Thursday, September 26, 2013

SELAMAT HARI LAHIR EN TUNANG


Semalam tanggal 25 SEPTEMBER 2013 genap umur En T 29 tahun. Dah cukup umur matang dah ni....

=P


Saja jer aku tak wish kat dia... Lagipun sibuk sebab aku ada program kat Melaka jadi pegawai pengiring. Petang tu dia SMS... "Tak ingat ker harini hari apa?" Asalnya nak mengusik kata tak ingat tapi tak sampai hati plak... Cakap jer ingat... Malam baru la nak wish... Jadi orang terakhir wish ;)

Kebetulan semalam 25hb tu plak genap 4 bulan ikatan kami sebagai tunangan orang. Tunggu la aku balik nak buat something special untuk dia. Tapi orang laki ni biasa la mana nak sambut-sambut sangat... 

Gambar birthday surprise 2011

Last kami sambut masa tahun 2011, aku buat suprise kat dia. Beli kek siap-siap dari Alor Star pastu letak dalam bonet kereta pergi jumpa dia kat Perlis. Masa dok lepak dekat Kuala Perlis tu tiba-tiba hujan rintik-rintik. Saja ja umpan dia pergi amik payung dalam bonet. 

Pastu dia amik payung dia bagi dekat aku. Macam tak ada apa-apa ja dalam bonet. Aku pon tanya "Ada apa dalam bonet" dia jawab "Tak ada apa" sambil senyum-senyum..... Hehehehe.... Malu le tu..... Control macam tak ada apa-apa plak padahal dalam hati tu mesti terharu kan? Kih3....

Sekarang ni dah duduk jauh, kalo nak sambut birthday pon macam susah jer... Ku kirim doa jer la dari kejauhan =) Selamat Hari Lahir En T




Tuesday, September 24, 2013

VIDEO ISTERI MATYO KURANG AJAR DENGAN PAK GUARD???



Di FB sekarang tersebar satu video yang dikatakan isteri Matyo kurang ajar dengan guard. Sejauh mana kebenarannya perempuan tersebut isteri Matyo aku tak pasti tapi bila tengok video tu memang sangat kurang ajar... 





Kurang ajar kan??? Dia provok guard tu.... Kalau kita ditempat pakcik tu kita pon hanginnn. Macam tak matang pon ada.... Boleh plak dok cakap lelaki dayusss... Haihhh apa nak jadi ni??

Pengajarannya, kalau bodoh tu simpan-simpan la sket jangan tunjuk sangat. =P



Friday, September 20, 2013

FOOD REVIEW: RESTORAN ASLI KAMPUNG SIAM INDAH KHABAR DARI RUPA?



Apa yang aku tulis ni dan apa yang akan ampa baca bukan tujuan nak mengaibkan siapa-siapa tapi ini adalah berdasarkan pengalaman aku dan kawan-kawan sendiri alami pada bulan puasa yang lalu.

Restoran ni terletak di Shah Alam. Pada 3 Ogos 2013 aku dengan geng-geng Kami Blogger Utagha p untuk berbuka puasa kat sana termasuk la blogger femes ni Mek Onie. Dipendekkan cerita onie ada tanya nak tambah apa-apa menu lagi tak. So aku minta phone akak kedai tu untuk confirm balik menu yang kami order. 

Masa call tu adalah aku tanya harga berapa? Dia boleh tanya aku balik ada duit tak nak makan kat sini? Time tu aku dah menyirap dahhh..... Tak kan nak tanya harga yang kami order tu pon tak boleh??? So sabarkan diri jer la tapi nada suara aku dah tegang la aku jawab "Ada la...cuma nak tau harga ja..." Baru dia cakap akak tengah kalut ni...

Haihhh hanginnn ja aku.... Ingat kita ni sengkek sangat ka apa????



Ni la rupa restoran tu 



Masa tu memang ramai orang. Yela nak berbuka puasa kan... Ada sekali tu sampai kami dah habis makan ada yang nasi pon tak dapat lagi. Yang aku heran tu lauk dah sampai, nasi lambat. Sama la nasib kami cuma kami ni awal sket la dari yang lain. Pastu kalau kita nak minta apa-apa pelayan tu kita panggil jer dia buat-buat tak dengar, ada yang dengar tapi sampai kesudahh tak sampai apa yang kami minta... Servis totally out!!

Satu lagi bab surau, sekangkang kera ja aku rasa saiznya untuk surau wanita, eh nak kata surau macam tak sesuai plak, bilik sembahyang lagi sesuai rasanya. Bilik sembahyang tu boleh sembahyang 3 orang tu pon memang terpaksa berhimpit-himpit la... Kedai besar tak kan bilik sembahyang sekangkang kera jer saiz dia??

Ni aku nak cerita bab makan plak. Kami order Ikan siakap 3 rasa tapi tak sedap langsung. Ikan tu dia boleh goreng tepung pastu buat 3 rasa. Agak-agak ampa bleh bayangkan tak ikan tu macam mana?? Tak sedap.. Serius tak sedap... Tapi tomyam dia aku puji sebab sedap... Yang lain hmmmmm.......Tak berbaloi dengan harga....

Telur camtu pon RM8. Telur import ka macam mana ni???? Daging Masak Merah RM25??? Tapi rasa dia?? Hmmmmmm




So total semua sekali



Paling aku tak puas hati Wet Tissue tu. Eh?? Ampa bagi tissue ampa cas?? Untung bisnes nowh?? Jual tisu pon boleh kaya... Untung laaaa......

Sebelum tu aku ada berbuka puasa dekat Restoran Tepi Sungai kat Alor Star lebih kurang 14 orang makan menu yang sama semua sekali tak sampai pon RM200. Ni baru 5 orang makan dah cecah RM200???

Aku tak suggest ampa makan kat sini. Kalau harga mahal pon servis tiptop dan sedap tak la ralat sangat... Tapi kalau ampa nak try makan kat sini... Dipersilakan.... Mana tau nasib ampa lagi baik dari kami... Dan teringin nak rasa restoran yang sediakan tisu berbayar sila la makan kat sini keh3....

Tapi dekorasi dia cantik la...Sebab dalam tu siling dia dari bekas telur.. Tapi kalo dekorasi cantik tapi servis kureng pastu mahal plak tak jadi apa juga kan?

Sekian saja review restoran untuk kali ni. Kalau sedap aku kata sedap, kalau tak sedap aku kata tak sedap... Kalau bagus aku kata bagus, tak ada nak bodek mana-mana kedai....Bukan dapat makan free pon kan? Hihihi....Boleh baca untuk Food Review yang lain DISINI


Muka senyum hati terbakor kah3

(Pakcu, wawa, cik GKSB & Onie)

NOTACIKGADIS: Aku harap lepas ni lagi banyak restoran yang akan menyediakan servis yang tiptop dan makanan yang sedap... Dan kalau boleh harga tu jangan la nak cekik darah sangat biar padan dengan rasa makanan. Kalau la owner restoran ni terbaca entry aku ni, anggap saja sebagai kritikan membina untuk menyediakan servis yang lagi bagus atau upgrade balik teguran-teguran yang aku beri tu. Sekian. 



Tuesday, September 17, 2013

TIPS NAK BUAT CHECKLIST PERKAHWINAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Selalunya kita asyik dengar nak buat persediaan perlukan checklist tapi kita tak tahu nak mula dari mana. So kat sini aku nak kongsikan checklist cara aku.

1. SEDIAKAN FAIL

Pertamanya ampa kena sediakan satu fail poket yang boleh dilabel. Aku bahagikan kepada 4 bahagian iaitu Checklist persiapan, Bajet dan Tarikh dan Lain-lain. Disebabkan aku ni bukan jenis yang tersusun punya orang fail ni sangat penting untuk aku bagi memastikan kertas tu tak bertaburan rata hehehe....Tapi ada juga yang buat buku nota. Tapi bagi aku better ada fail sebab adakalanya kita mungkin ada hardcopy untuk disimpan so xkan nak pelekat dekat buku nota kot? Jadi kita simpan di bahagian Lain-Lain.

Contoh file yang boleh dilabel



2. DAHULUKAN ITEM YANG PERLU BOOKING

Tentukan apa yang perlu di tempah dulu. Sebagai contoh make up, photographer, baju sanding kalau nak sewa, khemah, dewan, katering... Ni semua penting dan perlu awal yer. Biarlah ada yang berbunyi "Awalnya", "kalut apa" yang ni ayat-ayat yang selalu aku dapat la, selalu aku jawab "tak kalut aih...buat last minute lagi kalut" So ignore jer suma ni yer.. Sebab nak buat tu kita bukan orang lain.... 

Untuk pengetahuan ampa juga, kalau tarikh ampa tu "hot" untuk musim kenduri contohnya time cuti sekolah, public holiday atau musim perayaan, baik ampa tempah awal sebab takut nanti ada photoG atau mak andam yang tak free time tu nangisss ampa last minute baru nak cari. Macam aku, walid aku dah gtau bab kenduri tak payah fikir sebab dia akan settle suma tu. So aku just fikir persiapan aku jer la...

Untuk memudahkan ampa, ampa boleh download Checklist Perkahwinan ampa kat SINI. Lengkap dah checklist tu. Untuk Bajet pula boleh KLIK SINI. Yang penting photostat banyak-banyak sikit hehehe...


3. GOODIES / DOORGIFT

Rancang siap-siap apa nak bagi masa hari kenduri tu nanti dan berapa bajet yang ampa peruntukan. Tentukan juga sama ada nak bagi doorgift yang special sket ker untuk jemputan VIP. Tapi bagi aku la, kita dahulukan ahli keluarga dan kawan-kawan. Sebab dari pengalaman aku pergi kenduri sedara yang "ada nama" la juga, tetamu VIP diletakkan dalam bilik aircond, sedara mara kat luar jer...So nampak macam sedara ni tak penting sangat... Tak mau la ada sedara mara yang terasa hati dengan kita pula kan?

Ampa kena tanya juga mak bapa ampa berapa orang kawan yang nak bagi doorgift yang special ni. So senang ampa nak buat bajet. Selalunya untuk doorgift ni guna modal banyak sket. So buat peruntukan siap-siap dan asingkan khas untuk doorgift saja.

Macam aku, aku cadang nak bagi Mini tasbih ja.... 



Nak order? Boleh KLIK SINI yang pasti harga jauh lagi murah dari tempat-tempat lain. Kalau tak caya ampa p survey dulu. Ada harga promosi sampai 31 Oktober ni jer... Cepat-cepat la order yer...


4. LAIN-LAIN

Untuk bahagian lain-lain dalam fail tu ampa boleh letakkan pamplet yang ampa dapat semasa pergi karnival kahwin atau senarai butik-butik pengantin yang ampa dah kumpulkan. So apa-apa hal boleh rujuk jer kat sini. 


Setakat ini sajalah perkongsian tips cara nak buat checklist dari aku. Lepas ni mungkin aku akan berkongsi perkara-perkara penting lain contohnya macam prosedur untuk akad nikah dan HIV. Setakat ni aku belum melalui fasa tu so tak dapat la nak kongsikan hehehe.... ;)




Sunday, September 15, 2013

FIZO OMAR AKAN BERTUNANG




Baru jer lepas tengok Nasi Lemak Kopi O, Fizo Omar secara eksklusif memberitahu yang dia akan bertunang dengan Mawar model tudung Fareeda dan akan menikah dalam masa terdekat...



Manis jer bakal tunang Fizo ni kan? Namanya Mawar yang menjadi model tudung Fareeda. Sapa yang selalu beli tudung Fareeda yang mahal ni tahu la kan? Semoga dipanjangkan jodoh hingga ke syurga. ;) Semua orang pasti inginkan kebahagiaan jadi carilah kebahagiaan itu.....



Thursday, September 12, 2013

KARI KEPALA IKAN 3 SUKU



Tadi ada pertandingan memasak kari. Tetiba aku jadi pembantu chef masa pertandingan kari kepala ikan 3 suku anjuran tempat keja aku. Aku mewakili staf. Walaupun aku tak reti masak kari (lekeh gila orang utagha tak reti masak kari@gulai) sebab aku tak makan kari sangat sebab tu tak pandai masak hahaha **alasan** tapi boleh la takat nak potong-potong bawang tu hahaha...

So nilah rupa hasil masakan kami tadi. 


Kari kepala ikan


Dari segi pungutan mata kami dapat nombor 2. Sebab peserta yang dapat Johan siap bawa nasi dan air oren bagai so dapat la markah lebih. Kalau tak kami kot menang hahaha.... Tapi ada juga yang ikan tak masak la....Macam-macam rasa dan rupa ada. Jenuh la juri nak makan hahaha...

Masakan dari peserta pertandingan

Kari kepala ikan??? Lepas ni kalau dah kahwin suami mengidam makan ni jenuh nak buat... Nak kena belajar masak kari juga la camni. Orang utara kuat kari..... Habislah... 





DIY MINI TASBIH: DIBUKA UNTUK TEMPAHAN






Aku sedang menyiapkan mini tasbih untuk majlis perkahwinan nanti. Ada masa lebih kurang 5 bulan lagi. Sambil-sambil tu kalau ada yang berminat untuk tempah mini tasbih sama ada untuk majlis pertunangan, perkahwinan, majlis VVIP atau lain-lain majlis boleh isi form di bawah ini .

Terdapat dua jenis saiz mini tasbih iaitu kecil dan besar (boleh rujuk gambar). Harga promosi sehingga 31 Oktober 2013. Harga istimewa untuk mereka yang menempah mini tasbih ni. 

UPDATE: Kini Hanya Mini Tasbih saiz besar sahaja dibuat.

Tempahan sekurang-kurangnya sebulan atau 2 bulan sebelum majlis bergantung kepada kuantiti. Apa-apa hal boleh roger cik GKSB di email anyss273@gmail.com atau isi form di bawah ni. Email akan dibalas dalam tempoh 24 jam hari bekerja. 


WARNA PILIHAN (MAKSIMUM 2 WARNA)
KUANTITI?
NAMA SEBENAR?
NO TELEFON
Email Address:
TARIKH MAJLIS
ALAMAT
CARA PENGAMBILAN? POSTAGE
SELF COLLECT

Click here to create your own form.



TAWARAN HARGA PROMOSI SEHINGGA 31 OKTOBER 2013






Tuesday, September 10, 2013

DIY MINI TASBIH UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Masih lagi mood nak kahwin. Lebih kurang 5 bulan lagi.... So dah start pening nak fikir pasal majlis. Tapi jangan risau, checklist kan ada??

Sebelum ni aku agak kompius nak bagi apa untuk cenderahati pada tetamu. Pikiaq punya pikiaq aku bagi mini tasbih la untuk tetamu yang datang nanti. Jadi mula la projek DIY mini tasbih. Lagi sekali aku tak percaya yang aku buat semua ni.

1st buat rasa tangan keras wehhh...Ada masa-masanya cepat jer naik angin masa nak buat benda ni ahahaha.. Tapi dah nama gigih...Haruslah buat sendiri. lagipun ada masa 5 bulan lagi. So banyak masa untuk buat mini tasbih ni. 


Cantikk kan??

Paling penting bangga dengan hasil keja sendiri. Aku tak pandai kalau berkaitan dengan kesenian ni cuma yang ada kegigihan nak buat sendiri. Thanks la pada my roomate si wawa yang banyak bantu. Cepat je siap.. ;)

Sebenarnya aku tak ada spesifik warna yang aku nak. Yang mana berkenan kat mata aku, aku amik dan buat. So setakat ni 3 warna yang aku ada. Biru, pink dan purple. Lepas ni akan banyak lagi matching dengan warna lain. Jadi orang yang datang kenduri aku nanti akan dapat warna yang berlainan hehehe....



Biru+silver

Pink & Purple

Aku juga buka untuk tempahan dan sekarang tengah buat harga promosi sehingga 31 Oktober 2013. Boleh tempah sekarang sebab bila tempah hujung-hujung nanti terlepas peluang untuk harga promosi ni hehe.. Nak tempah?? ORDER SINI



Thursday, September 5, 2013

BUANG TABIAT NAK JADI BINI ORANG / KEK KARAMEL




Sejak menjak nak jadi bini orang ni dah buang tebiat aku gigih buat benda yang langsung aku tak pernah terfikir nak buat..... Langsung tak minat.... Tapi nak kata dapat "hidayah" tu boleh la atau lebih kepada jawapan yang tepat adalah dapat kesedaran...

Kesedaran Pertama

Kek perisa strawberry + oren







Perisa ros+oren+vanilla






Kek Karamel.... Gigih tak gigih sampai pergi beli oven baru la sebab nak buat kek ni... Percubaan pertama gagal sebab oven tu just ada api atas bawah memang hangit la atas kek tu tapi dalam elok. Camtu juga dengan percubaan kedua. Kek tu keras la apa la..Nak tak nak aku pergi beli oven baru. 

Akhirnya percubaan ketiga dan keempat baru menjadi. Kek atas tu adalah hasil percubaan ketiga dan keempat siap bawa p masa jamuan raya lagi. Masa aku post dalam FB aku, terkejut adik aku tengok. Biar betul kak aku ni buat kek sedangkan masa umi aku buat jangankan kata nak tolong, tengok pon tak. Jujur aku cakap aku tak minat langsung nak buatnya... 

Tapi masa buka puasa dengan geng KBU dlu masa kak shida bawa kek tu aku tengok kemain lagi En Tunang aku makan dengan seleranya. Maybe lepas tu semangat nak buat sendiri tu datang. Gigih kemain lagi aku belajar buat. Thanks dekat kak Shida sebab banyak membantu =P

Tu baru kesedaran pertama. Kesederan-kesedaran lain nanti dah sampai masa aku letak dalam blog. Sekarang ni tengah gigih DIY sendiri untuk goodies aku. Dah siap aku tunjuk hehehehe... 

Adik aku si puteri siap order lagi "kakak, nanti kakak balik kakak buat kek karamel na??" Baik la adikku sayang.... 



PSSSTTT: Boleh amik order buat kek karamel dah kot? Hahahaha




Wednesday, September 4, 2013

SEMBANG SANTAI: MINYAK NAIK HARGA





Aku: Minyak naik, wang hantaran kena naik juga la keh3...
En T: Nak kahwin ka tak mau kahwin ni???
Aku: Amboi...garang aihhh...orang gurau ja...
En T: Tak boleh..sensitif...dah la minyak naik.....
Aku: Hahahaha.... 

(Minyak naik... En T pon naik minyak......) kah3......




Tuesday, September 3, 2013

SENARAI PEMENANG GIVEAWAY SENYUMAN MANEH MENYERIKAN SUASANA HARI RAYA




GA Senyuman Maneh Menyerikan Suasana Hari Raya akhirnya telah berakhir pada 28.08.2013. Hanya 7 hari jer berlangsung atas permintaan penaja iaitu Fair & Lovely. Para peserta mesti tak sabarkan nak tahu pemenangnya??? Hihihihi....



Pemenangnya akan mendapat 1 set penjagaan dari Fair & Lovely yang bernilai RM50... Banyak tu....


Antara produk dari Fair & Lovely (gambar contoh dari event sebelum ni) KLIK SINI

Lepas ni pakat-pakat maneh la kan? hihihi


Antara pemenangnya yang akan memenangi hamper set penjagaan wajah bernilai RM50 adalah:

1. HARISA

(Boleh klik nama untuk ke Link GA)

Tahniah diucapkan.....

Dan peserta yang akan memenangi hadiah khas dari GKSB iaitu dibelanja makan di Smashies Burger dengan slogannya:

Saya nak menang produk Fair And Lovely kerana keberkesanannya dalam memulihkan kembali kulit saya selepas PLKN dulu memang hebat. No doubt!

Tidak lain tidak bukan adalah Munet... Slogan ini dipilih berdasarkan bukti keberkesanan dan testimoni yang dibuat munet dan dimasukkan dalam slogannya... (Turut dipersetujui oleh juri jemputan keh3)

Rugi sapa tak join sebab hadiah yang ditawarkan adalah sebanyak 10 hamper tapi mungkin disebabkan masa yang singkat dan juga ramai yang mungkin rasa malas nak join akhirnya rezeki berpihak kepada 5 orang ini.... 

Jadi kepada pemenang, sila tinggalkan alamat email anda untuk dihubungi bagi proses pengeposan hadiah yang akan dilakukan oleh penaja......

=)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi