aku dah penat la nak hadapi sakitnya putus cinta ni. Rileks sudah la. Dalam dok rileks tu tiba-tiba muncul seseorang yang tak disangka yang akhirnya kini bergelar tunang aku.

Ayat dia mudah ja, "nak buat bini". So terus jadi. Alhamdulillah... Sebulan lagi nak bergelar suami isteri insyaallah harap dipermudahkan semuanya.

Pada kakak-kakak, adik-adik,abang-abang yang masih tercari-cari jodohnya percayalah pada ketentuan Allah, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Mungkin Dia nak bagi peluang untuk kita perbaiki diri menjadi lebih baik dan mungkin Dia nak bagi peluang untuk kita menjadi isteri/suami yang terbaik untuk pasangan kita. Sama-sama la muhasabah diri.

Jangan sesekali kita berputus asa sebab jodoh tu datang dalam pelbagai cara. Yang penting, jangan takut untuk mencinta dan dicintai. Dan jangan sesekali takut dikecewakan sebab pasti ada hikmah di sebalik semuanya ;)

Kita akan bertemu dengan orang yang salah sebelum kita bertemu dengan orang yang betul-betul jodoh kita.

#sekian 

Gambar Hiasan



8 comments:

  1. terima kasih atas nasihat tu kakak. agagagaga

    ReplyDelete
  2. Ye , Jodoh itu Rahsia Allah SWT. Memang dah letih menagih kasih tapi apa nak jadi esok lusa biarlah Dia yang tertentukan. Doakanlah geng2 KBU yg mana tak jumpa jodoh tu akan jumpa ye GK. Ty doakan GK dan pasangan akan berkekalan sehingga hujung nyawa. Amin.

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah
    semoga semuanya berjalan dengan baik

    ReplyDelete
  4. janji Allah itu pasti kan :) macam sorang kawan baikkkkkk saya dunia akhirat..dia byk kali kecundang dalam cinta sbb pasangan2 dia bukan yg terbaik utk dia. sampai 1 tahap dia tak berharap dgn cinta lagi..tp siapa tahu perancangan Allah.. dia dah dapat jodoh dia dgn lelaki baik yang sepadan dgn dia :)) dia bercinta selepas kawen.. :D

    ReplyDelete
  5. betul,setuju, tak tertekan pun dengan jodoh yang lambat,cuma semak je bila org asyik tanya,sedangkan itu semua rahsia Allah,kalau sesekali tanya ok lagi,ni setiap kali jumpa,dah la jumpa nya kerap setiap kali tu dok tanya...

    ReplyDelete
  6. jodoh yang Allah rahsiakan tue indah kan ;)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi