Monday, March 17, 2014

KISAHLAKIBINI: MENANTI SINAR



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Berakhir sudah 2 hari bersama suami.... Masa yang ada digunakan sebaiknya dengan suami..Dah macam belangkas...Kat mana dia ada aku ada.... Baru betul-betul berkualiti masa yang diluangkan hehehe...

Suami pon dengan sabar layankan saja perangai manja aku ni... Sampai tudung aku pon minta suami gosokkan keh3... #bulisuami =P 

Alhamdulillah dapat suami yang sangat memahami perangai isteri yang mengada-ngada lebih ni..Dia pon paham sangat sesekali jumpa cmni la hehehe.... 


Anje anje dengan somi =P


Bila dengan suami kemain lagi aku bersiap..Kalau g keja malas plak nak bersiap dan mekap bagai ni huhuhu... Ada sesetengah suami jenis tak suka isteri mekap dan bersiap tapi suami aku ni kalau boleh nak aku sentiasa kelihatan cantik. Aku ni pasrah jer la beli barang2 mekap. Tapi time aku tengah mekap dia pesan mekap jangan lebih-lebih sangat.. Ha macam mana tu? Ikutkan saja cakap suami. =P

Tak mau la muka sememeh ja kan depan dia walaupun orang kata natural beauty tu lagi lawa tapi tak kan asyik nak tengok natural beauty ja..Bangun tido natural beauty, keluar natural beauty sesekali dia nak la isteri dia ni bergaya sket. So lepas kahwin ni memang kerja beli baju ja la aku.. Barang-barang mekap memang aku dah beli lama dah sebelum kawen lagi. So lepas ni boleh minta dia sponsor duit beli barang mekap plak hihihi...

Tapi kan..... ingat aku sorang ja ka bergaya laki aku lagi sakan. Lepas kawen ni kemain lagi dengan maju kemeja, spek baru, hat... Kadang-kadang naik risau aku. Aku tegur jer "Amboi abang.... kemain bergaya" dia mesti jawab "Abang bergaya pon bukan untuk orang lain, untuk isteri abang juga..." Ayat dia...so pasrah jer la hahaha... 

So petang ahad tu kami p Padang Besar. Lama tak shopping. Dia bawa p kedai feveret dia.. Kak kedai tu tegur ni siapa? Dia jawab "Ni la isteri saya" kembang semangkuk la aku kih3.... 



Kemain banyak shopping, nak apa amik ja...suami bayarkan. Bagi nafkah katanya kih3...

Pakai selipar je sebab hujan kalau tak dengan kasut bagai hihi...  



Masa dalam kereta tiba-tiba laki aku cakap "Kalau sayang pregnant, berhentilah keja..Abang tak senang duduk fikir sayang sorang2 kat KL tu..Lepas bersalin, kalau nak keja, keja la tak apa" Masa aku dengar ni rasa nak menangis pon ada, suami mana tak risaukan isteri. Bezanya sama ada depa tunjuk dengan tak ja.

Mungkin sebab aku selalu cerita budak rumah aku ni PJJ gak, tengok dia bawa anak dia mai sekali tapi suami jauh kita jadi kesian kat depa 2 beranak. Bila sahabat terdekat Kiera dan Nadh pon PJJ, dengan situasi depa dengan uwais kadang-kadang kala terfikir mampu ka aku jadi kuat macam depa.

Bila tiba-tiba laki aku cakap macam tu bermakna dia betul-betul tak sanggup nak tengok aku struggle sorang2 kat KL kalau pregnant. Lagipun kenderaan yang aku guna sekarang hanya motor.. Insyaallah Allah akan permudahkan segalanya...

Insyaallah ada sinar yang menanti... 



13 comments:

  1. Nanti kalau akak balik Perlis boleh dating2 eh...:)

    Insyaallah...Allah akan permudahkan segalanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je..kalo balik perlis gtau la awal leh set time nanti hehe

      Delete
  2. Bl dh kwen nk anje2 cmna pon xpa dh.xdak org mrh...hihihi...

    moga dipermudahkn kehidupan GK & suami....Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... lagipun anje dengan somi bukan org lain hehe

      terima kasih kak zai mendoakan kami

      Delete
  3. alolo comelnya akak GK dgn suami :D

    ReplyDelete
  4. Tak rugi berhenti keja kalo niat tu baik. in sha allah ada bhgn utk kita nt

    ReplyDelete
  5. insyaAllah semoga Allah permudahkan !!!

    ReplyDelete
  6. mujur la ampa pandai jugak nak bermekap. kalau kami nadh suruh mekap tatau la jadi lagu mana muka nie haaaa hahahaha

    rasanya kalau bukan sebab kerja sekarang nie, kami pun salah sorang yang berhenti kerja macam jusiza. faktor utama dia pasal PJJ. time preggy mungkin gagah lagi nak pjj sorg diri. tapi bila ada anak dugaan dia subhanallah Allah saja yang tau. kalau ampa dah bersalin kami kuat nak suggest berhenti lah. insyaAllah nanti mesti Allah permudah untuk rezeki yg lain pulak.

    bukan tak sokong ampa kalau nak berhenti time pregnant. lagiiiii sokong tapi mana la tau kot ampa nak kumpul2 bajet untuk sambut orang baru nanti kan. tue yg biarkan je. tapi tetap mendoakan moga cepat la ampa dapat tukar ke perlis. jarak ampa berdua lagi jauh dari kami. risau kalau2 jadi pape nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks atas nasihat..kami tengah usaha lagi mencari kerja yg dekat dengan suami insyaallah ada rezeki tu nanti

      Delete
  7. wah...bahagianya....tahniah dear...lama btl sy x singgah cni ^__^.

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi