Saturday, March 22, 2014

KISAH LAKIBINI: MASAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca setia ku sayang =)

Aku sebenarnya bukanlah seorang yang rajin memasak. Kalau dekat rumah memang aku jarang masuk dapur. Tapi bukan bermakna aku tak pandai masak. Kalau ikutkan aku lebih suka masak lauk pauk dari buat kuih atau kek. Yang tu memang aku tak minat langsung. Tapi pandai jer masak kek karamel =P

Karamel yang aku pernah buat 


Berbeza dengan ummi aku yang minat buat biskut moden dan kek. Memang minat sangat sampai sanggup beli oven baru. Dah berapa banyak oven kat rumah. Dah berapa banyak kursus pergi. Tapi selalu kena perli dengan walid orang lain p kursus siap boleh meniaga, kita? Hahaha....

Mungkin satu hari nanti bila ummi dah pencen (kot) dia akan buat bisnes insyaallah.... Eh terjauh plak pusing tapi sebenarnya nak cerita pasal aku =P

Suami aku bukan jenis yang cerewet bab makanan berbeza sangat dengan aku yang cerewet pasal makanan kalau tak sedap memang aku akan komplain terus, kalau aku minta lain tapi dapat benda lain aku memang akan suruh depa masak balik hahaha... Selalunya kalau aku minta telur mata garing tapi dapat telur mata separuh masak memang aku suruh masak balik. Sebab aku dah pesan bukan tak pesan.

Tapi laki aku plak jenis tak kisah dan selalu menu yang sama ja dia order . Apa pon dia tak kisah dan persamaan kami kalau kedai tu sedap memang 2,3,4 kali dan sampai bila-bila hanya akan p kedai tu ja. 

Bila dah kahwin ni, boleh dikira dengan jari jer la berapa kali aku dah masak untuk dia. Kekangan masa kan sebab kalau balik ja kuar dating... Selalu kalau aku masak dia makan ja pastu diam. Komen apa pon tidak. Lepas makan ja mesti aku tanya "Sedap tak?" Dia kata "Boleh la". Ataupun angguk ja. So muka aku sah sah akan berubah jadi sedih dan aku akan perasan dia pandang aku tapi aku sedaya upaya buat riak muka biasa.

Tapi semalam masa whatsapp dia tanya

Laki: Dah makan ka?
Bini: Dah.. tadi masak simple jer.. telur dadar, goreng ikan bilis dan masak udang.
Laki: Simple tapi sayang masak sedap gak.
Bini: Yeke bang sedap?
Laki: Aah sedap gak cuma abang tak ngaku bila sayang tanya.
Bini: Kenapa bang? Tertunggu-tunggu gak abang komen
Laki: Saja nak menyakat sayang hehe


Aku punya dok feeling sedih mak jemah dia boleh kata saja nak menyakat? Sabau ja la laki aku ni.. Bila tanya dia paling suka aku masak apa dia kata paling sedap nasi tumis dengan sambal telur dan sambal petai udang. Haritu makan nasi tumis tak habis ingatkan tak sedap rupanya waktu pagi memang dia kurang makan sikit. Aku punya jahat bubuh nasi banyak gila sebab nak bagi dia gemok cepat hahahaha.... Memang tak habis lah kah3...

Sambal petai udang yang aku masak


Bila suami kata aku masak sedap lagi la semangat nak masak untuk suami. Sumber rujukan aku adalah blog Che Mat Gebu. Aku ingat lagi raya tahun lepas dan 2 tahun lepas, gigih aku salin resepi rendang dari blog CMG. Bila aku ikut resepi serius memang sedap. Ramai yang puji rendang aku hehehe... 

Adik aku selalu ja bising, kat umah mentua kemain hang masak balik umah sendiri malas masak hahaha... Well rumah mentua kena la behave sikit kan? Hihihi...

Lepas kahwin kena rajin-rajin masuk ke dapur la kan? Laki pon dah bising perut makin muncit. Ala muncit tu kan tanda romantik #ehhh




#kbai


13 comments:

  1. Wah...bgus2...masak yg biasa2 tu yg sedap tu..yg penting suami suka kan...

    ReplyDelete
  2. Salam ukhuwah dan salam ziarah dari bunda...

    Pertama kali singgah kesini terasa lapar tengok sambal udang petai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... terima kasih bunda sudi berkunjung ke teratak buruk sy ni =)

      Delete
  3. terliuq aih tgk smbl udang petai tu...hehe..

    ReplyDelete
  4. dh ada dkt leh la manja2...hik2

    ReplyDelete
  5. kami sebelum uwais lahir dulu selalu la buat bekpes kat nadh. tapi sejak2 dia lahir jarang dah boleh turun dapur. sedih je rasa. yela balik sekali sekala mestilah nak jaga suami betol2 kan.

    tapi alhamdulilah dia pun paham. anak didahulukan. anak pun kemain syok la dah dia menang menangani segalanya hhihihihi

    ReplyDelete
  6. sambal petai..sedapnye..
    best bila laki puji sedap..rasa nak masak..nk masak..nk masak

    ReplyDelete
  7. sambal petai tuuuuuuuuuuuuuuu uiksssssssssssssssssssssss

    ReplyDelete
  8. alololo manja nya... sweet sangat..=)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi