Thursday, May 30, 2013

REVIEW MAKEUP MAJLIS TUNANG (MUA KEDAH)


Assalamualaikum.....

Aku rasa ni entry yang ramai sangat tunggu iaitu berkaitan dengan mekap tunang. Bukan la aku nak puji diri sendiri tapi ramai yang puji cantik... Bila aku tengok pon macam tak percaya betul ke aku ni?? Sampai ada yang kata nampak macam Ayu Raudhah... Ok muntah ahaha.... Ni kawan aku cakap la bukan aku =P

Nak tengok hasilnya tak??

Inilah hasil mekap hari tunang aku tu..



Bila tanya Encik Tunang cantik ke tak... (wahh bukan TTM dah tu =P) dia kata "cantik...terpegun abang" wahhh kemain lagi kan hahaha....Yang syoknya after selesai semua tu time dia nak makan main mata dari jauh jer keh3... Tak berkelip jer dia tengok aku. So bila Encik Tunang dah cakap camtu maknanya memang cantik la.. Ker aku jer yang perasan #ehh?? =P

Apa-apa pon terima kasih kepada MUA aku, Kak Nor. Cara aku dapat no contact Kak Nor pn kebetulan aku google jer.. keluar blog Kak Nor, tengok hasil mekap terus aku PM kat FB tanya kalau tarikh tu  masih available. Bila Kak Nor cakap available jer terus aku bayar deposit. Malas nak fikir banyak dah nak cari MUA. Alhamdulillah.... Hasilnya memang superb. 

Kak Nor ni tinggal kat Sungai Petani. Kebetulan aku buat kenduri kat kampung aku kat Yan. Memang kawasan SP ni aku tak berapa nak tau sangat. Aku dok Aloq staq jadi memang buta jalan. Jadi aku minta kak nor datang umah untuk mekap. 

Cuma aku nak pesan, bayar lebih tak apa janji kita tak kelam kabut nanti. Macam aku dengar baru-baru ni anak sedara mak sedara aku, nak akad nikah tapi keluar mekap dari pagi sampai petang baru balik. Orang yang datang dah tertunggu-tunggu untuk akad nikah. Tak syok la cam tu. So buat keputusan yang bijak. Bayar lebih tak apa janji kita tak susah kemuadian hari. Aku plak memang tak biasa dengan jalan tu kalau sesat tak pasal jer nanti. 

So kalau ampa nak dapatkan khidmat Kak Nor ni ampa boleh ke blog dia KLIK SINI atau terus ke FB Kak Nor



Bergambar dengan adik-adik dan sepupu sepapat



Ni adik aku, anak ke-4 dalam family

Comel tak Kak Ton???




#KBAI


P/S: Next Entry: Review Pelamin 



Wednesday, May 29, 2013

MAJLIS TUNANG


Assalamualaikum...

Hmmm macam mana nak mula eyh?? Ada sorang kawan ni tanya bila nk update entry pasal majlis tunang ni..Tak sabar letewww hehehe....

Nak mula dari mana eyh?? Ok la untuk entry kali ni aku just cerita secara keseluruhan jer la... Nanti baru aku review pasal make up, mini pelamin dan macam-macam lagi la...

Sehari sebelum tunang tu memang kelam kabut sikit sebab buat kat rumah walid aku kat yan yang separa siap. So banyak la barang-barang pertukangan yang nak kena kemas. Nasib baik la ada adik-adik aku yang membantu. Tiba-tiba rasa untung plak ada adik laki ramai ni tu pun puas menjerit la kejut suruh bangun sebab ada yang baru sampai pagi tu dari Shah Alam. 

Bilik aku plak malam tu sebelum tidur baru siap cat bilik, tu pon guna cat putih sebab kalau nak cat lagi selapis dengan warna lain memang tak sempat. Katil plak baru beli 2 hari sebelum kenduri yela bilik baru kan. So agak kelam kabut la juga sebab rumah pon baru separa siap.

So sehari sebelum kenduri tu ramai la sepupu sepapat yang datang dari KL bantu aku siapkan hantaran. Suma dah siap cuma dekat hantaran baju nikah jer aku tak reti buat. Kena tunggu pakar la datang. Hantaran dari pihak lelaki 5 berbalas 7 dari pihak aku. 3 mak njang aku buat, 1 umi aku, 2 di sponsor oleh Suraya dan Syakira dan baju nikah jer oleh aku sendiri.

Cadangnya nak buat pelamin sendiri, alhamdulillah pelamin sepupu aku sponsor. Adik ipar dia ada butik. Untuk pelamin nanti aku review dan juga review mekap aku yang gojess tu keh3.... =P

So pagi tu, geng-geng adik aku dari Maktab Mahmud Yan datang untuk bacaan Yasin dan Tahlil. Dalam pukul 2 petang pihak lelaki sampai dalam 4 buah kereta. Masa depa datang tu serius aku berdebar-debar. Tetiba ja diorang panggil keluar untuk sarung cincin. Rasa sekejap gila padahal depa dah habis bincang pon.

Masa keluar nak duduk dekat mini pelamin tu rasa malu gila hahaha... Yala ramai kan yang datang. Ok la malas nak cerita banyak la, layan gambar yang tak seberapa yang sempat adik aku snap.





Selesai sudah...


Dengan omak mertua ehh bakal omak mertua hehehe


Cukup la setakat ni... Nanti aku sambung lagi eyh hehehe....



Monday, May 27, 2013

IKATAN


Alhamdulillah...

Selamat sudah menjadi tunangan orang



=)



Tuesday, May 21, 2013

UPDATE PANTAS



Assalamualaikum...

Banyak benda aku nak berkongsi sekarang ni tapi buat sementara ini aku belum sempat nak menulis dengan panjang lebar mengenai perkara yang terjadi sejak dua menjak ni. Insyaallah lepas ni aku akan update mengenai something special happen to me ;)

Dalam saat-saat genting macam ni banyak plak benda yang berlaku berkait dengan emosi dan persekitaran. Mau tak mau aku kena hadap la juga... 

Akhir kata sebelum blog ni bercuti, doakanlah segalanya dipermudahkan.... ;)

Aminnnn.....



Friday, May 17, 2013

VIDEO: TUTORIAL TUDUNG MENGIKUT SYARIAT YANG BETUL (MESTI TONTON)

Assalamualaikum..

Sejak 2 menjak ni banyak video tutorial mengenai cara pemakaian shawl, pashmina dan macam-macam style lagi.

Kali ni aku nak ampa pakat tengok video yang betul-betul ohsem dan mengikut syariat yang ditetapkan..

Lelaki pon boleh tengok...

Jom layannn





Dah tengok kan video ni??

Memang terbaik... So lepas ni kalau nak buat tutorial ikut steps yang telah diberikan tu hehehe



Wednesday, May 15, 2013

KEJUTAN


Assalamualaikum...

Semalam aku terima satu bungkusan dari En TTM. Terkejut juga hehe..Rupanya hadiah befday aku... Walaupun dah lama berlalu tetap ada hadiah cuma tak sempat nak bagi sebab jauh. Hari tu masa balik, dia terlupa nak bagi so dia poskan jer la....



Jeng jeng jeng.......




Dia bagi hadiah Novel, baju tu sampingan jer hehe... Siap ada surat cinta tu walawehh... Terkedu sekejap bila baca... En TTM ni bukan reti nak romantik-romantik ni. Tapi bila sekali dia buat, itu la paling bermakna.. Terharu.... =,)

Bukan senang En TTM nak tulis ni semua dan luahkan isi hati dia... Lelaki... Tambah plak jenis cool semacam macam En TTM ni, bila dia buat sesuatu yang lain dari sifat dia maknanya apa eyh?? Orang kata tu maksudnya dia memang betul-betul sayang kan kita. So sweet aiseh... =P

I miss u too =P


Semalam masa cakap telefon dia cakap, tak payah baca novel tu pon tak apa janji baca yang atas kat belakang tu... So aku pon belek novel tu balik...



 Ini yang dimaksudkannya....


Lagi sekali nak cakap "so sweet" terharu....


Alhamdulillah.... Bersyukur sangat diberi peluang untuk berkenalan dengan seseorang yang macam dia. Baik buruk ku dia terima dengan seadanya....Dia terima siapa aku dan tidak pernah sekalipun dia ingin aku jadi seperti yang dia nak, itu yang paling penting...

Tak lama dah kami berdua akan melangkah ke satu fasa lagi dalam hidup. Semoga segalanya dipermudahkan....

Aminnn....


Monday, May 13, 2013

PERISTIWA 13 MEI : RUSUHAN KAUM



Hari ni 13 Mei 2013. Semua orang tahu apa yang berlaku pada 13 Mei ini. Dimana berlakunya Rusuhan Kaum sehingga menyebabkan Malaysia pada ketika itu diisytiharkan Darurat. Nak tahu apa yang berlaku ketika itu? Jom baca sedikit info yang aku dapat dari Wikipidia.


PERISTIWA 13 MEI




Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. 

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. 

Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya. Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. 

Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.


Anggota FRU yang bertugas semasa rusuhan


Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. 

Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. 

Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo. 

Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idristelah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.

Kesesakan yang berlaku akibat rusuhan


PEMBANGKANG MERAIKAN KEMENANGAN

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. 

Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. 

Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris. Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. 

Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.






PERARAKAN KEMATIAN CINA

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu. 

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

PERSEPSI

Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.

Pada tahun 2007, satu buku — May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong — telah diterbit oleh Suaram.

Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.



Bagaimanapun ia hanyalah merupakan suatu pendapat sahaja atau cerita dari sebelah pihak lagi yang belum lagi pernah dibuktikan kesahihan atau sebaliknya. Satu lagi persepsi yang kurang tepat disebarkan ialah penglibatan Lim Kit Siang dalam peristiwa 13 mei ini.

Menurut Penasihat DAP itu, beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969. "Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969 kerana menunggu keputusan, hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad)," kata Lim.

Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei 1969, beliau pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan terima kasih kepada pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum terima kasih kepada pengundi pada sebelah malamnya. Kedua-dua acara itu katanya telah berlangsung secara aman.

"Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan perarakan dan rapat umum berterimakasih kepada pengundi selepas pilihan raya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13hb Mei 1969 untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung.

"Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur," kata Lim. Beliau juga memberitahu, dalam ucapan pertamanya di Parlimen pada 23 Februari 1971 setelah beliau dibebaskan daripada tahanan ISA pertamanya, serta selepas Parlimen dipulihkan, semasa membahas Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 1971, beliau telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen ditubuhkan.

"Saya meminta suruhanjaya ini yang keahliannya termasuk wakil-wakil bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing, untuk antara lain, 'mengenal pasti punca rusuhan Mei 13' dan 'membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei 13 di masa depan, dan menghentikan masalah polarisai kaum di Malaysia'," kata Lim.


SUMBER: http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

...............................................................................................



Andai kata warga Malaysia tidak tahu nak menghargai keamanan yang kita kecapi sekarang, mungkin Peristiwa 13 Mei 1969 akan berulang. Jadi tolong bersatu demi keamanan Negara kita. Di zaman yang moden ni, leceh kalau kita terpaksa berperang dan negara kita tidak aman.

Biarpun berbeza agama dan bangsa kita tetap 1Malaysia. Biarpun berbeza parti politik, kita tak perlu berbalah nak menegakkan fahaman dan pendapat masing-masing sehingga putus sahabat dan bergaduh di laman sosial.

Sayangilah keamanan negara kita Malaysia.




Friday, May 10, 2013

PERSEDIAAN MAJLIS #5: KAIN AKAD NIKAH



Assalamualaikum...

Semalamkan gebang-gebang kosong dengan En TTM. Ada la dia cakap mak dia suruh beli Kain pasang untuk buat hantaran nanti. So kami buat keputusan dia beli untuk dia sendiri aku beli untuk aku sendiri. Al-maklum la duduk jauh, so nk senang masing-masing beli ikut citarasa sendiri, bila dah balik nanti just tukar je untuk bagi hantaran.

Aku pon menambah la.. "Tu la dulu i cakap (tetiba i plak kan) suruh beli siap-siap kain untuk akad nikah nanti buat hantaran, nanti tak la kalut sangat nak kena cari kain bila dah dekat majlis.." So settle dah satu bab. Masuk plak bab warna, aku nk warna cream lain sikit dari kebiasaan. Tapi dia nak putih katanya suci sikit...Ada la terkeluar pasal warna kuning ayaq tapi tak tau la...

Aku tak suka sangat warna putih bukan apa sebab susah nak jaga. T-Shirt putih aku slalu terkena warna bila basuh baju, dari baju mana aku tak tau... Pastu susah nak jaga satgi terkena kotoran susah keluar dah la aku ni loqlaq sikit...Tengok2 kotoq ja baju tu...Lepas tu jadi baju pakai tidoq je la. Tapi disebabkan aku bakal isteri mithali aku mengalah je la.. **mithali sangat** hahaha

Untuk kenduri blah dia, dia nak warna purple. Eh mana boleh, tu warna feveret aku...Haruslah berebut dengan dia nanti hahaha...  Masuk plak bab warna hantaran dia nanti, dia kata tak tau sebab mak dia yang buat. Tapi dia ada kata kalau hijau putih tak pa dak?? Pas sangat kan haha... Dia tau aku tak suka hijau saja la tu nak ngusik. So aku bagi cadangan merah+putih tapi tak tau la kat depa.. Tak kisah la warna apa pon.

Pastu dapat satu idea nak mengusik.

Aku   : Nantikan lepas bertunang, tiap-tiap bulan kita beli 1 barang untuk hantaran. 
TTM : Ok...
Aku  : Tapi U beli barang U sendiri, I beli barang I sendiri, U tu cerewet satgi tak kena selera susah plak... Beli sendiri-sendiri cuma duit tu dari U la semua...Hihihi
TTM : Amboi... **lembut jer amboi tu**
Aku  : hehehehe...yela kita share la... 

Sekali lagi sebagai seorang bakal isteri Mithali marilah kita sama-sama membantu meringankan bakal suami kita. Kita nak buat benda baik kan? Jadi jangan menyulitkan lagi keadaan.

Kepada ibu bapa di luar sana, jangan menyulitkan keadaan anak anda dengan meletakkan hantaran yang tinggi-tinggi. Depa nak buat benda baik, nak mendirikan masjid, setiap orang juga kemampuan tak sama, lainlah kalau depa tu anak Datuk nak letak mahal-mahal pon no problem. Just doakan kebahagiaan anak-anak ;)

Tinggal kurang lagi 20 hari. Semoga dipermudahkan segalanya..... Aminnn.... 




Thursday, May 9, 2013

ZAMAN KANAK-KANAK




Siapa rindu zaman kanak-kanak dia sila angkat keyboard?? Ampa mesti rindukan zaman kanak-kanak yang tiada masalah tapi dipenuhi dengan gelak tawa kita, Hari-hari bangun tidur, mandi, makan dan main. Itu jer yang kita tau. Nama pon kanak-kanak mana la nak fikirkan masalah negara, masalah rumah tangga dan masalah kerja kan?

Aku rindu zaman kanak-kanak. Rindu nak terjun sungai. Rindu nak membonceng motosikal dengan tokwan aku, rindu bau tok wan aku lepas balik dari bendang..Rindu arwah tok dan tok wan. **kesat air mata**

Zaman berubah, diri kita juga berubah seiring dengan zaman. Kalau dulu hati kita suci dan bersih kini banyak tompok-tompok hitam yang mempengaruhi sikap kita. Kalau dulu bila kanak-kanak, kita gaduh, esok kita berkawan dan bermain macam tidak ada apa-apa yang terjadi.

Tapi kini, bila bergaduh putus sahabat, bermasam muka dan paling tak boleh blah bergaduh hanya kerana berbeza parti dan fahaman.. Apakah ini??? 

Aku rindu zaman kanak-kanak aku, aku rindu zaman hati aku yang suci tanpa dicemari dengan masalah.. Aku rindu semua itu..... 


Zaman kanak-kanak 3 beradik...



Perbezaan umur hanya selang setahun

Kalau dulu 3 beradik ini rapat tapi bila dah besar, masing-masing lebih selesa buat hal masing-masing. Aku rindu zaman kanak-kanak...

=,)



Friday, May 3, 2013

NUFFNANG: BE & CASHOUT


Assalamualaikum....

Hujung bulan April aku baru cashout duit nuffnang yang ada berapa ringgit jer dalam tu lepas 9 bulan aku simpan. Lama gila kan? Kalau mengandung tunggu masa nak beranak ja tu...

Bila aku tengok Payment History baru 3 kali cashout start 2011, 2012 dan 2013. Mungkin tahun depan plak kot aku cashout hehehe....

Cuma kali ni, jumlah yang aku cashout agak sedikit, mungkin sebab aku pon tak aktif blog macam dulu kan?

Tapi lepas cashout ada lagi BE, tu pon tak banyak sangat amout, ampa pon jangan nak banding-banding plak la dengan amount BE ampa..Ampa kan lagi banyak? Hehehe..



Lepas la duit nak beli roti canai...

=)



Jemput LIKE FANPAGE



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi