Thursday, August 29, 2013

MACAM MIMPI




Aku: Rasa macam mimpi ja kita nak kahwin
En T: Nak jadi kenyataan dah
Aku: Insyaallah.... Nanti orang ada imam orang, yang boleh jaga orang dan lindungi orang
En T: Insyaallah...... =)



Dulu-dulu 





PssssT: Menghitung hari =P






Wednesday, August 28, 2013

GIVEAWAY SENYUMAN MANEH MENYERIKAN SUASANA HARI RAYA

STICKY POST

Hari ni aku nak berkongsi kisah sikit pasal kulit muka aku ni.. Actually kan kulit aku jenis cepat sangat kena sunburn. Kena panas sikit dah sunburn... Tambah masa zaman sekolah dulu, aku kan kuat sukan, boleh kata muka aku kalau utagha cakap hitam meghelit.... Hamikkk hang... Hitam-hitam aku pun ramai pulak koleksi ex-boy uolssss hahahaha... **offtopic**

Tapi kan walaupun kulit aku cepat sangat sunburn kalau kena panas sikit, tapi cepat cerah balik walaupun tak berapa cerah sangat la sebab kulit aku kan sawo matang, hitam manisssss gitewwwww... Nak tau dak apa rahsia aku?? 

Rahsia aku adalah just guna Fair n Lovely jer... Murah pon murah.. Tak payah nak beli yang mahal-mahal. Aku guna Fair n Lovely start darjah 6 hokeyyy... Sekarang ni dah suku abad, So bayangkan la dah berapa lama aku guna.




Apa yang specialnya dengan Fair n Lovely ni adalah:
  1. Mengurangkan bintik hitam
  2. Mengurangkan warna kulit perang 
  3. Mengurangkan kesuraman kulit
  4. Mencerahkan lingkaran-lingkaran hitam
  5. Mencerahkan tona kulit secara menyeluruh

Pernah juga aku try pakai krim lain tapi tak sesuai... Ada yang naik jerawat la, ada naik biji-biji halus macam ruam, terus aku stop dan pakai krim fair n lovely balik sebab yang ni jer sesuai dengan kulit aku....

Dan ada berita baik untuk anda yang nak try produk fair n lovely ni juga atau memang pengguna setia macam aku.. Meh join giveaway yang aku anjurkan ini dengan penajanya adalah Fair and Lovely (FB). Tambah pula lepas raya ni kan kompom banyak gambar raya yang mencuit hati... Time ni la ampa boleh gunakan gambar-gambar ampa yang menarik tu untuk join giveaway. 

Cara-caranya dan maklumat lanjut seperti berikut.

Tema: Giveaway Senyuman Maneh Menyerikan Suasana Hari Raya (Tajuk Entry anda)


Cara-caranya:


  1. Buat satu entry di blog anda dengan tajuk entry "Giveaway Senyuman Maneh Menyerikan Suasana Hari Raya" dan sertakan gambar senyuman maneh anda sama ada gambar persorangan atau berkumpulan yang menunjukkan suasana hari raya yang paling meriah dan kreatif dan tinggalkan link entry anda di entry ini. Contoh gambar:


2. Lengkapkan slogan Saya nak menang produk Fair & Lovely kerana……. (Tidak lebih 20 patah perkataan) 


Ciri-ciri pengadilan:

       Dinilai berdasarkan gambar Senyuman Maneh ketika suasana hari raya yang paling meriah dan kreatif
         Slogan yang kreatif dan menarik
~Pastikan ikut semua steps 

Hadiah 

~10 hamper bernilai RM50 untuk 10 pemenang. Hadiah yang banyak dan pastinya peluang terbuka untuk ramai orang...So tunggu apa lagi join la hehe... 
~1 pemenang akan dipilih dari 10 pemenang berdasarkan slogan yang paling kreatif untuk makan bersama Cik GKSB di Smashies Burger, Setapak Jaya. Nak tahu tahap kesedapan Burger ni?? Boleh KLIK SINI

Tarikh Tutup

Giveaway bermula hari ni 22 Ogos 2013 - 28 Ogos 2013 (11.59 malam).

Giveaway ni terbuka kepada semua jantina kalau sang lelaki nak join pon boleh mana tau nak menang nak bagi untuk makwe-makwe,tunang or isteri ampa atau adik beradik ke boleh jer join tak payah malu2 hehe....

So tunggu apa lagi jom la join..



Monday, August 26, 2013

3 BULAN




Alhamdulillah dah 3 bulan 1 hari.... 6 Bulan lagi nak menghitung hari... Hati makin berbunga-bunga, kerisauan makin berganda... Harap dapat menempuhnya dengan gembira.... =)

Orang kata waktu bertunang ni kita mungkin akan diuji dengan pelbagai perkara dan cara diuji tu semua berbeza antara satu sama lain. Macam tu gak aku dengan pasangan... Ada juga diuji. Pastu bila ada yang dh meletup...Kena bagi cool dulu sebab 2-2 orang jenis "panas" yang bezanya En Tunang ni cepat sejuk.. Aku ni lambat sikit sejuk... Makan hari juga la huhuhu....

Tapi taktik memujuk tu En T pakar.... Aku plak bila dh cool cepat la baiknya...Bab-bab ni kena banyak mengalah la sebab biasa la masing-masing tension..Alhamdulillah la tak ada la sampai menjejaskan hubungan lagi bertambah erat adalah bila dah berbaik hehe...

Hujung minggu ni nak pergi cari baju... Tak ada warna tema sebab kalau tetap warna tema susah nak cari, baik pergi survey pastu amik yang mana berkenan..... Apa yang pasti warna Purple tu wajib ada.. Yang lain tu wallahualam..Ikut perbincangan bersama keh3...

Ada sapa-sapa nak suggest butik yang best-best area Alor Star atau Jitra?? Boleh komen yer tak pon email jer anyss273@gmail.com sebab kalau yang tak ada blog tak boleh nak komen.... Kalau aku open jer banyak plak spam... Sharing is caring yer,,, =P


PSSSSTTT: JOM JOIN GA GKSB KLIK SINI

Thursday, August 22, 2013

KERISAUAN BERGANDA



Kadang-kadang hati kita ni selalu risau tak bertempat.. Risau itu ini, fikir itu ini... Takut jadi macam ni macam tu... Tu semua adalah mainan perasaan saja... Selagi kita tak laluinya kita tak akan tahu apa kesudahannya betul tak??

Macam tu la aku dengan En Tunang. Selalunya kalau nak dekat kenduri kahwin ni macam-macam dugaan akan muncul. Time tu la nak bergaduh ka apa ka...Semua ada. Tapi alhamdulillah la... Nak kata gaduh tu tak ada la sangat cuma feeling hati berbunga-bunga tu jer lebih hahaha..... 



Kalau ada masalah sembang-sembang bincang-bincang settle malam tu juga. Tak nak bawa sampai ke hari esok atau lama-lama sangat masalah tu. Tu la untungnya ada pasangan yang lebih berusia dari kita sebab kematangannya dia tu akan mengajar kita menjadi lebih matang juga.

Kalau dah kenal lama tak kan kita still tak boleh tahu perangai dia macam mana? Pe'el dia macam mana? Sebagai contoh En T akan jadi seorang yang moody bila dia balik keja atau bangun tidur. Masa aku still tak berapa paham sangat pe'el dia yang satu tu, petang time dia balik kerja aku call cerita itu ini agak-agak macam mana reaksi dia?? Marah? Tak...dia jarang marah cuma dia layan nak tak nak la...Lepas tu mula la nak rasa kecik hati la apa la...Padahal dia tengah penat-penat balik kerja... Pastu mula la nk merajuk ahaha...

Bila dah banyak kali jadi macam tu En T pon terangkan dia akan moody bila bangun tidur dan balik keja. Masa tu aku terfikir juga apsal aku tak ada macam tu pon? Tapi bila lama-lama kita fikir balik, jangan la sama kan orang lain dengan diri kita. Ada sesetengah orang ni lain caranya... Ye tak? So nilah proses untuk kita mengenali pasangan kita dengan lebih dekat =)




Aku bukannya pandai sangat bab-bab ni dan aku pon tak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan. Tapi kita cubalah belajar semua tu. Belajar untuk jadi yang terbaik untuk pasangan walaupun kita rasa pasangan tu banyak sangat kekurangan yang tak boleh blah hahaha....Tapi kena tanya diri balik diri kita ni elok sangat ka?? Boleh blah sangat ka?? Ha hamikkk hang... Tahu pon diri tu banyak kekurangan... So jangan la judge orang...

Aku pon tak perfect banyak sangat kelemahan tambah bab-bab kerja rumah lemah sangat... Tapi bab masak boleh la tahan hihihi... Tak apa la, nanti tugas mengemas kita bagi suami aku buat hahaha... =P Apa-apa pon kita berusaha untuk berubah orait???

Paling penting sekali adalah perbincangan dan kena saling memahami. 2-2 pihak kena ada dua tu kalau tak lagi susah...Banyak masalah akan timbul... Sama-sama kita berubah yer =)







Wednesday, August 21, 2013

THE LOST WORLD OF TAMBUN BLOGGERS GETAWAY


The Butterfly Project of Malaysia telah mengadakan getaway yang special untuk blogger. Soalan dia berbunyi macam ni... Why I want to go to The Lost World Of Tambun With The Butterfly Project Of Malaysia?



Why I want to go to The Lost World Of Tambun With The Butterfly Project Of Malaysia?

1. PERLUKAN KETENANGAN DAN REHATKAN MINDA


Pertama sekali adalah aku sangat perlu merehatkan minda dan fikiran aku yang tengah serabut untuk persiapan majlis nanti. Jadi aku perlukan sedikit ruang untuk berehat dan destinasi yang terbaik yang menjadi pilihan aku untuk bersantai adalah The Lost World of Tambun. 

Nak tidur di hotel dia yang selesa tu hehehe... (Macam tak pernah tidur hotel plak) kih3


Perghhh hotel dia memang cantik sesuai la untuk honeymoon... Boleh la honeymoon kat sini nanti #ehh?? =P

2. NAK RASAI SENDIRI MAIN WATER PARK LOST OF TAMBUN 



Paling teringin sangat aku nak cuba. Syiokkk kot...Baru jer tengok kat tv, time tu dah rasa tergedik-gedik dah nak try main dekat waterpark ni. Al maklum la dah lama tak pergi bercuti hehehe


3. NAK CABAR DIRI SENDIRI DI AMUSEMENT PARK 


Yang ni pon aku teringin nak try kalau aku dapat ke sini. Walaupun aku gayat nak juga cabar diri sendiri. So bagilah peluang aku ke sini yer?? Phewwww **lap peluh

Macam-macam aktiviti kat sini yang boleh kita saksikan. Persembahan macam ni bukan boleh tengok selalu... 


4. HOT SPRINGS & SPA

Paling best adalah hot springs & spa ni... Bila lagi nak rasa dibelai dan dimanjakan di spa.. Pendek kata semua best best la dekat Lost World of Tambun ni...




Rupa-rupanya banyak aktiviti dan permainan yang best yang boleh kita cuba. Kalau nak maklumat lanjut pasal aktiviti yang disediakan anda boleh ke Page FB The Lost World of Tambun 

Apa yang paling menarik lagi perjalanan kali ini adalah dengan menaiki KTM dari KL Sentral hingga ke Ipoh.. 

Dah lama tak naik hihihi....

Harap-harap aku adalah salah seorang yang akan terpilih untuk join trip kali ni ;)



Monday, August 19, 2013

REVIEW: CHECKLIST PERTUNANGAN GKSB



Assalamualaikum.... 

Amik mood kejap nak update blog... Alhamdulillah majlis pertunangan aku dah selesai dengan jayanya bulan 5 hari tu. Tips sebelum nak buat apa-apa adalah kita kena sediakan checklist. Tak kira la lambat ka cepat ka checklist tu yang penting..Bila dah selesai semua baru kita tahu berapa bajet yang kita telah gunakan... 

Yang ni adalah bajet dan checklist aku untuk majlis pertunangan... 




Jumlah yang telah aku habiskan lebih kurang RM883 untuk semua sekali... Nampak macam banyak tapi aku rasa aku jimat lagi banyak sebab banyak orang sponsor.... Cuma berhabis dekat Mekap dengan photographer jer... Tapi tak apa la aku puas hati dengan mekap dan gambar pon cun-cun. Boleh baca REVIEW MUA dan REVIEW PHOTOGRAPHER

Walaupun jumlah RM8++ tapi tak terasa sangat sebab aku buat persediaan dari awal dan selalunya pembayaran bukannya dalam masa serentak. Itulah kelebihannya bila kita buat persediaan awal ;) Beli sikit demi sikit dulu yer... Camtu juga aku dapat tips dari kawan-kawan yang lain untuk barang hantaran nanti. Bila nak dekat kenduri tak terasa sangat kita guna duit banyak huhu...

Dah bincang dah dengan En Tunang pasal ni... Kita beli sikit demi sikit dlu nowh.... Hujung bulan ni insyaallah misi nak mencari baju resepsi plak... Ada la En Tunang cakap "Kita pakai lain dari yang lain sikit mau tak??" Aku tanya pakai apa? Dia jawab "Jersey" pastu gelak2... sekeh juga japgi.. Aiyakkk!! Kalau minat bola pon agak-agak la kan.. 

Pejam celik pejam celik insyaallah 6 bulan lagi majlis aku. Risau semua ada... Macam-macam aku fikir... Sebelum tidur tu mesti nak fikir macam-macam lepas tu sampai mimpi-mimpi.... Rasa macam susah sebab aku duduk jauh... Kalau dekat senang.... Bila duduk jauh ni macam terhad sket nak buat apa2 pon sebab tu la aku memang kena prepare awal apa-apa hal pon. 

Kalau rasa 6 bulan tu lambat lagi tapi bagi aku 6 bulan tu sekejap jer.... Almaklum la dalam family aku, aku orang pertama yang akan kahwin so macam kurang berpengalaman sikit nasib baik la ada kawan-kawan yang banyak bantu aku dan bagi banyak pendapat. 

Bila ingat ja 6 bulan lagi jantung aku mesti berdegup laju... Perut mula memulas.. Alahai..baru 6 bulan.. Kalau 6 hari entah macam mana rupanya huhuhu...Lepas ni insyaallah aku akan kongsikan plak checklist untuk majlis perkahwinan aku. Aku pernah review sebelum ni. Kalau nak ampa boleh download checklist tu kat SINI


Menghitung hari =P




Wednesday, August 14, 2013

PUASNYA RAYA



Assalamualaikum.....

Selamat Hari Raya =P

Baru gegeh nak update blog biasalah sibuk beraya hehehe... Tahun ni memang rasa kepuasan sangat beraya. Tambah sepupu sepapat semua balik, macam-macam projek raya kami rancang. Dari bergambar tepi sawah, mandi air terjun hinggakan BBQ dan paling tak boleh blah budak2 laki wat meriam tanah... Tapi sayang hard disk aku tertinggal kat kampung.. Dah dapat gambar dalam hard disk tu baru sedap sket nak cerita...Postpone dulu la nowh....

Kasi satu dulu gambar pemanas entry

Projek keretapi dalam air di Air terjun batu hampar, Yan


Macam biasa tahun ni boleh dikatakan tahun terakhir sebagai orang bujang. Memang puas beraya dengan family sebab tahun depan belum tentu lagi aku dapat beraya dengan depa, mana tau kena beraya rumah mentua ka..Tapi kalo menang undi bleh lagi beraya ngan family aku... Sebak plak rasa sob sob.....

En Tunang pon tahun ni datang beraya sampai ke kampung aku kat Yan, jauh tu dari Perlis... nak buat gena sepanjang kami duduk Alor Star memang tak pernah sekali pon beraya kat umah sendiri, suma beraya dekat rumah tok kat Yan. Tambah bapak aku dah buat rumah kat kampung lagi sedap beraya di rumah sendiri... 

Bila dah En Tunang datang beraya kat rumah, haruslah aku p beraya rumah dia plak. Sampai-sampai jer terus mak dia ajak makan nasi. Segan cheq.... Tapi tudia la.. kalo makan ramai-ramai ni kena lauk petai plak, habis pecah rahsia yang aku tak makan petai hahaha.... Lagi sayur pucuk apa tah...Dengar pon tak pernah...kesian aku kan? En T plak p bocor rahsia aku tak makan ikan keli, haruan... Adoi malu kat depa.... Nampak sangat kegadisan kampung separa bandar aku ni ahahaha

Pastu kan yang syoknya bakal bapak mentua kata aku dah kurus wohaaa! Aku balas "Perli ka apa ni" sambil gelak-gelak... hehehe... Tapi bakal bapak mentua kata betul la nmpak kurus sket... Terus aku ngadu En Tunang kata aku gemok... Tergelak depa semua..... Bakal Bapak Mentua suruh transfer sket dekat En Tunang... "Tunggu kawin" kata aku dalam hati keh3.... Gila nak kata depan-depan.... Senyum jer la mampu hehehe.... =P

Ni plak gambar raya family aku. 

My family 

Kami tak ada tema sebab semua dah macam-macam warna dah... Paling lari tema hat warna hijau tu. Lari jauh sungguh..... Bukan tak rancang, dah rancang dari awal-awal tapi ada saja yang buat spoil. Kononnya tema warna merah, marron camtu la... Sudahnya sorang merah ang ang, sorang purple sebab tak ada warna lain dah saiz tu n sorang lagi tiba-tiba hijau. Tengok family org len kemain lagi sendondon....

Gitu la raya aku tahun ni...Tunggu aku dapat gambar...Dapat ja gambar terus aku update... Persiapan kahwin tak start lagi. Baju pengantin pon tak survey lagi.... Hujung bulan ni aku balik baru boleh p cari... Sabau jer la... PJJ cmni la....

Raya ampa plak macam mana? Kongsi-kongsikan la... ;)







Friday, August 2, 2013

NUFFNANG: DIGI BUDDYZ & AIZAT


Aku dapat jemputan dari Nuffnang untuk kali kedua kali ni event Digi buddyz Aizat. Kali pertama aku menang contest Nuffnang. BACA SINI. Aku antara 10 blogger yang terpilih untuk join event Nuffnang kali ni... Kelasss ko jah.... Tapi kan.. Event ni bulan 5 hari tu... ya ampunnn Nuffnang..Baru nak update... Kebetulan bulan 5 haritu dok kalut buat persiapan nak tunang... harus la kalut.... 

Terpaksa tanggguh sampai la sekarang... Jangan la Nuffnang ban aku join mana-mana event plak sebab lambat update -_-"  Lepas ni kalau dapat mana-mana event lagi perlu la terus update kalau bertangguh jadi macam ni la.. Belajar dari pengalaman yer.. =P

Kami juga berpeluang untuk tengok sesi rakaman bagi drama Kopi Chombi Buddyz untuk slot Astro. Ada Wawa Zainal, Alif Satar dan ramai lagi retisss... 





Pengarah bagi arahan dah nak buat macam mana hehe



Aizat.... Kita sebaya ker? #ehh??




Tapi kan, lepas tu semua yang hadir tu dijemput untuk jadi pelakon extra dalam video klip Aizat... Kena berpanas sikit la kan hehehe.... Sabar jela.... =)


Pelakon-pelakon extra kih3.....

Alif yang friendly.... ;)

Shhh 
Lepas tu pihak produksi tu tanya kitaorang sama ada nak join tak berlakon jadi pelanggan kat Cafe tu, sebab dah ada geng dan nak cari pengalaman baru, kitaorang join jer.... Walaupun terpaksa berpanas padahal lagi 2 minggu aku nak tunang tu...Burn pon burn la kulit aku..Redha jer la...

Pastu dapat tau dari Mek Onie, Drama ni dah keluar kat Astro.... Nak tengok ker?? Hihihihi.. Ada tapi dalam versi youtube la.... 


Ada juga muka aku nowh?? Demok ar...



Boleh tengok sedutan lepas dalam youtube...




Sekian sahaja cerita untuk hari ni... Kalau nak tengok aku berlakon dalam video klip raya plak boleh tengok SINI



Thursday, August 1, 2013

ZAMAN BUJANG YANG TINGGAL SEDETIK CUMA


Assalamualaikum...

Semalam masa termenung atas katil saja dok mengira tiba-tiba tersentak 6 bulan lagi aku akan menamatkan zaman bujang aku.... Phewwww... Lap peluh.... Mula la rasa ketaq lutut semua sebab aku tak prepare apa lagi... Cadangnya lepas raya.. Tapi rasa cepatnya masa berlalu....Sempat ka??

Aduyai takut plak... Masa aku tengah tulis ni pon jantung dah dup dap dup dap.... Risau plak ada masa ke tak untuk persiapan padahal aku memang jenis prepare awal... Tapi sebab kalut nak raya aku stop dulu persiapan bagai tu... Dan paling penting nak kena confirm lain tarikh kenduri dengan keluarga En Tunang.

Cadangnya nak buat akad nikah hari Jumaat, tapi sebelah Perlis ni Jumaat keja lagi... Pastu tarikh kenduri aku dah confirm, cuma sebelah laki ja belum sama ada esok tu kenduri sebelah lelaki atau selang sehari. Nak kena confirmkan balik lepas raya ni...

Baju nikah pon tak buat lagi.. Masih bersantai-santai lagi hahaha... Hantaran, baju kenduri dan segala mak nenek untuk kenduri tu lepas raya la nampaknya.. Risau plak.. -__-" Dah la sorang utara sorang tengah-tengah KL, kalo dekat senang la sikit..Kalo jauh-jauh ni kena balik slalu la nampaknya... $$ lagi.... ishhh... 

Aku rasa mesti ramai bakal pengantin pon rasa semak kepala macam aku ni, risau tak bertempat kan? Apa-apa pon sama-sama kita aturkan segalanya....

Phewww pheewww lap peluh betina -_-"


Nak kahwin pakai gini bleh?? =P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi