Friday, December 27, 2013

PERSEDIAAN MAJLIS: REZEKI TUHAN BAGI



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru-baru ni aku amik cuti panjang sikit nak uruskan perihal majlis kenduri kahwin aku nanti. Kebetulan banyak plak kenduri kawan-kawan jadi sehabis baik cuba untuk pergi kenduri kawan-kawan sambil-sambil tu hulur kad kahwin sendiri dekat kawan-kawan ehehe...

Dari segi persiapan sekarang ni pelamin, baju sanding+tandang dah booking cuma tunggu nak fitting lain. Sebenarnya takut juga ni, aku harap segalanya dipermudahkan. Yela bila nak dekat kenduri ni macam-macam hal yang timbul. Harap-harap hari majlis nanti semua berjalan dengan lancar aminnn...


Streamer dah siap ;)


PELAMIN

Ingat lagi tak pelamin tunang aku yang dulu? KLIK SINI. Aku amik dekat orang yang sama. Disebabkan depa dah pindah ke Sg Petani, owner plak baru lepas bersalin, maka gerak la kami ke rumah Kak Cik (nama panggilan owner) bersama-sama dengan Finaz, kak Adish Shida dan adik kak shida lepas kenduri Suraya kat Sg Petani.

Bincang punya bincang, design mana yang aku nak, sekali dengan warna pilihan so settle dah bab pelamin. Aku amik satu panel jer sebab stage untuk pelamin tak la besar sangat, dewan pon kecik jer. Kalau amik sampai 3 panel macam membazir plak lagipun boleh sep bajet sket hehehe...

Nak dijadikan cerita, dapat sms dari kakak sepupu aku "Untuk pelamin nanti kakak sponsor". Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Sebak tak tahu nak cakap macam mana dah. Syukur sangat-sangat. Dulu masa pelamin tunang pon dia sponsor, kali ni dia sponsor pelamin untuk kenduri plak. Rezeki Tuhan bagi. Alhamdulillah...

Errr ada yang nak sponsor lagi tak? Bunga telur ker? Hantaran ker? Kih3.... =P


Lebih kurang sebulan lagi aku akan bergelar isteri orang... Insyaallah... Mudah-mudahan semua berjalan dengan lancar dan segalanya dipermudahkan. Aminn...




11 comments:

  1. alhamdulillah murah rezeki :-)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah nak dirikan masjid ye,semoga semua urusan berjalan lancar ye,

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...murah rezeki...

    k.zai ritu abg sulung sponser sparuh katering...lega sgt2...hihihi

    ReplyDelete
  4. weweiiit nak jadi isteri orang dah :)

    ReplyDelete
  5. Selamat menjalani alam perkahwinan..InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar...semoga menjadi isteri yang solehah.. :)

    ReplyDelete
  6. mesti dh terasa brdebar semak perut semua kn...apapn laluilah masa2 nie dgn tenang...enjoy tau....

    #makaseh byk2 sudi dtg jejauh kenuri kami aritu..maaflah tak sempat nk sembang lama

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..moga dipermudahkan semuanya anis...

    cantik dah blog dia yeeee

    ReplyDelete
  8. alhamdulilah murah rezeki. dah save budget kat situ. situ pun makan budget besar jugak hihihihi

    ReplyDelete
  9. wah bestnya ada org sudi sponsorkan..save budget. all the best in preparation ye.

    http://akuhanyagadiskampung.blogspot.com

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi