Thursday, March 13, 2014

KISAH LAKIBINI: PENGORBANAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni aku bangun dalam keadaan malas. Bukan harini saja sebenarnya tapi setiap hari. Bila aku fikir kerja itu satu ibadah sementelah aku berada dalam unit pemulihan, aku gagahkan diri untuk bangun bersiap ke tempat kerja.

Bila waktu morning meeting bersama klien, ada klien yang masih tak nak berubah sikap, still terbawa-bawa sikap di zaman lampaunya membuatkan aku memuntahkan amarah sambil menasihati. Adakalanya dengan kata-kata yang lembut yang diberikan setiap hari masih tidak mampu untuk membuatkan mereka sedar. Jadi cara yang terbaik sekali sekala perlu menjadi tegas dan garang.

Hari ni dah khamis, esok jumaat jadi esok kita balik jumpa suami. Encik suami sudah aku kabor supaya balik siap-siap ke Alor Star dan jemput aku kat Shahab Perdana. Kali kedua balik sejak kami berkahwin. PJJ gini lah kan?

Minggu ni juga giliran balik rumah mentua. Walaupun Sabtu ni ada kenduri kahwin kawan aku di Yan, aku kena adjust juga balik rumah mentua. Kesian plak kat MIL, dah tanya bila nak balik sana pula. Katanya nak buat makan-makan bila aku balik nanti. So lepas balik Yan, terus lajak ke Perlis dan Ahad balik KL. 

Walaupun masa singkat dan agak terkejar-kejar, itulah pengorbanan yang harus dilakukan. Harap semua ini hanya bersifat sementara. Bila duduk berjauhan dan merasa hidup macam suami isteri lain. Kadang-kadang perasan bujang =P

Ada indahnya bila PJJ, salah satunya kita lebih menghargai pasangan kita dan sayang rindu tu makin menggunung =P

Suamiku tunggu isterimu ni yer....

=)




8 comments:

  1. kehidupan berubah setelah berkahwin kannn???

    ReplyDelete
  2. Akak setuju tu sebab dulu2 akak 2 tahun macam tu, tapi suami balik tiap2 minggu.

    ReplyDelete
  3. PJJ byk dugaan..keep strong dear~ :)

    ReplyDelete
  4. dok asing mmg best dari segi jumpa sekali sekala macam time bercinta

    ReplyDelete
  5. bertabah dan bersabar lah sahabat. insyaAllah nanti mesti ampa pun akan duduk sekali jugak. kami doakan ampa berdua amin

    ReplyDelete
  6. yg pastinya bdn mesti trlalu lalu letih kan.......tambah plak bila dok sorang2 lg terasa

    ReplyDelete
  7. sabar noo PKSB bukan GKSB dah.... sekejap je , pasni ok la.

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi