Saturday, March 30, 2013

ONE DAY YOU'LL BE MINE






Adalah novel terbaru yang aku miliki. Dah lama dah teringin nak beli tapi tahan jer sebab tak ada modal lagi. Hehehe... Tapi alhamdulillah Novel-novel Secondhand yang aku jual dah banyak yang terjual adalah modal la sikit untuk beli novel baru.

Aku punya jenis, otak aku akan buntu kalau tak ada bahan bacaan. Macam mana pon mesti kena ada bahan bacaan untuk dibaca. Untuk ulang novel yang aku dah baca memang tak la sebab aku dah hilang keseronokan untuk membaca bila dah tahu kesudahan novel tu.

Lepas dah ahbis baca novel ni aku akan buat review yer... Setakat ni aku dah baca setengah memang best. Tak sabar nak menghabiskan novel ni. =)




Wednesday, March 27, 2013

27 MAC 2013




Alhamdulillah...

Hari ni genap suku abad.

Masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini...

Tak perlukan hadiah yang mahal-mahal cukuplah doa dari ampa semua.

Terima kasih kerana mendoakan aku dan wish di FB

=)

Gambar Hiasan




PANTANG LARANG ORANG TUA BERKENAAN TARIKH PERTUNANGAN / PERKAHWINAN




Pernah dengar tak nak tetapkan tarikh untuk pertunangan atau perkahwinan kena tengok time bulan jatuh atau tidak?? First time aku dengar bila En TTM bagitau aku. Kebetulan plak masa tu bila kawan-kawan En TTM dapat tahu yang kami akan tunang tarikh sekian sekian depa plak pakat bagitau tak boleh sebab time tu hari bulan jatuh. Siap tunjuk kalendar Islam lagi dan cara depa tengok.

Aku pon tak paham sangat apa yang depa maksudkan. Yela... budak-budak muda kan.. (muda la sangattt) mana nak amik tahu pasal ni. Bagi aku, selagi aku free dengan tarikh tersebut dan sanak saudara senang nak cuti, itu dah cukup. 

Mungkin kawan TTM yang bagi tau tu dah berumur ataupun depa dapat tau dari orang tua depa. En TTM aku rasa pon tak tau pasal ni. Masa dia cerita kat aku pun macam tension jer. Kalau ikut kita memang la merepek. Kalau percaya plak satgi jatuh syirik. Tapi bila kita fikir balik mungkin orang tua yang terlebih makan garam dari kita yang muda ni ada hari-hari yang depa rasa hari yang baik.

Aku pun tak tau tarikh yang kami rancang tu jadi ke tak. Sekarang plak nak PRU13. Kerja plak dengan gomen, banyak plak programnya. Paling tak best, cuti dibekukan. Tapi yang penting semua persiapan aku dah buat. Cuma ada la sikit-sikit hal lagi. Bila duduk jauh ni terpaksa la buat macam tu. 

Terpaksa tunggu kalau orang tua TTM kata ON, maka ON je la hehehe....Semoga semuanya dipermudahkan. Aminnn....

Cuma adakalanya kita ni senang cakap ja, buat macam tu pedulikan apa yang orang nak cakap, kalau ikut hati memang nak buat macam tu. Tapi bila benda ni berkait dengan orang lebih makan garam dengan kita, nak ke tak nak, kita kena ikut cakap depa. Kita kena hormat sebab depa lebih tau dari kita. Cuma kalau benda tu kita rasa negatif, kita amik benda tu jadi positif supaya benda tu tak jatuh kepada syirik.

Berbalik pasal tarikh yang bulan jatuh tak jatuh tu ampa tau tak pasal ni?? Kalau tau sila kongsikan. Terutama kakak-kakak dan abang-abang yang ada pengalaman macam ni




Tuesday, March 26, 2013

NOVEL SECONDHAND UNTUK DIJUAL


Semua novel yang hendak dijual adalah berada dalam keadaan baik sebab baru baca sekali jer...

Email untuk tanya harga di anyss273@gmail.com

Harga tak termasuk postage. 

Dialu-alukan untuk amik by hand di kawasan Alor Star, Wangsa Maju, Setapak Jaya, Gombak atau kawasan di kawasan sekitar yang sewaktu dengannya. Atau boleh bincang tempat mana nak amik. 


 SOLD


 SOLD


SOLD


BOOKED 


SOLD


SOLD


 BOOKED


 SOLD


 AVAILABLE


SOLD


 SOLD


BOOKED


Tebal Novel


BOOKED



SOLD



SOLD



SOLD



SOLD


AVAILABLE



NOVEL LAIN

1. Cinta Black Forest- SOLD
2. Sebenarnya Saya Isteri Dia - SOLD
3. Amir Minah Macho - Booked
4. Terus Cintai Aku - Available
5. Kata Tak Suka- SOLD
6. Sha & Shah - SOLD
7. Cinta ABC - SOLD
8. Dan Sepi pun Berlalu - SOLD


P/S: Saya tidak bertanggungjawab terhadap segala kerosakan atau kehilangan selepas novel di pos. Pos yang digunakan adalah pos daftar juga bergantung kepada permintaan pembeli. So jangan risau sebab kita guna pos daftar dan boleh trace.

P/S: Booking tidak lebih 3 hari. Jika tiada pembayaran dibuat dalam tempoh tersebut, booking anda akan dibatalkan serta merta bagi memberi peluang kepada pembeli lain.

Monday, March 25, 2013

TIPS MENENTUKAN HALA TUJU SELEPAS SPM DAN STPM



Tahniah untuk mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Juga tahniah untuk adik aku yang dapat 5A dalam SPM dia. A adalah Matematik, Sains, Akaun, Quran dan Sunah, dan Syariah. Sekarang ni dia tengah sambung untuk amik STAM di Maktab Mahmud Alor Star. Tapi aku tak sure plak sama ada dia akan continue untuk amik STAM atau terima tawaran dari IPT.

Dan pada yang tidak berjaya jangan patah semangat. Ni nak cerita sikit, kakak ampa ni pon dulu result SPM tak la cemerlang mana tapi semua tu tak menghalang aku untuk menjadikan siapa aku sekarang ni. Sekarang ni dah jadi pegawai kot. Bukan nak angkat diri, tapi nak bagitau ampa, keputusan SPM tu bukannya penentu segala-galanya.

OK mai kakak ampa nak cerita sikit sedikit sebanyak latar belakang kakak ampa ni. Apa yang kakak ampa ni buat lepas dapat keputusan SPM. 


MINAT DAN KELAYAKAN

Saya minat membaca anda pula bagaimana?


Orang cakap kalau nak mohon kos di IPT mestilah amik kos yang kita minat. Itu betul tapi tak semestinya. Kita kena tengok juga dengan kelayakan kita sama ada kita berkelayakan atau tidak. Sebagai contoh, ampa minat bidang kejuruteraan tapi math gagal, boleh ka kita mohon? Mestilah tak boleh sebab bidang kejuruteraan ni guna banyak pengiraan,

Lagi untung kalau kita punyai minat dan juga ada kelayakan untuk memohon kos yang kita suka. Apa yang penting sekali kena tengok sama ada kita layak atau tidak untuk memohon lepas tu baru kita tengok apa yang kita minat. Sebab minat ni kita boleh pupuk. 

Bila kita dah ada ilmu, nak ke tak nak kita tetap kena buat jadi dari situ minat akan timbul minat setelah kita ada ilmu dan kita tahu apa yang perlu kita buat.


PELUANG PEKERJAAN

Nak jadi doktor?? 


Sesetengah orang akan tengok kos apa yang mempunyai peluang pekerjaan yang banyak. Bagi aku, aku kurang bersetuju mengenai ini. Sebab kita tidak tahu sama ada lepas kita habis study, adakah kos yang kita amik tu yang kekononnya akan ada peluang pekerjaan yang banyak tapi time kita dah habis study masih banyak peluang pekerjaan.

Semua itu bergantung kepada kemahiran kita, kebolehan kita, result exam final year dan juga communication skills masa kita pergi interview dan paling penting sekali adalah rezeki yang Allah telah tetapkan.

Sebagai contoh yer, masa aku dapat tawaran dari USM dengan kos social science, masa tu mak bapak aku beritahu ada kawan-kawan depa cakap nanti susah dapat kerja kalau amik kos tu. Tapi masa tu aku percaya pada rezeki. 

Aku dapat interview lepas dua bulan aku habis belajar tapi masa tu belum grad lagi. Dan apa yang mengejutkan aku adalah mereka hanya mencari yang berkelulusan social science dan kelebihan pada aku adalah aku major dalam social work. Alhamdulillah aku dapat kerja tu untuk jawatan case manager.

So pada yang cakap cost aku ni susah dapat kerja la dan macam-macam lagi yang aku dengar masa aku baru dapat tawaran adalah tidak benar sama sekali. Sebab kita tidak tahu peluang pekerjaan yang akan kita dapat di masa hadapan. Yang penting ada knowledge.


KEPUTUSAN SPM KURANG MEMUASKAN?



Keputusan SPM aku bukan la best sangat pun. Cukup-cukup makan ja. Tapi aku apply jer semua mana tau ada rezeki kot mana-mana. Dalam dok tunggu panggilan masuk ke IPT aku dapat tawaran untuk sambung ke tingkatan 6. Masa tu walid aku suruh pergi jer dari dok melangut kat rumah kan. 

Lagipun masa tu aku dah puas merantau sampai ke Melaka untuk kerja sementara menunggu keputusan SPM keluar. Jadi aku pon p je la masuk Tingkatan 6. Pada mulanya memang aku tak suka langsung apatah lagi sekolah tingkatan 6 aku tu sekolah yang paling aku nak elak untuk masuk. Tapi percaturan Tuhan lebih hebat, yang kita tak mau tu la dapat kat kita,

Lepas beberapa bulan belajar di tingkatan 6, aku dapat tawaran untuk sambung Diploma dalam bidang IT. Masa tu memang aku nak p sangat-sangat. Cuma tunggu p daftar ja. Tapi ada konflik plak berlaku. Walid aku suruh aku sambung jer tingkatan 6, tapi masa tu aku memang tak mau. Sampai walid aku cakap kalau nak p juga, p la tapi alid tak mau amik tau dah pasal ni. Beberapa hari aku tak cakap dengan alid aku.

So sebagai anak, kita kena mengalah. Aku terus juga belajar di tingkatan 6. Sorang demi sorang kawan-kawan aku berhenti tingkatan 6 untuk sambung diploma dan ada juga yang amik sijil jer... Time tu la aku berazam untuk memastikan yang aku berjaya dalam STPM.

Biarla orang nak cakap masuk tingkatan 6, nak kena pakai baju sekolah, masuk politeknik atau kolej-kolej lain dan UITM boleh pakai baju cantik-cantik tak payah pakai baju sekolah dah. Tapi semua tu aku letak ketepi. 

kalo cun macam ni, pakai apa pon nampak cun.


Bila fikir balik, STPM 2 tahun jer lepas tu terus ke Degree. Diploma 3 tahun, lepas tu kena amik degree lagi 2 tahun kan dah rugi masa. Dan rasa keputusan yang paling tak patut kawan-kawan aku buat adalah depa dapat tawaran sijil jer dari Politeknik tapi sanggup berhenti sebab tak mau pakai baju sekolah. Tu la keputusan paling bodoh aku rasa.

Sebab tak mau pakai baju sekolah sanggup plak terima tawaran tu. Dari sijil, nak kena amik diploma, lepas tu nak sambung degree, dah berapa tahun kita rugi? Sebab tu time aku dah keja ni masih ada yang tak habis study lagi. Bukan la niat aku nak merendahkan depa cuma aku nak tunjukkan betapa ruginya depa buat keputusan yang langsung tak munasabah masa tu. Semua tu sebab malu nak pakai baju sekolah.


PELUANG UNTUK PELAJAR STPM

Aku bangga sebab aku adalah pelajar STPM. Bukan semua orang sanggup amik STPM. Semua orang kata susah. Memang susah. Tapi dari situ la kita akan bekerja lebih keras untuk berjaya. Dan paling aku tak sangka, bila kita dapat keputusan STPM peluang kita untuk ke IPT lagi luas sebenarnya.

Banyak sangat peluang dan paling best kita boleh pilih hala tuju kita. Macam aku, aku jenis suka bekerja dalam masyarakat, aku suka berinteraksi dengan masyarakat dan tolong masyarakat sebab tu aku amik social science atau nama melayunya Sains Kemasyarakatan. 

Aku syorkan ampa yang mempunyai minat sama dengan aku supaya apply Sains Kemasyarakatan di USM. Sepanjang aku bergelar student di sana, banyak program telah aku join contohnya program dengan orang asli, orang tua, masyarakat, dan juga pengalaman untuk praktikal di asrama akhlak. 

Pengalaman yang aku dapat tu la yang menjadikan siapa aku sekarang. Biarpun begitu, aku perlu lebih banyak belajar. Bila kita bekerja, terutamanya bekerja dengan mereka yang mempunyai masalah dadah macam aku, kita akan belajar banyak perkara baru setiap hari.

Gambaq kakak ampa grad kat USM



SAYA SUDAH BERPUTUS ASA



Putus asa? Jangan sesekali rasa macam tu. Keputusan peperikasaan kita tak kan menentukan siapa kita pada masa hadapan. Yang paling penting sekali perlu berusaha untuk mengubahnya. Kalau rasa keputusan kita tak bagus atau kita ni jenis tak mampu nak belajar, pilih kos yang memerlukan kemahiran.

Contohnya dalam bidang aircond, elektrik, automotif dan macam-macam lagi. Kalau ada kemahiran, senang kita nak dapat kerja ataupun kalau ada target yang lagi besar, nak buka perniagaan sendiri. 

Dalam semua perkara yang paling penting adalah usaha kita untuk mengubahnya. Pokok pangkalnya diri kita sendiri. Harap semua yang kak ampa ni tulis akan dapat membantu ampa sedikit sebanyak.



  
Nak rasa pengalaman macam ni?? Belajaq rajin-rajin




Tuesday, March 19, 2013

BIDANG KERJA: MENCABAR ATAU DICABAR?


Bidang kerja.

Hari ni aku nak berkongsi sikit bidang kerja yang aku ceburi sekarang.

Aku bekerja sebagai case manager di pusat khidmat under Agensi Antidadah Kebangsaan. Kalau ada yang bertanya skop kerja aku apa yang boleh aku ringkaskan adalah pusat khidmat ini khas untuk mereka yang terlibat dengan dadah nak mendapatkan rawatan terutamanya bimbingan dan kaunseling, rujukan dan advokasi serta untuk terapi gentian Methadone dan ada banyak lg pakej yang ditawarkan.

Pusat khidmat ni ada asrama yang disediakan untuk bekas penagih yang ingin mendapatkan rawatan. Kami juga adakan banyak program-program dan sesi khas untuk pemulihan bagi pengguna dadah ini. 

Sebagai seorang case manager sudah semestinya aku yang mengendalikan fail-fail kes dan dalam fail kes sudah semestinya aku perlu tahu latar belakang klien dan segala aktiviti yang dijalankan akan dimasukkan ke dalam fail kes, pendek kata segalanya berkaitan dengan klien kena cari aku.

Aku juga bertanggungjawab untuk menilai dan membuat laporan mengenai prestasi seseorang klien tersebut serta pelbagai tugas lain lagi. Tugas ni bukan lah senang sebab kita akan berhadapan dengan klien yang sudah semestinya dari pelbagai latar belakang, mempunyai rekod jenayah dan mempunyai pelbagai penyakit berjangkit. 

Jadi untuk berhadapan dengan mereka semua perlukan satu semangat yang luar biasa. Aku mengaku adakalanya aku hampir kalah dengan tekanan sebab tak mampu lagi nak menghadapi semua itu tapi berkat nasihat dan semangat oleh orang yang rapat dengan aku, aku anggap semua ini adalah salah satu cabaran yang perlu aku hadapi. 


Aku dengan klien semasa mengendalikan LDK untuk mereka


Biarpun aku ada latar belakang pendidikan dan pengalaman masa praktikal dulu yang berkaitan dengan bidang kerja aku sekarang, ia bukanlah bermakna kita mampu berhadapan dengan semua ini. Apa yang penting sekali adalah kecekalan dan kesabaran untuk menghadapi tekanan dan juga apa jua cabaran yang mendatang. 

Semua pengalaman yang aku dapat sekarang menjadikan aku lebih kuat dan mengajar aku untuk lebih bersabar. Sebab kita akan jumpa pelbagai ragam manusia. Aku dah try untuk jadi seorang case manager yang lembut, tapi adakalanya mereka mengambil kesempatan pula. Jadi aku bataskan diri aku dan menjadi seorang pegawai yang tegas tapi masih boleh dibawa bergurau kalau kena masanya. 

Di sini kita akan mempunyai pelbagai watak mengikut situasi tertentu biarpun adakalanya watak-watak yang kita mainkan itu turut juga mempengaruhi diri kita. Pendek kata apa pon bidang kerja yang kita ceburi pasti akan menjadikan diri kita seorang yang bagaimana kita sekarang. Kalau bidang kerja itu mencabar maknanya insyaallah kita adalah seorang yang kuat semangat dan boleh menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang.



Friday, March 15, 2013

SITUASI DI TEMPAT KERJA YANG PATUT ANDA TAHU

   
Tension. Kebanyakan orang pasti tension dengan tempat kerja kan? Jadi beberapa kesimpulan telah aku buat berdasarkan situasi yang berlaku di sekeliling kita.

  • Kebanyakan orang yang ada kerja tetap ni kurang menghargai apa yang mereka ada sekarang jadi keja sambil lewa ataupun makan gaji buta. Kalau tak percaya cuba tengok kat kedai kopi sapa yang dok lepak sampai pukul 10 pagi?? Kakitangan sektor manakah??
  • Banyak alasan. Kerja orang lain dia bising kalau tak buat. Kerja sendiri ada ker nak buat??? 
  • Lepas tangan. Bila sekali kita tolong orang tu buat, sampai bila-bila kita akan kena buat kerja dia. Jadi jangan amalkan kerajinan yang tak bertempat ni. 
  • Tidak tahu nak menghormati orang yang lebih berpangkat. Adakalanya mereka akan memandang rendah terutamanya bagi yang muda belia macam aku ni so untuk rasa hormat itu adalah kurang atau lebih tepat lagi walaupun berstatus pegawai tapi kalo kontrak, kirim salam la orang nak hormat kita.
  • Mereka-reka cerita yang tidak betul sehingga mengakibatkan berlakunya perselisihan faham.

Inilah fenomena yang sering berlaku di mana saja kita berada. Betul tak? Apa yang aku tulis ini tiada kena mengena dengan orang yang hidup ataupun dah mati. Tapi kalau ada yang terkena tu "siapa makan cili dia la yang terasa pedasnya"



p/s: adakalanya lelaki ni sentap kalah perempuan. Ada lelaki yang sentap dengan aku kah??? hikhik**ketawa sopan**




Thursday, March 14, 2013

SIBUK SEMBANG KOSONG



Sibuk. Yes i, is sibuk. Sibuk sebab bila ada sistem baru aku kena update balik segala butir-butir peribadi klien ke dalam sistem baru tu. Dari latar belakang, kepada program yang dia pernah hadiri, sejarah perubatan dia, dan macam-macam lagi. Pening kepala aku. Klien plak bukan sorang dua tapi start office aku ni buka.

Tapi disebabkan dah penat mengadap fail, aku rehat dengan mengadap blog. Ok sangat kan?? Hmmm... Bila berbicara pasal tarikh nak ehem ehem memang belum ada lagi. Lagipun bagi family sebelah sana settlekan sedikit urusan mereka. Tapi i ok jer... =P

Sebab aku jenis tak suka kelam kabut. So adala masa untuk aku survey apa-apa yang patut. Cuma sekarang ni aku buat bajet je dulu. Konon-konon jer la bajet pun. Bila buat bajet pon rasa macam akan terlebih bajet juga. Duit tak cukup lagi ni. Gila la....

En TTM selalu la juga pesan kat aku suruh menyimpan duit sama sebab aku ni agak boros sekarang ni. Sejak keja ni, terapi bila ada masalah adalah shopping. Mau duit tak habis. Best kan shopping hehehe......

Okla nk sambung buat keja...

Nanti la update lain pasal..pasal apa eyh? Apa-apa je la.... =)

Sunday, March 10, 2013

PERSEDIAAN MAJLIS #1: TARIKH DAN CINCIN




Sekarang dah masuk bulan Mac. Bulan Mac tetiba aku rasa sangat menakutkan. Bila fikir-fikir balik segan plak aku nak kongsikan tapi buat masa sekarang ni aku jenis tak boleh nak pendam-pendam dah kalau pendam jer tetiba tension sorang-sorang. Buat penat fikiran je kalau tension.

Sebelum ni perancangan untuk majlis berkenaan adalah dibulan Mac, bila masuk bulan Mac jer tetiba aku rasa macam tak jadi plak bulan Mac ni. Sebenarnya dah banyak kali postpone akibat ada perkara yang berlaku secara tiba-tiba terutamanya hal-hal keluarga. Jadi haruslah berkorban hati dan perasaan. =(

Kebetulan bulan Mac ni banyak plak keja. Program sana sini. Tiap-tiap minggu program..Aduyai.....Jadi tak kisah sangat la kalau postpone lagi. Cuti pon dibekukan, tapi aku minta juga cuti dengan alasan nak buat persiapan untuk majlis pertunangan. Nasib baik dilepaskan. Jadinya aku amik cuti hari Jumaat dan Isnin. 



TARIKH

Tak ada tarikh yang tetap lagi setakat ini. Tapi persediaan haruslah berjalan seperti biasa. Baru aku tahu bagaimana susahnya bila duduk berjauhan nak uruskan itu ini. Tu antara sebab mengapa perancangan selalunya tidak berjalan seperti apa yang dirancang. 

Ingat senang ker sorang duduk KL sorang Perlis pastu nak buat itu ini bersama. Kalau dalam telefon nak bincang apa pun susah, dan selalunya bila timbul isu tarikh ini akan berakhir dengan situasi yang tidak menyenangkan kedua-dua belah pihak sehingga satu tahap aku rasa "fedap".

Jadi jalan yang terbaik aku memerlukan seseorang yang boleh pujuk dan bagi nasihat pada aku oleh orang yang dah ada pengalaman pasal ini sebab aku ni kalau dah fedap payah. Kalau Si Dia yang pujuk saat-saat genting macam ni memang tak jalan agaknya.

Terima kasih la pada kamu yang sudi melayan dan bagi nasihat bila I call You. Nasib baik ada yang menyabarkan hati ini. Terima kasih juga pada akak-akak aku yang amik berat dan banyak beri nasihat yer.  Yess kamu dan kamu mesti tau siapa yang GK maksudkan tu =) . En TTM bila dah ok sikit dia gtau, "balik nanti kita cari cincin". Yabedabedu =P



CINCIN

Jadi isu juga haha. Bab tu haruslah dirahsiakan =P Semalam dengan semangatnya pergi kedai beli cincin. Adala kawan dia bagitau cincin kat kedai kat Kangar tu OK. Belek punya belek cincin belah rotan memang tak sesuai langsung dengan jari montok aku ni. Bila pakai kelihatan macam badan yang gemok tersekat dalam gelong rotan. Huduh! Memang tak la aku nak amik.


Bukan pilihanku -Sumber Google


Ada yang berkenan, terlebih bajet plak. Tapi yang tak syoknya masa kami belek-belek cincin tu kak kedai tu tetiba tanya kawan dia mana cincin satu lagi eyh???  Lepas blah dari kedai tu baru En TTM gtau, cara kak kedai tu macam nak tuduh kami yang amik sebab cincin satu lagi tak ada. Aku ni kan lurus tak paham maksud tersirat. Rupa-rupanya kak kedai tu yang tersilap letak. Bab-bab ayat tersirat tu En TTM cukup cepat tangkap. 

So ke kedai satu lagi. Cadangannya kalau tak jumpa juga esok tu nak pergi cari kat Alor Star plak. Bila ke kedai satu lagi ni ramai plak pelanggan. Tunggu dengan sabar la juga sementara nak dilayan. Berbanding kedai yang satu lagi, kedai yang ini lebih banyak designnya. 

Tokey cina tu bagi satu cincin ni bila aku sarung teruss zapppp! Terdetik dalam hati Cantik! Siap melawak dengan En TTM rasa macam tak mau buka dah la cincin ni hahaha...Dia pon berkenan..Timbang dan tanya, harga masih dalam kawalan bajet siap dapat diskaun lagi En TTM terus la bayar. Syok la dia tak lebih bajet dia huhuhu...

Malam tu SMS tanya apa reaksi mak dia bila tengok cincin tu, dia cakap mak pun berkenan tengok. Alhamdulillah. Nasib baik la mak dia pon berkenan dengan pilihan aku tu huhu... Risau juga walaupun cincin tu untuk aku, pendapat orang tua ni kadang-kadang lain. 



PADANG BESAR

Destinasi seterusnya. Malas betul aku nak berjalan. En TTM ni memang kuat berjalan. Kaki plak panjang memang aku selalu tertinggal di belakang al maklum la kaki pendek haha... 


Berjalan bukan nak ingat orang kat belakang dah huhu


Dari awal perkenalan kami pun memang macam tu. Bukan dia saja-saja nak tinggal. Masa awal-awal dulu selalu gak merajuk-merajuk manja *gedikk*  sebab selalu kena tinggal di belakang tapi bila dia berjalan beriringan dengan aku macam seksa plak aku tengok dia. Satu langkah dia, dua langkah aku. Sudahnya dah macam robot aku tengok dia hahaha....

So memang tak kisah dah kalau tertinggal kat belakang. Tapi semalam saja ja nak usik dia, aku cakap "Amboi...belum kahwin dah tinggal orang kat belakang ni..." Dia jawab "Bila dah kahwin lagi jauh la kena tinggal" Pastu dia gelak. Tapi dia gelak dalam sakit la sebab pakej kena cubit sekali. Padan muka.   Padan muka aku juga la konon nak usik dia, last sekali aku yang kena balik -_-"

Kadang-kadang pula aku ke depan dia yang kebelakang. Aku pon tak paham sebab apa jadi camtu.... Segan kot huhu...Orang yang mulut jahat ni mesti akan kata kami ni tak romantika la sangat. Nak romantika jadahnya apa kalau tak kahwin lagi. Biarpun dah lama kenal, sifat malu-malu tu masih menebal lagi macam baru je kenal. 

Saksinya si Ezmaliza tu hihihi.... Pernah ada event yang kami hadiri yang melibatkan En TTM sekali dekat kampungnya. Nak suruh bergambar bersama pon malu-malu padahal time tu dah setahun lebih kot kalau tak silap kami kenal. Malu sampai jadi cam ni la masa ambik gambar


Gambar candid oleh Ezma

Suka gila dengan gambar candid ni. Time ni rasa mak aii segannya.... Cana nak amik gambar ni. Aku pandang dia, dia pandang aku pastu 2-2 tergelak. Gaya yang sama plak tu tutup mulut. Huhuhu....

Ok berbalik pada kisah ke Padang Besar, sempat juga la beli dulang hantaran sebab yang ada pun tak cukup lagi. Kalau kat KL memang mahal. Beli kat sini jimat sikit harganya. Contoh dulang macam kat bawah ni.


Dulang hantaran -sumber google

Kalau kat KL RM25 kan selalunya kalau design macam ni. Tapi kat sini aku boleh dapat lagi murah. Silap-silap boleh beli dua dengan harga yang macam tu kalau aku jadi menantu tauke kedai ni la keh3..... Ada orang KL yang nak order tak? Hihihi.......


Suasana di Padang Besar. 

Time pukul 5 camtu selalunya dah tak ramai orang

En TTM ada la gitau kalau pergi waktu petang time pukul 4 ke 5 camtu selalunya dah tak ramai orang dan berkemungkinan juga akan dapat harga yang lebih murah. Dalam pukul 6 lebih camtu banyak pekedai dah siap-siap nak tutup kedai. Kalau pekedai yang baik hati tu dapat la lagi murah. Ikut nasib la.



Bearbear

OK. Settle dah satu persatu. Bila fikir-fikir balik sebelum nak bertunang ni memang banyak dugaan. Benda yang datang tu hal-hal kecik jer tapi impak dia agak besar. Tambahan pula faktor jarak, semua tu menyumbang kepada kenapa apa yang dirancang masih lagi belum dapat dilaksanakan. 

Sedih tu memang la sedih bila satu tahap apa yang kita rancang tak jadi seperti yang kita nak. Aku pun kena la amik kira situasi sebelah En TTM. Sebab kami masih ada orang tua. Apa-apa pon nak kena buat kena rujuk orang tua dulu tak boleh suka hati kami ja. Nasib juga la keluarga aku jenis rileks ja tak adalah nak tekan-tekan atau desak-desak pasal tarikh ni kalau tak, mau lagi tension aku.

Setakat ini tarikh dah ada, tapi tak confirm lagi tapi aku rasa macam tak jadi sebab aku pon sibuk. AADK ni banyak sangat la program.. *tetiba nak salahkan AADK huhuhu..... Tak kisah la bila pun, persediaan tetap dilakukan. Bila dah sampai masa ni tak la kalut sangat. Just beli barang dan letak jer. 

Tolong doakan agar apa yang kami rancang ini dipermudahkan yer... ;)




Monday, March 4, 2013

REVIEW: PRODUK PENCUCI MUKA DAN TONER



Hari ni tetiba rasa nak tayang muka sikit yang serba maneh ni hahaha... Sebenarnya aku baru je tukar pencuci muka dan start pakai toner satu jenama agak terkenal ni. Jenama apa? Baca sampai habis dulu. Tak sangka plak hasilnya agak mabelesss... Sebab sebelum ni tona kulit muka aku adalah tidak sekata terutamanya di hidung.

Tak percaya? Meh nak tayang sikit muka sebelum aku pakai pencuci muka ni. Nampak tak kulit yang tidak sekata terutamanya di kawasan T-Zone. T- Zone bagi yang tahu adalah start dari dahi turun ke hidung.


Nampak sangat kan kat hidung tu....

Nak dijadikan cerita ada satu hari tu aku pergi lepak rumah kawan aku kat Kg Baru, aku tengok muka nampak lain. Usha punya usha rupanya parut jerawat di muka dia hilang. Licin jer muka dia. Kalau sebelum ni masa zaman sekolah kawan aku ni memang ada masalah parut jerawat kat muka mungkin sebab tabiat dia yang suka picit jerawat.

So tanya la apa rahsianya dan jawapannya adalah ini


                    
Loreal Revitalift
Anti wrinkle + firming
Loreal White Perfect

Tapi aku tak pasti plak dia guna yang mana satu. Untuk aku plak disebabkan aku ni hitam dan teringin nak putih, white Perfect adalah pilihan aku walaupun harga dia boleh tahan mahal juga.... So nak menambahkan keseriaan muka ni aku beli toner sekali.



Toner pon nak white perfect juga

Ok sekarang ni baru sebulan lebih aku pakai tapi dah nampak hasilnya... Nak tengok wajah terkini aku yang baru jer aku amik pagi tadi... Meh nak tayang muka sikit...


Nampak kan perbezaan terutamanya tang hidung tu berbanding gambar pertama tadi


Aku tempek satu lagi



Setakat ni aku pakai dua tu jer sebab kalau nak pakai krim muka memang aku tak mampu la. Bapak mahal kot.. So pakai yang mana mampu jer. Setakat ni aku sangat berpuas hati dengan Loreal ni. 

Aku bersyukur sangat sebab aku tak ada masalah kulit muka macam berjerawat ke apa kalau ada pon time datang bulan ataupun tangan tak bersih tapi gatal nak pegang kulit muka memang jerawat akan naik. Cuma masalah aku adalah jenis kulit berminyak. Tapi semua tu berkait rapat dengan pemakanan aku juga. Kalo dah makan hari-hari ayam mau kulit tak berminyak.

So setakat ini saja aku kongsikan produk yang aku pakai. Kalau sesuai bagi aku tak semestinya sesuai untuk ampa juga. Bergantung pada jenis kulit juga. Apa-apa pon aku syorkan ampa untuk try dan lihat kesannya.

Selamat Mencuba ;)


NOTACIKGADIS: Sebelum ni ramai yang tegur muka aku nampak berseri tapi aku tak sure plak tu sebab seri bakal pengantin ke atau seri pakai Loreal... Hahahaha.....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi