Wednesday, March 12, 2014

TAKDIR ITU MILIK KITA



Assalamualaikum...

Allah adalah sebaik-baik perancangan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Selalunya kita tak kan nampak hikmah melainkan kita duduk, berfikir dan renung balik kesilapan lama, baru kita akan nampak hikmahnya.

Sebagai contoh aku amik dalam soal percintaan. Walaupun rupa paras yang sederhana tapi aku "berkawan" dengan lelaki lebih 20 kali sehingga aku dapat menilai bagaimana seseorang laki tersebut. Setiap pengalaman yang kita dapat kita amik pengajaran. Adakalanya kita tersasar jauh dari haluan hidup tapi Allah masih sayangkan kita. Dia adalah sebaik-baik perancangan dan takdir Allah siapa dapat menolaknya.

Suka untuk aku ingatkan terutama untuk adik-adik yang masih muda yang masih tercari-cari arah hidup yang masih mencari jodoh, yang masih tercari-cari kebahagiaan. Insyaallah kita akan ketemu juga cuma jangan berhenti berharap dan jangan berhenti untuk berusaha.

Jangan takut untuk membuat kesilapan sebab dari kesilapan la kita belajar kekesalan. Kecewa, kesedihan, semua itu akan kita lalui sebelum kita jumpa kebahagiaan kita. Cuma manusia ni kadang-kadang kita lemah, kita sering melakukan kesilapan. Kita sering tidak mengendahkan hukum Allah, sering melakukan dosa. Masyaallah betapa kerdilnya kita sebagai manusia.

Aku juga tidak terlepas dari melakukan dosa kerana kita hanya manusia. Insyaallah sedang berusaha untuk melakukan perubahan dalam diri. 

Dalam usia aku yang akan menginjak ke 26, banyak hikmah yang telah aku lihat di depan mata. Banyak takdir yang telah kita fahami dan sesungguhnya manusia hanya mampu merancang tapi Allah juga yang menentukan segalanya.

Jangan berhenti berdoa, Dia mendengar doa kita. Dia tak kan menguji hambanya di luar kemampuan kita. Setiap ujian yang dilalui menjadikan kita lebih kuat dan sabar.

Insyaallah


Semoga jodoh ini diberkati Allah dan bahagia sampai ke syurga


6 comments:

  1. Alhamdulillah dan congrats GKSB... Supaya berkekalan sehingga ke Jannah...

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.. yang penting kita buatlah yang terbaik dalam diri kita.. :)

    ReplyDelete
  3. akakkkkk cantiknya! Selamat berbahagia hihi.terima kasih atas nasihat2 akak ;)

    ReplyDelete
  4. In sha allah bila dh jd isteri ni perlahan2 kita akan berubah dgn sendirinya :)

    ReplyDelete
  5. tak salah pun kalau buat silap tapi yang menjadi salahnya bila ulang kesilapan yang sama, sebab tak ambik iktibar dari kesilapan yang lepas.

    moga ampa berbahagia sampai syurga amin

    ReplyDelete
  6. semoga rahmat Allah melimpah ruah dlm idup ampa brdua !!

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi