Thursday, March 20, 2014

7 HARI LAGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

7 hari lagi insyaallah genap umur aku 26 tahun. Target kahwin umur 25 tahun, kira aci la kawen 2 bulan lagi genap umur 26 tahun kan? Hehehe...

Hampir 2 bulan bergelar isteri alhamdulillah syukur dengan nikmat yang Allah bagi. Walaupun berjauhan dengan suami, kami dapat atasinya. Bila berjumpa time tu la nak bermanja time tu la nak merajuk-rajuk konon nak dipujuk hihihihi.... Suami aku layan kan saja perangai mengada isteri dia ni....

Lepas kahwin tak sempat nak honeymoon sebab masing-masing terus kerja lepas kenduri kedua-dua belah pihak. Jadi minggu depan Insyaallah kami akan ke Sabah untuk honeymoon. Bukan honeymoon saja kali ni dapat sambut befday sekali dengan husband. Ni la kali pertama nak sambut befday dengan suami. Sepanjang kami kenal belum pernah sambut befday dengan suami ada di sisi. Yela sebelum kahwin pon dah memang PJJ. 

Tempah flight, hotel semua dari tahun lepas lagi masa Air Asia buat promotion. Masa tu masih tunangan orang. Plan dah lama. Cuti pon dah diluluskan. Insyaallah semuanya akan dipermudahkan. =)

Minggu ni husband datang KL. Rasa excited plak. First time suami nak datang kat isteri dia. Tiba-tiba rasa syahdu plak. =,( Belum rezeki kami nak duduk bersama. Tak pa la kita susah-susah dulu mana tau nanti Allah makbulkan doa kami. 

Alhamdulillah gak dapat mentua yang sangat memahami. Depa tahu situasi anak dan menantu depa macam mana. Kadang-kadang aku rasa segan juga sampai terfikir apa guna ada isteri kalau bukan berada di sisi suami? Tapi tu hanya bisikan jahat dari syaitan. Tak baik kan fikir macam tu? Hmmmm...

Bila masuk bab anak, ramai juga memahami keadaan kami yang PJJ ni. Jadi tiada tekanan dari keluarga untuk dapat baby cepat-cepat. Yang aku dapat tekanan dari orang luar. Bagus la nak menasihati tapi yang tak bagusnya bila ada yang tak paham. Kadang-kadang situasi kita berbeza..Jadi jangan samakan situasi kita. 

Tapi tak apa, aku maafkan depa. Mungkin ada yang tak paham.

Pagi tadi dapat whatsapp dari suami. Rahsia memikat hati suami. Tergelak masa dapat ni:




Haritu ada la merajuk sket pasal bola. Yela lelaki dengan bola kan tak dapat dipisahkan. So aku suh pilih bola ke aku? Kakaka Kejam kan? Tapi sebenarnya saja jer taktik nak bermanja dengan suami =P
Yang no 3 tu terasa la juga haha... =P

Sebelum ni aku ada bagi kat dia pasal ni:




Kali ni terkena balik la aku hihihi... Tak kisah la dia macam mana pon, kami dah jadi suami isteri kena terima segala kelebihan dan kekurangan masing-masing sebab suami isteri akan sentiasa melengkapi antara satu sama lain..

Next entry aku kongsikan persediaan aku ke Sabah yer =)


6 comments:

  1. waaa....syoknya nk nimoon pi sabah.k.zai ritu tbantut trus nk p sabah pdhl dh booking tiket

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat jugak pi honeymun..kami takdan nak honeymun..sekali termengandung dah pulak..hahaha..

    kim salam kat Sabah naa..rindu kat sana..pas belajar dah tak pi lsg..hehe..

    ReplyDelete
  3. "kekurangannya diredhai, kelebihannya disyukuri- Ustaz Hasrizal"

    alhamdulilah kami sonok tengok ampa hepy. moga berbahagia sampai syurga ye sahabat ;)

    ReplyDelete
  4. hahahaha...standard la semua org nk brmanja mcm2 bnda guna nk ugut ~

    ReplyDelete
  5. wahh nak pi sabah bah hahaha
    selamat berhoneymoon uols
    smoga kekal utuh smpai jannah

    ReplyDelete
  6. selamat berhanimun ye~
    dan lg skali epy bday in advance,smoga berbahagia slalu bersama cik asben..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi