Wednesday, July 31, 2013

RAKAMAN VIDEO KLIP RAYA BERSAMA DENGAN MOHSIN VIPFULLHD


Assalamualaikum...

Baru-baru ni aku dapat jemputan dari Abg Mohsin dari MohsinVipfullhd untuk buat rakaman video raya bersama pasangan masing-masing. Disebabkan En Tunang tak dapat hadir, aku pergi sorang je tanpa berteman. Ramai juga yang pergi tanpa teman rupanya.. =P

Lokasi adalah rumah Tok Su di Taman Rimba, Alor Star. Lokasi femes bagi pasangan pengantin untuk bergambar. Aku sampai sana sebelum pukul 10 pagi.. Sebab shoot pukul 10 pagi. Tapi disebabkan ramai yang tersesat agak lewat mula...

So tugas kami sebagai pelakon video klip adalah miming lagu raya Warna Warni di Aidilfitri. Aku jadi Erra kot ahahaha... Memang malu nak miming tapi terpaksa buang kemaluan itewwww heww heeww hewww =P
Nanti kalau ampa tengok video asyik tengok aku tersenyum lebaq ja sebab tengah tahan gelak haha...

Jom tengok gambar-gambar di sebalik rakaman video raya yang kami buat ni...


Sebelah kiri aku model ok?? 2-2 orang tu sebab tu comel sangat....

Hafal lirik dulu.... 

Lagu tu 2 rangkap ja aku nak kena miming tapi gelabah punya pasal susah gila nak ingat.... Sampai tersalah miming terpaksa buat balik huhuhu 



Pakat cari mood raya time ni...



Di sebalik tabir...

Meriah depa ni... Asyik gelak ja aku dengan telatah 3suku depa hehe

Hye youuu saja nak glemerkan you hehehe 






Rupanya bukan senang nak berlakon. Tambah bulan puasa... Gila haus tekak... Aku sampai pukul 2 ja...Lepas tu terpaksa undur diri sebab nak pergi Perlis plak berbuka dengan En Tunang...Tapi ni la pengalaman paling berharga... Tak dapat jadi retis betul pon jadi retiss youtube pon boleh hahaha....

Ni la video rakaman tersebut...




Bagi siapa-siapa yang tengah cari Videographer boleh la ke FB Vipfullhd.com pasti dapat tawaran harga menarik... =)





Thursday, July 25, 2013

IFTAR BERSAMA BLOGGER UTAGHA



Assalamualaikum...


Aku nak maklumkan yang geng Kami Blogger Utagha akan mengadakan majlis berbuka puasa seperti makluman berikut:

Tarikh    : 27.07.2013
Tempat  : Restoran Tepi Sungai, Jalan Stadium (Tepi Restoran Mamak bertentangan dengan belakang kompleks belia dan sukan)
Masa     : 6.00 petang 

Nak join?? Boleh roger aku kat  Page Gadis Kampung Separa Bandar



Friday, July 19, 2013

8 CARA MENGENALPASTI LELAKI PENYAYANG


8 cara mengenalpasti lelaki penyayang:

1) Suka Haiwan

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan binatang, kita boleh tengok reaksi dia bila ada haiwan ni sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak terajang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, boleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.

2) Suka Kanak-Kanak

- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana.

3) Berat Akan Orang Tua

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.

4) Berat Akan Adik-Adik

- kita cuba tengok hubungan dia dgn adik. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodoh saje bila si adik ingin beramain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang

5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan

-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsung menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.

6) Pandai Menjaga Hati Pasangan

-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya. Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati

7) Susah Marah

-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecil pun nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting macamni korang berhati-hati la..

8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman

-Kita tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian


...................................................................


Adakah semua ciri-ciri ni ada pada pasangan ampa??? Kalau ada sangat beruntung la ampa... Setakat ni alhamdulillah semua ciri-ciri ada pada En Tunang.. Cuma bab sentiasa murah dengan senyuman tu aku tak pasti plak sebab muka dia selalu slumber jer.... hehehe. Kalau nak banding dengan aku, no 1 tu dah kena reject.. Anak Kucing mai dekat dah jerit2 haha... 

Bila aku kongsikan di FB aku, alhamdulillah ramai yang komen semua ciri-ciri tu ada pada suami dan pasangan masing-masing.... Harap-harap kita semua kekal bahagia dengan pasangan masing-masing insyaallah.... 





Thursday, July 18, 2013

NUKILAN NOOR DIYANA ISTERI ASYRAF MUSLIM BUAT SUAMINYA


Aku nak kongsikan nukilan yang dikatakan milik Noor Diyana isteri Asyraf Muslim. Sejauhmana kebenarannya aku tak pasti tapi mari kita renungkan nukilan isteri yang telah dimadukan... 


Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu

Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan..



Sedih dan sayu bila membaca nukilan ini.... Inilah perasaannya bila seorang isteri dimadukan tanpa kerelaannya.... Lelaki...fikirkan lah hati dan perasaan isteri... tergamakkan anda melukakan hati seorang isteri.

Update 19/7/13: Nukilan ini telah disahkan bahawa ia bukanlah hasil nukilan Dayana.. Tapi milik seseorang yang mungkin cuba menyelami isi hati Dayana lalu menulis puisi tersebut...




BILA ADIK BELAJAR PUASA


Assalamualaikum dan Salam sejahtera...



Hari ni dah masuk 9 ramadhan... alhamdulillah.... Adik aku si puteri yang kecik tu pon dah mula belajar puasa. Cuma puasa hari pertama dia puasa sekerat hari ja.... Cerita dia macam ni, umi aku tengah goreng ubi kentang untuk berbuka..Maybe nak masak sambal kot..si puteri ni dah pesan siap-siap nanti simpan dekat adik sikit...Umi aku pon simpan dekat dia dan letak atas meja...

Lepas tu umi aku pusing jer tengok-tengok pipi adik kembong ja... Muka pon kecut takut kena marah dengan umi...Boleh pulak budak ni curi-curi makan pastu terkantoi dengan umi hahaha.... Ampa bayangkan dalam mulut ada makanan, dengan pipi kembong lagi memang tak boleh nak cover dah la hahaha.... Nasib baik budak ni baru 6 tahun...1st time nak belajar puasa... Takut sangat kena marah sampai muka pucat..

Lawak betoi budak ni..Tapi masuk hari kedua berpuasa sampai la hari ni memang dia puasa penuh. Alhamdulillah... Aku dah warning siap-siap kalau nak ikut kakak p buka puasa dengan abang (En. Tunang) adik kena puasa penuh. Apa lagi semangat la dia nak puasa penuh... Aku pon nak bagi semangat dekat dia satu hari puasa aku bagi RM1 untuk dia...

Ada sekali tu aku call dia cakap "Harini adik dapat RM6 dah sebab 6 hari adik puasa.. Tapi kakak kena bagi RM6.50 sebab hari pertama adik puasa sekerat hari..." Banyakk cantik muka dia hahaha.... Pandai plak dok kira kalau puasa sekerat hari dapat 5kupang hehehe,,,

Insyaallah esok aku balik ke Alor Star untuk berbuka puasa dengan family dan En T ehehe... Tak sabar plak kan keh3....

Apa pon ramadhan kali ni insyaallah ramadhan terakhir sebagai bujang... Tahun depan dah jadi isteri orang hihihi.. =P



Friday, July 12, 2013

RAKAMAN PRIMADONA @ ASTRO / LEMAH KAWALAN KENCING (LUL)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru-baru ini aku telah mengikuti rakaman Live Primadona di Astro Bukit Jalil atas jemputan kak Sumi Jelly....Rupa-rupanya kak Sumi Jelly menjadi tetamu jemputan dalam program ini yang membicarakan tentang Lemah Kawalan Kencing (LUL) yang sering terjadi kepada mereka yang mengandung.

Menurut Dr Seri Suniza Sufian iaitu tetamu jemputan, masalah ini juga boleh terjadi bila kita bersin, ketawa, bersenam dan mengangkat barang. LUL ni sebenarnya bukanlah penyakit tetapi adalah masalah kesihatan. Jadi mereka yang mengalami masalah ini tak perlu malu sebaiknya pergi berjumpa dengan doktor dan membincangkan perkara ini dengan doktor. 

Nanti doktor akan suggest macam mana nak buat senaman ni... Senaman kegel atau bahasa biasanya senaman kemutan. Ha Gelak plak ampa nowh...Tapi ni betul la... Nak tahu caranya?

CARA SENAMAN KEGEL

Caranya adalah pertama sekali selesakan diri anda. Kemudian, kemutkan otot pelvik anda seakan cuba untuk menahan kencing. Tahan otot itu selama 10 saat ketika bernafas normal kemudian relaks dan ulang sebanyak 10 kali, tiga kali sehari. Boleh buat bila-bila masa, tengah drive pon boleh bukan orang tahu pon hehe...


Situasi ketika proses rakaman

Salah seorang tetamu jemputan adalah pelakon Lydiawati.. Cantik dia.. Umur dah 47 baya ummi aku tapi perghhh maintain weh... segak gila... 




Bila berakhirnya sesi rakaman ini dihiburkan oleh Kak Ros (Kilauan Emas) yang memang kelakar habis bila tengok keletah dia ehehe....



 Che Ta memang cun habis la... Macam mana pon aku tetap suka Raja Azura sebab cara dia mengacara boleh kata tu makanan dia la... Pandai menceriakan suasana.. 


Tetamu jemputan


Aku dan Kak Sumi Jelly







Sempat lagi bergambar dengan Lydiawati. Sporting gila melayan kita hehe...




Ni adalah pengalaman baru aku untuk lihat rakaman secara Live. Terima kasih kak Sumi jemput untuk ke program ni...

;)



Thursday, July 11, 2013

SHOPPING RAYA BERSAMA ANAK YATIM



Seperti tahun yang lalu, insya’ Allah pada tahun ini Projek Iqra’ akan menganjurkan program tahunan yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menaja wang atau menyumbangkan masa, tenaga dan minyak kereta untuk meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal dalam program Shopping Raya 2013. 





Pada tahun ni 4 buah anak yatim telah terlibat iaitu: 

Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana,  Puchong (Selangor) 



Rumah Anak Yatim, Semarak, Nilai



Rumah Gemilang, Sik Kedah



Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi (Kuala Lumpur)


Kesemua penghuni rumah akan dibawa merasai kemeriahan membeli-belah sempena menyambut Aidilfitri pada tahun ini di Pasaraya Besar Tesco Ampang, Tesco Nilai dan Tesco Alor Setar manakala Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana akan membeli-belah di Mydin USJ.
Terdapat 3 cara bagaimana tuan dan puan boleh menjayakan projek ini:
1. Menaja seorang anak dengan nilai tajaan RM188 seorang
2. Menawarkan diri dan pasangan/kawan untuk menyertai konvoi Shopping Raya di 4 lokasi tersebut pada tarikh yang akan dimaklumkam dibawah.
3. Menyebarkan informasi projek ini supaya lebih ramai orang mengetahuinya.
Tuan/puan yang berhajat untuk menaja sudah boleh menyatakan bilangan anak yang hendak ditaja dengan reply dibawah ini atau email ke info@projekiqra.com
Untuk menaja, sila isikan borang dibawah ini dengan lengkap untuk membolehkan kami menghantar resit rasmi kepada anda. Resit ini bukan untuk tujuan pemotongan cukai, sebaliknya ia resit rasmi tanda menerima sumbangan tuan/puan. Resit dan booklet program akan di pos pada pertengahan Julai 2013.
Untuk menaja, sila buatkan bayaran tajaan anda ke:
AKAUN: MAYBANK
NAMA AKAUN:  PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA (jika isu cheque, jangan lupa tanda ‘ pada perkataan Iqra’)
NO AKAUN: 5648-1050-4003
EMAIL: info@projekiqra.com
NO TEL: 019-2175597 (SUHAIMI – Bendahari) / 017-274 8904 (Sharifah Sharina – Timbalan Pengerusi)
PERINGATAN: Adalah mustahak untuk anda memberikan bukti transaksi melalui mana-mana cara yang telah diterangkan diatas dan dibawah supaya kami dapat trace setiap transaksi yang masuk bagi mengelakkan kesilapan.

Dan pada 20 Julai 2013 ini, lokasinya adalah di Rumah Anak Yatim Gemilang, Sik..Kemudian kita akan ke Tesco Alor Star untuk shopping. Pada mereka yang ingin menyertainya boleh mendaftar sebagai sukarelawan di SINI 


TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi : Berkumpul di dewan rumah anak yatim yang terlibat.
8.30 pagi : Ucapan aluan. Taklimat kepada para sukarelawan. Sessi Fotografi.

10.00 pagi : Bertolak ke tempat membeli-belah

10.30 pagi : Tiba di tempat membeli belah

11.00 pagi : Taklimat dari pihak pengurusan pusat membeli-belah.
11.30 pagi : Shopping Raya 2013
1.00 Petang : Berkumpul semula/solat zohor
2.00 petang : Bertolak balik ke rumah anak yatim
3.00 petang : Dijangka tiba dan sesi pemulangan anak-anak yatim.


Ada yang berminat? Boleh ke Blog Shopping Raya atau FB Projek Iqra'



Wednesday, July 10, 2013

MAKAN BERSAMA "MR. BARRACK OBAMA" DI SMASHIES BURGER


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru-baru ini aku telah menghadiri majlis perasmian Smashies Burger di Metro Genting, Jalan Genting Klang. Pelancaran kali ini turut dihadiri oleh Mr. Barrack Obama. Eh tak percaya?? Ampa akan percaya bila tengok gambar-gambar yang akan aku sajikan nanti hehehe...


Mr President secara rasminya merasmikan Smashies Burger


Terbaikkk......

Bukan senang kita nak tengok Mr Barrack Obama datang ke Malaysia.... Tak percaya lagi?? Cuba tengok sekali imbas... Masuk dua kali maknanya mata ampa rabun sebab salah tengok keh3.....



Menu-menu yang disediakan memang terbaik.... Kalau ampa suka mencuba sesuatu yang baru Smashies Burger la pilihan terbaik.... Tambah bulan-bulan puasa ni kan kalau nak cari tempat berbuka pon sini lah tempatnya....

Sebelum nak pilih makanan jom tengok menu dulu

Yang mana satu menjadi pilihan??
Ni adalah menu yang dipilih oleh bloggers yang turut hadir pada hari itu iaitu Bro Framestone, Deq Noor, Kak Ina KL dan lain-lain lagi

Portobello Fries <<<RECOMMENDED

Lord Of the Mess






Hot Chicks untuk aku sebab aku hot stuff  #perghhhh


I am Single sesuai untuk mereka yang single hehe


Ini adalah jenis-jenis roti yang mereka sediakan. Macam-macam warna

Dan semua roti tu dibuat dari bahan asas ini


Sempat bergambar dengan Kak Ina KL. First time jumpa




Sebijik kan macam Barrack Obama. Dia adalah Ilham Anas, seorang rakyat dari Indonesia yang bekerja sebagai wartawan di sana. Dan kelebihan yang dia ada adalah mempunyai wajah yang mirip President Us, Barrack Obama. Kelebihannya itu juga telah membawa dia ke serata dunia....

Jangan lepaskan peluang untuk merasai Smashies Burger ni di:


Smashies Burger

 Lot 126-G-5, Metro Genting,

 Jalan Genting Klang, Setapak,

 53300 Kuala Lumpur, Malaysia

 Business hour: 12.20pm-11.30pm


FB: SMASHIES BURGER


p/s: Thanks Bro atas jemputan ini



Tuesday, July 9, 2013

PUASA TERAKHIR SEBAGAI BUJANG



Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulillah.... bertemu lagi Ramadhan tahun ni. Buat kali kedua aku berpuasa sebagai anak perantauan di Kuala Lumpur dan juga mungkin puasa terakhir sebagai seorang bujang. Tahun depan insyaallah dengan suami plak hehehe....

Ramadhan kali ni aku harapkan semoga menjadi satu titik perubahan kepada kita untuk menjadi lebih baik dan mengumpul pahala sebanyak yang boleh.... Benda-benda yang lama kita lupakan dan berubah untuk menjadi seorang yang baru. Di bulan Ramadhan yang mulia ni la kita amik kesempatan untuk mengejar amal yang telah dijanjikan kepada kita...

Tahun ni jer la akan pakai title "Cik" lepas ni "puan" plak. Tahun depan puasa berdua lepas tu insyaallah bertiga ewahhh ngengada plak kan... Tapi betul la kan hehe... =P

Di kesempatan ni juga aku nak mohon maaf andai kata ada salah dan silap sama ada aku sedari atau tidak sedari. Semoga kita akan menjadi seorang manusia yang lebih baik insyaallah.....


P/S: Jangan lupa bangun sahur... ;)

SESUAIKAH AKU DENGAN DIA??


Assalamualaikum

Berhenti sekejap dari tugasan...Jadi aku nak tulis sikit pasal perhubungan. Biasanya dalam proses nak mengenali diri pasangan masing-masing kita akan berusaha untuk saling menyesuaikan diri antara satu sama lain.

Bezanya pasangan pada zaman sekarang ni, berkenan dulu kemudian couple baru nak menyesuaikan diri antara satu sama lain. Itu yang tak sepatutnya berlaku. Sepatutnya kita kena berkawan dulu baru kita decide sama ada dia sesuai untuk kita atau tak. Aku belajar dari pengalaman ok bukan saja-saja aku tulis macam ni.

Kadang-kadang bila kita dah melalui satu fasa iaitu kau-pakwe/makwe-aku bila timbul masalah kau akan paksa terima diri kau untuk menerima dia sebab kau dah terlajak sayangkan dia. Walaupun ada yang kau kurang berkenan kau terpaksa menerimanya juga sebab kau dah beri komitmen pada sesuatu perhubungan tu. Itulah yang pernah aku alami dan akhirnya hubungan tu tak kemana pon. Menyesal lagi adala...

Kalau dulu, kita bercinta menggunakan emosi, maksudnya terlalu emosi sebagai contoh dia ada kawan perempuan/lelaki kau suspect dia ada skandal, keluar ke sana sinun tak boleh.. Nak enjoy dengan kawan-kawan kena minta izin dulu, pendek kata itu tak boleh itu tak boleh, cemburu sana sini. Tension kan kalau ada dalam situasi macam ni?

Hubungan kita dengan kawan-kawan pon mungkin terjejas. Yela kalau dulu sebelum bercinta kau bebas tapi bila bercinta rasa macam dalam sangkar plak, kalau sangkar emas tak apa la ni sangkar pon besi karat achaneee???

Aku nak berkongsi sikit pengalaman aku dengan En Tunang aku sekarang. Kami berdua jenis rileks ja. Tak suka nak pening-pening kepala itu tak boleh ini tak boleh. Dia ada kesukaan dia sendiri aku ada kesukaan aku sendiri. Dia paham aku dan aku paham dia. Dan paling penting dia dah kenal aku macam mana, jadi untuk dia risau aku ada lelaki lain ke apa ker bukan cara dia la sebab dia pernah cakap sekali dia hilang kepercayaan memang susah la dia nak percaya lagi.

Jadi aku amik perkara itu sebagai ingatan untuk aku. Kalau nak buat apa pon aku fikir dulu sebab tambah sekarang ni aku bawa nama sebagai tunangan orang, tanggungjawab tu lebih la sikit.. Macam tu juga dengan dia. Tambah duduk berjauhan macam ni macam-macam perkara boleh berlaku tapi disebabkan kami dah saling berjanji untuk jaga hubungan ni elok-elok untuk bina masjid, kejujuran, kesetiaan dan kepercayaan jer tunggak hubungan kami. Itu jer yang kami boleh jamin. Insyaallah kalau dah jodoh kami Allah akan bantu untuk permudahkannya.


Gambar Hiasan
Lagipun dalam perhubungan ni jangan terlalu banyak perkataan JANGAN. Kalau banyak jangan tu la lagi nak buat. Kalau dia betul-betul dengan kita, betul-betul jodoh kita jangan risau sebab dia akan tetap akan jadi milik kita. Dan paling merimaskan adalah kalau ampa over protective atau bahasa kampungnya kuat mengongkong. 

Rileks-rileks sudah. Sampai masa tup tup dia ajak kawen. Tak payah nak bercinta teruk-teruk nak berair mata bagai.. (Aku la dulu tu). Tapi apa yang aku lalui dulu aku belajar dari pengalaman. Dulu pon aku ada juga perangai-perangai tak semenggah aku. Bila satu tahap kita rasa kita dah malas nak mencari cinta, cinta tu akan datang dengan sendirinya dan lagi sweet bila cinta tu terus ajak kahwin hahaha.... Senang cerita tak payah couple pon. Aku kenal En Tunang dalam FB, berkawan, kemudian jumpa dan kenal. 

Rasa serasi bersama sebab dia jenis tak memeningkan kepala aku, jenis rileks ja tak suka nak marah-marah apatah lagi mengongkong. Kalau ada tak kena dia tegur cara elok. Kalau bergaduh pon kejap jer... Lepas dia buat lawak aku dah ok balik. Tu la kelebihan dia... Cuma manusia ni mesti la ada kelemahannya juga. Jadi pandai-pandai la kau jaga semua tu yer...

Kehidupan selepas berumah tangga lagilah mencabar. Kalau sebelum ni kita menyesuaikan diri dalam perhubungan sebelum berumahtangga selepas ni nak sesuaikan diri dalam hidup berumahtangga. Segala topeng-topeng semua akan keluar. Macam aku, aku dah bagitau siap-siap aku tak pandai ni, tak pandai itu. So dia akan lebih bersedia la. Tapi bab kerja rumah ni boleh belajar kan?? Hihihi...

Sebagai kesimpulannya pasangan macam mana ampa nak jadi?? Sesuaikah ampa dengan pasangan ampa? Semua tu ampa ja boleh jawab.. Good Luck wahai jejaka dan gadis-gadis dalam mencari cinta... ;)





Thursday, July 4, 2013

LIRIK LAGU RINDU CINTAKU PADAMU ~ NIRWANA BAND



Tengah syok-syok layan lagu kat Hot.fm tertarik dengan single terbaru  oleh Nirwana Band. Terus teringat En T keh3... 

Jom Layan...




Jarak yang memisahkan engkau dan aku
Terlukis sebuah rasa berbingkai rindu
Gelisah karenamu, ingin di dekatmu
Suka dan duka bersamamu

Rindu rindu semakin rindu
Cinta cinta semakin cinta
Aku di sini kau di sana

Rindu rindu semakin rindu
Cinta cinta semakin cinta
Rindu cintaku padamu

Berharap esok hari kita bersatu
Menembus dinding waktu, menghalang rasaku
Gelisah karenamu, ingin di dekatmu
Suka dan duka bersamamu

Rindu rindu semakin rindu
Cinta cinta semakin cinta
Aku di sini kau di sana

Rindu rindu semakin rindu
Cinta cinta semakin cinta
Rindu cintaku padamu

Rindu rindu semakin rindu
Cinta cinta semakin cinta
Aku di sini kau di sana

Rindu rindu semakin rindu
Cinta cinta semakin cinta
Rindu cintaku padamu

Rindu rindu semakin rindu (semakin rindu)
Cinta cinta semakin cinta (semakin cinta)
Aku di sini kau di sana

Rindu rindu semakin rindu (semakin rindu)
Cinta cinta semakin cinta (semakin cinta)
Rindu cintaku padamu, rindu cintaku padamu



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi