Tuesday, April 30, 2013

REVIEW: NOVEL FIXI ~ASRAMA


Sebelum aku mula review buku ini, untuk pengetahuan semua ini adalah kali pertama aku membeli novel FIXI. Saja nak ubah haluan plak, asyik dok baca novel cinta ja kan? 4 buah semuanya aku beli tapi aku akan review Buku yang bertajuk ASRAMA.




Secara umumnya, novel ni berkisah mengenai seorang pelajar yang bernama Dahlia yang ingin menukar sekolah dari sekolah Elit kepada sekolah berasrama biasa. Semasa dia bertukar di sekolah baru tersebut, banyak kejadian-kejadian aneh yang berlaku. Tanpa dia sedari semua yang berlaku ada kaitan dengan dirinya. Persoalannya apa kaitan dan kisah yang berlaku di sebalik kejadian misteri itu?

Pada permulaan aku baca tu, mula-mula aku rasa buku ni lebih sesuai untuk budak-budak. Ni first impression aku la. Sebab jalan cerita berlatarkan kisah budak sekolah dan asrama tapi ia berjaya membawa aku terkenang zaman sekolah dulu.

Lepas tu jalan cerita mula suspen. Banyak watak-watak yang membuatkan kita tertanya-tanya siapa dia yang sebenarnya? Kita akan jadi tak sabar nak menghabiskan buku ini.

Bila masuk klimaks, semasa membaca buku ini, tiba-tiba bulu roma aku meremang. Serius aku tak tipu. Sampai teringat-ingat kisah pasal tu. Ni pertama kali aku baca novel seram sampai meremang bulu roma. Tapi jangan takut plak, semua ni maknanya penulis memang berjaya bermain dengan emosi pembaca. Bukan senang tau nak jadi penulis macam tu.

Ending dia plak, adalah paling ampa langsung tak sangka... Ending dia tu yang buat aku teringat sampai sekarang.. Langsung tak dapat dijangka

Secara keseluruhannya, buku ni sangat menarik untuk dimiliki. Macam mana nak beli?? Ampa boleh ke blog penulis KLIK SINI atau ke pesta buku di PWTC sampai 5 Mei 2013.






LAUK IKAN MASIN JER???



Assalamualaikum....

Aku nak tulis pasal satu perkara. Iaitu lebih kepada kisah manusia yang tak pernah nak puas hati dan ada saja benda tak kena dekat diri dia. Sebenarnya dah lama aku terbaca satu blog ni. Dan isi blog dia tu buat aku teringat sampai sekarang. Nak tahu apa?

Dia dapat jemputan untuk pergi kenduri kahwin, tapi bila balik kenduri boleh plak dia komplain pasal lauk kenduri dalam blog dia kononnya tuan rumah hidang lauk ikan masin ja... Konon lauk tu tak highclass.. Tetamu datang jauh-jauh tapi dapat makan ikan masin dari lauk ayam.


sumber gambar: SINI

Masa tu aku terfikir, dah orang jemput hang mai makan kenduri, tapi boleh plak hang dok complain pasal makanan tu. Itulah orang-orang kita. Tak tahu nak bersyukur langsung. Tak ada ayam, alahai...macam budak-budak plak, tak pernah makan ayam ker??

Kita kena ingat, kemampuan setiap orang tu berbeza. Dan ada sesetengah orang, dia mampu tapi dia nak buat kelainan dengan majlis dia sebab dia tahu kebanyakan tetamu dia mungkin orang bandar jadi dia jamu lauk pauk kampung. Alahai kecur plak bila teringat gulai talang ikan masin dan sambal belacan.

Cuma aku macam tak boleh terima cara dia komplain, orang dah jemput itu kira bagus la, pastu hang makan hang p komplain dalam blog itu memang tak bagus. Masa hang kawen dulu jamu kambing golek kot tu yang syoknya sangat komplain tu.

Sama la juga, kita p kenduri pastu kita tengok pengantin lawa kemain tapi suami dia tak padan dengan isteri dia yang lawa tu, kita kutuk. Dapat dosa kat kita dapat pahala dekat pengantin. 

Tujuan aku tulis semua ni sebagai peringatan untuk diri aku juga, manusia memang takkan pernah berpuas hati dengan sesuatu perkara tapi jangan sampai apa yang kita lakukan boleh menyakiti orang lain dan menambah dosa pula pada diri kita.


p/s: talang ikan masin mahal kot harga dia...



Saturday, April 27, 2013

BAHAGIA?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca blog GKSB,

Kalau dulu kan, dulu la sebab ni cerita dulu-dulu.... Aku pon tak sure aku boleh merasa bahagia atau tidak. Hidup aku dari kecil memang banyak pancaroba. Banyak pengalaman yang ampa tak jangka aku akan alami aku dah alami. Bila ingatkan balik memang sedih. **ayaq mata dah bergenang ni**

Aku selalu tertanya-tanya macam mana bahagia tu? Bagaimana perasaan orang yang bahagia? Sebab aku tak pernah merasa bahagia. Hidup aku penuh dugaan. Untuk aku membuka kembali kisah-kisah lalu memang aku tak sanggup. Biarlah aku pendam semua tu. Cukuplah aku seorang saja yang rasa. Dan semua itu menjadikan aku lebih kuat dan berani. Apa yang aku rasa nak buat, aku akan buat. Aku tak peduli apa kesannya.

Pernah cikgu aku masa di sekolah rendah, dia pernah cakap pasal aku di dalam kelas depan kawan-kawan aku semua, cuba tengok bla bla bla (merujuk pada aku) orang kata apa-apa pon kat dia (merujuk kepada ejekan), dia jenis tak kisah dan amik hati. 

Nak amik hati?? Walaupun benda tu kadang-kadang menyakitkan hati tapi apa aku boleh buat? Nak mengadu dekat siapa? Buat tak tahu jer la. Sampai satu tahap aku pernah hilang sabar dengan sorang budak laki ni aku tumbuk dia... Sampai bergaduh naik kaki semua. Sampai cikgu masuk campur. 

Tapi itu dulu. Sebelum aku kenal erti bahagia. Alhamdulillah, hidup aku kini lebih baik dari dulu. Bertemu dengan seseorang yang sangat memahami, menyayangi aku dan yang paling penting menerima aku seadanya itulah saat yang paling membahagiakan aku. =)

Dia, yang sentiasa bersabar dengan kerenah aku. Yang sabar melayan rajukku, yang menerima amarah ku tanpa banyak soal dan paling penting boleh menukarkan aku dari menjadi singa betina menjadi hamster. Hehehe... Sifat cool dan penyabar dia yang menyebabkan aku terpikat. Ewahhh jiwang plak dah kan hahaha...

Memang aku bersyukur sangat-sangat sebab aku sentiasa berdoa supaya Allah berikan kebahagiaan di dunia dan akhirat kepada aku. Dan aku harap kelebihannya dapat menutupi kelemahanku dan kelebihanku dapat menutupi kelemahannya. Sesungguhnya manusia itu diciptakan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. 

Mohon kawan-kawan doakan kebahagiaan kami sampai ke syurga,,,

;)



Friday, April 26, 2013

PERSIAPAN MAJLIS #4 : CHECKLIST MY ENGAGEMENT DAY


Sebelum ampa baca dengan lebih lanjut, aku nak tegaskan dekat sini, apa yang aku tulis dalam blog mengenai Entry persiapan majlis bukanlah tujuan untuk menunjuk-nunjuk jauh sekali untuk membanggakan diri. 

Niat aku hanya satu, untuk membantu mereka yang turut sedang membuat persiapan untuk majlis pertunangan, akad nikah atau perkahwinan. Jadi jangan plak timbul isu kata aku ni macam ni, macam tu, sekeh kepala satgi baru tau.

Sebab aku faham keadaan dan situasi ampa mesti pening macam mana nak cari barang-barang untuk persiapan. Dan semestinya mesti ampa terpaksa google dan tanya orang merata tempat kalau-kalau nak cari sesuatu yang kita ingin dapatkan.

Dan banyak juga la blog yang aku baca sampai dah tak ingat dah blog mana yang menunjukkan cara untuk DIY gubahan, pelamin dan macam-macam lagi la dan semua tu banyak membantu aku. So aku buat keputusan untuk berkongsi juga kepada pembaca blog Gadis Kampung Separa Bandar ini persiapan cara aku plak.

Pertama sekali dalam apa pon kita nak buat, kita perlu ada senarai perbelanjaan, termasuklah keperluan kita untuk majlis tersebut. Dan disebabkan aku ni jenis suka merancang dan apa yang aku tahu, apa yang aku rancang tu mesti aku akan usaha bagi jadi juga dengan izin Allah Insyaallah. Disebabkan itu juga, kalau benda tak jadi, aku akan kecewa teruk hahaha tu kelemahan aku la. 

Jadi aku dah buat satu senarai checklist termasuklah segala perbelanjaan untuk majlis pertunangan aku ni. Kalau la ampa rasa aku tertinggal something, ampa boleh la bagitau aku. Mungkin ada yang aku terlepas pandang.





Ni setakat hari ni la aku buat. Guna Excel ja pon. So boleh simpan dan update. Nanti bila dah nak dekat hari berkenaan baru aku print supaya senang nak bawa ke sana ke mari.

Bab baju tu, aku bajet tak lebih dari RM300. Setakat ni baru habis RM 145  lepas disponsor oleh En TTM hehe... Bunga hantaran plak aku buat sendiri jer la. DIY guna paper Crepe. Jimat kot... Cuma nak buat tu la renyah sikit, kadang-kadang sampai hampir nak putus asa hahaha... Tapi sebab nak jimat punya pasal kan. Ada orang hutang tak mau bayar plak kan?? Terpaksa la berjimat.

Photographer plak memang aku tak jumpa. Semua full booked gara-gara tarikh aku tu hot date kekononnya... So masih mencari... Kalau tak ada juga, tak tau la macam mana =(

Sampin plak, saja nak bagi kat En TTM suruh pakai, sebab lawa hahaha.... Macam tu pon boleh nowh??  Ala saja la nak bagi dia nampak lagi ensem Hehehe.... Mini Pelamin plak, malas nak fikir lagi. Tak ada idea lagi. Nanti-nanti la...

Pasal hantaran kan, alhamdulillah la ada orang sponsor dua dulang. Bestkan ada kawan-kawan macam ni?? I loike.... hehehe.... Ok la itu saja dari aku. Kalau ampa pon nak sponsor juga sangat dialu-alukan. Ewahhh... senang keja hang nowh, dok minta orang sponsor kalah retissss.... Hehehe

Ok la jumpa di next Entry, Jangan lupa like Fanpage aku kat SINI 




Tuesday, April 23, 2013

NOVEL SECONDHAND: TINGGAL 2 BUAH LAGI UNTUK DIMILIKI




Hari ni aku nak update novel secondhand yang tinggal setelah diborong 8 buah semalam oleh orang jauh iaitu Sabah. 



Tinggal lagi 2 buah novel jer yang masih available. 

Novel yang tinggal adalah


dan 



So alang-alang tinggal 2 ni kan aku bagi harga pakej untuk dua novel ini iaitu RM32.  Berminat?? 

Email~ anyss237@gmail.com

First come first serve


Ok habis dah iklan... Suka untuk aku ingatkan dalam proses pembayaran apa yang paling penting adalah bukti pembayaran jadi simpan resit elok-elok yer, jangan dibuang plak resit tu. Dan semua ini adalah untuk serius buyer only ;)


Antara koleksi~ada yg tidak dijual...Hak milik kekal


Monday, April 22, 2013

PERSEDIAAN MAJLIS #3: BORDER LACE




Kalau sebelum ni aku ada tulis dekat ENTRY INI pasal warna tema dan juga aku ada bertanyakan macam mana nak dapatkan Lace yang murah-murah. Alhamdulillah ramai yang tolong aku bagitau kat mana boleh dapatkan lace. Terima kasih yer...

Tapi bila aku usha balik lace yang dijual online, harganya agak mahal dan aku plak jenis cerewet, so better aku p cari sendiri. Ramai yang cakap kalau nak cari border lace, carilah kat kedai yang jual barang-barang hantaran, kebetulan kawan aku ada bagitau ada satu kedai tu dekat jalan Tar, nama kedai tu Bunga Reben. Mula-mula aku ingat kedai tu nama Bunga Raya hahahaha. Nasib la tak tanya orang tau tak kedai bunga raya kat mana kalau tak memang malu la =P

Masa aku p kedai tu, penuh orang dekat kawasan Lace tu, sampai berhimpit-himpit nak cari border lace. Sampai aku dengar pekerja dia cakap dekat kawan dia, aku tak nak jaga dekat sini, ramai orang. Sesak juga la masa tu. Belek punya belek jumpa yang aku berkenan, matching plak dengan warna baju memang cantik dan puas hati...

Harga dia plak perghh murah kot. Lace yang aku beli tu harga dia semeter RM35.90 pastu dia bagi diskaun lagi. Harga lace ikut jenis bunga, kalau bunga besar mahal la sikit kalo bunga kecik macam aku beli kat kawan aku RM26 semeter. 

Nak tengok ker gambar dia? 

Ini border lace yang harga RM35.90 tu..~google

Tapi aku tak beli warna ni la.. Rahsia la warna apa. Tak surprise la nanti hehehe.... Cuma corak bunga jer sama.... ;) 

Kalau ampa nak cari Border Lace dengan harga murah, ampa p la dekat kedai Bunga Reben tu berhadapan dengan EURO MODA dan KFC dekat area jalan Tar tu. Aku harap ini dapat membantu bagi bakal-bakal pengantin yang ingin cari border lace dengan harga yang murah dan paling penting jangan lupa bawa kain supaya senang ampa nak matching nanti.




Saturday, April 20, 2013

HAMPIR 5 TAHUN BLOGGING BARU ADA FAN PAGE??



Ohsem sangat. Baru tergedik-gedik nak buat fanpage hahaha... Padahal orang semua dah berkurun buat fanpage. Ekceli aku adalah sangat pemalu (pemalu la sangat) sebab tu tak ada fanpage. Tapi lepas jer pergi EVENT INI baru aku tau kepentingan ada fanpage.

So aku nakjemput semua untuk like fanpage aku yang baru ada beberapa kerat kawan-kawan kat situ yang like. Boleh  LIKE fanpage  ni Senang jer kn? ;)

Hari ni hari sabtu, mesti ada aktiviti yang ampa dah rancang nak buat hari ni, dan ada juga yang malas nak keluar macam aku ni. Padahal masa study dulu kemain lagi kuat berjalan tapi bila dah berkerjaya ni duduk rumah lagi ohsem kot. 

Mana tak ohsem, nak kena kemas rumah, cuci baju, kemas bilik, tu nasib baik tak ada anak nak bagi menyusu #ehhh??? Tetiba plak kan..... =P

Ampa ingat senang ker nak jadi perempuan? Dan aku bangga jadi perempuan sebab banyak kelebihan woo jadi perempuan ni. Ampa lelaki apa tau?? Cewahhh, berlagak plak kan?

Ok la selamat bercuti, jangan lupa LIKE SINI  


Gambar hiasan


Friday, April 19, 2013

DEMAM CAMPAK



Salam Jumaat semua.....

Semalam ada bersembang dengan En TTM pasal hari ehem ehem tu nanti, ada la sembang pasal tarikh semua tu. Aku dah pesan siap-siap jangan tukar tarikh lain sebab dah booking apa-apa yang patut pada hari berkenaan. Harap-harap lepas ni tak ada dah tunda-tunda dan segalanya yang dirancang berjalan dengan lancar.

Kebetulan En TTM kena demam campak (dah tua-tua kena campak lagi) keh3.... Ok la pada aku ni yang tak pernah kena demam campak lagi. Takut juga la.... Dapat la MC, (sambil buat duck face budak dapat MC 5 hari). Ikuti la perbualan berikut.






TTM: Esok nak p keja.
AKU: Eh? Dah lega ker campak tu?
TTM: Ada sikit lagi kat kaki, nak keluaq dah tu..
AKU: Satgi habis berjangkit kat kawan-kawan satu opis, dah la dok dalam aircond pulak tu.
TTM: Biaq berjangkit p kat orang yang dok cakap pandai tu, sedap kata kat orang..
AKU: Hahahaha jahat! 
TTM: Hehehehe....

Tergelak aku dengan reaksi TTM, jarang plak aku tengok reaksi dia camtu, selalu cool jer. Ni mesti geram kat kawan dia. Yala TTM tu dapat MC sebab kena demam campak, pastu da plak kawan yang dok mengata dia plak, mau tak hanginn... Siap SMS lagi suruh mai keja sebab kerja bertimbun nak kena buat. Alahai, kawan tu demam campak la boleh plak suruh mai keja.

Dia plak jenis pendiam, tak suka nak gaduh-gaduh ni, so lagi la orang sedap dok mengata adakalanya aku rasa sampai ada yang ambil kesempatan dan pijak kepala. Kadang-kadang aku plak ajaq dia suh melawan hahaha... Baguih betoi bakal binik dia ni....

Tapi aku tahu, apa yang dia buat tu bersebab. Orang lelaki ni cool dia lain macam sikit. Kalau kena kat aku, memang dah melenting lama dah. So bagus juga ada lelaki yang penyabar macam ni. Penyabar dia pon, sekali dia marah... Kita nak angkat muka pon takut. Huhuhu.... Sebab tu aku sayang dia **sila muntah** hahahaha.....



Thursday, April 18, 2013

NOVEL TERBARU KARYA SENI



Sekarang ni aku memang dah jatuh suka dengan semua novel terbitan Karya Seni. Kebanyakan novel terbitan Karya Seni semua jalan cerita yang lain dari yang lain. KS berada di class yang tersendiri ok, kalau nak bandingkan dengan terbitan yang lain yang mana aku tengok sama jer jalan ceritanya.

So novel terbaru yang aku dah miliki adalah novel hasil novelis terkenal E-MAN SUFI. Ni novel pertama yang aku miliki hasil karya penulis ini. Sebelum ni memang aku tahu karya E-man Sufi semua best-best tapi tak tahu la kenapa tak teringin plak nak beli kan. 

Jadi novel ini akhirnya menjadi milik aku....



Dari segi jalan cerita memang lain dari yang lain.. Serius best. Tak tahu la nak gambarkan macam mana. Nak aku review tak?? Hehehe Tungguuu..... Nanti aku review.....


Novel kedua yang aku dah lama dok tunggu masa nak beli adalah novel Meh Sandar Pada Aku.






          


Sebelum ni novel Kahwin Ganti hasil karya penulis yang sama juga aku dah miliki untuk novel ini memang tidak mengecewakan. Nak aku review juga kan?? Nanti aku review eyhhh....

Dua novel ini telah aku miliki, so tunggu aku buat review. =) Buat masa ini modal kurang lagi untuk aku beli banyak novel. Kalau nak tambah modal aku, meh la beli Novel Secondhand yang aku jual ni. 



Tuesday, April 16, 2013

FOOD REVIEW: MEE UDANG MAK JAH


Hari ni aku nak review makanan yang kini menjadi pilihan hati iaitu Mee Udang Mak Jah. Lokasi restoran ini adalah area Wangsa Walk. Kalo ampa dari LRT Sri Rampai tu... depan sikit ada traffic light yang menghala ke Wangsa Walk, amik kanan kemudian akan jumpa bulatan kecil, ampa ambil pukul 3. Memang akan nampak restoran ni terpampang besar.




Setakat ni aku dah pergi sana 2 kali. So aku gabungkan sekali makanan yang aku order dalam entry ini. Menu pertama adalah

Mee Udang Special

Gambar menggiurkan tak?? Harga RM12

Rasanya perghhhhh macam mana gambar tu, macam tu la rasanya. Sedap. Udang memang besar nama pon special kan. Aku sebenarnya bukan la penggemar mee sangat, tapi kalau dapat mee udang macam ni memang tak lepas la. Cuma tak best nya mee sikit sangat. Udang lagi banyak dari mee. Dari segi rasa semua sedap. 

Kali kedua pulak aku p sana aku bawa tetamu jauh.. Dari Penang. Walaupun dekat penang dah ada Mee Udang terkenal kat sana, tapi kali ni aku bawa tetamu aku ni merasa mee udang kat KL plak. Tetamu yang aku maksudkan tu adalah:


 

Sha kebetulan datang untuk EVENT INI so memang aku jemput dia tidur umah aku la. Tak kan habis event terus nak balik plak kan? Sebelum hantar dia kat Pudu, singgah sini makan dulu. Menu pilihan Sha adalah:


Bihun Sup Udang

Tak ingat plak harga berapa, RM 8 kot..


Dari segi rasa, Sha kata sedap. Memang rasa manis udang tu. Pekat..... Aku pun ada rasa sikit, sedap juga. Phewww terliur plak dah bila ingat balik. Menu pilihan aku plak adalah:


Charkuetiau Special

Tak ingat harga berapa... tapi antara RM12-RM14



Rasa charkuetiau ni boleh tahan, mula-mula tu rasa macam tawar sikit, tapi bila dah 2,3 suap macam tu baru rasa manis udang. Udang dia memang manis sebab udang yang depa gunakan semua segar-segar. Selalu kalau udang dah tak segar, kita tak akan dapat rasa manis udang tu....

Ayaq pula aku order ayaq tembikai. 




Rasa ayaq adalah rasa tembikai, nama pun ayaq tembikai kan.. Tak kan tetiba rasa durian pula huhuhu...

Suasana tempat ni pula selesa. Siap ada Free Wifi lagi.... 



KELEMAHAN YANG PERLU DIPERBAIKI

~1st aku mai sini, pekerjanya suka bising. Tetiba menjerit sambil bergurau dengan rakan lain. Amboi ampa, macam tak ada kerja dah nowh dok boleh melawak sambil jerit-jerit dengan kawan ampa. So situasi tu sangat mengganggu aku sebagai customer, sebab dok menjerit secara tiba-tiba boleh melemahkan jantung aku yang sihat ni. Bukan sekali, tapi banyak kali.

~2nd aku mai sini, ramai orang. Pekerja depa pon ramai. Tapi servis lembab. Boleh plak, sudu habis. So dia hantar makanan saja. Pastu lama pulak tu nak tunggu dia mai hantar sudu balik. Pastu dari segi nak angkat pinggan lepas customer makan pon lambat juga. 

Pekerja ramai tapi tak sistematik dari segi pengurusannya. Dari segi makanan semua tiptop cuma dari segi servis perlu diperbaiki. Itu saja food review dari aku.

Kalau ampa ada cadangan atau tempat lain lagi yang menarik atau pun nak belanja aku makan kat tempat yang best, boleh la email kat aku~ anyss273@gmail.com



Monday, April 15, 2013

EVENT BERSAMA CIK EPAL DAN FAIR & LOVELY



Aku telah mendapat jemputan menghadiri event anjuran Fair & Lovely iaitu "Serikan Impianmu Menjadi Bloggers Selebriti" dan Cik Epal sebagai tetamu jemputan bertempat di The Canvas, Damansara.



Dalam event ini aktiviti ice breaking dimulakan dengan sangat menarik iaitu semua peserta diminta melukis di dinding dan lukisan tersebut mestilah menggambarkan diri masing-masing. Macam mana cara aku gambarkan diri aku?? 


Macam ni pon boleh 



Yang syoknya event ni juga telah menemukan aku dengan anak-anak KBU aku iaitu Onie dan Erika. Tu nampak tak depa kat sana tu... 

Antara bloggers yang hadir pada hari ini

Cik Epal turut berkongsi tips dan pengalaman dia dalam dunia blog.  Ni kali kedua aku jumpa dengan Cik Epal selain event di Times Square beberapa tahun yang dulu.  Pheww lama dah tu....Seronok tengok cik epal berceloteh sebab dia jenis slumberr.... Sebab tu dia ramai followers kot... (bodek sikit) =P

Bila dah jumpa jangan lupa amik gambar bersama untuk kenang-kenangan yer... ;)


Suka gambar ni sebab aku nampak kurus =P


Yang bestnya event ni adalah salah satunya adalah aku dapat jumpa dengan bloggers lain yang tak pernah aku kenal. Walaupun rasa malu nak beramah mesra hehehe....Suka tengok gaya masing-masing dan tahu rupa-rupanya latar belakang yang hadir hari ni semua hebat-hebat dalam berblog dan pastinya ada pengalaman yang tersendiri dalam dunia blog.

Dan paling membuat aku rasa berbesar hati sangat hadiri event ni adalah aku adalah pengguna Fair & Lovely sejak umur aku 12 tahun lagi. Aku pakai krim Fair & Lovely dan aku pernah berkongsi mengenai produk yang aku pakai. Boleh KLIK SINI untuk baca. 

Aku pernah cuba krim lain tapi muka aku memang tak sesuai. Just sesuai dengan Fair & Lovely jer... So marilah kita guna produk Fair & Lovely.


Bloggers yang hadir

Nak kenal juga dengan depa semua ni?? Meh aku bagi link depa yang hadir pada hari ini....Ampa just tekan kat nama depa di bawah jer yer...





Thursday, April 11, 2013

FEEDBACK CUSTOMER NOVEL SECONDHAND









Terima kasih pada yang sudi membeli Novel Secondhand yang aku jual.... Actually, novel yang aku jual tak sama dengan orang lain yang jual novel secondhand sebab aku jenis baca sekali jer. Jadi kualiti novel tu memang macam baru. Macam feedback atas ni dari Nur. Dia tak sangka yang novel tu masih lawa.

Harga yang aku letak pon tak adalah terlampau mahal sangat. Cuma ampa pon jangan la minta kurang melampau sangat. Aku jual pon bukan nak untung, cuma nak cari modal nak beli buku baru jer... Kalau aku beli buku baru, lepas tu ampa beli dari aku, untung kat ampa juga kan? Novel plak macam baru lagi...

So, kalau ampa nak bandingkan aku dengan orang lain yang jual novel secondhand yang harga depa mungkin lagi murah memang tak patut la. Sebab macam aku tulis tadi aku jenis baca sekali jer.. Baca pon dok "pedo" kalau orang utara cakap. "Pedo" tu apa?? P tanya kawan ampa yang orang utara gak.

Jadi kalau ampa nak beli Novel Secondhand dari aku boleh KLIK SINI. Kalau ampa ada cadangan novel yang best-best pon boleh. ;)






Wednesday, April 10, 2013

PERSEDIAAN MAJLIS #2: WARNA TEMA?



Sekarang ni tengah kompius sama ada nak guna warna Purple atau Biru. Kalau tanya dekat En TTM, dia mesti jawab "mana-mana pon tak apa..." so ada beza ka kalau bertanya tengan tak tanya??? -_-" Lelaki.... Hmmmm........


Blue or Purple? Both?

So semalam dengan semangatnya aku p cari kain dengan Jakel area Jalan Tar kalau tak silap, ke jalan lain eyh?? Jakel tu belakang Haneefa yang banyak jual cokelat. Ala senang cerita dekat-dekat situ juga la... 

Aku bawa kawan aku, sebab aku tau dia ni jenis pandai nak tawar harga. Kalau aku, orang bagi harga banyak tu, dapat banyak tu jer la... Memang tak pandai nak tawar harga ni. So dah jumpa warna pilihan aku, aku tanya pendapat kawan aku, dia pon kata cantik. Memang nak amik, tapi gatal nak p survey tempat lain dulu.

Pergi Gulatis dekat jalan Tar tu, harga dia mak ai..... Kalau aku ni kawen dengan anak Datuk, boleh la kot nak rembat kain senang-senang. So patah balik pergi Jakel, walaupun hajat nak singgah Nagoya tapi  Nagoya tutup awal, . Aku keluar pergi sana pon lepas balik kerja. Maybe Nagoya memang tutup awal kot.




Harga kain yang aku beli semeter RM25, kalau 4 meter dah RM100, tapi kawan aku memang pandai tawar dapat juga harga semeter RM23. Kalau aku p sorang, kalau depa bagi harga tu, harga tu la aku bayar. Serius tak pandai langsung nak tawar harga. Kalau aku minta tawar pon memang tak dapat huhuhu... 

Yang syoknya masa mula-mula kami tengok kain, kami dilayan oleh kak sorang tu, tengok cara boleh kautim  jer, lepas tu kan kami semua nak p survey tempat lain, lepas datang ke situ untuk kali kedua, tetiba ada orang lain yang datang layan, kami tak mau dia layan, kawan aku siap p cari kakak yang mula-mula tadi. Berubah muka orang tu bila kami cakap kami nak kakak tadi. Hehehe... Kesian plak aku rasa.

Cuma bila soal layanan yang baik pada customer ni aku rasa biasa jer kalau ada situasi macam tu. Kau pandai layan mestilah orang akan cari kau balik. Aku pon pernah kerja sebagai jurujual so aku tahu sangat pelanggan ni macam mana. 

Jadi, aku dah dapat warna tema yang aku nak. Cuma nak kena cari Lace plak. Lace dekat Jakel mahal sangat. Kakak jurujual tu sporting gila, siap bagitau tempat mana lagi yang boleh cari Lace. Kalau orang lain memang tak la nak beritahu customer depa tempat lain yang ada jual lace selain tempat depa. Semoga kakak tu dimurahkan rezeki aminnn.....

Kalau ada sapa-sapa yang tau kat mana aku boleh dapat Lace dengan harga yang murah atau pun tukang jahit yang berpatutan harga, boleh maklumkan yer....


SUMBER GAMBAR: GOOGLE



Friday, April 5, 2013

SAMBUTAN HARI LAHIR




27 Mac 2013 baru-baru ni genap umur aku menjangkau suku abad. Rasa dah tua gila aku ni ahaha.... Apa-apa pon umur hanya angka, hati tetap muda cuma mungkin bertambah matang. Matang ker??? =P

Malam befday memang aku tak harap SMS berderet sebab aku tau dah kawan-kawan aku semua manfaatkan medium laman sosial dengan sebaiknya iaitu melalui Facebook. Bagus kawan-kawan aku semua hehehe....

SMS En TTM lagi la aku tak harap sebab aku tau dah, dia BZ malam tu. Ada program dekat kampung dia. Kalau nak merajuk sebab dia tak wish buang masa ja... Eh kata matang kan?? Mana la boleh merajuk-merajuk ni. (matang la sangatttt)

Sebelum aku tidur baru la dapat wish dari dia, terpaksa terima hakikat pasangan aku ni bukan lelaki romantik. Sekian. Tapi hadiah haruslah dituntut. Cincin emas satu! Hakhak...

Alhamdulillah rezeki befday aku tahun ni murah sebab aku dapat Voucher dari Dominos Pizza, pastu dapat free makan kat Restoran Jombali dan dapat Discount 25% dari The Body Shop untuk members card. Bila rezeki lebih kita belanja bebudak opis je la hehe...





Sedappppp.......

Lepas tu malam pergi makan dekat Jombali. Sorang-sorang ok. Sedih gila. Dapat la free RM30 untuk makan kat sini. Aku call la blogger sorang tu tapi tak berangkat plak, memang bukan rezeki dia la nak merasa makanan free ni.




RM30 boleh la dapat satu air dan 2 makanan. Aku order Mee Kari dan Nasi Goreng Ketam, tapi nasi tu aku tapau la habuan makan pagi esok. Habisss rosakk diet aku huhuhuhu...



Mee Kari & Ribena Laici



Mee Kari Ayam


Masa nak makan ni hanya bertemankan panggilan telefon daripada Ummie Syakira. Sedih plak rasa sebab macam tak ada sesiapa yang boleh teman aku makan. Almaklum la keseorangan di Kuala Lumpur. =(

Apa-apa pon tahun ni mungkin tahun terakhir menjadi bujang sebelum aku bergelar isteri insyaallah..... Target nak kawen umur macam sekarang ni la... Hehehe... Semoga apa yang dirancang dipermudahkan aminnn......




Thursday, April 4, 2013

PARLIMEN DIBUBARKAN, HATI BERSORAK KEGEMBIRAAN



Akhirnya parlimen dibubarkan..... Serius aku memang sibuk minggu ni. Banyak program menanti bila PRU13 semakin dekat, keja dengan gomen macam ni la. Perlu banyak berkorban dari segi masa dan juga tenaga.

Di sebalik pembubaran parlimen, ada agenda besar menanti selepas PRU 13. Semoga segalanya dipermudahkan. 

=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi