Saturday, December 6, 2014

RESEPI: SAMBAL AYAM


Bangun pagi tetiba tekak teringin nak makan sambal ayam. MIL plak cakap ikut aku la nak masak apa. So decide nak masak sambal ayam. Memang la boleh dikatakan aku ni memang pandai masak sambal, tapi sambal yang aku masak selalu tak kena tekak suami sebab dia ni sangat suka pedas. Aku plak kalau masak suka masak pedas-pedas manis. 

So mula la google resepi. Tak salah kan nak menambah ilmu cuma jangan malu dan malas jer. Jadi resepi yang aku nak kongsikan ini adalah dari Azie Kitchen. Cuma ada la aku ubah sikit ikut barang apa yang ada kat umah. Tapi bila kita masak tengok resepi ni jangan habaq kat mak mentua cover la sikit kan kalau tak jatuh saham hahaha....


Bahan-Bahan

1 ekor Ayam -Lumur dengan garam kunyit dan goreng tapi jangan sampai garing
4 biji bawang saiz besar
7 biji bawang putih
1 inci halia
2 biji bawang besar - hiris
2 batang serai - ketuk
4-5 sudu besar cili kisar (yang ni aku main ikut sukatan sendiri sebab nak bagi pedas)
Sos tomato (sos tak ada so aku letak sos tiram)
Sos Cili
Garam Gula

Cara-Cara

Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan minyak dan tumis serai serta bahan kisar sehingga wangi. Pastikan jiran boleh bau hahaha... Masukkan cili kisar dan goreng sampai cili betul-betul masak.

Masukkan sedikit air, terpulang nak banyak mana kalau rasa nak berkuah lebihkan sikit. Pastu masuk sos tomato, sos cili, garam dan gula secukup rasa. Tapi kurangkan garam sebab masa kita goreng tadi ayam kita dah rasa masin dah. Masak sampai mendidih dan pekat.

Akhir sekali masukkan bawang yang telah dihiris dan ayam tadi. Gaul rata dan sedia untuk dimakan =P


Ni la rupa sambal ayam aku. Penuh cabai... Memang pedas.. 




Selamat mencuba



REVIEW: WEDDING HANIS & AZRUL

Assalamualaikum...

Mesti tak sabar nak baca kan.. yer la dah hampir setahun kot menanti album gambar ni baru dapat. Pengantin pon dah basi. Tapi tarak hal punya la kan?? Disebabkan rajin terlebih aku update juga dekat blog aku yang dah lama aku tak jengah ni hahaha...




01022014

Hari persandingan Gadis Kampung Separa Bandar dengan Jejaka Kampung eccecece.... Majlis berlangsung di Kem KAMC Yan, Kedah. Bagi aku sangat meriahhh yer la anak sulung kawen kan? Dan ramai juga rakan-rakan aku yang hadir... Paling ramai rakan bloggers uolss.... Terharu cheq. Ada yang sanggup mai dari jauh macam-macam negeri ada Perak, KL, Selangor, Johor..Hatudia... Dipendekkan cerita jom tengok ceta bergambar yer.....




Kepak kebum kepak kebum kepak kebum..

Ketibaan pengantin lelaki dan family.. Hensem siot.. suami sapa la tu =P




Kemain lebar senyum bila suami ada di sebelah...Seronok kawen katakan hahaha






Gambar tunang yang dijadikan props dan santapan mata pada hari tersebut..




Acara memotong kek... Wajib ada kalau tak, kosong jer rasa




Meh nak shuap sket alolololo





 otototototo





Time outdoor.. Pic feveret.... Dah tak malu nak bertentang mata dah hihihi..

Tempat yang sama amik gambar masa outdoor tunang





Errr macam kenal jer tu.... Terima kasih sudi datang =)






Chocolate Fountain....

Impian aku nak adakan juga sikit kelainan masa majlis. Saja nak jamu..Dekat tempat aku mana ada orang buat kenduri jamu chocolate fountain lagi hehehe... Ha hamikkk berebut kawww....





Dengar cerita dari depa, meja baru nak setup dah kena serbu. Kelam kabut masa ni. Terima kasih ya kawang-kawang yang sudi membantu iolsss jamu orang kampung iolss







Dan paling win Apom Lenggang Kg Berjaya... Beraturrr kawww... Sapa tak sempat makan memang rugi beb.....




Sekali lagi dengan rasa rendah diri saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan bloggers yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menghadiri kenduri iosl laki bini. Sesungguhnya diri ini sangat terharu dengan kesanggupan kalian datang ke majlis iolss.. 






Mohon maaf andai ada kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Mohon maaf juga sebab ada yang tak dapat tasbih ini disebabkan berlaku kesilapan teknikal dari pihak aku iaitu hanya seorang mendapat kesemua tasbih yang iolss buat. Depa tersilap bagi satu beg tu kedia. Kecewa tau. Penat aku bersengkang mata buat =,( 




My Family















Akhir kata doakan kami pasangan suami isteri kekal bahagia sampai ke akhir hayat dan insyaallah ke syurga. Doakan kami juga cepat mendapat zuriat ;)

Aminnn...



Friday, October 24, 2014

TUKAR KERJA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

19.11.2014.

Ada misscall dari nombor tak dikenali. Aku memang risau kalau ada nombor tak dikenali takut ada URGENT. So aku call balik rupanya dari JPN Perlis. Tanya sama ada aku setuju tak, nak masuk kerja pada 22.09.2014 sebagai guru ganti. Masa tu memang aku dah blur.. Jumaat petang call, suruh Isnin masuk kerja. Masa tu terus aku cakap setuju padahal tak sempat fikir lagi sama ada nak berhenti keja atau tak.

DILEMA

Memang aku dalam dilema sebab kontrak kerja aku pada masa tu sampai bulan 7 tahun depan. Tiap-tiap bulan gaji masuk. Kerja guru ganti diberi gaji 100 sehari dan hujung bulan 11 dah start cuti sekolah. Lepas tu aku akan jadi penganggur kehormat. Tunggu tahun depan plak kalau ada kosong depa panggil pula,

Tanya suami, dia serahkan keputusan bulat-bulat pada aku, Tanya family, umi bagi sokongan walid plak macam tak berapa nak bagi maybe sebab dia fikir sayang kalau berhenti keja yang gaji tiap-tiap bulan ada. Tanya mak mentua dia pon sama serah pada aku untuk buat keputusan.

Bila aku tanya suami sekali lagi apa pendapat dia, dia cakap dia berat aku terima tawaran tu dan balik Perlis. Padahal memang aku dah terima tawaran cuma sama ada nak sambung keja lama ataupun call cakap aku tak jadi masuk kerja. Tak lupa juga pendapat kawan-kawan di FB sangat-sangat membantu untuk terus memberi keyakinan kepada aku supaya teruskan dengan keputusan yang aku dah ambil.

Jadi pada JPN aku cakap aku akan masuk kerja pada 23,09,14. Dalam masa 3 hari aku cuba siapkan kerja aku dekat AADK. Tapi surat berhenti kerja hanya berkuatkuasa pada hujung bulan 9 sebab aku guna cuti aku. 


SELEPAS 2 BULAN 

Alhamdulillah..... Keputusan yang sangat tepat aku ambil. Memang aku sangat enjoy dengan kerja sekarang. Walaupun banyak cabaran, tapi aku sangat gembira. Sebab tak payah nak fikir pasal orang yang asyik amik kesempatan pada pekerja kontrak dengan longgokan tugasnya pada kita, tak payah nak fikir pasal manusia yang asyik mencari salah kita, sangat-sangat lega.

Namun, tugas guru bukan mudah seperti yang dijangka, masih ada cabarannya cuma kita kena pandai kawal dan yang penting niat kita untuk membantu mereka dalam pelajaran. Lupa plak, ada juga la beberapa kisah lawak semasa mengajar sebab antara subjek yang aku ajar adalah Sains Pertanian dan Sejarah, Kalau Sejarah memang tak ada masalah sebab ni la matapelajaran yang paling aku suka masa sekolah dulu tapi Sains Pertanian???

Jadi memang agak mencabar la bagi aku. Aku pon kena study balik sebelum aku mengajar supaya tak bagi ajaran sesat pada mereka hehehe.... 





Now, 

Aku sebagai Cikgu Hanis








Monday, October 6, 2014

UBAH ANGIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..





Perghhhhhhhhhh baru nak update lepas last entry pada September hari tu...Sekarang ni secara rasminya aku online dari Perlis. Banyak benda aku nak ceta dekat blog ni. Lepas dah settle semua benda akhirnya ada masa gak aku update blog.

Antaranya yang terbaru pasal aku sudah semestinya mengenai pertukaran kerjaya.. Aku dah berhenti kerja dan kini dah dapat keja dekat Perlis dah tak PJJ dengan suami Yeay!! Alhamdulillah berkat doa dari ampa semua juga.

Yang pasal tu nanti aku tulis dan cerita dekat enrty lain. Laptop pon dah ada, line internet pulak memang mabelessssss.... So lepas ni akan makin kerap la aku tulis blog. Dah boleh aktif balik dah yippie *sambil lompat kaki sebelah*

Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan. Syukur sangat.... 

Ok cau cin cau next entry aku cerita hokey???

Tata...

Friday, September 19, 2014

REVIEW: THE BODY SHOP PRODUCTS


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Korang dah baca ke entry Aku jumpa dengan Lisa Surihani tu? Kalau belum KLIK SINI



Entry ni aku nak kongsikan sebahagian koleksi The Body Shop yang aku guna. Ni baru sebahagian.. ada lagi sebenarnya hihihi....





Kalau dapat gaji ja memang habis kat sini jer la. Sebab aku bukan jenis habiskan duit dekat baju, kasut atau lain-lain tapi lebih kepada kosmetik dan penjagaan wajah... Gitewww.....

Dalam banyak-banyak barangan ni aku suka semua sebab semua wangi. Tapi kalau perfume paling suka adalah Fijian Water Lotus botol warna biru tu. Sangattt wangi..Bau pon lembut ja.. Dari teratai biru. Cuma lotion jer lom dapat lagi. Maybe next time leh bodek En Azrul belikan cepat sket =P



Fijian Water Lotus from The Body Shop


Lipstick pulak kod 205 Passionate Pink (Matte). Warna dia macam merah nak oren-oren sket. Contoh dalam pic bawah ni. Sory gambar Recycle jer dari entry lain.... 




Untuk tak pernah beli TBS boleh la try... Sebab kalo lebih rm150 automatik akan register jadi member... And akan dapat rm30 voucher... Dan tempat TBS Feveret aku adalah di Aeon Wangsa Maju

Ni bukan sponsor post tau tapi aku review TBS disebabkan aku memang suka sangat TBS. TBS adalah 100% vegetarian iaitu dari bahan berasaskan semulajadi.


"The business of business should not just be about money, it should be about responsibility. It should be about public good, not private greed."

Dame Anita Roddick. 
Human Rights Activist. Founder of The Body Shop



Thursday, September 18, 2014

BERSANTAI BERSAMA LISA SURIHANI DAN THE BODY SHOP


Assalamualaikum...

Baru-baru ni aku menang contest dari The Body Shop dapat la pass VIP untuk jumpa Lisa Surihani dan menang voucher bernilai RM200. 

Aku ni memang boleh kata pelanggan setia TBS. Memang aku suka sangat sebab semua bahan diperbuat dari bahan-bahan semulajadi. Dari perfume, lotion dan barang make-up kebanyakan dari TBS. Ni bukan sponsor post okeh tapi bercakap atas nama pelanggan tetap hehe..





So hari tu hari bertuah aku sebab dapat jumpa Lisa Surihani live.. Cantik sangat Lisa tau...





Nampak tak beg yang aku pegang tu dalam tu ada lagi beberapa gift set dari TBS....Comel kan Lisa?? Orang sebelah dia pon comel juga #ehhhhh 





Venue: The Body Shop KLCC. 

Aku naik LRT jer dari LRT taman Melati. Lepas dah cium pp kanan dan kiri Lisa *ewahh ada hati* terus gerak balik dan siap-siap nak p kenduri pulak dkt Taman Bolton. Gerak dengan sepupu sepapat dan anak sedara.




With my Qaseh Irdina.

Anak sedara yang paling nakal hehehe....Tengok la parut kat dahi tu...  

Kalau ampa nak tau aku adalah pelanggan tetap TBS bila ada duit =P...... Situ jer la tempat shopping aku. Dari lipstik smpai la barang2 mandian dan lotion. Paling aku suka sebab TBS berasaskan bahan semula jadi. Nanti aku kongsikan barang feveret aku dari TBS. 

Stay tuned! 

=)

Wednesday, September 10, 2014

CHEESEKUT MILO CHOCOLATE CHIPS


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Worldless Wednesday


Order: anyss273@gmail.com

COD: Wangsa Maju, Setapak jaya, Alor Star & Perlis



Friday, September 5, 2014

REVIEW: ULU YAM DI LIVERPOOL 2 - NAZALI NOOR


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Uolsss lama kan aku tak review novel? Sebab dah lama sebenarnya aku tak kembali kepada hobi aku yang satu ni disebabkan kekangan masa. Yela aku kalau dah start membaca bagaikan alam tu aku yang punya. Hanya bunyi krikk krikk krikkk gitewwww kekdahnya. Cuma baru-baru ni jer dah mula merajinkan diri untuk kembali ke hobi lama. 

Buku yang aku nak review kali ni bukanlah buku yang biasa tapi dalam tu penuh dengan pengalaman yang berharga, penuh dengan kasih sayang dan paling penting banyak membuka mata kita setiap impian kita boleh menjadi kenyataan jika kita berusaha dan dengan izin Allah SWT insyaallah...

Tapi kan.... tapi kan... Dia ada 2 buku, buku pertama dijadikan hantaran masa aku kawen dan buku kedua dalam Edisi Terhad gitewwww....Tajuknya ampa dah baca kan kat tajuk entry aku ni.. hehehe....So terima lah Ulu Yam di Liverpool 2. Terus review UYDL2 sebab UYDL1 aku tak habis baca lagi ngeh3..... *ampun abang Naz* krikk krikk krikkk







Ulu Yam di Liverpool 2 Edisi Terhad

Buku ini adalah kisah pengalaman penghijrahan Abang Naz (penulis) yang berasal dari Ulu Yam ke Liverpool. Tapi kisah yang terdapat dalam buku ini bukan lah semata-mata kisah penghijrahannya tapi banyak lagi kisah mengenai kekeluargaan, kasih sayang, sikap manusia yang dipenuhi hasad dengki dan bagaimana seseorang yang dulu terlalu sibuk dengan kerja sebaik mungkin cuba untuk mencari masa kualiti untuk family dia serta nilai-nilai kemanusiaan.

Ada kala hati aku tersentuh membaca kisah yang disajikan, adakala aku sebak, adakala aku tersenyum, macam-macam lagi perasaan yang aku alami ketika membaca buku ini. Banyak nilai-nilai kekeluargaan yang perlu kita sedari dan pelajari yang banyak membantu kita membuka mata apa yang kita lakukan selama ini adakah masa yang kualiti dengan anak-anak, dengan keluarga? 

Yang paling terkesan dan aku ingat sampai sekarang adalah pengalaman abang Naz dengan Kak Ain yang baru sampai ke sana, hanya mengharapkan kawannya tetapi isteri kawannya tidak suka mereka menumpang dirumahnya. Bagaimana Kak Ain menangis disebabkan situasi itu, dengan kekurangan duit semua tu betul-betul menyentuh hati aku. Sebab aku rasa tak ramai orang yang betul-betul ikhlas nak membantu bila kita dalam kesusahan yang ada di samping kita hanya bila kita sudah senang dan sudah ada nama. Betul tak abg Naz?

Tak semua orang bertuah memiliki UYDL2 edisi terhad. Sebab dalam Edisi Terhad ni diselitkan kisah kak Ain. Kisah ibu dan ayah Kak Ain yang membuatkan kita mengimpikan untuk memiliki hari tua bersama. Kalau boleh sampai ke syurga Insyaallah. *tiba-tiba rasa sebak bila ingat balik kisah ini*

Setiap kisah yang dikongsikan dibuat mengikut Bab dan sangat ringkas. Jadi kita akan cuba sedaya upaya akan menghabiskan pembacaan mengikut bab terutamanya mereka yang mempunyai kekangan masa *macam aku* =P

Rugi kalau mereka tidak memiliki UYDL 2, sebab pengalaman yang dikongsikan ini tiada nilainya. Beli la UYDL & UYDL2... Confirm ampa tak kan menyesal memiliki buku tersebut. 

Namun, ada beberapa yang perlu diperbaiki untuk masa hadapan sebagai contoh ada bab yang menceritakan pasal gambar dan aku tercari-cari gambar yang dimaksudkan. Untuk UYDL 3, mungkin abang Naz juga boleh selitkan gambar dalam setiap bab mungkin lebih menarik lagi sebab kami yang tidak pernah menjejakkan kaki ke sana mungkin teruja untuk melihat suasana di Liverpool. =)

Dan akhir Ramadhan hari tu, telah diadakan majlis berbuka puasa dan santai bersama Abg Naz di Alor Star Kedah. Kebetulan homestay yang disewa memang berada dalam taman aku. Atas ajakan kak sue Ahmad dan telah ditugaskan untuk mengambil bahagian dalam acara pembacuhan air *tudia* maka terjadi la pertemuan dengan Abg Naz dan family sambil mendengar perkongsian pengalaman Abg Naz life dari mulutnya hihihihi









Malamnya pula, bila aku balik rumah, adik aku yang sememangnya penyokong tegar Liverpool teruja nak jumpa abg Naz, aku pon bawa depa jumpa dengan Abg Naz dan amik nasihat serta motivasi untuk depa mencapai impian dan cita-cita. Mana tahu boleh jadi pembakar semangat hehe






Dan akhir sekali nak jemput ampa semua untuk ke Page Ummu Khalifah Shop. Disana ada dijual baju baby, mainan kanak-kanak, Novel Baru dan Terpakai, barang-barang kecantikan dan juga penjagaan kesihatan hasil perkongsian aku dan rakan-rakan =)




Friday, August 29, 2014

8 BULAN ~ PERKAHWINAN JARAK JAUH (PJJ)

Assalamualaikum

Bila aku tengok kalender ada macam perasaan "Ha? Dah 8 bulan kawen?" gitewww tak sedar dah 8 bulan kawen sebab rasa macam baru sangat ja kawen. Apatah lagi bila PJJ ni lagi la tak rasa. Bila kita cakap soal PJJ, aku rasa ramai yang hadapi situasi ni kan? Aku pon banyak kali juga tulis entry pasal ni.

Tapi lepas 8 bulan, aku rasa macam dah biasa dah. Tak ada la rasa macam nak menangis ka sedih-sedih sangat ka tak ada. Sebab apa bila kita tak terlalu fikirkannya ia akan jadi biasa pada kita. Dan aku dah cuba cabar diri tak balik kampung selama sebulan, setakat ni ok saja. Kalau lebih dari sebulan tu tak boleh la nak buat kesian kat laki #ehhh =P





Bila duduk jauh ni paling penting sekali KEPERCAYAAN. Kalo tak ada kepercayaan akan timbulkan masalah di kemudian hari. Bila duduk jauh kita tak tau apa pasangan kita buat, betul ke dia kesana ke sini ke kuar dengan laki atau perempuan lain??? Mesti ada punya perasaan macamtu.

Macam aku, aku tak ada la fikir macam tu sebab dah tau dah perangai dia jenis macam mana. Kalau yang dok menggatal ka nak ngorat dia ka lagi la dia menjauh. Macam aku dia yang ngorat aku, hehe... bukan senang nak dapat aku so bila dah dapat ni kena la jaga elok-elok. Kadang-kadang saja uji dia, dia just cakap ingat senang ka nak kahwin? Kawen haritu pon dah habis banyak tak kan nak p kawen lagi? Ha tau pon. =P

So ampa dah dapat jawapan dia kan? Bagi lelaki, bukan mudah nak bagi komitmen dan mengambil keputusan mendirikan rumah tangga, tapi bila dia dah amik keputusan nak kawen, nak jaga anak dara orang secara tak langsung ada pengorbanan yang kita tak nampak tapi sebenarnya depa dah fikir masak-masak. Jadi jangan selalu asyik nak tuduh dan prasangka buruk dekat suami sebab lama-lama suami pon rimas.

Tapi kalau suami sebelum kawen pon memang boya, dan lepas kawen pon nak buat perangai boya lagi memang patut ampa rasa was-was. Dalam perkahwinan ni umpama pelayaran, kita yang jadi nakhodanya. Kita yang mencorakkan alam perkahwinan kita, suami ka isteri ka dua-dua kena main kan peranan. Sebab kita dah terbiasa hidup bujang bila dah kawen ni terbawa-bawa hidup zaman bujang. Macam tu la aku. Aku sentiasa ingatkan diri yang aku ni isteri orang,. Baik buruk aku, suami aku yang akan dapat tempiasnya. 

Amacam? Boleh jadi tetamu jemputan tajuk Perkahwinan Jarak Jauh tak? Ngeh3... 







Tuesday, August 26, 2014

KELEBIHAN SERUM / AMPOULE CHRISZEN


Assalamualaikum..

Uolsss siapa ada masalah liang pori-pori besar?? Kalau ada bermakna sama dengan aku. Selalu aku dok belek muka apsal pori-pori makin ketara ni. Salah satu punca adalah bila muka berminyak, cuci mekap tak bersih, terdedah pada matahari dan banyak lagi sebab.

Dan aku baru tahu sebaiknya sebelum kita nak pakai bedak atau pun mekap, pakai la serum di muka. Mesti ampa tak tau kan? Padahal dekat korea, kalau ampa tengok muka depa yang gebuss tu salah satu sebabnya bila pakai serum dapat juga melembabkan kulit.

Aku pon mula la survey serum, kebanyakannya memang mahal. Ampa tak percaya sila la survey. Lepas tu tertengok Wanita Hari Ini kat TV3. So aku pon try beli serum jenama Chriszen ataupun dikenali sebagai Ampoule.




Sebelum tu kita kena tahu apa itu Ampoule??



Aku ni bab penjagaan muka memang aku amik berat tambah dah bersuami, badan besar tak apa janji muka comel hahaha.... So aku beli Ampoule dengan harapan kulit muka aku akan jadi lebih flawless gitewww... Selalu aku pakai selepas cuci muka iaitu sebelum pakai mekap dan juga sebelum tidur.

Rasa sangat best sebab dia bukan jenis melekit. memang kalau kita sapu ja terus dia meresap dalam kulit. Dia berbeza dengan pelembab sebab Ampoule akan meresap dalam kulit dan pelembab selalunya just permukaan kulit jer...


Ni beberapa Step aku kongsikan sekali. 



Lepas tu 

Tara....



Eh Lisa Surihanis la dengan Lisa Surihani hihihi..

Yang pasal ni nanti aku cerita kat next Entry.

Kalau rasa nak beli Chriszen Ampoule boleh email aku 
anyss273@gmail.com


Harga RM 29.00
13ml




Monday, August 25, 2014

KISAH MENANTU DAN MENTUA


Assalamualaikum

Ni kisah menantu dan mentua. Aku adalah menantu sulung sebab laki aku pon anak sulung dan dalam family dia kira aku la menantu, cucu menantu perempuan pertama (ada ke cucu menantu??) sebab semua sepupu dia juga lelaki.

Bila orang perempuan pertama masuk dalam family ni harus la kita kena tunjuk skill di dapur walaupun kat rumah sendiri tak berapa nak rajin masuk dapur kah3... 

Style Mother in Law (MIL) aku jenis bila aku masak dia biarkan jer aku masak, dia tak kacau kalau dia masak, aku pon buat macam tu. Kadang-kadang ada orang ni tak suka kita dok kacau dia masakkan? Tapi yang syoknya dia akan tanya aku hari ni nak masak apa? Yang tak syoknya kalau dia rasa nak masak sesuatu tapi aku tak makan makanan tu dia tak kan masak jadi aku plak rasa segan. 

Ada sekali tu dia buntu nak masak apa, dia tanya aku, so aku cakap aku nak masak paprik. Masa tu aku tengah buat biskut raya. Jadi dia plak tolong aku sediakan bahan nak masak contohnya potong ayam siap-siap, carrot dan sayur yang nak digunakan. Itu la mak mertua aku. Tak pernah berkira pon nak buat apa-apa. Tapi yang dia tak tau masa tu aku first time nak masak paprik hahahaha... 

Kebetulan dalam nset aku memang aku simpan sesiap resepi yang aku rasa aku teringin nak cuba. Jadi masa nak masak tu cover la konon-konon dok tengok nset padahal aku dok tengok resepi hahaha... 



Masa buka puasa aku tengok pak mentua aku makan bertambah, asyik dok ceduk paprik ja.. Nasib baik la menjadi dan sedap hehehe... Tanya husband pon dia kata sedap. Tapi laki aku ni tak kisah makan ja apa pon janji ada petai untuk ulam. Makan petai saja, aku petai pon tak makan. -__-"

Aku boleh dikatakan bertuah ada MIL yang sangat baik dan amik berat. Masa aku sakit dia plak risau sampai tak boleh tidur fikir pasal aku. Alhamdulillah.... Anak dia pon baik macam mana aku tak jatuh cinta #ehhh =P

Orang tanya aku macam mana nak amik hati mentua, aku cuba kongsikan walaupun aku pon baru lagi maybe tak layak plak nak bagi nasihat. Cuma aku boleh katakan kena rajin bantu mentua kat dapur, jangan jadi malas bangun tidur lewat pastu datang makan ja, jangan sampai baju kita pon mak mentua yang basuh dan sidai..

Aku mungkin kurang bab mengemas rumah tapi lebihnya aku dekat dapur. So guna kelebihan yang ada tu untuk ambil hati mentua. Aku kadang-kadang suka buat dessert yang depa tak pernah makan contoh triffle, kek karamel, biskut lidah kucing dan macam-macam lagi aku try. Padahal dulu family aku pon tau aku nak sangat ka buat benda alah ni?? Tapi sejak dah kawen ni alhamdulillah la banyak side diri aku yang banyak dah berubah. 

Kalau ada duit lebih beli kan MIL kain pasang atau tudung. Selalu la call MIL kalau duduk jauh tu. Tak tau cakap pon just tanya mak sihat ker? Masak apa hari ni? Tu pon dah cukup. Apa-apa pon selamat mencuba. Semoga hubungan kita dengan keluarga mentua baik-baik sahaja. Insyaallah..





Friday, August 22, 2014

KEK KARAMEL CHOCOLATE (BAKAR)


Assalamualaikum...


2 hari lepas my housemate merangkap roomate aku miss wawa minta aku buat kek. So terfikir nak buat kek karamel macam renyah... Pastu cik wawa kita nak kek chocolate. Tetiba terasa nak gabungkan kek Karamel + Chocolate. Resepi memang sentiasa ada dalam nset aku ni. Cakap jer nak apa semua ada.. Ewahhh =P

Tapi yang musykilnya resepi kek yang ada pada aku adalah jenis kukus tapi aku tak ada periuk kukus, tanya orang tu tanya orang ni, kak shida anwar bagi aku resepi yang jenis bakar tapi last sekali aku fikir tak pa la aku try jer la ikut resepi kukus ni tapi aku tukar bakar bezanya cara masak ja la. Seriau juga kalau tak jadi. 

Semalam lepas Magrib ja mula la misi memasak kek dengan Wawa. Lepas keletung kelentang kat dapur pukul 12 lebih baru siap. Memang lama rupanya nak masak kek ni -__-" 



Dah siap....

Tada.....










RESEPI KEK KARAMEL CHOCOLATE

Bahan Karamel

  • 2 @ 4 sudu besar gula pasir. - Gula dicairkan dalam loyang dan diratakan permukaannya (Gula hangus)
  • 1 cawan susu pekat **
  • 1 cawan susu cair **
  • 3 biji telur **
  • 1 sudu teh esen vanila **
**Dipukul lembut.. (Aku Blender jer) 


BAHAN KEK

Bahan A

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak
- Semua Bahan ini dimasak sebentar atas api.

Bahan B
  • 1 1/4 Cawan tepung gandum (Boleh kurangkan menjadi satu cawan)
  • 1 st soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
- Semua bahan diayak sekali


Bahan C
  • 3 Biji telur di blend


CARA-CARA 
  1. Kukus/bakar bahan puding karamel tadi sampai masak. Aku bakar so guna kaedah steam Bake. (amik loyang yang besar sikit, masukkan air panas dan letakkan loyang yg dah dimasak gula hangus tadi dalam loyang yang berisi air panas). Masa bergantung pada oven masing2. Tapi rasanya dlm 45 minit juga kalau tak silap. Suhu aku buat 180'c. 
  2.  Masukkan bahan B dan C ke dalam A. Kacau sampai sebati.
  3. Bila puding karamel dah masak masukkan kesemua bahan tadi kedalam nya dan kukus/bakar kira-kira sejam. Aku bakar, hampir sejam lebih baru masak dengan suhu 160 'c guna api atas bawah. Tapi aku set masa 30 minit-30 minit - 15 minit sambil awasi kek takut hangus dan semua ni bergantung pada oven masing-masing. 
  4. Dah masak, biarkan sejuk seketika. Bila dah sejuk telangkupkan ke dalam bekas lain yang rata dan cepat-cepat lapkan lebihan air gula karamel tu kalau ada. 

Oven aku cepat panas sebab tu suhu tak berani tinggi sangat. Kena tunggu lama pon tak apa janji kek tak hangus. Tengok resepi macam senang tapi sebenarnya memang renyah juga nak buat. Sebab tu kalau jual harga memang agak mahal padan la dengan kos tenaga dan masa yang diperlukan untuk buat kek karamel ni.

Selamat mencuba.. Kalau malas, sila order dekat aku. COD Setapak, Wangsa Maju, Gombak, Alor Star & Perlis. 







Wednesday, August 20, 2014

SEMBANG SANTAI LAKI BINI




Isteri   : Abang, rambut dah panjang la... Nak potong boleh dak?
Suami : Potong la... rambut pon asyik gugur ja...
Isteri  : (Tergelak) penuh bilik kan dengan rambut sayang hahaha... Ingat nak potong rambut cukur sebelah tu boleh dak??? (saja nak menguji suami) 
Suami : Ermm potong la... tak ada selera abang tengok nanti
Isteri   : hahahaha......


Ala-ala Rihanna kononnya la.. 



Tapi AWAS!! 

Jangan buat kalau boleh mematikan selera suami pada isteri kah3....



Friday, August 15, 2014

THE BODY SHOP GIVEAWAYS


Assalamualaikum 

Siapa customer tetap The Body Shop??? Angkat kening.... =P Kali ni ada offer best untuk ampa. TBS sedang memberikan Free Vitamin E Moisture Cream yang berharga RM 14.90 kepada semua customer. Cara dia mudah saja. Pergi ke Facebook The Body Shop  kemudian Like dan klik dekat Get Offer macam kat bawah ni. 



Lepas tu pergi ke stores TBS dan tunjukkan email ataupun boleh jer print sesiap email tu then tunjuk kat depa. So dapat la free Vitamin E ni =) Ada juga kes yang tetiba promoter suruh beli barang baru dapat Vitamin, so ampa cakap sesiap benda ni memang dapat free tak pon ampa ugut nak lapor kat HQ dia huhuhu 

Tapi kalo tetiba dia pujuk-pujuk ampa dan ampa TERbeli jangan salahkan Promoter yer =P

Tetiba jadi macam aku TERbeli perfume walaupun baru lepas beli perfume dah kat TBS. Cuma perfume ni perfume baru. Sangat wangiiiiiii... Saya suka saya suka (versi Meimei upin ipin).

Aku jadi membership TBS ni so haritu shopping lebih dari RM 200 dapat la voucher RM30 so ingat nak beli lipstik TBS la...Lipstik dia memang best. Tak melekit langsung. Warna pon cantik. Tetiba nampak perfume baru ni, bau pon wangi. Diperbuat dari teratai biru. Lepas dipujuk-pujuk, amik juga la... Lotion dia pon wangi maybe next month punya gaji plak la... 




Lepas tu gitau suami nak hadiah lotion TBS, dia kata ok, tunggu gaji nanti dia beli kan. Yahuuuuu!!! So kalo rasa nak try silakan =P

Aku selalu pergi TBS Aeon Wangsa Maju. Promoter dia sangat bagussss... Tak ingat plak nama akak tu... Tapi cara layanan dia memang tip top la.  

Eh uolsss... Masa kenduri kawen aku dulu, aku terlupa nak bagi Penanda buku berkalendar ni dekat kawan-kawan dan sedara. So aku nak bagi kat ampa. Jadi kalau rasa nak boleh emailkan alamat ampa dekat anyss273@gmail.com. Benda ni terhad jadi siapa cepat dia dapat. ;)  






Thursday, August 14, 2014

SAH BATU KARANG!!


Assalamualaikum.. 

Ingat lagi tak entry pasal doc suspek aku kena batu karang?? Nak baca KLIK SINI. Setelah macam-macam hal dan sakit aku kena tanggung. So akhirnya doktor sah kan aku kena batu karang. 

Macam mana boleh kena??

Sejujurnya aku tak tau macam mana aku boleh kena batu karang. Macam-macam teori aku dapat sebab tahan kencing la, sebab terlebih kalsium la.. Bila tanya doktor, doktor pon tak boleh nak bagi jawapan yang pasti.

Sebelum ni aku tak tau apa sakit aku. Tapi hari-hari memang loya, aku asyik muntah ja... Badan plak asyik rasa tak sihat. Lepas tu kencing kerap. Memang aku ingat aku mengandung. Tapi tetiba aku period. Tak mungkin la aku mengandungkan. 

Lepas tu pinggang aku asyik sakit. Belakang badan sakit dimana tempat buah pinggang kita. Sampai ada satu malam tu, nak dijadikan kebetulan budak rumah aku semua tak ada sebab hari minggu kan. Aku plak tak balik kampung minggu tu sebab ada program. Jiran plak tak ada. Malam tu memang aku dah tak tahan sakit dah. Memang nangis-nangis sorang-sorang. Call suami, suami dah panik, risau sebab aku tinggal sorang sampai suruh aku call Ambulans. Tapi aku degil. Malas la nak call ambulans segan ja.

Lepas tu terfikir Abang Aim. Dia yg paling dekat dengan tempat tinggal aku. Minta izin suami. Dia pon benarkan. Memang aku dah tak tahan sakit terpaksa juga minta abg aim bawa aku ke hospital. Pukul 10 pergi. Sampai sana macam-macam prosedur kena buat. Bila doc tanya antara skala 10, no berapa sakit. Sakit aku no 8. Lepas tu Amik darah, pastu kena jalan buat x-ray plak. Tunggu result darah. Kerusi roda tak ada jalan la aku ke sana ke sini dengan tempat yang jauh. Memang rasa serik sangat mai HKL ni walaupun ke Emergency. Habis kul 3 pagi. Lama nak mampos.. Aku siap termuntah dalam toilet hospital lagi. 

Check Doc cakap kencing kotor. Lepas tu ada la lagi siri aku ke klinik kesihatan doc dah cakap suspek batu karang siap bagi surat rujukan ke hospitak untuk X-Ray. Tapi pergi hospital doc bagi ubat lagi xray tak buat. Rasa macam sampai berapa banyak ubat aku nak telan asyik-asyik bagi ubat yang sama. Dah dapat surat xray pon tak mo buat xray lagi. Haihhh... Lepas tu appointment. Bila demam sampai gigil-gigil sampai tak lalu nak makan apa. Badan panas tapi menggigil baru la nak wat xray check suma.

Then kena tunggu next appointment untuk dapat result Xray plak. Then tunggu pulak lagi sebulan baru dapat result xray. Sah ada batu. Lepas tu appointment lagi untuk wat ct-scan plak. Balik kampung aku sakit lagi. Nasib ada suami. Agaknya dia dah tak tahan tengok aku dok tahan sakit bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star plak. Sana dia punya pemeriksaan aku salute. Dalam masa sehari siap semua. XRAY, amik darah, tak payah tunggu next appointment untuk tahu result xray. Nampak dalam xray, batu karang tu dah turun bawah banding dengan xray kat HKL yang ada sekitar belakang dan area pinggang. 

Lepas tu aku cuba minum jus nenas batu. Kebetulan walid aku tanam ada sebiji ja buah. Memang rezeki aku. Balik KL aku saja singgah farmasi beli ubat kat situ. Lepas makan ja ubat farmasi tu aku agak sempat la dalam 4-6 biji kalau tak silap esok tu aku mula rasa sakit kat bawah. Kencing kerap. Rasa macam ada benda nak keluar tapi tak boleh keluar.

Aku minum banyak ayaq masak dan berulang p toilet. Sampai satu tahap tu memang betul-betul sakit dan rasa ada benda nak keluar pergi toilet... masa kencing tu batu tu keluar. Gila seksa nak kuar pon. Bila dah keluar tengok besar ni jer??





Sakit macam apa lagi tapi batu tu kecik ja??? Apa-apa pon alhamdulillah sebab batu dah berjaya keluar. Cuma bila ingat balik cukup la sekali aku rasa macam mana seksanya sakit batu karang ni. Macam mana pon aku bersyukur sebab kecik jer dan keluar sendiri dari kena opperate.. Ngeri!





Thursday, August 7, 2014

RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS




Assalamualaikum...

Selalu kalau lalu ja depan kiosk Famous Amos dekat Aeon Wangsa Maju tu ja mesti hidung ni rasa tertarik dengan baunya dan teringin nak membelinya. Tapi aku tak pernah beli pon gara-gara harganya yang mahal dan tak berpatutan dengan jumlah biskut yang kita dapat.

Dalam puasa haritu aku dapat resepi buat biskut famous Amos ni dalam group Resepi Ringkas. Mana ada resepi yang mudah dan best aku print screen jer jadi tak tahu siapa yang kongsikan. Apa-apa pon kali ni aku share plak resepi dengan ampa yang teringin nak buat. 

Biskut ni ramai yang puji sedap dan rasa macam chipsmore. Ingatkan bebudak ja suka, mak mentua aku pon cakap sedap. 

Nak try resepi ni? 



Nampak sedap tak?? 



BAHAN-BAHAN

250 g Butter
225 g gula pasir (gula biasa tu)
175 g gula perang 
2 biji telur
250 g cip cokelat (aku tak timbang pon sebab rasa nak banyak letak ja tanpa sukat)
200 g kacang walnut 
120 g tepung jagung 
500 g tepung gandum
7.5 g serbuk penaik (aku timbang guna penimbang eletronik) 

Cara-cara

  1. Pukul Butter bersama gula pasir dan juga gula perang sehingga sebati
  2. Masukkan telur perlahan-lahan dan coklat cip serta walnut. 
  3. Masukkan tepung jagung, tepung gandum dan serbuk penaik dan gaulkan hingga rata.
  4. Guna sudu makan dan letakkan atas dulang pembakar. Aku guna tangan ja. Agak-agak nak besar mana tempek ja kat dulang hehehe... 
  5. Hias dengan coklat cips. Kalau tak nak pon tak apa tapi nampak kosong jer la. 
  6. Kemudian bakar 20 minit dengan suhu 150 'c bergantung juga pada oven masing-masing. Macam aku bakar lebih masa sikit sebab rasa cam lembik lagi bila tekan dengan garfu. so aku lebihkan masa sikit dengan pemantauan. Kalo terlebih masak biskut akan jadi keras. 

TIPS: Goreng tepung gandum dan ayak tepung untuk mendapatkan biskut yang lebih enak dan ringan teksturnya. 


Itu saja. Cuba la. Tak rugi try tau... Mesti anak ampa suka. =)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi