Thursday, February 28, 2013

REALITI FILEM DAN DRAMA DI NEGARA KITA



Aku nak kongsikan sesuatu yang realiti yang memang betul-betul terjadi di negara kita ni. Sumbernya aku tak tahu dari mana tapi aku amik ni yang orang share dari FB.





Cerita Melayu memang banyak iklankan????

Hahaha....

Terbaik....




Tuesday, February 26, 2013

MENANG TIKET WAYANG PADA SUATU CINTA DAHULU



Baru-baru ni ada tengok laman web Era.fm... Usha punya usha ada peraduan pasal movie Pada suatu Cinta Dahulu. Saja jer mencuba nasib. Semalam dapat surat yang dalamnya ada 4 tiket wayang cerita ini.




Tapi hanya panggung MBO jer yang diterima. Kebetulan MBO yang terdekat dengan aku adalah di KL Festival City. Disebabkan kat kedah tak ada MBO tak dapat la aku nk ajak family dan cik abe aku p tengok wayang kat sana so aku decide tengok dengan kawan-kawan jer la. 

Ehem ehem...nak ajak sapa eyh?? =P




Thursday, February 21, 2013

TAK ADA TARIKH LAGI??




Konon bulan 3 tapi tak ada tarikh yang tetap lagi. Persiapan pon ala kadar. Bila entah mengundi menyusahkan betul kalau tak tau tarikh mengundi ni. Nak rancang apa-apa pon kena fikir dulu takut kena time mengundi. 

Ermmm....nak kena postpone lagi ker ni? Haihhh... Mula la nk bebai-bebai. Nasib la cik abe tu layankan saja. Dia plak dok pujuk-pujuk kalau ikut hangin aku nak jer cancel semua. 

Sabar...sabar..... Dugaan hoi!

Gambar Hiasan: Karnival Jom Kahwin di Wangsa Walk

P/S: Hilang sabar dah ni weyhhh.....Bila yang nk mengundinya ni???




Wednesday, February 20, 2013

FIZZ FAIRUZ PUTUS TUNANG, BEKAS TUNANG ISTERI ORANG?

Fizz Fairuz


Pagi tadi masa tengok MHI sebelum pergi kerja, terkejut bila dapat tahu Fizz Fairuz dah putus tunang, bekas tunang tu pula isteri orang. Harian Metro melaporkan bahawa Fizz mungkin terkena buatan orang.

Sampai jer tempat kerja terus pergi cari surat khabar Harian Metro sebab nak baca lebih lanjut. Gigihkan aku?? Hehehe....

Dalam akhbar turut melaporkan yang Almy Nadia pernah menyuruh Fizz Fairuz untuk berubat bila tengok keadaan Fizz yang serabut dan bukan seperti kebiasaannya.

Gambar Majlis Pertunangan Fizz Fairuz

Bahaya juga kan kalau main dengan sihir ni?? Pastu bertunang tanpa tahu latar belakang orang yang kita nak tunang tu. Lepas ni kenali dulu pasangan itu sebelum ambil keputusan melulu tapi kalau main dengan sihir ni memang tak boleh buat apa la.





Tuesday, February 19, 2013

NOVEL REVIEW: CATATAN PENGEMBARAAN SEORANG FLOWERMAN


Hari ni aku nak review sebuah Novel Grafik yang pasti lain daripada yang lain. Sebelum aku ulas lebih lanjut aku nak ucapkan terima kasih kepada Dr Shah Ibrahim kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk mengulas Novel Grafik hasil karya dan terbitan beliau. ;)


MUKADIMAH

Setelah mendapat email dari Dr Shah Ibrahim pada 12 Februari untuk review novel beliau aku terus memberi persetujuan sebab bukan senang mendapat peluang dan diberi kepercayaan untuk ulas hasil karya sulungnya. Lagi pula novel grafik ni adalah lain daripada yang lain. Dan yang menariknya ia berdasarkan kisah benar beliau semasa menuntut di Luar Negara.

MUKA DEPAN


Semasa aku buka balutan jer mata aku tertarik kepada ayat ini:

"ANDAI TAKDIR MENYEBELAHIKU, BUKU INI PASTI SAMPAI KE TANGANMU..."

Tersenyum aku membacanya.... ;)


Terus tak sabar nak membacanya dan menyelak halaman seterusnya...


ULASAN CIK GKSB:

Novel grafik ini mengisahkan tentang pengalaman penulis semasa melanjutkan pelajarannya ke luar negara dan berperang dengan perasaan sendiri dimana hatinya yang dulu kuat mempertahankan prinsip untuk tidak jatuh cinta tiba-tiba tercuit dengan kehadiran seseorang. (Hati kiut kan? hehehe..) 

Persoalannya adakah penulis akan mengorbankan prinsip yang dipegangnya semata-mata kehadiran seorang gadis itu?? Adakah hubungan mereka berjaya?

Penulis juga berkongsi cabaran-cabaran yang dihadapi semasa menyiapkan thesis untuk mendapatkan PHD. Konflik berlaku bila setiap eksperimen yang dijalankan gagal dan tidak membuahkan hasil sedangkan tempoh masa sudah hampir tamat dan semasa penulis berperang dengan diri sendiri semasa VIVA. 

Kat sini memang aku teringat habis pengalaman aku kat Universiti dulu. Macam mana aku berhadapan dengan Pensyarah semasa VIVA. Pheww rindunya..dan perasaan gementar itu kembali lagi. 

Bagi yang dah bekerja dan habis belajar pastinya anda rindu saat-saat itu kan? Jadi kalau anda ingin mengimbas kembali pengalaman-pengalaman lalu sebagai seorang pelajar pasti anda tak kan lepaskan peluang untuk memiliki novel grafik ini.

Dari segi gaya penceritaan adalah santai dan slumber dan paling best sebab ia menarik nama pun Novel Grafik kan? Hehe....Adakala bila membaca membuat aku tergelak kecil dan senyum sorang-sorang. Sebagai contoh aku amik sedikit sedutan dalam novel ini.


siap tengok buku cara nak pikat perempuan =P

Dan yang lagi menarik penulis turut berkongsi gambar-gambar yang real dan digabungkan skali dalam novel ini. Kalau aku terang takut ampa tak paham plak kn? Tengok sendiri la... =P


siap ada penerangan yang jelas lagi tu... 



Dan yang paling aku suka ada autograf lagi tu....(kantoi nama sebenar huhu..)


Nampak macam pen betul jer kan? Padahal gambar jer....Unik kan?


KOMEN/CADANGAN




Nampak tak perkataan yang aku gariskan tu?? Kadang-kadang aku terkeliru sebab aku selalu tersalah baca "LI" padahal "U" Jadi mungkin tulisan yang digunakan perlu ditukar supaya tak ada yang terkeliru macam aku hehehe....

Setelah habis baca apa yang aku dapat simpulkan Novel Grafik ni sangat menarik sebab penulis menulis secara santai berdasarkan pengalaman-pengalamannya dan aku mencadangkan supaya penulis mengeluarkan novel grafik ini secara episod-episod macam komik kartun tu ala-ala detective conan gituu.... =P


CARA NK ORDER

Boleh ke terjah SINI atau Like page FB MR.FLOWERMAN


Sekian saja Review Novel Grafik kali ini. Dengan penuh panjang lebar aku ulas. Orang bagi kepercayaan dekat kita, kita kena hargainya dan buat yang terbaik. Terima kasih sekali lagi kepada Saudara Shah Ibrahim kerana beri kepercayaan kepada saya untuk ulas karya saudara. Mana tau lepas ni ada penulis lain yang nak aku review novel dia plak boleh la email i yer...Yang penting berani menerima kritikan dan pendapat orang lain...

Senyum Mau Maneh =)




Monday, February 18, 2013

FOOD REVIEW: MEE KETAM



Nikmatilah pemandangan Mee Ketam ini

Nyummy...


KOMEN MAKANAN:

Rasanya boleh tahan sedap. Jangan risau untuk makan ketam ni sebab kulit dia tak keras seperti yang kita sangkakan. Senang jer nak kopek isi ketam sebab dah lembut.


APA KATA CIK GADIS:

Ni kali kedua aku pergi Restoran Mee Ketam ni.. Ada juga disediakan nasi dan lauk berasaskan ketam tapi aku syorkan ampa untuk makan mee ketam jer sebab lauk dia kadang-kadang tak sama yang kita bayangkan. Sebagai contoh ada menu Ketam masak Cili. Aku bayangkan ketam tu masak sambal cili. Tapi apa yang aku dapat lebih kepada macam kuah pekat yang macam mee kungfu tu tapi bezanya berkicap dan ada cili. Err boleh bayangkan tak? Sory lupa nak ambil gambar. Salah aku =(


LOKASI: 

Mee Ketam Seksyen 7, Shah Alam



KOMEN/ULASAN/CADANGAN:

Perlu ada meja yang sesuai sebab meja yang ada terlalu kecil. Suasana dalam kedai agak panas dan berbahang..Lokasi dah startegik tetapi ruang kedai perlu la lebih luas sebab pada kebiasaannya kedai makan ini dipenuhi oleh pelanggan. Lagipun kedai makan ini pernah mendapat liputan oleh media, jadi pengusaha perlu buat sesuatu untuk memastikan keselesaan pelanggan sebagai contoh cari lokasi lain yang lebih sesuai dan strategik atau buka cawangan baru lebih banyak.


UPDATE HARGA: 
(Terima kasih pada yang bertanya)

Harga bergantung kepada saiz ketam. Tapi bagi harga mee ketam yang biasa RM8 semangkuk




Friday, February 15, 2013

INFECTION





Baru-baru ni dalam entry ni aku ada bagitau yang aku jatuh sakit. Memang teruk juga la sebab apa yang aku makan semua keluar balik. (muntah) Memang tak keluar rumah la cuti raya cina tu. Tapi yang ajaibnya hari En TTM nak bawa aku ke rumah tok dia dah rasa sihat sikit.

Hari nak balik KL sakit balik. Sehari muntah-muntah. Esoknya pergi kerja lembik je rasa. Hari kedua kerja malam tu tak boleh tidur sebab badan aku sakit-sakit. Dada sejuk. Sampai aku terfikir nak mati dah ker aku ni??

Semalam datang keja, Lemau je rasa. Still muntah-muntah lagi. Bila aku pergi klinik, doctor amik darah dan check doctor cakap ada infection kat darah tapi bebas dari denggi. Lega la juga rasa hati ni sebab sekarang kan musim denggi. Kalau minggu depan still tak sihat lagi doctor suruh pergi sekali lagi buat ujian darah.




Masa dekat klinik sempat juga aku timbang berat dan hasilnya aku dah turun 3KG. Susah payah kot tegha nak turun 3KG ni. Tapi ada la juga hasilnya. Cuma banyak lagi usaha aku kena buat untuk turunkan berat badan. Yang penting aku tak amik pil kurus. Semua ni berkat pergi gym dan kurangkan makan nasi.
Nantilah aku kongsikan apa yang makan. =P

Berbalik pasal cerita aku sakit sampai muntah-muntah tu sempat lagi aku melawak dengan Kiera, ni mesti sebab aku kena alah dia..Yala dia kan tengah pregnant so aku tolong bawa alah dia la ni keh3…

Hari ni walaupun rasa lemau lagi, dah ok sikit dari semalam. Terima kasih pada mereka yang ambil berat dan mendoakan aku cepat sembuh. =)





Wednesday, February 13, 2013

NOVEL-NOVEL YANG BAKAL DI REVIEW


Baru-baru ini telah berlangsung Karnival Karangkraf dekat Shah Alam tapi aku tak berkesempatan nak pergi sebab balik Kampung kat Kedah. Sebelum ni dok canang-canang dah nak pergi Karnival ni dengan kak shida Anwar tapi tak jadi sebab aku balik kampung jadi order je la kan hehe....

Sebelum order tu wajib la pergi survey dulu novel apa nak beli dan keputusannya novel ini yang dipilih


Novel yang bakal aku review


Sememangnya aku suka review novel sebab aku dapat membantu pembaca untuk buat keputusan novel apa yang bakal mereka pilih untuk dibeli. Sebab dari pengalaman aku sendiri, aku selalu tak tahu nak buat keputusan novel apa yang aku nak beli. Jadi mungkin ampa semua pon ada pengalaman macam aku jadi sedikit sebanyak review yang aku buat dapat membantu ampa buat keputusan.

Kalau sebelum ni antara novel yang aku pernah review novel Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik, Projek Memikat Suami, dan yang terbaru The Wedding Breaker (kalau nak baca ulasan pasal novel yang lain boleh tekan kat Labels Novel Review 

Baru-baru ini juga aku berkesempatan mengenali blog penulis The Wedding Breaker (TWB) yang telah review blog-blog yang pernah review novel hasil penulisannya termasuk blog aku. Di blognya juga ada cerpen lain yang menarik hati untuk kita baca dan mungkin juga akan jadi novel satu hari nanti. Antaranya 13 jam-A380. Ketagih dah weh. Jom berkunjung ke blog Eve- Novelis TWB.

Berbalik pada novel-novel yang baru dibeli tu, aku belum berkesempatan nak ambil dekat kak shida novel tu. Nanti dah dapat aku review satu-satu yer... ;)


NOTACIKGADIS: Mungkin lepas ni aku akan ulas secara lebih details novel-novel yang jadi pilihan aku.




Tuesday, February 12, 2013

POSITIF DIRI



Pernah tak kita membayangkan kita punya segala-galanya tapi jiwa kita kosong? Pada dasarnya kita kelihatan gembira...punyai ramai kawan tapi sebenarnya kita kesunyian? Kita dahagakan kasih sayang dari seseorang yang tidak pernah kita dapat rasai, biarpun dia merupakan orang terdekat kita? 

 Aku pernah terfikir wujudkah orang macam ni. Dan jawapannya ya. Sebagai contoh, seseorang yang punyai harta yang banyak, terkenal, punyai rupa yang menarik tapi sebenarnya dia tidak dapat menjadi dirinya yang sebenar kerana faktor-faktor tersebut. 

 Ada orang pula beruntung kerana memiliki segala-galanya. Punyai suami dan isteri yang saling menyayangi, punyai keluarga yang bahagia dan itulah nikmat Tuhan yang dapat dirasai mereka. 

 Ada pula biarpun tiada ibu atau bapa, hidup mereka tetap bahagia. Walaupun kata mereka, "untung mereka yang masih ada ibu bapa untuk mereka berbakti dari mereka yang tidak sempat untuk membahagiakan ibu bapa mereka." 

 Dan lebih sedih lagi punyai ibu bapa tapi tidak dapat berbuat apa-apa untuk membahagiakan mereka. Lagi menambahkan sedih bila ibu mereka menganggap anak mereka langsung tidak boleh diharap. Andai kita jadi ibu bapa sanggupkah kita berkata begitu pada anak kita? 

 Semua ini ada dalam setiap kehidupan kita. Yang mana mungkin kehidupan kita adalah terdiri dari salah satu situasi tersebut. Bersyukurlah seandainya kehidupan kita penuh bahagia. 

Tapi bagi mereka yang mungkin tidak pernah merasai apaitu bahagia, mungkin Tuhan ada percaturan lain untuk mereka. Apa yang penting jangan lupa untuk berdoa kepada-Nya. 

 Jangan sedih-sedih lagi yer kawan. Ingat Tuhan, positifkan diri anda. Insyaallah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Friday, February 8, 2013

SAKIT


Dua tiga hari mood aku adalah tidak menentu. Bila malam aku cepat mengantuk dan nak tidur awal. Asyik bersin jer. Dan bila aku bersin bukan sebab resdung biarpun aku ada resdung tapi bersin adalah tanda-tanda aku nak jatuh sakit.





Dan semasa aku menaip kepala aku adalah sangat berat dan batuk-batuk mengganggu tekakku. Semalam aku batuk sampai termuntah-muntah dan lagi teruk sampai terkencing dalam seluar yang membuktikan betapa teruknya batuk aku. Budak rumah aku sampai keluar bilik tanya aku tak apa-apa ker bila asyik muntah dalam toilet.

Aku susah nak jatuh sakit, sekali sakit inilah yang terpaksa aku tanggung. Tapi aku bersyukur sebab sakit adalah salah satu penghapus dosa-dosa kecil. Cuma tolong doakan aku cepat sembuh.

Terima kasih  




Thursday, February 7, 2013

TING TONG

Kadang-kadang rasa macam budak-budak pon ada. Umur dah suku abad perangai budak-budak. Lantak la nak kata apa pon. Apakedahal??? 

Eh tetiba plak kan nak emo-emo.

Nak cuba tulis sesuatu yang serius dan berguna. Tapi nanti dulu. Kepala otak is "ting tong" sekarang. Jadi bertabah la dengan apa yang ada. 

Sekian.


Wednesday, February 6, 2013

MARAH, MERAJUK DAN DIPUJUK~KISAH KAMI



Situasi: Otw balik kenduri Cik Pia . Aku bersama-sama dengan En TTM dan adik bongsu ku puteri... Ada something yg buat aku marah kat En TTM..

Aku: Adik, tak payah kawan dengan abang...
Adik: Pasaipa?
Aku: Abang marah kakak (saja reka cerita padahal aku yg marah TTM =P)
Adik: Mana ada....abang ngusik kakak ja tu...(bela En TTM tu)
Aku: Amboi!! Belum apa-apa dah jadi geng...
TTM: (Tersenyum penuh kebanggaan....)

Ciskek betul si puteri ni. Geram aku. Yala En TTM ni kuat ngusik. Kadang-kadang angin jer aku dengan dia. Aku ni cepat naik angin, lagi la En TTM suka menyakat. Tapi bila aku menyakat tahu plak dia marah hahaha lawak betoi bila ingat pasal apa yang kami gaduhkan tadi.

With my adik sayang -puteri


Cenggini ceritanya. Lepas jer balik kenduri, Masa dalam kereta aku jumpa sehelai rambut terlekat dekat cenderahati kenduri yang letak atas dashboard kereta, tapi En TTM tak tau aku jumpa rambut kat cenderahati  tu. Saja ja nak ngusik dia. 

Aku: "Ha rambut perempuan mana plak ni?? Dok bawa perempuan lain pa?"
TTM: Mana ada? Rambut sapa plak ni...
Aku: Rupanya dok bawa orang lain nowh selama ni (dalam hati nak tergelak dah bila tengok muka merah TTM.
TTM: Nak bawa sapa? Tak pernah dok bawa sapa-sapa pon..dok bawa mak ja...
Aku: Habaq betoi-betoi dok bawa sapa? (saja nak usik padahai rambut tu, rambut orang yang bagi cenderahati tadi...mungkin terlekat kat situ)
TTM: Orang cakap tak mau percaya. Bla bla bla (ayat terpaksa dikaburkan) 
Aku: Amboi!!

Lepas tu TTM terdiam. Mungkin dia sedar dia dah tersalah cakap kot. Lepas tu apa lagi aku merajuk la.... Bila dah sampai Alor Star Mall  Laju jer aku jalan. Sorang ke depan sorang ke belakang. Padan muka.  Pastu mula la adegan pujuk memujuk...

Gara-gara ayat adik aku seperti di atas tu la yang buat aku tergelak dan ok balik. Thank you adik sayang. ;) Bila dah ok, baru mula sesi luahan perasaan, aku bagitau yang aku saja jer nak melawak, aku tahu la dia tak buat macam tu.

Dia pula cakap, dia tak suka aku melawak macam tu. Macam tuduh dia plak. Dia paling pantang kalau orang tuduh benda yang dia tak buat. Aku tanya kalau dia buat macam mana keadaan dia? Dia gtau kalau dia tau dia salah dia akan diam.

So satu lagi perkara mengenai dia yang aku tahu dan satu perangai dia yang aku pelajari bila dia marah, sekejap jer... Aku plak kalau marah lama. Dia cepat marah, cepat sejuk. Sejuk hati cheq... =P

Satu perkara yang aku pelajari adalah, bila kita memahami pasangan itu dan serasi dengannya apa pon dugaan yang melanda insyaallah kita boleh hadapi.



Monday, February 4, 2013

PERUT MENGANDUNG


Aku ada satu kesukaan yang pelik. Kesukaan aku adalah suka usap perut orang yang mengandung. Pantang jumpa orang yang mengandung ja mesti aku akan pegang perut dia. Tak tahu la kenapa. Dari dulu lagi tabiat aku macam ni.

sumber: Google


Teringat masa kat USM dulu, ada akak sorang ni badan kecik jer dan dia mengandung, perut dia besar. Jumpa dengan dia mesti nak pegang perut dia. Sekarang time keja, kalau jumpa orang mengandung mesti nak main usap-usap juga hahaha...

Nasib baik diorang semua sporting. Bagi je aku pegang perut diorang. Nak rasa perut sendiri tak seronok sebab banyak lemak jer..wohaaa!!

Lepas ni ada sorang sasaran aku. Sejak dia mengandung ni kan belum pernah jumpa lagi. Yang aku sempat tanya "perut ampa muncit lagi tak??" Haaaaa tunggu la....nak merasa perut ampa gak kiera =P Bolehkan izinkan mummy GK pegang perut ampa? hihihi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi