Thursday, January 31, 2013

CERITA SEMALAM


Ini cerita semalam.

GKSB: Orang sakit hati la... pulun dok diet, hari-hari pi Gym...haritu hari-hari main futsal, nasi pon orang tak makan dah.... tak kurus-kurus juga..... 

TTM: Tak apa la..nak buat macam mana....

GKSB: Penat ja orang buat semua tu...

TTM: Makan la pil kurus.

GKSB: Tak mau la...takut susah mengandung...Tak pasal-pasal ja nanti... 

TTM: Amik la herbalife...

GKSB: Abang sponsor bleh la... kih3.... ;p

TTM: Amboi dia....


Berikut antara perbualan yang hangat diperbincangkan. Aku pon dah naik heran dah... Apsal berat tak reti-reti nak turun.... Geram betul aku. Setakat ini belum lagi la aku cuba pil-pil kurus ni. Takut susah mengandung plak. 

Kalau ada duit lebih kena try herbalife juga la.. Tapi kalau ada yang nak sponsor lagi bagus...Hehehe.... =P Sila doakan aku kurus supaya aku nampak cantik dalam pakaian pengantin.. Sekian ;p



Tuesday, January 29, 2013

WARNA TEMA & KURSUS KAHWIN


Idea! Idea! Idea! Dimana kau idea?? Hari berlangsungnya lambat lagi tapi idea mesti didahulukan pencapaian diutamakan tak gitu?? Sekarang ni kerja aku adalah survey apa-apa yang patut dan mencari warna tema. 

Pertama sekali kena check dulu cik abe tu ada baju melayu warna apa. Keputusannya biru tua. So tengah mencari warna yang sama juga. Dah la warna itu susah nak jumpa sikit baju yang elok-elok. Aku tengah berusaha la mencari. Cuma kalau kat KL ni aku suka pergi Carefour Wangsa Maju yang depan Wangsa Walk tu. Kat situ macam-macam baju kurung yang pelbagai potongan kita dapat jumpa. Lepas ni bleh la p usha kat sana dulu.

Cuma yang jadi masalah sekarang adalah sijil kursus kahwin dah hilang. Sengaja ja ajak En TTM p kursus sekali lagi walaupun dia dah amik. Tapi senang jer dia jawab "sapa suruh bagi hilang" sambil dok gelak-gelak. 

Aku ayat dia macam-macam siap kata "jadi la macam Yusri tu sanggup teman Lisa Surihani amik kursus kahwin." Tak jalan juga. Lepas tu aku ugut nak p amik kursus dengan orang lain lagi tapi dia boleh jawab "Tak apa p la amik dengan orang lain, nanti nak kahwin dengan abang juga" sambil gelakkan aku, hampeh betoi.


Gambar Hiasan


Kalau ikutkan hati malas nak amik kursus kahwin sekali lagi.Agak-agak sijil tu boleh ambil lagi tak kalo hilang?? Ada sapa-sapa tau? Tolong maklumkan yer...

Cuma buat masa ni aku bersyukur sangat biarpun hubungan jarak jauh tapi segalanya dipermudahkan. Setakat gaduh manja-manja dan merajuk sikit-sikit tu ada la. Dan lagi bersyukur sebab dia sangat matang. Umur pon 29 dah. Dah tua kan dia?? Hahaha... 

Dan apa yang lagi menyebabkan kami serasi bila perangai berlainan sebagai contoh aku ni banyak cakap, dia  pendiam..Aku ni kadang-kadang jenis berangin tapi dia cool jer... Cuma dia selalu cakap aku ni angin kus-kus. Sekejap ok, sekejap tak ok.. Kalau mai angin aku kena pandai pujuk kalo tak lama la berangin tu. Dia plak macam ribut, susah nak mai..sekali ribut habis la....umpama macam tu la.

Setakat ni belum pernah rasa la ribut dia tu. Tak mau la rasa.. Takuit orang perlis kata hahaha... Apa-apa pon harap-harap apa yang kami rancang nanti dipermudahkan.




Friday, January 25, 2013

KISAH HATI YANG BERBUNGA


Ramai yang bertanya pada aku bila kahwin nanti macam mana?? Jawapan aku, terpaksa la duduk jauh juga, sorang Perlis, sorang KL, sangatla ohsem kannn????

Terpaksa la nak buat macam mana. Kira ok la, kalau sorang sabah sarawak sorang semenanjung, lagi la teruk. So aku redha jer la... Cekalkan diri konon-kononnya. Lagipun En TTM yang aku kenal jenis bukan kaki pompuan atau jenis yang nak seronok tak tentu hala. Jadi bab tu memang aku tak risau sangat setakat ni la. Tapi minta dijauhkan la perkara yang tak elok ni.

Ramai yang bertanya bila nak dilangsungkan. Kalau ikut aku esok pon boleh **macam tak sabaq plak kan** Sebenarnya dah lama kami rancang dari tahun lepas lagi. Merisik pon dah cuma tunggu yang lain-lain tu je.

Cakap memang senang tapi bila dah merasa sendiri macam mana susahnya nak merealisasikan apa yang dirancang baru kita akan lebih menghargai. Banyak halangan sebenarnya terutama dari segi kewangan. Orang boleh cakap buat sederhana ja tapi kalau sederhana pon guna duit juga. So aku berserah jer la pada rezeki.

Setakat ni alhamdulillah ada perkembangan terbaru dan insyaallah juga kalau tak ada halangan jadi la tahun ni  ;). Bila tu tak dapat nak diberitahu lagi cuma bila dah sampai masa aku akan jemput la ampa semua.

Ketika di Gulati's Jalan TAR


Cuma sekarang ni tengah survey apa-apa yang patut. Tapi bila tiba soal ni adakalanya bersilih pendapat la juga biasa la lelaki amik mudah jer apa yang perempuan cakap. Kadang-kadang berletiaq gak aku kat dia. Dengaq la aku membebel padan muka. huhuhu....

Dan dengar-dengar ramai sahabat yang seangkatan akan mendirikan rumah tangga tahun ni. Harap-harap urusan ampa dipermudahkan dan doakan urusan kami juga dipermudahkan... ;)







Thursday, January 24, 2013

HUKUM KARMA @ BALASAN


Assalamualaikum....

Sejak dua menjak ni macam-macam cerita plak kat blog yang melibatkan orang yang dikenali. Cuma nak amik port lebih-lebih malas plak sebab tak ada langsung kena mengena dengan aku. So lebih baik berdiam diri dari cuba menyibukkan diri.

Cuma aku boleh cakap kan apa pon kejahatan ataupun pengkhianatan kita terhadap manusia di dunia ini Allah akan balas cash. Tak payah nak tunggu lama. Sekejap jer kita dapat balasan balik. Betul tak??

Sebagai contoh, kau lukakan hati si polan "A", kemudian kau sukakan si polan "B", tapi si polan B tu layan nak tak nak jer macam kau pernah buat kat si polan A ni so nampak tak permainannya disitu atau lebih tepat lagi sebagai balasan atau hukum karma untuk kau?

Macam tu juga di blog. Kita kutuk orang tu, kita buka orang aib ni tapi sekali aib kau plak yang terbuka. Time tu mana kau nak letak muka?? Kalau kau muka tembok aku tak tahu la.

Cuma dalam hidup ni sentiasa beringat. Adakalanya kita memang tak dapat menahan diri dari menyibuk hal orang lain tapi cuba tahan diri dari tidak mengambil tahu hal orang lain. Kalau nak amik tahu sangat pon lepas tu simpan cerita tu sensorang sudah. 

Ermm kalau nak tahu seseorang tu bagaimana cuba tengok sama ada dia suka bercakap buruk pasal orang lain atau tak dan menjaja cerita pada orang lain. Ampa akan dapat menilai dia dari situ.

Sekian....

Sekadar Gambar Hiasan


Wednesday, January 16, 2013

NOVEL REVIEW: THE WEDDING BREAKER


SINOPSIS KULIT BUKU

Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

.....................................................................................................................


SINOPSIS CIK GKSB

Baca petikan dalam novel ni pon dah membuat keinginan kita untuk terus memiliki novel ini. Bila melihat tajuk, ingatkan english novel tapi rupanya novel Melayu. 

Dari segi jalan cerita memang menarik. Gara-gara nak tolong kawan, dia sanggup berpura-pura mengandung bagi menghentikan majlis perkahwinan yang telah ditetapkan itu sehingga membuatkan pengantin lelaki, Tengku Adam malu besar.

Tapi takdir mempertemukan mereka.. Akibat dendam, maruah diri Ariana Rose terkorban di tangan Tengku Adam Kamil. Takdir sekali lagi menemukan mereka walaupun kenangan pahit itu cuba dilupakan oleh Ariana. 

Apa yang pasti, tiada siapa dapat menyangkal Takdir Tuhan yang telah ditetapkan kepada mereka.  Adam yang jauh dari Islam cuba mempelajari balik ajaran Islam yang tidak pernah dia dapat akibat didikan keluarganya dari kecil yang menghantarnya ke Luar Negara sejak umur 13 tahun. Apatah lagi perempuan dan arak bagaikan sebati dalam hidupnya.

Bila Adam sedar dirinya tidak mampu hidup tanpa Ariana semuanya sudah terlambat apabila Ariana menjadi tunangan orang dan Adam sendiri telah dijodohkan dengan pilihan keluarganya. Bagaimana Adam nak memperjuangkan cintanya pada Ariana?? Adakah mereka akan bersama? Inilah persoalan yang memerlukan jawapan dan yang pasti ada dalam novel ini.

Dari segi penceritaan banyak dialog dalam bahasa inggeris tapi tak la keterlaluan sangat sebab kita masih boleh memahaminya. Ada juga cerita pasal manja-manja dalam rumah tangga tapi bagi aku juga tak keterlaluan dan masih lagi terkawal. Itu bagi aku la sebab aku masih boleh terima apa yang diceritakan. 

Selain itu, banyak pengajaran dari segi Islamik yang kita boleh ambil sebagai panduan. Sebab itu aku cakap novel ini sangat menarik. Aku harap review ini dapat membantu mereka yang masih memikirkan novel apa yang mereka ingin miliki. 


Harga: RM 25 (SEM. MALAYSIA)
RM 28 (SABAH/SARAWAK)
Bintang: 4/5





REVIEW: MAMEE CHEF

Assalamualaikum…

Untuk mereka terutamanya yang tinggal di asrama pasti di dalam setiap loker masing-masing mesti ada mi segera yang pelbagai perisa. Ada yang menggemari mi segera perisa kari, asam pedas dan tomyam. 

Bagi aku yang sangat sukakan pedas pastinya mi segera yang berperisa tomyam yang menjadi pilihan. Boleh kata semua aku dah try, dan semalam aku cuba try mi segera Mamee Chef. Memang sedap. Rasa tomyam dia memang terasa. Sampai sekarang teringat lagi rasa tomyam tu..fuhh meleleh beb. 


Duta produk Mamee Chef {sumber}


Walaupun sedap, aku tak berapa suka sangat rasa udang kering yang disertakan sekali. Ni aku, ampa aku tak tau la sebab pendapat setiap orang berbeza. 

Untuk  mereka yang kering poket terutamanya bila tiba hujung bulan macam aku ni, sila jangan lepaskan peluang untuk merasa mi segera perisa tomyam pilihan chef… Hihihi…Promote plak kan…. 

 Entry ini tidak berbayar Cuma ingin berkongsi apa yang aku makan. Lepas ni akan banyak lagi perkara yang aku akan review selain dari novel-novel yang selalu aku review. ;)


NOTACIKGADIS: Pendapat setiap kita adalah tidak sama dan ini pendapat Cik GKSB



Monday, January 7, 2013

PENGALAMAN MENAIKI BAS MARA LINER, TRANSNASIONAL, DAN ETIKA


Sejak keja kat KL ni kenderaan rasmi untuk balik kampung adalah bas. Kebanyakan bas yang aku penah naik adalah Mara Liner, Etika, Transnasional. Ok 3 ni yang penah naik sebab ini antara yang kononnya terkenal la. 

Banyak pengalaman aku dengan bas ni. Tapi apa yang aku nak kongsikan adalah dari pengalaman aku sendiri dan bukan nak buruk-buruk kan syarikat bas ni. Ini juga sebagai panduan ampa kalau nak pilih bas.

TRANSNASIONAL

Kadang-kadang ok kadang-kadang tak ok sebab selalunya depa akan guna bas lama yang mana kusyen dia sangat sempit. Boleh berlaga bahu kalau duduk sebelah-sebelah. Sepatutnya depa kena naik taraf bas bukannya still guna kusyen yang zaman tok nadok dulu.  Memang tak selesa. Tapi adakalanya bila bas baru ok la..Not Bad.

Pengalaman aku naik transnasional yang paling aku tak boleh lupa bila bas langsung tak berhenti rehat untuk makan. Bas berhenti untuk isi minyak ja. Masa tu aku bawa mak sedara aku dengan sepupu ke KL. Tarikh 9/12/12 dan masa bas adalah jam 5.30 petang. 

Kami bertolak jam 5.30 petang dan sampai pukul 12.00 am di pudu. Bas la tak berhenti di R&R untuk makan, dengan perut kosong. Sepupu aku sampai muntah-muntah bila sampai kat Pudu sebab tak makan apa. Bila aku tanya driver masa berhenti kat stesen minyak "tak berhenti makan ka?" Dia boleh jawab dak, berhenti untuk isi minyak.

Setakat beli roti alas perut apa la sangat?? Sepatutnya driver bas lebih prihatin dengan kondisi penumpang. Cuma dengan transnasional ni satu ja aku boleh puji. Dia akan bertolak tepat pada masa.

Aku siap buat kad lagi untuk dapatkan diskaun tapi bila nak beli tunjuk kad, alasannya time cuti sekolah tak dapat diskaun padahal dah terpampang dapat diskaun time cuti sekolah. Apakah??? Sia-sia ja buat kad transnasional ni.


MARA LINER

Dalam ni cantik kemain...tapi...tak secantik yang sebenarnya

Pengalaman paling teruk aku dapat. Dah la bas lambat.. Naik atas bas tempat duduk aku tak ada. Kusyen untuk duduk tu tercabut. Gila ka apa bas macam ni?? Dah la bas buruk. Bunyi ngok ngek ngok ngek. Kami hanya mampu doa selamat sampai ja sebab tak yakin bas ni boleh sampai ke tak. 

Kali kedua terpaksa naik sebab tu ja pilihan yang ada. Bas lain semua dh penuh. Duduk depan sekali. Kusyen sempit. Berlaga bahu dengan orang sebelah. Sangat la tak selesa. Terpaksa tegak dan keraskan diri, kalau bergerak sikit mesti kena orang sebelah. 

Memang tobat dah tak naik bas mara.. kalau tak ada sangat memang naik kapal terbang pon aku sanggup. Memang bukan pilihan aku.

ETIKA



Setakat ni, bas ni paling selesa. Kalau beli tiket call je untuk booked. Cuma bas ni laris macam pisang goreng. Lambat booked ja tiket habis. Kusyen memang selesa. Aku tidur lena sangat bila naik bas ni. Cuma kadang-kadang bas ni lambat sikit.

Dan pengalaman yang buat aku naik angin bila pernah aku dah booked dh tiket bila adik aku pergi nak amik tiket dia kata nama aku tak ada. Tiba-tiba malam tu dia call jadi ke tak nak ambil tiket. Apa lagi kena sembur la dengan aku. "Siang tadi dah pergi beli kenapa kata nama tak ada? Ni malam call tanya jadi ke nak amik tiket. Macam mana buat keja??"

Lepas peristiwa tu la aku "merajuk" kejap la tak nak naik bas etika. Tapi sekarang dh ok dh hehe....

Bas-bas lain aku tak berani naik sebagai contoh bas Shamisha Sebab bas tu jenis tinggalkan penumpang rata tempat. Jumpa dekat perhentian ja dia tukar-tukar bas. Suruh penumpang naik bas lain. Member aku pernah terkena bila terpaksa tunggu lebih 6 jam bila bas tak datang. Dia bagi bas tambahan plak. 

Sepatutnya syarikat bas perlu pentingkan keselesaan penumpang bukannya nak kaut keuntungan jer. Tiket dah la mahal tapi apa yang penumpang dapat, tak sepadan dengan harga bas. Kalau ampa alami situasi macam ni terus jer buat laporan dan email dekat syarikat bas tersebut.

Ok inilah serba sedikit pengalaman aku menaiki bas dari AS-KL-AS. Ampa nak kongsikan pengalaman ampa naik bas juga tak?? Sila tinggalkan komen dan kongsikan.




Tuesday, January 1, 2013

EMPAT TAJUK DALAM SATU ENTRY DI TAHUN BARU


Hari pertama di tahun baru 2013. Perasaan? Lain rasanya sebab banyak misi yang perlu dilaksanakan pada tahun 2013 ni. Sekarang ni boleh dikatakan jarang-jarang aku update blog. Sebabnya internet tak ada. Nak guna broadband pon kena selidik habis almaklum la aku duduk tingkat 15. Kalau tak ada line rugi jer nanti.

Unifi? Mahal sangat kot..tak padan nak guna sorang..Lagipun masa tak banyak sangat kat rumah rugi jer nanti. So keputusannya nanti-nanti la aku cari yang sesuai dan sebab itulah jarang online =P

Kali ni nak tulis entry panjang-panjang sebarang kejadian yang berlaku pada 2012 dan selama yang aku tak update blog yang mungkin orang tahu dan tak tahu. Dah bersedia nak baca? Tarik nafas panjang-panjang.

SETAPAK MELANGKAH

Google

Baru setapak bukan sebelah kaki. Semua ni ada kena mengena dengan pertemuan 2 keluarga iaitu keluarga aku dan keluarga En TTM. Sebelum ni jumpa gitu-gitu ja kali ni depa datang dengan 2 buah kereta termasuk tok dan tokwan serta mak dan bapak sedara.

Tujuannya nak kenal sesama sendiri dan ada la juga membincangkan perihal kami ni. Senang cerita lebih kepada merisik la... =P Pasal hal-hal berkaitan tu kena tunggu tahun ni iaitu 2013. Bila? Tak pasti lagi sebab belum ada perbincangan lanjut. Tapi insyaallah tahun ni juga. Doa-doakan la dipermudahkan ;)


INTERVIEW KERJA

Tahun ni 2 kali SPA panggil untuk interview. 1 gagal dan 1 lagi akan tahu bulan ni. Kalau ada rezeki insyaallah dapat lah kerja tetap. Sekarang ni masih berstatus kontrak. Bila status kontrak biarpun jawatan kita ni sebagai pegawai tak ada orang nak respek punya, pandang rendah lagi ada biarpun kita sebagus mana pon.

Kalau tempat kerja dia ok, maka ok dan gumbiralah dia tapi kalau tempat keja macam aku ni?? Hmmm... Nak cakap lebih-lebih pon tak boleh, apa yang boleh kita buat, bersabar jer lah selagi boleh... Kalau kerja dengan orang cengginilah...

Itulah namanya warna-warni kehidupan. Bila ampa kerja nanti ampa tau la keadaannya macam mana.

Warna kehidupan (Google)


HUBUNGAN JARAK JAUH

Bukan semua orang mampu nak ada hubungan jarak jauh tapi inilah yang kami lalui. Ada suka, ada tawa, ada tangisan semua tu membuatkan hubungan kami bertambah erat. Makin lama makin kami kenal antara satu sama lain, makin bercambah rasa sayang tu...

Kadang-kadang kita fikir kita dah kenal dengan pasangan kita, tapi sebenarnya banyak lagi perkara yang kita tidak tahu pasal dia. Bila ada masalah selesaikan dengan cara baik.

Contohnya aku ni jenis angin sikit, bila aku marah baik aku mendiamkan diri sebab aku takut akan keluar benda yang bukan-bukan bila aku marah sebab tu la pernah 3 hari aku tak SMS or jawab call dia. Dan dia tak berhenti-henti pujuk. Kalau orang lain, mesti buat bodoh jer kan? Dia sabar sungguh nak memujuk. Sebab tu la aku pilih dia. hehehe...

Kalau kena angin kus-kus dia plak, aku merajuk juga hahaha... So dia tak berani nak angin lama-lama. Nampak tak permainan dia disitu?? Keh3...


AZAM 2013

Opkos la nak kurus. Aku ni macam belon sekejap kurus sekejap gemok. Kalau aku jaga makan sikit memang akan turun berat tapi kalau makan lalu naik plak berat. Umi aku pon asyik tegur hari tu balik kurus sikit ni balik gemok balik. So azam 2013 nak kurus sebab nak pakai baju pengantin boleh tegha tu?? Keh3..

Azam satu lagi tentulah nak menjadi yang halal kepadanya.. Nak mendirikan rumahtangga. Lagi pula kami dah lama berkawan. Sedar tak sedar 3 tahun gak la. Bercinta tu entah la berapa lama..Sedar-sedar dia melamar nak buat isteri jer.. =P

Doakan apa yang kami rancang dipermudahkan dan rezeki kami dimurahkan sebab kekangan yang menyebabkan kami tak kahwin lagi adalah duit. Harap-harap rezeki kami murah tahun 2013 ni...


;)

Akhir kata, tahniah sebab berjaya baca sampai habis. Sila tinggalkan komen dan selamat tahun baru 2013 pada semua. Semoga apa jua impian dan azam ampa akan tercapai insyaallah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi