Friday, June 28, 2013

PERSEDIAAN PERKAHWINAN & CHECKLIST PERKAHWINAN



Assalamualaikum...

Sekarang ni aku dah start survey apa-apa yang patut untuk wedding day nanti. Dari segi photographer, make up dan goodies. Itu jer la yang aku bagi tumpuan dulu. Tapi alhamdulilah la aku dah dapat booking untuk make up dan juga photographer. 

Ramai yang cakap majlis aku lambat lagi kenapa dok kalut sangat. Suka hati la aku nak kalut ka tak tapi tu hanya mampu jawab dalam hati jer la.... =P

Aku jenis orang yang bila aku buat keja last minute aku akan jadi kelam kabut kemudian aku akan stress sampai migrain. Sebab tu la apa-apa hal memang aku buat persiapan dari awal lagi, Sebagai contoh la aku amik pengalaman dari kawan-kawan depa start buat persiapan dari lepas bertunang lagi sekarang ni hanya nak tunggu majlis dah dok rileks dah. 

Kalau orang nak cakap aku ni terlebih excited ka, beriya-iya sangat ka lantak depa la.. Time hang nanti aku nak tengok plak hang nak kelam kabut ka tak? Jahat tak aku? Hahaha... Ada juga kawan yang memahami depa cakap hang belajaq dari pengalaman eyh? Aku gelak ja. 

Masa aku tunang ritu pon memang last minute aku dapat confirm tarikh, memang jenuh mencari juga la MUA dengan photographer. Bayangkan berapa puluh email aku hantar tapi kebanyakan jawapan sangat mengecewakan aku. Akhirnya dapat gak Mak andam dan juga Photographer lepas puas mencari. So mari kita belajar dari pengalaman.

Checklist pon aku dah buat dah.. Nanti aku kongsikan dengan ampa eyh checklist aku. Dan pada mereka yang tengah pening lagi tak tau nak start dari mana, aku kongsikan checklist perkahwinan.

Kredit to Syokkahwin.com


Nak checklist macam ni tak?? Boleh KLIK SINI

Lepas raya aku dan pasangan akan mula start survey untuk pakaian pengantin lak. Kalau ampa nak suggest mana-mana butik area Alor Star, Jitra dan Sg Petani dialu-alukan.

Itu saja yang dapat aku kongsikan buat bakal-bakal pengantin semua.

Tips: Jangan buat kerja last minute.



Wednesday, June 26, 2013

REVIEW: PELAMIN TUNANG


Assalamualaikum..

Tudia kemain lama nak update blog kan? Hari ni aku nak review mini pelamin untuk tunang. Kemain kan tunang ada pelamin bagai...

Sebenarnya memang aku tak tempah pon pelamin-pelamin ni. Memang nak buat sendiri... Lepas tu aku singgah rumah sepupu aku amik barang hantaran sebab aku minta tolong mak sedara aku buatkan untuk dua bekas. Kebetulan adik dia kahwin baru-baru ni saja la aku tanya pasal pelamin berapa harganya...Lagipun yang buat pelamin tu adik ipar dia.

Saja jer tanya lepas tu kakak (panggilan untuk sepupu aku) tanya tunang ni tak mau pelamin ka? Aku pon jawab tak apa la nak buat sendiri cadangnya. Lepas tu dapat SMS kakak tanya nak pelamin tak? Kakak nk sponsor. Apa lagi macam orang mengantuk disorongkan bantal la terus aku terima.

So ampa jangan ingat membazir plak sebab memang sah-sah jimat sebab ada orang sponsor keh3.... Cantik tak pelamin ni???

Selepas siap pelamin

Asalnya design macam lain sebab diorang letak stage sekali. Pastu walid plak tak bagi letak stage. Diorang terpaksa buka balik pelamin dan pasang balik jadi la design macam yang terpapar dalam gambar. **Mohon bapa2 jangan masuk campur yer dalam urus pelamin ni serah kat orang perempuan jer pasal ni hehe..


Lepas tu aku tambahkan perhiasan sendiri sebagai contohnya ranting kayu yang aku beli dekat Nilai 3, harganya RM7.90 setiap satu. Aku beli dua. Kebetulan ada tempayan dah sebagai hiasan kat rumah aku guna tu jer sebagai hiasan dan tambah bunga DIY paper crepe dekat ranting kayu tu. Ditambah dengan lantern warna merah dan biru harganya dalam RM 2 something.  So jadi la macam gambar di bawah ni...




Lokasi aku amik pelamin ni adalah dekat Pokok Tai, Kedah. Kalau ampa dok area Guar Chempedak ka, Yan ka Bukit Besar, Pendang atau tempat yang berdekatan atapun jauh yang nak pakai khidmat dia boleh la add FB As Mar (kakcik) tapi dia jarang online sket... atau ampa memang betul2 nak deal dengan dia boleh inbox Page GKSB aku kalau nak nombor telefon dia....

Ada sesetengah orang rasa tunang jer pon tak perlu nak pelamin-pelamin bagai..Membazir. Tapi dalam situasi aku di sponsor ok? Kalau yang rasa kurang bajet ampa boleh DIY sendiri pelamin ampa. Tipsnya ampa cari mana-mana gambar yang ampa berkenan dan cuba cari barang-barang yang diperlukan contohnya kain apa nak beli, benda apa nak pakai.. Masa mula-mula tu macam tu la aku buat tapi dah rezeki aku kan ada sponsor alhamdulillah... 

Dan yang pasti banyak kegunaan pelamin ni... Bukan saja-saja nak ada. Kat sini la tempat kita sarung cincin dan bergambar dengan sanak saudara dan juga kawan-kawan... Baru rasa macam puas hati sikit.


2 orang ni jer kawan yang hadir..sbb tak panggil ramai orang pon =P

Aku tak panggil kawan-kawan sangat pon... Aku jemput budak opis 2 orang, dengan 4 orang geng KBU yang dapat datang depa 2 orang ni jer..Terima kasih sangat-sangat yer kome sudi datang (tiba-tiba kuar bahasa perok)


Ni plak adik-adik aku dan sepupu-sepupu termasuk sepupu ipar (ada ker) hahaha.... 

Pic feveret aku


Dan paling best kalau ada pelamin.. kawan-kawan ampa nak posing macam ni pon boleh sambil imbau kenangan sebelum kawen dulu kih3....

 kredit to syakira dan nadzri #cinta blogger 


Sekian

;)



Monday, June 24, 2013

BANTULAH SAYA MEREALISASIKAN IMPIAN PERKAHWINAN

STICKY POST UNTIL 24 JUNE 2013


Assalamualaikum..

Kalau kita tengok sekarang kan trend orang buat videography untuk perkahwinan kan? Suka jer aku tengok. Dalam hati ni teringin gila...(tengok sampai nak gila tu) tapi bila buat videography ni semestinya memerlukan perbelanjaan yang agak besar. Bila aku check balik, rasa macam terlebih bajet pulak -_-" hmmmm....

Tapi kan, kebetulan ada contest yang menawarkan hadiah untuk buat video hari perkahwinan dan aku fikir aku tak patut melepaskan peluang yang ada ni.... Jadi aku telah join satu contest yang dianjurkan oleh Hora Horey Videography 

Cuma sekarang ni bagi membantu merealisasikan impian aku dan pasangan aku memerlukan ampa untuk LIKE gambar yang aku pertaruhkan. Dan lagi baik kalau ampa turut SHARE pic tersebut di lama Muka Buku ampa.... Gambar yang aku pertaruhkan adalah 




Tema contest tersebut adalah romantik. Tapi aku dengan pasangan aku ni mana nak reti romantik-romantik ni. Dah kenal lama pon masih memalu miaww lagi. Masa photographer suruh pandang wajah masing-masing pon malu jer nak pandang keh3..... Gambar ni aku suka sebab aku macam malu-malu hahaha....

Ok la cara nak undi dia senang jer... Tapi ampa kena la ikut steps berikut kalau tak LIKE tersebut tidak akan dikira.  Caranya adalah seperti berikut:





Jadi cepat-cepat LIKE sebab undian LIKE akan dikira start pada 17 JUNE 2013 - 24 JUNE 2013. jam 12 tengahari. Segala jasa baik ampa amatlah dihargai. Semoga rezeki ampa melimpah ruah...

Pada mereka yang nak tolong promote dalam blog masing-masing pon boleh.... Mana tau dapat membantu juga... Lagipun sebelum ni aku pernah menang dalam peraduan kad kahwin berkat dari undian LIKE dari ampa semua, dan insyaallah aku akan gunakan hadiah tersebut untuk buat kad kahwin aku tahun depan..

Sekian terima kasih...




Thursday, June 20, 2013

REVIEW: PHOTOGRAPHER UTARA & GAMBAR PRE-WEDDING



Assalamualaikum....

Kalau sebelum ni aku ada tulis pasal Majlis aku kan dalam ENTRY NI Kali ni aku nk review sket mengenai photographer yang aku amik.... Tapi sambil-sambil tu aku cerita la sikit kan pasal majlis aku tu. 

Sebenarnya aku dengan TTM (baca : kini tunang) dah lama dah rancang nak bertunang ni. Dah banyak kali dah postpone. Lepas tu rancang bulan Mac, kena plak masa tu nak PRU13, tak jadi plak.. Tarikh 25.5.13 ni pon tiba-tiba jer kan jadi sebab tu masa nak cari Mekap dengan dengan photographer susah sikit, kebanyakan dah fully booked. 

Tapi akhirnya hari yang ditunggu tiba dan alhamdulillah segalanya dipermudahkan... Disebelah pihak aku wakil orang-orang tua dah tak ada sebab arwah dengan tok aku dah lama meninggal so untuk jurucakap ayah aku panggil kawan dia untuk jadi jurucakap. 

Masa ni sesi kata alu-aluan dari pihak kami...



Dari pihak lelaki depa ada warga veteran yang jadi jurucakap... (Pakcik tengah tu). 


Aku ada la pesan dekat anak sedara aku suruh rakam video. Jadi dapat la aku tengok. Yang syoknya masa dialog nak mai meminang tu pakcik ni terlupa nama aku...Dialog dia lebih kurang macam ni la.. "Kami ni mai nak meminang...... apa nama tak tau...." disambut gelak tawa tetamu.. hehehe... Pakcik ni terlupa nama aku. Nebes kot keh3....

Bincang pasal hantaran dan mas kahwin kemudian pasal tarikh kenduri akan dibincangkan kemudian. Sekarang ni tarikh dah ada, aku cuma dok survey apa-apa yang patut untuk kenduri nanti. Kemudian sesi sarung cincin. 


Jari besaq baq hang..... malu cheq!

Masa nak sarung cincin pon ada benda lawak yang jadi. Masa bakal mak mertua nak sarung tiba-tiba cincin tak boleh masuk hahaha... Sebenarnya boleh ja tapi sebab gelabah kot laju jer tolak cincin tu masuk..... Terlekat la dah la jari aku ni macam pacat kenyang hahaha.... Lepas tu aku tarik jari, aku tolak sendiri habis cerita hahaha.... 

Ciuman dari bakal mertua... 



Lepas tu sesi outdoor plak. Tempat yang dipilih adalah Batu Hampar, Yan. Lagipun dekat jer dengan rumah ayah aku kat kampung tu... Ayah aku prepare rumah kat kampung siap-siap untuk duduk lepas pencen ni hehehe.....

Semua gambar yg aku upload ni aku edit sikit-sikit jer... Layan jer la gambar kami ni yer hehehe





Masa nak pose untuk gambar ni photograpger suruh duduk atas titi ni dan sembang. Aku siap tanya En Tunang lagi, nak sembang apa ni?? Hahaha... So nampak sangat la kami berlakon keh3....






Untuk pose ni plak photographer suruh pandang wajah masing-masing. Kami berdua ni dah la pemalu bab-bab nak tengok muka masing-masing ni. Lemah betul aku kalau suruh buat pose macam ni. Cheq maluuuu.. Hihihi... So biar jer la En Tunang pandang wajah aku yang cun tu tapi aku tengok pokok belakang dia tu hahaha..... 

nampak kan mata aku pandang ke tempat lain?? =P


3 saat jer pastu tak boleh tahan dah tergelak 2-2 orang hehehe.....



Itu jer kot gambar yang dapat aku kongsikan... Kalau ampa sedang mencari photographer boleh la jenguk kat link yang aku bagi ni

Like Page DeStudioArt
dan ke
Blog Destudio Art

Harga memang berpatutan dan mampu milik. ;)


PSSSTTT: Boleh tolong tak GKSB merealisasikan impian perkahwinan tak?? Rujuk sini yer... KLIK SINI


Thursday, June 13, 2013

PERASAAN



Assalamualaikum...

Amboi sejak baru lepas ehem ehem ni jarang aih aku update blog kan? Hehehe... Sory la nowh tak dan nak update.. Dah la hutang entry kat ampa pasal nk review pelamin tu.. Nanti-nanti la eyh? Nak update pasal tu semua mood kena elok dan tak boleh kelam kabut. Kalau ampa perasan la ada entry aku sebelum ni bila baca rasa tak puas tu sebab time tu aku tak bersedia nk menulis tapi gagah tulis sebab tu rasa tak puas plak nak baca..gitewww.......

Sejak 2 menjak ni memang badan cepat letih. Tidur pon awal ja.... Sibuk sangat nowh padahal banyak fail klien tak complete lagi. Harini pon aku rasa tak sihat sangat, seram sejuk ja badan. Ni semua mesti gara-gara ke Port Dickson semalam program dengan klien kat teluk kemang sana tu. Burn abeh weh muka... Bila ngadu kat Encik Tunang (ngada kan nak ngadu pasal burn jer) dia suh tempek krim banyak-banyak sikit hahaha..Amboi dia....

Ramai yang tanya bila kenduri aku? So jawapannya Insyaallah tahun depan. Bila orang tanya plak macam mana preparation, aku tak buat apa-apa lagi pun. Tak tau nak mula dari mana sebenarnya... Kalau ampa ada tips nak bagi boleh la kongsi-kongsikan dengan aku. Bila tanya En Tunang dia kata nanti la dulu. Dok pening nk cari duit ni bagi cukup hohoho... Ok tang situ aku tak boleh push lebih-lebih, kang meletup plak pakcik yang cool tu...

Perasaan sebelum dengan selepas bertunang? Tak ada perasaan bak kata kawan aku sorang ni si bakal ayah Nadzri. Sama ja rasa cuma tanggungjawab tu lebih sikit. Buat apa pon kena fikir dulu, tak boleh main hentam  keromo jer macam dulu. Bukannya dia suruh pon tapi atas rasa kebertanggungjawaban diri aku sendiri. Hamik hang panjang plak nk eja kebertanggungjawaban ni -_-"

Bagi dia plak dia kata lepas bertunang ja ramai plak cewek-cewek cun cun ramping-mamping yang datang menjengah... Amboi dia..... Nak kata aku cemburu, tak cemburu tapi tercuit sket tu ada la. Sebab senang cerita adalah disini pentingnya kepercayaan. Kita dah kenal lama dah dia, dah tahu dia tu macam mana, lagipun bukan senang lelaki ni nak memilih untuk menjadi seorang yang komited. Bila dia dah pilih kita, percayalah dengan pilihannya.

Aku tak mau banding dengan orang lain, tapi inilah realiti yang aku hadapi. Duduk plak jauh jadi apa yang paling diperlukan adalah saling percaya dan jujur antara satu sama lain. Kalau tak ada semua tu tak mustahil hari-hari berbalah pasal soal ni. Tapi kat sini la kematangan tu diperlukan. Dia pon umur dah nk menjengah 30-an, itulah kelebihannya berpasangan dengan orang yang dah matang. Aku jer yang tak berapa nak matang lagi... Baru 18 tahun #ehhh??? =P

Apa-apa pon aku just dapat berdoa supaya apa yang kami rancang dipermudahkan dan jodoh kami berkekalan. Takut juga andai kata, hmmm tak mau andai andai la... Doakan yang terbaik untuk kami sudah yer... ;)




Friday, June 7, 2013

PENGALAMAN TEMUDUGA JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27



Assalamualaikum...

Aku nak kongsikan sikit la pengalaman aku interview untuk jawatan N27 penolong Pegawai Tadbir.. Mana tau lepas ni ampa plak nak interview kan? Aku interview pukul 2.00 petang dekat pusat temuduga SPA di Wisma Persekutuan Alor Star.

So untuk makluman ampa supaya ampa tak kalut kan sila aturkan fail ampa ikut susunan yang betul. Kena plak yang jaga SPA kedah tu Nana Hashim kalau ampa penah kena dengan dia la, dia akan marah ampa kalau ampa tersalah susunan ka ataupun ampa tak bawa sijil ka depan-depan orang ramai hahaha... Aku pernah kena... Tapi yang bagusnya dia, bila dia buat macam tu lain kali kita takut nak buat silap dan prepare semua siap-siap.

So pastikan ikut susunan perkara-perkara berikut:

  1. Resume bergambar
  2. Surat beranak & Kad pengenalan (original dan salinan)
  3. Sijil SPM /STPM /Diploma /Ijazah (original dan salinan)
  4. Yang lain-lain seperti dalam surat tawaran
Untuk susunan dalam fail plak pastikan muka pertama ada surat beranak dan kad pengenalan yang original. Untuk muka surat seterusnya result exam start daripada yang terendah hingga ke tertinggi.. cthnya dari UPSR ke Ijazah.. Lepas tu baru sijil-sijil berhenti sekolah hingga ke sijil-sijil lain.

Susunan ni adalah dari SPA sendiri yer... So kalau ampa tak mau kelam kabut sila persiapkan semua ni. Sebab masa time aku tu ada sorang budak ni nombor dia dah panggil dia tak habis susun sijil lagi. 

Macam biasa yang temuduga aku tu adalah seorang lelaki dan seorang perempuan berbangsa cina. Soalan pertama yang aku dapat adalah Introduce yourself in English. So pong pang pong pang la aku speaking. Lepas tu dia tanya pasal Intergriti. Bidang tugas mengenai jawatan N27. Yang ni wajib ampa tau. 

Aku dapat soalan cepu emas. "Awak ni dari gred "S" sekarang ni awak nak mohon gred "N" nanti banyak masalah akan timbul, macam mana ni??" Aku pon balas balik... "Saya fleksibel... dalam kerja saya sekarang pon saya dah mempersiapkan diri untuk menjadi seorang yang fleksibel dalam melakukan setiap tugasan yang diberikan. Jadi saya rasa tak akan timbul masalah kerana kerja saya sekarang juga berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan fail". Tudia aku punya goreng hahaha......

Tapi aku kantoi dekat soalan pasal menteri... Hahaha... Dia tanya menteri dalam negeri, aku p jawab Datuk Hishamuddin.. Padahal jawatan tu dah bertukar... Penemuduga tu tanya balik.. Bukan dah tukar ker? Dia tukar suka sama suka. Rupa-rupanya Datuk Hishamuddin dan bertukar dengan Datuk Zahid Hamidi. Kantoi-kantoi. Padahal baru lepas tengok jer pasal menteri ni. Boleh plak terlupa. Hohoho

Dan paling best aku dapat soalan "berikan 3 orang selebriti yang dapat anugerah dari Yang Dipertuan Agong sempena hari Keputeraan Baginda". Memang aku ngaku aku tak tau langsung pasal ni. Tapi aku tembak juga Dato' Micheal Yeoh...Nasib betul keh3....Yang selebihnya aku jawab "Lagi 2 maaf saya kurang pasti.".tu je aku mampu jawab. 

Itu je la pengalaman temuduga yang aku nak kongsikan dengan ampa. Sebelum keluar tu penemuduga ada kata tunggu surat dari SPA. Aku pon tak pasti dapat ke tak cuma aku doa sangat moga aku dapat kerja ni sebab kerja aku sekarang ni status kontrak. Insyaallah andai kata ditakdirkan rezeki aku, aku bersyukur sangat. Mana tau rezeki orang nak mendirikan masjid hehehe...

Doakan supaya Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada GKSB.. Aminnnn...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi