Friday, November 29, 2013

MINI TASBIH: KUNING & MERAH


Mini tasbih yang sekarang aku tengah buat ni adalah warna kuning+merah. Masa mula dapat order tu macam terfikir "kuning+merah???"

Pastu masa pergi amik stok tu try la matching tengok sekali kuning yang macam customer nak tak ada, kuning pon tak banyak pilihan. Jadi aku try la match kan yang mana ok. 

Bila dia siap....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Taraaa



Cantik sioootttttt warna ni.....

Bila tunjuk dekat tuan punya badan alhamdulillah dia suka....saya suka saya suka hihihihi.... 

Alhamdulillah ramai yang bertanya pasal mini tasbih ni tapi aku terpaksa tolak sebab untuk bulan 12, 1 dan 2 dah banyak order. Lagi pula aku pon sibuk sama sebab nak kawen juga hehehe... Jadi aku tak dapat ambil 

Mungkin untuk bulan Mac dah boleh amik order insyaallah....

Seeloknya order awal sama ada 1 bulan - 2 bulan sebelum majlis bergantung kepada kuantiti. Sebab aku buat benda ni pon secara part time jer... Siang keja, malam baru boleh buat.....

Kalau ada yang berminat nak order boleh email yer tapi untuk bulan Mac ke atas saja
anyss273@gmail.com



Thursday, November 28, 2013

DUGAAN BERTUNANG



Assalamualaikum...dan salam sejahtera...

Orang kata ketika bertunang mungkin kita akan diduga, bezanya sama ada kita kuat nak harunginya atau tak, kuat untuk pertahankan hubungan atau tak, andai tersilap langkah mungkin memberi kesan pada diri atau seluruh ahli keluarga.

Lagi malang andainya segala persiapan dan dibuat tapi putus di pertengahan. Semua tu bukan mudah orang nak harunginya mungkin yang betul-betul kuat mampu hadapinya, dan kena ingat, "Allah tak kan menduga seseorang itu di luar kemampuannya."

Alhamdulillah dah genap 6 bulan "diikat" orang, sehabis baik aku dan pasangan jaga hubungan kami. Bersyukur sebab dikurniakan seseorang yang sangat penyabar menjadi peneman aku. Sabar menghadapi kerenah-kerenah aku dan sabar melayan aku. Terima kasih banyak-banyak En Tunang... **lapayaqmata*

Dari seseorang yang dikenali hanya di Facebook tiba-tiba menjadi tunang dan sekarang tengah mengira detik-detik untuk diijab qabulkan insyaallah.... =) Jodohku di muka buku.... "kita berkenalan hanya dalam laman muka buku..." #ehh?? (Najwa Latif-cinta muka buku)

Bila sembang pasal nikah dengan En Tunang, mesti la terkeluar cerita dia nebes nak jabat tangan tok kadi hihihi... Sampaikan video nikah lawak aku share kat FB dia pon dia tak berani tengok takut dok gelak kat orang nanti dia pon macam tu hahaha... Tak pa la bang oii... Janji bila hari nikah nanti, semua berjalan dengan lancar. =P

Orang kata dugaan bertunang ni ada dua jer sama ada mengeratkan lagi hubungan kita ataupun memutuskan hubungan. Semoga kita semua dijauhkan dengan bisikan iblis dan syaitan. Serah pada Allah untuk ketentuan-Nya... 

Insyaallah amin..... 




Wednesday, November 27, 2013

KENTUT


Dara    : Eeeeee.............busuk..... awak kentut eyh??
Teruna : Mana ada... (sambil sengih-sengih)
Dara    : Kentut la tu.... eee busuk tau tak... tak senonoh....
Teruna : Mana boleh tahan, satgi kembong perut......(sambil gelak-gelak)
Dara    : eeeeee meluattt..... 


NOTACIKGADIS: Orang kata sebelum kahwin bau kentut pon wangi...tapi kalo busuk tu busuk juga la kih3.... 

Tuesday, November 26, 2013

REZEKI JANGAN DITOLAK TAPI.......



Assalamualaikum....

Wiwit lama tak jumpa kat blog kan? Kat FB pon dah jarang-jarang... Sibuk bebenor prepare untuk audit. Alhamdulillah job untuk mini tasbih pon masuk banyak. Tapi sayang adakalanya aku terpaksa tolak sebab tak kena dengan masa sebab sama dengan tarikh majlis aku. 

Tak berani nak amik. Takut nanti amik tiba-tiba tak dapat siapkan pada tarikh yang sepatutnya....Kesian kat ampa plak. Orang kata rezeki jangan ditolak tapi kalau tak mampu jangan berani amik. Jangan sebab tamak kita nak kaut semua pastu terkejar-kejar nak siapkan tempahan. Tak elok gitewww yer.....

Al-maklum la time ni dah mula sibuk. Nasib la kenduri aku bukan 23.11.2013 haritu kalau tak, tak tahu la macam mana keadaan sebab hari tu aku kena keja gara-gara akan ada audit dalaman. Phewww letih. Sekarang ni tengah tunggu kad kahwin siap. Nasib baik la p tempah awal sebab tempoh masa nak siap sebulan. So dalam bulan 12 insyaallah dah boleh amik.

Tapi kan tiba-tiba walid aku suruh tambah kad lagi, gayat la juga aku sebab jemputan mungkin ramai tapi insyaallah la kita cuba lebihkan untuk makanan. Risau kalau tak cukup untuk makanan nanti... Doakan lah semoga dipermudahkan. Aku tak mau majlis aku jadi buah mulut orang plak nanti huhuhu...

Kalau ada sapa-sapa nak order mini tasbih boleh email aku anyss273@gmail.com tapi buat masa ni tempahan hanya di ambil untuk majlis bulan Mac ke depan. Sebab aku akad nikah bulan 1 dan kenduri bulan 2. Takut time tu dah mula sibuk =)

Salah satu order dari customer,  mini tasbih baru tak sempat ambil gambar cantik-cantik lagi ;)



Thursday, November 14, 2013

SIBUK



Assalamualaikum.... Akhirnya berjaya juga menulis blog. Masa sangat mencemburui... Ada perasan sesuatu yang lain tak? Lawa tak blog aku?? Hehehehe... Ni sempena 5 tahun aku menjadi blogger. Pasal tu nanti aku kongsikan. =)

Sekarang memang sibuk sebab akan ada audit.... Jadi kalo audit nak mai tu memang akan kelam kabut sikit la mana-mana tempat pon macam tu. Jadi lepas dah settle semua insyaallah akan aktif balik menulis blog. Banyak benda nak cerita. 

OK La yer jumpa lagi nanti tata




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi