Monday, October 28, 2013

REVIEW: KAD KAHWIN YANG UNIK DAN CANTIK



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni aku nak kongsi kat mana nak buat kad kahwin yang cantik dengan harga yang berpatutan. Owner adalah kawan USM aku. Kalau ampa nak tau depa ni waktu study lagi dah start bisnes. Alhamdulillah sekarang dah ada company sendiri dengan jenama Kad Kahwin Unity yang terletak di Sungai Petani Kedah.





Aku memang suka cuci mata dekat page depa sebab design kad kahwin depa semua lawa-lawa al-maklum la nak dekat kenduri ni memang cukup suka tengok kad kahwin yang cute dan cantik-cantik hehehe.... Antara design yang buat aku tertarik macam


Kad Kahwin versi FB

Kad kahwin edisi PLKN (Maybe kenal kat PLKN)



Kad kahwin edisi kartun polis+nurse (melambangkan pekerjaan pengantin)



Edisi Ipad


Senang cerita kalau ampa teringin nak buat kad yang unik boleh buat kat Kad Kahwin Unity. Dari apa yang aku nampak kalau nak dibandingkan dengan kad kahwin kat tempat lain, diorang punya design adalah jenis modern style dan latest. Biasalah budak grafik ni kreativiti diorang ni memang the best la.

Selain pada tu boleh juga buat streamer / bunting ikut design yang kita nak. Antara streamer yang diorang pernah design macam kat bawah ni:






Diorang ni bukan saja buat kad kahwin tapi turut sediakan pakej Photography dengan harga berpatutan. Pakej dia ampa boleh pilih yang mana sesuai dengan bajet ampa.




Antara gambar yang dihasilkan




Senang cerita kalau ampa tengah cari kad kahwin, yassin, photographer, guest book dekat Kadkahwin Unity semua ada. Boleh jer order dekat depa. Yang penting ampa akan puas hati. =)

Kalau ada yang berminat boleh LIKE:


Maklumkan jer ampa dapat tau dari blog aku Gadis Kampung Separa Bandar a.k.a Anyss Azman. Satgi gitau Cik GKSB depa heran plak hahaha sebab tak ramai kawan-kawan aku in real life tahu aku ada blog =P

Kad kahwin aku punya design pon dah siap. Nak tengok???? Tungguuuuu hihihi



Friday, October 25, 2013

DIY MINI TASBIH



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pejam celik pejam celik tengok-tengok dah genap 5 bulan menjadi tunangan orang... Ececece.... 


Alhamdulillah... Hari ni hari jumaat genap 5 bulan


Syukur sangat tak ada gaduh-gaduh atau benda-benda yang tak patut. Maybe sebab jarak jauh kalau nak gaduh pon macam tak berbaloi..... Baik kita sweet sweet jer #ehhh??? =P Kalau gaduh pon sebab aku hangin tak ketahuan gara-gara bendera merah hahahaha.... #sajacaripasal 


Eh lari tajuk plak kan... =P  Sekarang ni aku tengah DIY mini tasbih untuk majlis aku nanti. Khas untuk tetamu yang hadir.. Especially kawan-kawan sekolah, universiti dan tak lupa gak bloggers =)

Sambil buat mini tasbih untuk kenduri sendiri, aku ambil juga tempahan untuk majlis cukur jambul, wedding dan juga majlis istimewa yang lain.... 

Antara Mini tasbih yang aku dah buat macam pic kat bawah ni


Biru+Silver


Siap packing untuk tempahan


Warna Purple+Gold cantikk sangat...


Hijau Turqoise+Purple






Sebelum ni aku tak tau nak bagi gift apa untuk kenduri. Lepas tu timbul idea nak bagi mini tasbih... Sambil kita beri hadiah untuk tetamu kita tumpaNg sekali dapat pahala bila orang guna untuk berzikir... =)

Kalau ada yang berminat untuk tempah boleh la email aku anyss273@gmail.com 




Sunday, October 20, 2013

PROSEDUR PERMOHONAN BORANG NIKAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Kali ni aku nak share plak prosedur borang pernikahan bagi negeri Perlis dan Kedah. Perlis tu dari pihak En Tunang... Lagi 3 bulan nak di ijab qabul kan jadi ni la masa terbaik untuk settle kan borang nikah ni lagi pula sorang dok Perlis, sorang dok Kedah tapi keja KL, mau tak mau kena settle awal juga. Apa-apa pon amik borang dulu.


PERKARA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDAPAT KEBENARAN BERKAHWIN (LELAKI)

  1. Sijil Kursus Pra Perkahwinan Lelaki/Perempuan (ASAL)
  2. Salinan Kad pengenalan pemohon, saksi dan perlu disahkan salinan sebenar.
  3. Borang pemeriksaan Kesihatan (HIV) yang disahkan oleh Klinik Kesihatan/Hospital Kerajaan
  4. Surat Kebenaran Berkahwin dari Pendaftar NCR bagi lelaki/Perempuan dari luar negeri Perlis.


Ok yang ni baru dari pihak lelaki... Borang yang dapat tu perlu diisi kedua-dua belah pihak. So ada bahagian yang perlukan tandatangan wali dan juga saksi. En T bagi aku borang dia tu aku pon isi bahagian aku dan tandatangan bapak aku sebagai wali kemudian aku serahkan kat dia balik. 


PERKARA YG DIPERLUKAN UTK MENDAPAT KEBENARAN BERKAHWIN (PEREMPUAN)

  1. Salinan Kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Salinan kad pengenalan wali
  3. Sijil kursus pra-perkahwinan (ASAL & SALINAN)
  4. Kebenaran berkahwin lelaki (jika lelaki luar daerah)
  5. Keputusan Saringan HIV/AIDS (Klinik Kerajaan sahaja)
  6. Salinan surat nikah ibu bapa (bagi anak sulung)
  7. Borang 2 Dilengkapkan dan disahkan oleh Tuan Imam Kariah (contoh dlm gambar)
***Borang diserahkan 1 bulan sebelum tarikh berkahwin.




Borang Nikah sebelah perempuan



Bagi negeri Kedah borang bertulisan jawi. Tapi kalau tak pandai tulisan jawi tu nak tulis rumi pon boleh...Bila dah settle semua bawa duit RM 52 untuk kad kahwin pasangan dan harga borang sekali... cmtu la....

Bila dah amik borang ni baru la aku tahu prosedurnya dan apa yang diperlukan. Kalau buat tak tau ja lagi sebulan majlis baru nak amik memang kelam kabut la jadinya. Buat masa ni sijil kahwin aku kena minta balik dekat pegawai yang uruskan kursus kahwin sebab dah hilang. Mungkin salah letak masa pindah rumah hari tu sekali dengan sijil lain. Tapi masalahnya pegawai tu pergi buat haji, so kena la tunggu dia balik haji dulu...

Sijil nikah mak bapak aku ada depa simpan. Nasib tak hilang. Kalau hilang kena buat lain, amik masa lagi.. Ujian HIV mungkin dalam masa terdekat aku buat. Ikutkan hati nak buat medical checkup sekali. Tapi kena tengok keadaan gak sama ada dapat buat ke tak. 

Bila dah amik borang dan tahu prosedurnya senang kita nak rancang benda-benda lain plak. Bila dah siap semua, 1 bulan sebelum tarikh nikah dah boleh serah... =) Harap entry ni dapat membantu bakal pasangan pengantin di luar sana. 






Thursday, October 17, 2013

3 BULAN LAGI??



Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Tengok tajuk pon dah tau kan aku nak cerita pasal apa.... Lama plak kan tak update perkembangan pasal persiapan?? Serius la nak sampai 3 bulan ni pon rasa sekejap jer... Phewwwwww **lap peluh**

Dalam hati dah dup dap dup dap dah..... Sekarang ni baru nk settle borang nikah... Ujian HIV tak buat lagi.. Tunggu aku balik setapak buat kat sana la senang... Eh sekarang aku kat kampung..... Balik melawat tempat nak buat kenduri nanti... hihihi

Kawasan aku nak buat nanti kat Air terjun. Ada chalet, homestay dan dewan kat situ. Suasana memang best la sebab sejuk jer...... Sungai pon ada kalau nak mandi... Disebabkan kampung aku ni dalam kawasan peranginan juga so kami pilih buat dekat salah satu chalet dekat area Titi Hayun, Yan.... =)

Camnila la suasana tempat tu nanti... =P

Khemah kat luar ni dalam dewan tu pelamin



Sini sungai....sesuai untuk kanak-kanak sahaja... =P

Memang puas hati la aku tengok.. Bukan tak nak buat kat rumah tapi biasalah jalan kampung ni jalan kecik ja... Tak mo la menyusahkan tetamu so kami decide buat kat sini supaya semua orang lebih selesa... Lagipun adik beradik aku ramai.... 

Mak sedara aku siap buat list lagi adik beradik sebelah arwah tok.. Alhamdulillah semua subur-subur anak semua 7 ke atas.... Tu tak masuk sepupu sepapat, anak sedara dan cucu-cucu lagi... Aku tengok senarai tu sampai aku cakap "keluarga kita saja dah ramai kalau tak jemput orang lain pon tak pa" hahaha... Ramai betul wehh.... Family aku saja 6 orang. Sepupu aku ada yang 10 beradik.. Sebab tu kami jenis riuh hihihi...

Tapi betul la nak kawen ni banyak pakai duit...Jadi sila la menabung dari sekarang @_@. Lain la kalo kita ni retis orang nak taja..Walaupun aku tak berapa nak retis, ada gak mak sedara yang taja untuk goodies nanti. Yang mana kurang berkemampuan depa kata kami nak sponsor tenaga ja... Alhamdulillah...

BAJU PENGANTIN

Asalnya nak buat ja..Tapi bila fikir balik sewa jer la...Kebetulan jumpa butik yang buat promosi sewa baju dengan harga yang murah untuk semua jenis baju. Aku dengan En Tunang pon terus p survey siap dia bagi try lagi, tengok cam ok ja terus bayar deposit. En T yang pilih warna. Untuk sebelah aku pon sama. Kuasa memilih bukan lagi di tangan aku huhuhu...

Yang syoknya segala warna idaman aku semua aku tak pakai untuk kenduri nanti -__-" Ni kira risiko yang aku ambil sebab warna untuk kenduri nanti adalah warna yang tak pernah langsung aku terfikir nak pakai... Tapi aku tak tau la tiba-tiba nanti last minute tukar warna lain sebab pekerja butik tu cakap bulan 12 ni lagi banyak baju yang kuar sebab banyak kenduri nanti boleh datang tukar kot2 ada yang berkenan lagi =P

Lagi 3 bulan??? Ketaq perut dah..... Semoga dipermudahkan aminnn.....





Saturday, October 12, 2013

BILA WAWA ZAINAL DAN AERIL ZAFRIL MENGAKU TELAH BERNIKAH





Akhirnya setelah berdolak-dalik pasangan ni mengaku juga telah bernikah.... #APTB. Pada pendapat aku la depa mungkin ada sebab tersendiri merahsiakan pernikahan tapi macam semua orang tahu pernikahan seeloknya dihebohkan bagi mengelakkan fitnah macam yang berlaku pada depa sekarang. Tak pasal jer dituduh ada anak luar nikah.

Tu baru cerita artis... Kita yang bukan artis ni pon kadang-kadang turut terpedaya. Especially lelaki yang cukup suka menipu status sebagai suami orang. Tapi adakalanya terkantoi juga. Sebagai contoh disebabkan nak ngorat member aku yang lawa tu sanggup ngaku bujang, tapi dengan aku siap ngaku dh ada anak sorang. Pastu bila aku dok sembang dengan kawan aku, eh rupanya dah kawen dia... Kantoi...

Lagi 1 kes, ngaku kata isteri tak boleh beranak...Nak kawen lagi sorang. Tapi dengan aku pernah cerita ada anak sorang. Yang mana satu betul ni? Kami plak yang kompius kadang-kadang bergaduh mulut nak tegakkan yg mana satu benar hahaha.....

Pernah juga pengalaman aku dulu hampir-hampir nk terjatuh hati pada mamat ni...Mati-mati ingat bujang sekali dah kawen rupanya. Pastu dapat tau rupanya ramai dah dia dok "try". Jadi keja dok ngaku bujang nowh...

Orang dulu-dulu cakap pertunangan seeloknya dirahsiakan tapi bagi aku zaman sekarang macam dah tak sesuai kena juga hebah kalo tak jadi la situasi macam kat atas ni.... Suami org pon ngaku bujang apatah lagi yang baru bertunang???

Dan bila aku ngaku yang aku dah bertunang atau ada yang dah tahu aku dah bertunang ia sebagai perisai supaya orang lelaki akan hati-hati untuk bergaul dengan kita. Kita pon akan lebih beringat dan jaga tingkah laku kita. Itu la yang sebaiknya ;)

Pada sang lelaki, beringat la status diri tu jangan dok ngaku bujang sangat.... @_@



Wednesday, October 9, 2013

BAJU GENG KAMI BLOGGER UTAGHA UNTUK TEMPAHAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Buat blogger di utara atau pon dimana saja ampa berada yang ada kaitan dengan utara, Geng Kami Blogger Utagha sekali lagi membuka order untuk T-shirt KBU.... Kalau dulu warna hitam, kali ni kami tampil dengan warna yang lebih berani iaitu Warna Merah.

Baju KBU sebelum ni

Sesiapa yang berkenan dan dah terjatuh hati boleh la beli baju ni...




Untuk saiz baju plak ampa oleh ukur di badan sendiri kemudian rujuk ini yer =P



Untuk stiker motor dan kereta pon ada..



Ada yang berminat??? Boleh order DISINI


Tarikh akhir tempahan adalah pada 15 Oktober 2013



Thursday, October 3, 2013

BOROS???



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Boros??? Sapa ada sifat boros ni?? Sebenarnya sebelum ni aku tak sedar langsung yang aku ada sifat macam ni. Tapi aku rasa aku bukan boros sebenarnya. Tapi disebabkan sekarang ni semua barang harga mahal, perbelanjaan tu sedikit sebanyak meningkat. **alasan** 

Eh boros tu macam mana?

Kalau orang lain banyak habiskan dekat pakaian tapi aku ni jenis habiskan dekat produk penjagaan diri. (cantiknya tak juga) Huhuhuhu..... Barang-barang kemain nak yang ada jenama. (tapi sebenarnya terpengaruh dengan iklan) Pakai sekali dua tinggal.... Pastu losyen ntah berapa banyak tak tau, pakai sekali 2 tinggal... Kadang-kadang beli pencuci free losyen, walaupun dh ada still nak beli.... Apakah???? **Ni kategori boros ker???





Pastu kalau bab makan plak, kalau aku teringin nak makan sorang-sorang pon jadi. Tiada siapa dapat menghalang konon-kononnya la... Kalau aku teringin memang aku akan cari sampai. Diet tak diet belakang kira... Janji dapat makan pastu mula la fikir "esok la aku start diet.." atau "esoklah start jogging" lepas tu tak buat juga. Last skali beli tali skipping, skipping jer kat rumah hahahaha... 

Sekarang ni bila semua harga mahal, RM50 tu macam tak bernilai dah,,..Kalau dulu RM50 tu rasa macam RM500, kalau dapat rasa macam dah jutawan.....**hiperbola sangat ayat** Tapi tu la kenyataannya..

Kena plak tak lama lagi nak kawen, mula la aku sakit kepala nak fikir pasal perbelanjaan. Walaupun nanti akan ada duit hantaran tapi kalau boleh aku tak mau harap sangat. Kadang-kadang kita ni pon macam-macam teringin nak buat untuk kenduri kita nanti...Walaupun ada yang cakap ikut kemampuan, kita kena la ada usaha sama nak bagi mampu... Contohnya mula simpan duit syiling dalam tabung ka. mula simpan duit singgit-singgit ker?? gitewwwww......

Cuma yang aku sedih sekarang ni naFsu nak membeli sangat tinggi tapi tak setinggi duit yang ada hukhuk.... Duit bukan tak ada, tapi memikirkan lebih banyak benda yang penting yang perlu difikirkan, jalan terbaik simpan dalam ASB. Lepas tu mula meroyan teringin nak beli itu ini.... Dugaaannnn.... Inikah yang dikatakan boros???

Ampa plak kategori mana?


Sebelum mengakhiri entry kali ni jom layan lagu Penawar Rindu dari Rafeah Buang  (=


Penawar Rindu
Penawar Rindu padamu seorang
Kenapa selalu semangatku dikau puja

Penawar Rindu pada mu seorang
 Resah tak sanggup menanggung d jiwa
Salah tak tahu kasih bermula

Bermula perstiwa dalam ingatan kasih tercipta
 Penawar rindu pada mu seorang
Kenapa selalu semangatku dikau puja

Penawar Rindu pada mu seorang
 Senyumanku beri sungguh bermakna
Tetapi sayang kau tak ketahui

Tak ketahui hinggaku merana meracun hati membawa diri
 Penawar Rindu padamu seorang
Kenapa selalu semangatku dikau puja
Penawar rindu pada mu seorang

;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi